"Ya Allah, jadikanlah hamba Mu ini mencintai orang beriman dan jadikanlah orang yang beriman mencintaiku."

(HR Muslim)
Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Third Birthday tickers

14 January 2010

Mereka Berjiwa Halus


Bismillahirrahmanirrahim.

Tahukah kalian, ini adalah entri budak comel (oh ya, ana di LARANG menggelar diri sebagai budak comot - harap maklum -) yang ke 300! Banyaknya ana mengarut ye. Kalau buat buku, dah tebal ni.

Awal pagi tadi, ana tersentuh sangat baca mesej dari Ibu (seorang yang ana gelar 'ibu' dan usianya hampir sebaya ummi) tapi ana tahan perasaan. Nak jadi mujahidah kena kuat semangat! Nak jadi srikandi kena kebal melawan perasaan tetapi ianya melibatkan emosi seorang wanita, akhirnya ana dengar lagu Lafaz Yang Tersimpan. Lagu ni dulu, Babah yang suruh dengar. Ana tak faham apa pada awalnya, bila beberapa kali dengar baru faham ianya tentang kebisuan seorang anak untuk menzahirkan kasih sayang pada ibubapa.

Mengapakah sukar menyusun bicara
Meluahkan rasa menuturkan sayang
Kasih yang terlimpah hanya sekadar tingkah
Cumalah ungkapan bisu kalimah rahsia
Apakah yang hilang andai dilisankan
Bait penghargaan penuh kejujuran
Tak mungkin terlihat cinta yang merona
Jika hanya renungan mata yang bersuara
Bukan tutur kata...


Kebanyakan anak-anak begitu pemalu nak ungkap "sayang" pada ibubapa tetapi tak ragu-ragu nak sebut "I sayang you" pada pujaan hati. uwek, nak muntah ana... Huhuhu.

Setiap kali berutusan khabar dengan Ibu, ngada-ngada je air mata ni nak mengalir. Ibu agak berbahasa jiwa, sehati dengan ana. Terkadang, entah berbunga-bunga je ayat kami, ana bahagia sebab sama-sama berjiwa sastera, apa yang disampaikan selalu faham. Itu satu chemistry, hihi.

Sayang...
ketulusan hatimu seringnya menyentuhi hati ibu.
kata2 mu sudah cukup mengembirakan dan membahagiakan
hati ibu. Ibu pun tidaklah mengharap pertemuan atau
ikatan apa2 antara kita. Pertemuan kita di dalam * ini bagi ibu adalah kerana Allah jua. Dan biarlah persahabatan ini juga kerana Allah...

Wawawawa, sedih bukan? Itu belum lagi ayat mukaddimah dan penutupnya. Ana mahu selalu jadi orang yang tahu nak ekspresi kasih sayang. Kalau dengan ummi, ana tidak malu jalan berpegang tangan, peluk ummi, cium ummi tapi satu yang belum kuat iaitu melafazkan 'i love you with my heart and my soul'. Kebisuan suara yang hanya hangat dengan ekspresi. Kadang-kadang boleh senyum, ketawa malah mengekek (isk isk...) dengan ummi, kalau di dapur berdua dengan ummi, abi jadi tension je.

"Apa la dua beranak ni buat, pot pet pot pet dari tadi..." Laughing

Abi suka buat kerja di dining room, hampir dengan dapur tapi seriously! Abi tak faham apa yang kami bualkan, hanya mendengar tawa di celah-celah bicara.

"Ala, sembang orang perempuan..." Laughing

Ini adalah alasan yang paling BIJAK supaya abi tidak memanjangkan soalan, bila abi di dapur, yang seorang pura-pura jadi gadis melayu terakhir dan seorang lagi pura-pura jadi ibu yang paling anggun. Ahaks! Bila berdua, ketawa hingga sakit perut. Huh, ini aksi-aksi yang sepatutnya dihindari bila bersama seorang ibu. Tetapi dengan ummi, tak boleh tahan lagi. Ummi kelakar dengan caranya, ada ketika lawaknya kecil tetapi tawa bukan main besar.

Ana takut kecilkan hati ummi, ana kenal sensitivi hati seorang ibu. Amatlah pelik kalau seorang anak perempuan tak boleh faham perasaan ibu, teramat pelik bila anak perempuan boleh sewenang-wenangnya menghancur luluhkan hati seorang ibu.

Bila ana show of kasih sayang ana pada ummi dan abi, bukan ana harap suatu hari nanti anak-anak ana akan buat perkara yang sama, tetapi ana cuma mengharap mampu menghulurkan kecebisan kasih sayang yang lompong dari seorang anak. Ana hanya mahu selalu melihat ummi dan abi tersenyum dan gembira, ana hanya mahu mereka rasa tenang bila bersama ana, ana hanya mahu melihat ummi dan abi rasa dihargai oleh seorang anak. Ana hanya mahu itu saja, kebahagiaan dunia akhirat buat ummi dan abi.

