"Ya Allah, jadikanlah hamba Mu ini mencintai orang beriman dan jadikanlah orang yang beriman mencintaiku."

(HR Muslim)
Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Third Birthday tickers

26 May 2008

Ukhuwwah Itu Indah

~ Love someone is about sacrifice without a goal. It is about loyalty without gruelling, as far as we could create a joy in relationship. It is not just we happy together, but also could had the best moment without miserable ~ Mesej dari ukhti Yanna, subhanallah syukran ukhti.

Gambar kenangan bersama ukhti amiera... alhamdulillah, banyak sangat tazkirah yang dapat di kenangkan... Moga Allah mudahkan perjumpaan kita seterusnya!

Read more...

Sakit Hapuskan Dosa

DARIPADA Abdullah, katanya: “Aku datang mengunjungi Rasulullah SAW ketika Baginda sakit, lalu kusentuh Baginda seraya berkata: “Ya Rasulullah! Demam anda bertambah teruk.”

Jawab Baginda: “Memang demamku sama dengan demam dua orang kamu.”

Aku berkata: “Semoga anda mendapat pahala berganda pula.”

Balas Baginda: “Semoga!” Kemudian sabda Baginda pula: “Tidak ada seorang Muslim yang ditimpa cubaan berupa sakit dan sebagainya melainkan dihapuskan Allah dosanya, seperti pohon kayu menggugurkan daunnya.” (Hadis riwayat Muslim)

Segala bencana, penyakit, kesusahan atau kerunsingan yang menimpa tubuh badan atau akal fikiran seseorang mukmin menjadi ‘kaffarah’ (penghapus) kekotoran dosa dan kesalahan orang yang ditimpa bencana itu.

Anas berkata, Rasulullah bersabda: "Bahawa besarnya sesuatu balasan itu menurut besarnya sesuatu bencana ujian; dan bahawa Allah apabila mengasihi sesuatu kaum diuji mereka, kemudian sesiapa yang menerima ujian itu dengan reda, maka dia akan beroleh keredaan Allah, dan sesiapa yang bersikap keluh kesah serta benci menerima ujian itu, maka dia akan mendapat kemurkaan daripada Allah." (Hadis riwayat at-Tirmizi dan Ibn Majah).

Read more...

Saudagar dan 4 Isterinya

Suatu ketika, ada seorang pedagang kaya yang mempunyai empat orang isteri. Dia mencintai isteri yang keempat dan memberikan harta dan kesenangan yang banyak. Sebab, isteri keempat adalah yang tercantik di antara kesemua isterinya.

Maka, tidak hairan lelaki ini sering memberikan yang terbaik untuk isteri keempatnya itu. Pedagang itu juga mencintai isterinya yang ketiga. Dia sangat bangga dengan isterinya ini, dan sering berusaha untuk memperkenalkan isteri ketiganya ini kepada semua temannya. Namun dia juga selalu bimbang kalau-kalau isterinya ini akan lari dengan lelaki yang lain.

Begitu juga dengan isterinya yang kedua. Dia juga sangat menyukainya. Dia adalah seorang isteri yang sabar dan penuh pengertian. Bila-bila masa pun apabila pedagang ini mendapat masalah, dia selalu meminta pandangan isterinya yang kedua ini. dialah tempat bergantung. Dia selalu menolong dan mendampingi suaminya melalui masa-masa yang sulit.

Sama halnya dengan isterinya yang pertama. Dia adalah pasangan yang sangat setia. Dia sering membawa kebaikan bagi kehidupan keluarga ini. Dialah yang merawat dan mengatur semua kekayaan dan usaha si suami. Akan tetapi si pedangang tidak begitu mencintainya.Walaupun isteri pertamanya ini begitu sayang kepadanya namun, pedagang ini tidak begitu memperdulikannya.


