"Ya Allah, jadikanlah hamba Mu ini mencintai orang beriman dan jadikanlah orang yang beriman mencintaiku."

(HR Muslim)
Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Third Birthday tickers

18 January 2012

Pena Yang Tumpul

Bismillahirrahmanirrahim.

Hari demi hari berlalu, masa terus bergerak dan perjalanan kehidupan terus ke depan. Ada masa naik, ada masa menurun. Ada waktu terhibur dengan hidangan kehidupan dalam pelbagai bentuk 'rasa', ada waktu menjeruk rasa dengan segala apa yang terpaksa ditelan. Begitulah rencah sebuah kehidupan.

Sangat-sangat merindui untuk menulis sesuatu, namun sesuatu itu perlu dilupakan sepenuhnya apabila melihat ada yang jauh lebih besar dan jauh lebih utama yang perlu diutamakan. Kerana perjalanan sebuah kehidupan tidak statik seperti bertakungnya air di dalam kolam, bila terlalu lama terbiar akan terbiak jentik-jentik, lebih malang lagi apabila takungan air tersebut berjaya menternak nyamuk Aedes yang menatijahkan Denggi kepada manusia. Na'uzubillah.

Biarlah arus perjalanan kehidupan kita umpama air yang mengalir di sungai yang jernih. Sentiasa bergerak melalui liku-liku, ada waktunya terjun di lembah dan juram yang tinggi ada ketikanya tenang melalui celahan batu yang beraneka saiz. Dalam pelbagai bentuk perjalanan sekalipun, ia terus bergerak dan mengalir mengikut 'rentak dan irama'.

Tidak menulis bukan bererti tidak mahu menulis. Tetapi, 'sesuatu' itu yang lebih berhak untuk "dilakar dan ditulis" meski penuh dengan kelemahan diri. Pasti terselit pertanyaan demi pertanyaan, apakah 'sesuatu' yang menumpulkan rentak tari dan pena, lama sungguh .:: HaRuMaN MaWaR ::. tidak menyiram bunga-bunga mawar dan banyak pula kelopak yang jatuh ke bumi dek kerana layu tak bersiram oleh tuannya.

'Sesuatu' itu adalah Amir Solihin. :)

Waktu tidurnya sudah semakin pendek berbanding semasa awal dilahirkan, diwaktu tidurnya pastilah ruang terbaik untuk melunaskan kerja-kerja rumah. Menjadi seorang surirumah sepenuh masa bersama seorang mujahid kelihatannya mudah namun seringkali Si Tempang ini terkial-kial menguruskan diri. Di waktu tidur Amir Solihin, harus segera memasak dan buat apa sahaja yang memerlukan diri untuk konsentrasi. Apabila bangun dari tidur, Amir Solihin meminta perhatian untuk bermain-main.

Meniarap, berguling sendiri, bergerak ke depan, bergerak ke belakang, menyebut "Ma, Ma, Ma", gigit jari, mimik muka yang pelbagai, menggeleng kepala, memuncungkan mulut.

Keletah-keletah yang sedikit sebanyak membuatkan ana tidak sampai hati untuk membiarkan Amir Solihin menyendiri bagi melepaskan 'ketagihan' menulis. Yaaa... Blog persendirian juga semakin sepi, sudahlah monolog sepi, akhirnya benar-benar kesepian :P

Amir Solihin anak yang baik, tidak banyak kerenah (orang yang kata) meskipun sedang sakit tetapi apabila sudah sampai ke tahap tidak mampu menahan sakit maka seharian jugalah ummi terpaksa mengendong Amir Solihin seperti kangaroo. Hari ini, ummi menjadi kangaroo dek kerana Amir Solihin kurang sihat.

