"Ya Allah, jadikanlah hamba Mu ini mencintai orang beriman dan jadikanlah orang yang beriman mencintaiku."

(HR Muslim)
Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Third Birthday tickers

05 January 2010

Mendidik Anak Perempuan

Bismillahirrahmanirrahim.

Ana mahu berkongsi satu artikel. Sudah lama menangguhkan pemberian ini, hanya biasa-biasa saja tetapi istimewa. Sudah teramat lama tidak mengupdate jurnal "peribadi". Terasa bersalah namun disisi lain tidak mampu nak menarikan pena selincah aksi pelari pecut.

Baru-baru ini, sedikit usaha dibuat dengan memasukkan cebisan luahan fikrah pada sang jurnal, bertambah rasa bersalah apabila entry baru yang dimasukkan telah diklik lebih 500 kali. Allahuakbar. Perlu melakukan sesuatu kerana masih ada yang berhajat sesuatu dari si kecil.

Artikel kedua 'sebagai eksperimental' walaupun hanya copy dan paste dari catatan blog, namun ianya masih di klik pada kadar yang banyak. Ana bukan siapa-siapa, jadi bagi ana lebih 500 klik pada sebuah entri itu sudah terlalu banyak. Ada bapa-bapa, ibu-ibu di luar sana yang mahu mendengar celoteh ana. Sisipkan link blog, bukan kerana mahu angka catatan blog semakin meningkat dengan kadar 500 pada setiap entry tetapi bagi mengurangkan rasa "berdosa" kerana meninggalkan jurnal sebegitu.

Bukan anakanda berkecil hati dengan sesiapa, argh... tiada alasan untuk diberikan.

Hati diburu rasa tak senang duduk apabila mendapat luahan dari sang bapa, ada kata-kata dari sang ibu. Aduh...! Terduduk ana di depan laptop, lama. Memikirkan sesuatu. Akhirnya, ana menyelak kembali sisipan lama yang tersimpan rapi. Satu artikel yang 'biasa-biasa' bagi orang lain tetapi istimewa untuk ana.

Buat bapa-bapa, ibu-ibu yang setia menanti si anak kecil ini... Maaf sebanyak-banyaknya. Semoga diberikan kelapangan waktu untuk menyusun rantaian "kewajipan" yang perlu dilangsaikan.

Berdepan Dengan Bakal Isteri dan Bakal Ibu

Oleh: Pahrol Mohd Juoi


Masih teringat kata-katanya sewaktu saya meminta nasihat tentang panduan mendidik anak perempuan. Maklumlah, majoriti anak-anak saya lelaki. Adakalanya bagai ketandusan idea dan cara untuk berdepan dengan kerenah anak perempuan

"Perlu banyak meraikan".

Begitu kata Tok Wan apabila ditanya tentang tip mendidik anak perempuan.

"Meraikan bagaimana?"

"Raikan mereka dengan kata-kata, belaian dan pemberian. Itu caranya."

"Maksudnya?"

"Hargai pandangan, kegembiraan, kesedihan, kejayaan dan kegagalannya. Selalu ucapkan tahniah, takziah, pujian dan pujukan. Pada ketika yang sesuai, berilah hadiah."

"Kenapa Tok Wan?"

"Umumnya perempuan makhluk perasaan berbanding lelaki makhluk akal. Pendekatan meraikan lebih berkesan bila berdepan dengan perasaan. Pendekatan ini lebih menyentuh dan berkesan."

"Itu pendekatannya, bagaimana pula prinsip asasnya?"

"Wah, kau bertanya, macamlah Tok Wan ni seorang profesor!"

Tok Wan bergurau. Sejenak kemudian, sambil tersenyum dia berkata,

"Itu kena bayangkan...bakal isteri. Kemudian, bakal ibu!"

Wah, Tok Wan dah mula bersilat kata! Saya perlu lebih kritis menyoalnya.

"Bayangkan isteri? Isteri saya?" usik saya.

