"Ya Allah, jadikanlah hamba Mu ini mencintai orang beriman dan jadikanlah orang yang beriman mencintaiku."

(HR Muslim)
Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Third Birthday tickers

09 February 2008

Family Gathering





[gambar kecil] Abg Farid prektis jd bapak misali... huhuhu.

SYUKUR ALHAMDULILLAH kepada al-Khaliq yang mengizinkan pertemuan ini... ALhamdulillah, moga Allah berkati perjumpaan ini. Demi mengeratkan silaturrahim sesama keluarga. alhamdulillah, 8 keluarga bertemu... Fuhhhh... Havoc dibuatnye. Cuma keluarga pak tam je x da, disebabkan tanggungjawab pak tam di Jeddah masih belum selesai. Ermmm... mesti best kalau semua ada (9 family).

Moga ada family gathering seterusnyeeeee...insya Allah.



Abg Faizal pulak nak prektis jd bapak misali... huhuhuhu...

Ana x yah prektis, memang penuh ciri-ciri keibuan... Lalalalaaa...

Read more...

06 February 2008

Allah with us

• When you are tired and discouraged from fruitless efforts... ALLAH knows how hard you have tried.

• When you've cried so long and your heart is in anguish... ALLAH has counted your tears.

• If you feel that your life is on hold and time has passed you by... ALLAH is waiting with you.

• When you're lonely and your friends are too busy even for a phone call.. ALLAH is by your side.

• When you think you've tried everything and don't know where to turn... ALLAH has a solution.

• When nothing makes sense and you are confused or frustrated... ALLAH has the answer.

• If suddenly your outlook is brighter and you find traces of hope ... ALLAH has whispered to you.

• When things are going well and you have much to be thankful for... ALLAH has blessed you.

• When something joyful happens and you are filled with awe... ALLAH has smiled upon you.

• When you have a purpose to fulfill and a dream to follow... ALLAH has opened your eyes and called you by name.

Thanks so MUCH dik Syahirah Husna. May Allah bless you.

Read more...

Orang Afghanistan??




Duduk sorang-sorang sambil baca buku 70 Wanita Terbilang di Zaman Rasulullah yang tak habis-habis. Semalam nak daftar online IPT tapi banyak kali cuba, server ada prob kot. Sabar jerk. Dalam memikir nak aply kos apa... Tak minat la dengan teknikal, nak buat kerja yang tak guna tenaga... Hihi, nak guna pemikiran dan perasaan je. Walla, nak aply apa? Minat mendalam pada psikologi & kaunseling.


Since sekolah lagi dah memang minat dengan bidang ni. Masa sekolah pun jadi Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) under unit kaunseling, siap jadi V. President lagi, huhuhu. Memang masa sekolah dulu suka-suka je tapi makin lama makin suka pula dengan bidang ni. Mencabar minda dan perasaan, hehehe.


Bila cerita pasal unit kaunseling, teringat cikgu Zainuddin. Dia la cikgu kaunseling... Teringat jumpa buat kali ke berapa ntah. Masa tu baru form 1. Dia nak jumpa, nak suruh buat kerja sikit. Pergi dengan Kak Adibah ke bilik kaunseling. Sembang2 sambil ana buat kerja. Cikgu tanya pasal background dan macam-macam la soalan peribadi. Cth: Minat, subjek paling best, subjek paling kurenggg dan macam-macam sampai ke isu family.


"Awak ni orang Afghanistan ker?"


Soalan yang ana tak berapa perasan. Ana diam je... Huhuhu. Cikgu ulang soalan yang sama... panas lak rasanya muka yang tak berapa nak comey ni. Rasa panas lak muka.


"La... Blushing pula saya tanya macam tu?"


Erkkk... Bila pulak ana jadi orang Afghanistan ni? Pure 100% Malaysian, tak caya tgk IC ni. Hehehe. Rupanya muka comot ni katanya macam muka arab. Hishhh... Ada ke muka arab? Tak macam arab la. Cikgu ni salah pandang agaknya. Memang la bukan 100% Melayu, tapi tidak la jauh sangat sampai ke Afghanistan. hikhik... My dearest youngest sister lak orang ingat anak Cina.. Ehek...


