Out Spoken
Bismillahirrahmanirrahim.
Ada masa dan ketikanya, ana banyak diam dari berkata-kata tetapi sangat jarang ana diam di rumah kecuali sedang berhibernate. Ana selalu berjenaka dengan ummi dan abi, tetapi dengan adik-adik ana bukan berjenaka, lebih kepada mengusik. Satu kenikmatan bila boleh tengok adik terjerit bila diusik, tapi itu dulu masa kecil. Waktu belum matang (eh, sekarang pun belum cukup matang) dan kanak-kanak riang.
Ada masa dan ketikanya, ana lebih banyak bercakap dari diam. Itu tandanya sudah berkurun mengumpul cerita sehingga ceritanya itu tidak lawak pun digelakkan juga. Kadang, lawaknya kecil tetapi tawanya bukan main besar!
Ada masa dan ketikanya, ana begitu lurus untuk cakap apa yang terbuku. Kemudian, diam sejenak dan fikir. Benarkah tindakan yang diambil itu yang terbaik sebagai solution? Abi selalu cakap, solution focus, bukan mencari salah siapa atau dimana salahnya tetapi lebih kepada penyelesaiannya.
Malam ini, sekali lagi merasakan ada yang tidak kena. Ada yang tidak beres. Ana bukanlah jenis yang suka membiarkan diri terus bertanya dan tertanya-tanya, bila disoal siasat dengan hebat oleh ayahanda tercinta, tertanya-tanya harus mula mencari solution di mana.
Tidak tahu dimana punca tapi yang pastinya ana tenggelam punca.
Zazzzz...
Last (kini), ana berkeriut sendiri.
'Beraninya tanya soalan begitu pada orang. Beraninya berterus terang macam tu.'
Itulah, bertindak dulu sebelum membuat perancangan. Akhirnya termangu-mangu, betul ke cara tu? Begitu out spoken nak tanya macam tu, oh ya... Ana tidak suka membiarkan ianya berlarutan apatah lagi bila disiasat, meremang je rasanya berdepan dengan abi.
Maaf lah, perempuan (maksudnya ana la tu) selalunya begini.
Buat dulu, kemudian baru berfikir! Hurm.
Jarang fikir dahulu sebelum buat sesuatu.
Moga malam ini jadi 'ibrah untuk belajar bersabar seketika.
Oh, rupanya Allah mengajar sesuatu.
Terima kasih ya Allah.
Pelajaran kedua, jangan baca sms semasa mamai. :P
9 leaves:
em ibrah ke3, jangan sms masa orang tengah mamai, kalo masa mamam boleh :p
erk, salah saya ke? :'(
mana la nak tahu mamai ke tidak... huhuhu :D
tu la,.kdg2 kte selalu buat sesuatu tanpa fikir...akak pun pernah kena...ble dah terlepas kata,susah nk terlajak wp x sengaja tindakan tue
aha, nak tau mamai ke tidak, sms tanya....contohnya: "Assalamualaikum...knock knock...ni sedang mamai ke tak?" <<< macamane?boleh pakai tak?:d
Semakin banyak kamu bicara, semakin tak faham apa yang nak disampaikan... huh! Adakah akak ni makin lembab nak faham bahasa jiwamu dik oiii? :((
Kak Mia, begitulah orang perempuan.. Emosinya lebih berbanding rasional. Belajar bersabar dan cuba berdiam daripada berkata2 yang akan buat kita berfikir di kemudian hari :)
Idea yang realistik dari Babah. Kalau betul tengah mamai tu sure terus 'segar' dikejutkan dengan soalan begitu... :D
Hihi. Kak Balqis, ia hanyalah perubahan hormon agaknya! :D Jangan emosi sangat, nanti terkenan kat baby... hihihi.
Post a Comment