Suatu ketika, si pedagang sakit. Kemudian dia menyedari mungkin masa untuknya hidup tinggal tidak lama lagi. Dia mula merenungi semua kehidupan indahnya, dan berkata dalam hati, "Saat ini, aku punya empat orang isteri. Namun, apabila aku meninggal, aku akan sendiri. Betapa menyedihkan jika aku harus hidup sendiri." Lalu dia meminta semua isterinya datang dan kemudian mulai bertanya pada isteri keempatnya, "Kaulah yang paling kucintai, kuberikan kau gaun dan perhiasan yang indah. Nah sekarang, aku akan mati, mahukah kau mendampingiku dan menemaniku?" Isteri keempatnya terdiam. "Tentu saja tidak!" jawab isterinya yang keempat, dan pergi begitu sahaja tanpa berkata-kata lagi.

Jawapan itu sangat menyakitkan hati seakan-akan ada pisau yang terhunus dan menghiris-hiris hatinya. Pedagang yang sedih itu lalu bertanya kepada isteri ketiganya, "Aku pun mencintaimu sepenuh hati, dan saat ini, hidupku akan berakhir. Mahukah kau ikut denganku, dan menemani akhir ayatku?". Isteri ketiganya menjawab, "Hidup begitu indah di sini. Aku akan menikah lagi jika kau mati". Pedagang begitu terpukul dengan jawapan isteri ketiganya itu. Lalu, dia bertanya kepada isteri keduanya, "Aku selalu berpaling padamu setiap kali mendapat masalah. Dan kau selalu mahu membantuku. Kini, aku perlu sekali pertolonganmu. Kalau aku mati, mahukah kau ikut dan mendampingiku?" Si isteri kedua menjawab perlahan, "Maafkan aku...aku tak mampu menolongmu kali ini. Aku hanya boleh menghantarmu ke liang kubur saja. Nanti, akan kubuatkan makam yang indah buatmu." Jawapan itu seperti kilat yang menyambar. Si pedagang kini berasa putus asa.

Tiba-tiba terdengar satu suara,"Aku akan tinggal denganmu. Aku akan ikut ke manapun kau pergi. Aku, tak akan meninggalkanmu, aku akan setia bersamamu." Si pedagang lalu menoleh ke arah suara itu dan mendapati isteri pertamanya yang berkata begitu. Isteri pertamanya tampak begitu kurus. Badannya seperti orang yang kelaparan. Berasa menyesal, si pedagang lalu berguman, "Kalau saja aku mampu melayanmu lebih baik pada saat aku mampu, tak akan kubiarkan kau seperti ini isteriku."

Teman, sesungguhnya kita punya empat orang isteri dalam hidup ini;

ISTERI KEEMPAT adalah tubuh kita. Seberapa banyak waktu dan belanja yang kita keluarkan untuk tubuh kita supaya tampak indah dan gagah, semuanya akan hilang. Ia akan pergi segera apabila kita meninggal. Tak ada keindahan dan kegagahan yang tersisa saat kita menghadapNYA.

ISTERI KETIGA adalah status sosial dan kekayaan kita. Saat kita meninggal, semuanya akan pergi kepada yang lain. Mereka akan berpindah dan melupakan kita yang pernah memilikinya.

ISTERI KEDUA pula adalah kerabat dan teman-teman. Seberapa pun dekat hubungan kita dengan mereka, mereka tak akan mampu bersama kita selamanya. Hanya sampai kuburla mereka akan menemani kita.

DAN SESUNGGUHNYA ISTERI PERTAMA adalah jiwa dan amal kita. Mungkin kita sering mengabaikan dan melupakannya demi kekayaan dan kesenangan peribadi. Namun, sebenarnya, hanya jiwa dan amal kita sajalah yang mampu untuk terus setia dan mendampingi kemanapun kita melangkah. Hanya amal yang mampu menolong kita diakhirat kelak..

Jadi, selagi mampu, perlakukanlah jiwa dan amal kita dengan bijak.Jangan sampai kita menyesal kemudian hari!

Read more...