Zaman sekolah paling best! Tapi tak best jugak... Kene buat homework bla bla bla... eheks... Gonna missing cikgu Zainure, cikgu Bio yang selalu mengenakan ana dalam lab. Yuhuuuu...

Read more...

05 February 2008

Coretan Sepi


Puji-pujian buat Pencipta yang mendatangkan mudarat dan fadilat atas diriku, juga yang memberi dan berhak mengambil roh yang bersemadi di dalam jasad kerdil ini. Selawat serta salam buat Nabi S.A.W, keluarga dan sahabat baginda. Moga diri yang dhaif ini mampu merasai secebis kemanisan semangat perjuangan mereka lantas mewakafkan seluruh kehidupan atas perjuangan mulia ini. Insya Allah.

Alhamdulillah. Ujian yang datang, membawa pergi ketenangan hati. Namun, kasihnya Ilahi pada hamba yang sering memungkiri janji tidak putus walau sedetik. Allahu rabbi, tetapkan diri jua hati ku di jalan ini. Walaupun sukarnya hanya Engkau yang mengetahui, namun masih ku simpan semangat jihad seorang wanita lemah disisi lelaki. Masih ku impikan watak ketenangan wajah isteri kesayangan Rasulullah, Khadijah yang penyayang juga watak ummul mukminin yang bijak, Siti Aisyah.

Ya Ilahi, terkoyak ketenangan yang puas disisip rapi dek panahan ujian lelaki. Hilang sukma rindu bertemu nikmat qiamullail dek panahan mazmumah yang bersarang di hati. Resah dan tangisan yang tak juga pergi. Namun Engkau sajalah yang mengerti betapa ku dambakan secebis ketenangan buat sisipan perjuangan ini. Dugaan datang menerjah kedangkalan akalku yang satu. Lalu, apa lagi yang ku miliki selain meminta pada Mu ya Allah. Kerna ku tahu, di atas setiap ujian yang menimpa, masih ku punya Allah yang Esa, yang Maha Mendengar dan Bijaksana dalam merencana kehidupan. Siapalah aku yang hina ini, selain merintih dan mengadu pada Mu.

Kata akhi, tiada perjuangan yang MUDAH. Lantas itulah dinamakan PERJUANGAN kerana setiap yang bakal dilakukan akan direntangi pelbagai ujian. Hatta kekasih Allah juga diuji dalam dakwahnya, inikan pula kita yang kerdil disisi Nya. Siapakah kita untuk mempersoalkan ujian yang hadir? Siapakah kita untuk mempersoalkan takdir yang ditetapkan?

Basah hatiku, tangisan berpanjangan hingga memudaratkan kesihatan yang selalu terumbang ambing. Lebih ku relakan jasad hina ini diuji dengan pelbagai mehnah berbanding ujian atas ketenangan hati. Namun, siapakah ana untuk menolaknya? Hilang secebis ketenangan sudah cukup untuk kehilangan nikmat kesihatan. Namun, tak pernah hilang rahmat Tuhan. Allahuakbar! Allahuakbar! Tiadalah yang lebih indah melainkan sentiasa dalam perhatian Mu.

Alhamdulillah, hikmah atas ujian yang datang. Semoga hati semakin utuh di jalan tarbiyyah. Amiin. Tidak sekali ingin melarikan diri dari medan juang, sekadar ingin mentarbiyyah hati dengan pelbagai sudut ilmu Allah. Alhamdulillah, ketenangan yang di dambakan, ditemui dalam surah al-Mulk.

Dari Anas r.a, Rasulullah s.aw. bersabda yang bermaksud:
Ada sebuah surah dalam al-Quran yang boleh membantu berhujah kepada pembaca kemudian memasukkannya ke dalam syurga.

Dari Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
Ada satu surah dalam kitabullah yang berjumlah 30 ayat menjadi syafaat bagi seorang lelaki yang membacanya sehingga diampunkan baginya.