Ana mahu mati dalam keadaan ummi dan abi meredhai ana... Agar di 'sana' nanti mampu ku ungkapkan di hadapan Rabb bahawa diri ini sudah sepenuh hati menyerahkan hati buat ummi dan abi, tetapi usahaku masih terlalu sedikit tidak terbanding dengan segala kasih sayang ummi dan abi. Namun, ana tidak mahu mengalah, usaha dan terus berusaha!

Bila berbicara dengan Ibu, ana anggap ana sedang berbual dengan ummi. Bezanya, tika berbicara dengan Ibu, bahasanya berbunga dengan lantunan nada yang ada kala buat ana tersenyum sendiri.

'Puitis benar...' Embarassed

Tetapi ana tidak kekok kerana bahasa Ibu pada ana juga selalu begitu. Selalu ramah dan mesra, selalu sarat dengan nasihat dan hikmah, selalu bersastera dan bermadah. Bukankah wanita itu halus jiwanya, disentuh hanya sedikit tetapi tersentuhnya begitu besar!

Alangkah berbunganya hati setiap kali menerima salam perkhabaran dari Ibu yang selalu membuat ana tersenyum sendiri, penghargaan Ibu selalu buat ana merenung diri.

"Aku hanya beri sedikit, tetapi Ibu membalas dengan sangat banyak! Aku beri sedikit tetapi Ibu membalas dengan penuh penghargaan... Ibu terlalu menghargai aku." Embarassed

Kadang, ana baca apa yang mahu dihantar pada Ibu berkali-kali. Bimbang ada kata yang mengguris perasaan halus seorang ibu tetapi Ibu setiap kali katanya ternanti-nanti bicara ana. Bila seorang Ibu begitu menghargai kehadiran anda, bersiaplah... Anda akan selalu rasa hati berbunga-bunga. Kalau orang bercinta pun tak senang duduk, perasaan ini jauh lebih besar hinggakan berdiri pun tak senang!

Kata seorang teman, anak ke-3 mewarisi 50% sifat ibu dan 50% sifat bapa. Ada kebenaran kata-kata tersebut. Sentuh saja hati ibu sedikit, ibu akan terasa banyak!

Apabila kita mengecilkan hati ibu sedikit, ibu akan selalu sedia memaafkan. Perempuan berjiwa 'absorb', semuanya mahu disimpan dan pendam. Ibu akan memendam setiap perilaku anak yang mengguris hati, ibu akan memendam kata yang menyentap jiwanya. Jiwanya halus, terguris sedikit sudah besar lukanya namun kasih sayang seorang ibu, secebis Rahiim Nya ke dalam hati ibu sudah cukup untuk membuat si anak selalu ada ruang waktu untuk dimaafkan! Tetapi apabila kita menghargai hanya sedikit, ibu sudah menganggapnya begitu besar. Subhanallah.

Usah biar kehilangan
Menggantikan lafaz yang tersimpan!

Kalau belum, buatlah... Kalau bukan sekarang, bila lagi? Kalau bukan anda, siapa lagi?

Cuba merenung wajah lembut seorang ibu semasa sedang tidur... Wajahnya lembut, biasan hatinya yang penuh kasih sayang. Nur wajahnya membekas, titis wuduk yang membersihkan terasa bersinar. Biasan taqwa dan iman pada Tuhan...

Ana selalu mengulang cerita seorang ibu dan anak yang sedang berada di unggun api. Di waktu unggun api semakin membesar, si ibu mengalihkan anaknya dari bara api kerana bimbang anaknya terkena api. Tetapi, Rasulullah berkata pada para sahabat, kasih sayang Allah jauh lebih besar dari kasih sayang seorang ibu! Bukan jiwa ibu tidak mahu anaknya disakiti malah Allah jauh lebih lagi tidak mahu hamba Nya tercampak dalam neraka Nya.

Buat seketika ini, tidak lama... ambillah 2 minit atau kurang darinya, talifonlah si ibu. Tanyalah khabar, kalau mampu menghabiskan kredit untuk talifon dan sms dengan 'si dia', apalah sangat bercakap 2 minit dengan ibu! Mereka berjiwa halus, beri sedikit tetapi mereka nampak ianya besar! Sekali diucap sayang, senyumnya entah sampai bila... Belajarlah menghargai bukan untuk dihargai tetapi kepuasan sendiri apabila mampu memecah tradisi kebisuan agar lafaz itu tidak lagi tersimpan! Wink

Hari-hari bagiku adalah hari ibubapa,
Hari-hari bagiku adalah hari kasih sayang,
Hari-hari bagiku adalah hari penghargaan,
Kerana mungkin hari ini adalah hari akhirku,
Mungkin esok bukan milik mereka lagi,
Mungkin esok bukan milik kita lagi,
Sebelum mata rapat terpejam,
Luahkan apa yang terpendam.