"Anak perempuan kita bakal seorang isteri. Jadi bayangkan bagaimana sifat seorang isteri sejati. Itulah "end in mind" yang perlu sewaktu mendidik anak perempuan," jelas Tok Wan yang mempunyai latar belakang pendidikan agama dan Barat itu.

Belum sempat saya mencelah, soalan Tok Wan mula menerjah, "Apa kau inginkan daripada seorang isteri?"

"Ketaatan", balas saya cepat.

"Lalu didiklah anak perempuan tentang ketaatan. Latih agar dia patuh pada perintah yang baik. Apa lagi?"

"Malu."

"Didik supaya dia mengekalkan rasa malu pada tempat dan ketikanya. Latih dia sentiasa menjaga aurat, tidak meninggikan suara dan tidak lasak pada gerak fizikalnya. Ajar erti maruah dan harga diri. Lagi?"

"Cantik...."

"Wah, tak lupa ya....Latih supaya dia menjaga kecantikan, tingkah laku, wajah, pakaian, tempat tinggal, bilik dan lain-lain. Biar dia pandai menjaga kekemasan, kecantikan dan keindahan. Biar dia peka dengan nilai-nilai estetika. Lagi?"

Saya diam. Dalam ruang fikiran tergambar isteri saya - ibu anak perempuan saya.

"Kau lupa agaknya..." usik Tok Wan.

"Tok Wan laju sangat...."

"Anak perempuan mesti dibiasakan suka berada di rumah.Bukan bermakna dia tidak boleh keluar, tapi biasakan dia suka di rumah. Rumah adalah gelanggang wanita. Ruang itu kecil tapi besar peranannya. Ketika suami keluar, isterilah pemimpin anak-anak dan pelindung hartanya."

"Ini payah Tok Wan, sekarang ini perempuan dah luas gelanggangnya!"

"Ah, kekadang yang luas hanya gelanggangnya, tapi kecil peranannya. Sedangkan di rumah walaupun kecil gelanggangnya, tapi amat besar peranannya. Pernah dengar madah, tangan yang mengayun buaian boleh menggoncang dunia?"

"Tadi Tok Wan kata, kena bayangkan juga bakal ibu."

"Apa yang paling kau hargai daripada seorang ibu?"

"Kasih sayangnya."

"Didiklah agar anak perempuan agar bersifat pengasih. Pengasih dengan adiknya, abang, kakak, binatang peliharaan dan sebagainya. Sebab itu anak perempuan digalakkan bermain dengan anak patung. Itu menyuburkan rasa kasih sayang kepada bayi. Lagi?"

"Sabar."

"Seorang ibu perlu sabar; sabar menanggung perit kehamilan, sakit melahirkan, menjaga sakit-demam, ragam dan kerenah anak. Tanamkan sifat sabar anak perempuan dalam menanggung kesakitan, keletihan, kekecewaan dan sebagainya."

"Mana lebih bayah didik anak perempuan atau anak lelaki?" tanya saya. Dia senyum sinis. Terasa bodoh pula menyoal begitu.

"Soalan itu tidak betul! Sepatutnya soalannya begini, ada beza tak antara mendidik anak lelaki dengan anak perempuan? Senang dan susah itu terlalu relatif dan subjektif sifatnya."

"Beza tak?" pintas saya penuh akur.

"Tentulah, sebab lelaki dan wanita memang berbeza. Tuhan jadikan darjat kedua-duanya sama, tapi peranannya berbeza. Bukan sahaja ciri-ciri fizikal berbeza tetapi ciri-ciri rohaniahnya jua."

"Kata orang bela lembu 10 ekor lebih mudah daripada seorang anak perempuan."

"Perbandingan yang tak relevan. Manusia berbeza dengan lembu. Kita ada hati, akal dan perasaan."

"Tapi tak ada yang kata membela 10 ekor lembu lebih mudah daripada seorang anak lelaki..."

"Terpulang pada "gembala"nya. Kena gaya dan caranya, 10 orang anak perempuan pun boleh dijaga."

"Apa tip Tok Wan untuk Sang Gembala?"