Akhi mewajibkan ana mengamalkan surah al-Mulk sebaik mungkin dan memelihara kalamnya di hati. Ana menarik nafas berat, sungguh! Terlalu lama diri ini meninggalkan hafazan Quran Saban hari, surah Yaasin, al-Waqiah, al-Insyirah, al-Ikhlas, An-Naas jadi teman nubari namun aktiviti menghafaz sudah beberapa ketika ditinggalkan dek kerana sibuknya dengan aktiviti lain. Allah nak beri mau’izzah pada ana dek kerana melepaskan aktiviti wajib suatu ketika dulu. Terima kasih ya Allah atas ujian yang menimpa!

Menggeletar seluruh tubuh saat membaca kalam demi kalam surah al-Mulk, terasa roh diisi dengan ketenangan. Rembesan mutiara air mata masih berbaki. Ya Allah, terima kasih di atas setiap titisan air mata ini. Inilah nikmat yang tiada taranya, yang mampu menenteramkan gelora hati, yang mampu menzahirkan bahagianya dalam ujian Mu... Ya Ilahi, jangan biarkan diriku walau sedetik dalam nikmat duniawi andai ia menyebabkan hamba Mu melupakan akhirat yang kekal abadi.

Beberapa hari lalu, larutnya malam... datang ilham nak minum milo:
Ana terdengar bicara abi dan umi. Berombak kembali nafas yang sedaya upaya dikawal. Ya Ilahi, siapalah aku untuk mendambakan redha Mu andai tidak mampu meraih redha umi wa abi. Siapalah aku mendambakan syahid dalam perjuangan ini andai belum mampu membahagiakan mereka. Siapalah aku untuk mengimpikan nikmat syurgawi andai membiarkan mereka menangis dek kerana sikap dangkal ini.

kebelakangan ni ana mengelak dari solat berjemaah dengan ahl bait Mana mungkin ana bersama dalam saf andai setiap detik bersama Nya, tak henti-henti air mata mengalir. Setiap degupan jantung disertai esak tangis berpanjangan, tidak mungkin ana membiarkan mereka melihat ana dalam keadaan tak terkawal. Bulat tekad ana, biarlah mereka bahagia dengan ana. Hidup ini terlalu singkat untuk mementingkan diri. Usai solat berjemaah, saling berdakapan. Kucupan hangat dari ana singgah di pipi umi, abi dan adik-adik. Ya Allah, terima kasih atas bahagia ini!

Perlakuan pelik ana akhirnya menjadi kebiasaan ahl bait. Ya Allah, seandainya ditakdirkan dia untukku, biarlah agama menjadi penguat ikatan ini, andai selain dari mengharap redha Mu, relakan diri ini untuk terus menyendiri. Sesungguhnya hati, roh dan perasaan ini telah ku tinggalkan bersama jasad yang bersemadi. Bukanlah membiarkan perasaan larut dek kerana akal yang satu pada barang milik Tuhan, namun terlalu sukar membuat keputusan untuk kali ke-2..!

Tidaklah hati bersarang mazmumah ini mengimpikan watak Rabiatul Adawiyah yang bisa mengubah cinta semalam menjadi esok! Namun, tidak sekali ku menjauhi sunnah Rasulullah. Bukanlah dari umatku andai tidak mengikuti sunnahku. Menggeletar seluruh badan mengingatkan amanah Rasulullah yang dicintai.

Read more...

aSkiNg sOuL

Feeling alone?
Innallahha ma’ana

Saw evil act?
Inni akhafullah

Wishing something?
Fa’iza ’azamta fatawakkal’alallah

Missing somebody?
Ma fi qalbi ghairullah.

... syukran ...

Free Hit Counter Syukran 'ala ziarah ^_~

Silent Home

Silent Home
Bila emosi mengunci hati, lalu lahirlah ayat-ayat sepi sebuah monologku merentasi perjalanan menuju Rabbi :)

  © Template Lar Doce Lar por Emporium Digital Graphics Jenny's Grandchild and Irene's Corner

TOPO