16 May 2008

Kembara Sebuah Iman

Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan: "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat Ku), maka sesungguhnya azab Ku sangat pedih". [Surah Ibrahim : 7]

Syukur alhamdulillah atas nikmat Allah yang tak terhitung nilai dan jumlahnya. Jauh perjalanan, luas pengetahuan. InsyaAllah, bermusafir dan mengembara ilmu walau tidak pada sekolah-sekolah, masjid atau surau, dengan alam pun dapat juga di ambil pelbagai manfaat dan pengetahuan.

Dan Kami hamparkan bumi itu dan Kami letakkan padanya gunung-gunung yang kukuh dan Kami tumbuhkan padanya segala macam tanaman yang indah dipandang mata, untuk menjadi pelajaran dan peringatan bagi tiap-tiap hamba yang kembali (mengingati Allah). [Surah Qaaf : 7-8]

Alhamdulillah wa syukrillah ala nikmatillah atas sebuah musafir ke bumi barakah. Mengambil pengajaran dari kisah para sahabat, tabiin dan tabi’ tabiin serta salafussoleh sedikit sebanyak memberi sentuhan rohani yang membasahi nurani. Kemarau panjang yang bermukim pada sekeping yang bernama HATI akhirnya basah dengan haruman kasturi dari Rabbul Izzati. Syukur yang tak terhingga pada Mu ya Allah atas setiap nikmat yang diberikan. Ana berhujankan air mata dan sering mengharapkan agar ianya bukan kali terakhir menapak ke bumi Madinah dan bumi Mekah yang sememangnya bumi barakah!

Beberapa SMS masuk ke dalam kantung inbox dibaca sekali lalu, bukanlah mengetepikan sahabat-sahabat, sekadar ingin benar-benar merasai kepayahan dalam sebuah perjuangan demi kemanisan iman. Ya... Memang jauh sekali perbezaannya apa yang ana lalui berbanding dengan apa yang dilalui para sahabat, namun sedikit sebanyak memberi impak pada qalbi untuk terus menggali kembara iman ini. Syukur, Allah mudahkan segala urusan dan menggantikan apa yang hilang dari hati ini. Sukar sekali menggambarkan apa yang terbuku di nubari, hanya titisan air mata yang membasahi tat kala berkumandang azan dari Masjid Nabawi. Ternyata mimpi-mimpi yang datang bukan hanya sekadar mimpi. Mungkin ianya hadiah dari Allah pada hati yang merindu untuk dekat dengan jasad Habibullah.

Sujud syukur atas kesudian Allah menerima ana sebagai tetamu Nya. Tidak lah meminta apa-apa melainkan kemudahan dalam menjalankan ibadah seenak mungkin. Suasananya umpama kemeriahan di bulan ramadhan, masya Allah! Jutaan manusia yang berasak-asak memasuki kamar masjid. Walaupun suhu agak panas, tapi dengan keizinan Allah, kepanasannya tidaklah sehingga mengganggu ibadah. Ana pegang kata-kata ustaz; yakin dengan hadis Rasulullah yang mafhumnya; bumi madinah diharamkan penyakit ke atas penghuninya. Terasa pipi hangat dengan rembesan mutiara... Syukur ya Allah di atas kembara ini!

Kota Mekah sedikit sebanyak berubah berbanding 2 tahun lalu, hatta Masjidil Haram juga sedang di baiki. Ana tersenyum kala mengingatkan bait ayat abi sewaktu menanti azan Isyak. Hampir ana terlupa untuk menahan diri dari tersenyum sedemikian rupa... Ukhti Salwa selalu memberi amaran supaya “jangan senyum depan khalayak, senyuman yang berbisa dari mawar berduri. Takut ada kumbang yang terluka hanya kerana satu senyuman.” Berbuah tawa panjang setiap kali di beri amaran sebegitu. Apalah yang ada pada seorang Insyirah? Senyuman bukanlah seindah Zulaikha, tapi asbab an-nisa punca fitnah terbesar pada ar-rijal, maka kecantikan seseorang bukan lah satu perkara yang perlu dikecilkan. Cantik atau tidak seorang wanita itu, tetap memiliki keistimewaan di mata seorang lelaki. Setiap manusia memandang dengan pandangan yang berbeza, itulah hikmahnya Allah berfirman dalam surah An-Nur ayat ke-30;

Katakanlah kepada lelaki yang beriman: “hendaklah mereka menahan pandangannya......”