"Bila berdepan dengan anak perempuan, bayangkan kita berdepan dengan bakal isteri. Adakah menantu lelaki kita nanti akan mendapat isteri yang solehah? Bayangkan kita berdepan dengan bakal ibu, adakah cucu kita kelak bakal mendapat ibu yang mithali?"

"Lagi Tok Wan?"

"Untuk menjadi seorang ayah yang baik kepada anak perempuannya, Sang Gembala mestilah menjadi seorang anak yang baik kepada ibunya dan suami yang baik kepada isterinya!"

"Lagi Tok Wan?"

"Last but not least, Sang Gembala wajib baik kepada Tuhannya!"

Saya terdiam. Diam yang panjang. Perlukah saya menyoal lagi?

Artikel ini menjadi kesukaan ana dan ana juga pernah forward kepada ummi dan abi. Bila orang lain melihat keakraban ana dengan ibubapa, ramai ibubapa lain bertanya formulanya. Sebenarnya tiada rahsia, cuma sedari kecil memang itu yang menjadi juadah harian.

Saat ummi memasak, ana bermain 'doktor' dengan abi. Sudahlah penuh badan abi dengan balutan kerana ana mahu menjadi seorang doktor. Akhirnya, abi berdengkur saat ana mengulit badannya dengan segala jenis 'wayar'. Siap 'mengerjakan' abi, ana ke dapur pula tolong 'sepahkan' apa yang patut. Banjir dapur dibuatnya kalau ana membasuh pinggan mangkuk.

Ada waktu, ana memasak dengan ummi sambil mendengar celoteh ummi. Dewasa ini, ana rasakan hampir setiap kali berpeluang... Insya Allah, dapat ceramah free siri Kursus Kahwin yang tiada di kursus-kursus lain. (One to one between mom and daughter, rasanya lebih efektif dari segala kursus kerohanian dan motivasi lain. Heart to heart, insya Allah)

Di sisi lain, ada masanya (sehingga kini) apabila bersantai sambil ada yang bercerita, ada yang mengaju soalan. "Abi nak buat apa?" Kalau jawapannya "Tak ada apa" memang sungguh, abi dibelasah anak-anak perempuannya hingga ummi geleng kepala. Ada yang menyapu losyen penuh muka sambil massage (ala salon gitu), ada yang menguruskan kuku kaki abi, ada pula yang suka mengurut tangan.

Satu saja pesanan buat para bapa, izinkan saja anak-anak meluahkan kreativiti mereka biarpun awalnya si ayah rimas apabila menjadi "Raja" tanpa diminta. Apabila dibiasakan, insya Allah keakraban akan semakin terasa dan apabila sudah berumah tangga kelak, anak-anak akan aplikasikan secara praktikal dalam kanvas rumahtangga mereka pula.

Anak-anak perempuan, makhluk perasaan yang sememangnya perlu dibelai dan dibaja sifat-sifat kewanitaan agar tidak tandus dimamah arus kemodenan.

Wallahua'lam.

Si Kecil.

2 leaves:

Ena 5 January 2010 at 14:07  

thaks yer.. amat bergune sekali artikel nie.. sy sedang mencari2 artikel bagaimana utk mendidk anak perempuan sy..tibe2 ader n3 nie.. ;)

ummu 8 January 2010 at 09:57  

'Sang Gembala wajib baik kepada Tuhannya'

iya benar sekali!
syukran atas artikel ni dik:)

aSkiNg sOuL

Feeling alone?
Innallahha ma’ana

Saw evil act?
Inni akhafullah

Wishing something?
Fa’iza ’azamta fatawakkal’alallah

Missing somebody?
Ma fi qalbi ghairullah.

... syukran ...

Free Hit Counter Syukran 'ala ziarah ^_~

Silent Home

Silent Home
Bila emosi mengunci hati, lalu lahirlah ayat-ayat sepi sebuah monologku merentasi perjalanan menuju Rabbi :)

  © Template Lar Doce Lar por Emporium Digital Graphics Jenny's Grandchild and Irene's Corner

TOPO