Ya Allah, sayangilah kedua ibubapa ku sepertimana mereka menyayangiku sejak aku masih kecil!

~ 16 Januari, jumpa cinta di masjid, insya Allah -> sapa nak ikut sms ana yek!
~ 23 Januari... jeng jeng jeng, chayok, chayok!
~ 24 Januari, lalalalalaaa... hohohoho...

p/s: Insya Allah Smile

12 leaves:

Anonymous,  14 January 2010 at 10:51  

~ 16 Januari, jumpa cinta di masjid, insya Allah -> sapa nak ikut sms ana yek!

lain macam je bunyinya. sebelum buat spekulasi sendiri, apa maksudnya ni? huhu.

-ummu aniq-

Kerikkerik 14 January 2010 at 12:52  

ayyokk!!
cik syire buat ana nangeh je baca entry ni...heheh~ nk kena cubit nih!! =P

rindunyaaa selalu..pd seorang ibu seorang ayah (walopon jarak perjalanan utk bertemu hny sejam!)

i have the same thing as u mention.. LIDAH KELU UTK MENYATAKAN "AYAHH!! IBUUUU!! I LUVV YUU!! ~

smuga menjadi anak solehah..Amiin~

^__________^

ummu 14 January 2010 at 13:48  

Salam dik
situasi di atas mengingatkan saya pada memori silam.erm tapi bapa saya jealous tau kalau kami yang pempuan ni sok sek berdua je. dia pun nak syer sekali.erm tapi pengalaman paling tak lupa bila pertama kali baru balik dari sebuah sekolah di utara tanahair,bapa kelihatan gembira sangat dengan anaknya...

ummu 14 January 2010 at 14:36  

Assalamu'alaikum ukhti.
Tersenyum akak baca apa yang ditulis, anak kecil berjiwa besar! Anak kecil berhati besar! Anak kecil watak ibu! Hehehehe, aih bertuahnya umi abi ada anak manja macam ni. Bertuahnya nanti suami dapat isteri yang gelak je ni, bertuah juga anak-anak ada ibu yang kuat gelak. Tapi, ehem... tang cengeng tu ada juga :D

Nanti jumpa cinta di masjid, kirim salam pada cinta.

UMMU ANIQ, dik syirah de halaqah :)

Insyirah 14 January 2010 at 14:50  

Ummu Aniq,
Insya Allah halaqah... Akak duk umah dendiam, hehehe. Saya tak nak nanti terpaksa bawa akak ke hospital pula!

p.s : wah... ramai kakak-kakak nak dapat baby baru, takde yang nak sedekah pd syirah sorang ke?

Insyirah 14 January 2010 at 14:52  

Syudde ~

Relex, cool ye... Ana memang sker bila syudde nanges, terserlah keayuan wanita muslimah solehah (erk, apa punya ayat ni). Syudde, kita tulis surat je la, buat handmade card bagitau...

IBu,
AYAH...
Saya CenTa Kalian... huhu

Insyirah 14 January 2010 at 14:54  

Salam Ummu Masyitah,
Biasa la, mungkin nak ambil part sama nak ambil tahu. Caring :) Insya Allah, kasih sayang ayahbonda tulus suci selamanya... (uish, sempat nyanyi lagi. adoi!)

Insyirah 14 January 2010 at 14:57  

Wa'alaikumussalam Kak Ummu,
eh... cinta saya takpe kak dia tak tinggal saya (kot saya yang nak tinggal dia, ngeh3) tapi akak nak bawa lari buah hati saya tu... patah tumbung hilang berganti, redha je la. Uhuk uhuk.

Cengeng la... salu kene usik, hehehe :P cube jangan kaco, mana de saja suka suki nak nangis :D

aal 14 January 2010 at 15:13  

kirim salam pada cinta
adik nak jawab blh? hehehe

aal 14 January 2010 at 15:16  

hepi advanced bufday akak cayang..
jgn lupa belikan adik hadiah, lalala

Anonymous,  14 January 2010 at 18:23  

semoga terus menjadi anak solehah utk umi & abimu,syirah...

kem salam cintahati syira ye..:-)

Insyirah 15 January 2010 at 07:48  

Kak Mia,
Tu ha cintahati syirah tu ha, komen atas kak Mia tuh (summertowinter) :)

tak yah kim salam, dia dah jawab salam. heheheheheee...

aSkiNg sOuL

Feeling alone?
Innallahha ma’ana

Saw evil act?
Inni akhafullah

Wishing something?
Fa’iza ’azamta fatawakkal’alallah

Missing somebody?
Ma fi qalbi ghairullah.

... syukran ...

Free Hit Counter Syukran 'ala ziarah ^_~

Silent Home

Silent Home
Bila emosi mengunci hati, lalu lahirlah ayat-ayat sepi sebuah monologku merentasi perjalanan menuju Rabbi :)

  © Template Lar Doce Lar por Emporium Digital Graphics Jenny's Grandchild and Irene's Corner

TOPO