Sesungguhnya dari pandangan mata akan timbul pelbagai fitnah. Sempat ana perhatikan pelajar-pelajar yang sedang menghafaz Quran di sudut Masjidil Haram, masing-masing hanyut dengan hafazan masing-masing hinggalah selesai kelas. Melihat para hafiz Quran, jalannya tunduk dan serbannya agak menutup muka. Subhanallah, ana memikirkan betapa indahnya memiliki peribadi sebegitu yang sedaya upaya menjaga mata juga hampir menutup muka (hakikatnya muka lelaki memang bukan aurat). Kala angin bertiup, tersingkap wajah yang terselindung. Masya Allah, terus ana memalingkan pandangan. Ada sebabnya ditutup sebahagian wajahnya...

Melihat anak-anak kecil yang sangat akrab dengan Quran, ana sangat mengharapkan mampu mencipta suasana sebegitu kala bergelar ummi. Perkara yang ana sukai kala di masjid ialah memerhatikan gelagat orang, dan ana paling suka duduk di sebelah jemaah bukan dari Malaysia. Sedaya upaya mencari ruang untuk mendekati saudara dari pelbagai ceruk dunia! sempat juga bertaaruf seketika dengan wanita separuh umur dari Iran, Turki juga Syria, subhanallah... Dapat berbual dengan remaja dari London. Paling ana sukar lupakan ialah kenangan berinteraksi dengan beberapa pelajar ummul Quro, masyaAllah bacaan Quran mereka memukau. Geli hati memikirkan apabila mereka mempamerkan wajah mereka pada ana. Subhanallah, indah ciptaan Mu ya Allah.

Perkenalan dengan seorang hamba Allah sepanjang kembara iman banyak memberi ilmu, kesudian memberi tazkirah secara konsisten amat-amat ana hargai. Semoga Allah membalas jasamu dengan sebaik-baik pembalasan, amin! Paling menyentuh nubari kala tazkirah yang diberikan berkaitan kesihatan dan ibadah, masya Allah memang bakal ulama’. Laju kalamullah dan hadis yang meniti bibir, ana terpaku. Sederhana orangnya namun ilmunya masya Allah! Hinggakan abi tertarik untuk mendekati peribadinya. Bagusnya dapat berinteraksi dengan pelbagai lapisan umur, dapat berdakwah. Akhlaq sendiri pun menjadi contoh. Ingin sekali mencontohi peribadi mereka yang berakhlaq mulia, tinggi ilmunya tapi merendah diri.

Semoga percikan kasturi yang mewangi di kamar hati mengembangkan mawar dengan keindahan akhlaq dan iman yang sempurna lalu menebarkan haruman yang memberi ketenangan buat semua...

SaLaM SeiNDaH MaWaR BeRDuRi
Khazinatul Insyirah

Read more...

aSkiNg sOuL

Feeling alone?
Innallahha ma’ana

Saw evil act?
Inni akhafullah

Wishing something?
Fa’iza ’azamta fatawakkal’alallah

Missing somebody?
Ma fi qalbi ghairullah.

... syukran ...

Free Hit Counter Syukran 'ala ziarah ^_~

Silent Home

Silent Home
Bila emosi mengunci hati, lalu lahirlah ayat-ayat sepi sebuah monologku merentasi perjalanan menuju Rabbi :)

  © Template Lar Doce Lar por Emporium Digital Graphics Jenny's Grandchild and Irene's Corner

TOPO