Semalam Amir Solihin disuntik dos ketiga Hep B. Mungkin tidak sedap badan selepas disuntik, tambahan pula perutnya kembung kerana ummi lewat makan dan Amir Solihin tak mahu makan gara-gara lidahnya dipenuhi dengan ulser! T_T


(Amir Solihin belajar berenang bersama abi di D'Lagos, A'Famosa)

3 kali ana memasak bubur untuk Amir Solihin. Kali pertama dengan cara A, kali kedua tukar jadi cara B dan kali ketiga dengan cara C. Semuanya tak jalan, buntu. Penat mengendong Amir Solihin, sakit belakang mencucuk-cucuk sehingga ke kaki membuatkan ana turut moody. Ini tak kena, itu tak kena. Amir Solihin masih menangis dan terus bersungguh-sungguh menangis :)

Akhirnya, tengok saja Amir Solihin dan diam tak tahu nak buat apa. Sudah puas memujuk, tidak terpujuk. Amir Solihin lapar tetapi mulutnya sakit, hanya mampu untuk minum susu saja. Ana pun dah rasa kering kontang sebab tak sempat nak makan. Amir... Amir...

Selepas Amir Solihin kembali tenang (selepas mandi petang) apabila diberi makan (dengan paksa), berbual dengan beliau yang melentokkan wajah ke dada ana.

"Amir Solihin anak yang baik, dia budak soleh. Ummi bukan marah Amir, ummi sedih sebab Amir tak nak makan. Mulut Amir sakit ye, Ummi dah bagi ubat kan. Nanti mulut Amir baik, Amir makan bubur banyak-banyak ye. Sian Amir, sakit ye..."

Dan, akhirnya... Mujahid kecil itu tertidur jua dan ummi mengasah pena yang sudah berkarat. Selamat malam bulan, selamat malam bintang.

"Yela, haritu akak ngata adik takut nek moto, akak suh adik lari pecut lagi laju dari nek moto. Jadi, adik yang semput tak mampu nak memecut, lalu adik buat keputusan untuk selalu membaca (walau tak pecut mahupun memecut) dengan santai. Oh rupanya masih juga laju... huhuhuhu.

Kak... Sesungguhnya dihati ini dikau saja yang bertakhta dijiwa, lalalala. Eh eh, salah tajuk dah ni. Huk huk huk.

Hidayah itu milik Allah! "

Tiba-tiba, tangan ni menolak tetikus di tepi komputer ribanya, hanya ingin mmbaca notification coment teratak dahulu..tersenyum..

Terhibur dengan mesej ini. Terima kasih wahai Kakak!

Ma'assamah! Insha Allah :)


(Sukanya Amir Solihin mandi 'bath tab' besar punyaaaaa)

2 leaves:

.:NurTaQwa88:. 20 January 2012 at 10:23  

Assalamualaikum syira:) seronoknya tgk amir berenang kat tub besar:P fateh hr tu pun brenang,tp kat laut je:P terjelir2 jg la lidah dia bila air laut terpercik mulut dia:P memang mcm2 cbrn dn ragam mndidik dn mmbesarkan anak kan.y penting uminya kena jg kshtn betul2,nnt baru lah blh jg fateh dn abinya:P amir tiap kali inject demam ya.fateh alhmdulillah,tk demam lg bila inject.mungkin bdn baby berbeza2 kan.=) akak doakan smga amir jd anak y soleh dn sgla urusan syira dimudahkan.aminn

:masih menanti hari bila saatnya kita ditakdirkan bertemu..=p

Insyirah 23 January 2012 at 01:05  

waalaikumussalam ummu fateh.

nanti ummu fateh tolong sms pada syira boleh?

no tel ummu fateh hilang bersama terkuburnya tel syira :)

seronoknya fateh main air laut! amir tak pernah lagi dibawa ke laut setakat ni, insha Allah mungkin akan datang boleh mandi dengan fateh di laut ;)

amir x demam kena cucuk tapi mulutnya kena ulser, itu yang meragam. alhamdulillah ulsernya dah sembuh :)

aSkiNg sOuL

Feeling alone?
Innallahha ma’ana

Saw evil act?
Inni akhafullah

Wishing something?
Fa’iza ’azamta fatawakkal’alallah

Missing somebody?
Ma fi qalbi ghairullah.

... syukran ...

Free Hit Counter Syukran 'ala ziarah ^_~

Silent Home

Silent Home
Bila emosi mengunci hati, lalu lahirlah ayat-ayat sepi sebuah monologku merentasi perjalanan menuju Rabbi :)

  © Template Lar Doce Lar por Emporium Digital Graphics Jenny's Grandchild and Irene's Corner

TOPO