"Ya Allah, jadikanlah hamba Mu ini mencintai orang beriman dan jadikanlah orang yang beriman mencintaiku."

(HR Muslim)
Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Third Birthday tickers

22 January 2010

Meniti Jalan Bahagia

Bismillahirrahmanirrahim.


Alhamdulillah. Ana 'jumpa' ramai sahabat-sahabat lama semasa sekolah dulu dalam Facebook. Macammana boleh terjebak ni? Awalnya buat tak layan bila ada sahabat yang invite, tapi bila kaum keluarga masing-masing buka Facebook dan ana yang nak nyibuks tengok gambar, buka juga la Facebook. Awalnya invite sodiqi hakiki sahaja, supaya niat asal tak lari :p Bila dah jumpa kawan-kawan sekelas, masya Allah punya la ramai!

"Ha... syirahhhhh! Tahu tak, baru je kite sembang dengan Ekin cari syirah tak jumpe-jumpe dalam FB ni tau! Sekali muncul juga akhirnya."

"Syirah, eiii... ko hilang pegi mana? Sapa sebelah ko tuh?"

"Eh syirah, tu husband kamu ye? Kahwin senyap-senyap ye?"

"Sorry, susah sangat nak ku akui tapi terpaksa cakap yang I really miss you... Lama sangat cari, sekali you muncul... Terkejut I."

"Syirah sekarang dah sihat ke?"

Dan berpuluh lagi reaksi yang tak perlu ana masukkan semuanya dalam ni.

"Cuba tengok betul-betul. Itu kan Aiman, Aiman dah form 4 la..." -jawabku sebab mereka menyangka aiman tu zauji. Hahaha.

"Eh, Aiman dah besar la. Muka dah matang... Patut la kite tak kenal." -respon paling lawak.

"Kalau bukan Aiman, ingat itu pakwe ke? Huhu, elergik la dengan istilah pakwe." -mula merapu.

"Eh, tak la. Ingatkan dah kawin senyap-senyap..."

"Ye la, syirah dah 'bertunang'!" -provok! kui kui kui

"Wei syirah, slumbe kamu tulis macam tu dalam blog! Ingatkan kamu bertunang dengan human, hishhhh always like dat. Dari dulu sampai sekarang."

Allah... Akhir sekali ketemu mereka hujung tahun 2006 sebelum SPM. Oleh kerana ana ambil SPM sebulan di hospital sambil disscussion minta jawapan biologi pada doktor, suh makcik cleaner buatkan esei, suh pakcik tukang kebun jawab soalan fizik dan minta makcik kantin selesaikan paper kimia. Huhu, tidak lah ana exam di sekolah. Dan last, jumpa kawan-kawan sekelas masa mereka buat rombongan ziarah ana di hospital masa ada break paper dalam tempoh SPM.

Kini, 2010. Banyak yang sudah berubah, banyak sangat kisah yang nak dikongsikan. Ana senyum sendiri.

"Bagi la gambar, nak tinguk...!"

Ana hantar secara privasi.

"Eh, kenapa tak berubah je ni. Tak kurus, tapi tak gemuk."

Baru ana perasan, sahabiah ana dah 'membesar'. Hihi, transformasi.

Banyak request yang tidak approve, kalau kamu antara rakan sekelas yang lama. Silalah hantarkan mesej untuk perkenalkan diri sebelum ana 'deny'. Satu bonus, yaa... Sudah kenali wajah Cik Santun. Hihihihi...

Masing-masing mahu meletakkan status mereka 'in a relationship' with bla bla bla...

"Eh, ni pakwe kite. Nama dia bla bla bla.."

Gurlp! Kan sedap kalau dikenalkan sebagai... "Ini suami kiteee.." Ehhh, bukan KITA tapi SAYA, tak mau la ana kongsi suami dengan dorang. Huhuhuhuhuhu *_*

Ana yang letak status 'single' dikatakan kahwin senyap-senyap, caption gambar ditukar... "ini pengapit saya, encek aiman (adik laki seibu sebapa)". Bukannya bahasa sastera, guna bahasa melayu rojak je pun. Adoi la.

"Nanti kahwin jemput kite tau, eh... si polan tu sihat ke... yang si polan tu pula... bla bla bla..."

Kenapa mesti dikaitkan dengan kahwin? Apakah semasa sekolah dulu memang ana ni 'spesis' yang dah ke tahap wajib kahwin? Adoi la...

"Ha, apa ni cakap pasal kahwin, dah gatal nak kahwin ke?" (tiba-tiba je la hai... nak gak kene ngan ana nih!)

"Eh, orang yang kahwin memang semuanya gatal ek?" <-- amik, soalan tak leh blah. Last, terkekek-kekek je hamba Allah yang buat kenyataan 'kahwin=gatal'. Pelik lorh! Ingat makin tua makin matang, tapi ku lihat masing-masing nak jadi budak.

Bila diamati, haruskah ana tersenyum sendiri dan membawa diri semula, menyepikan diri dari kawan-kawan sekelas. Bila fikirkan semula, haruskah pergi ke daerah sepi menyiapkan diri menemui Kekasih yang menanti. Akhirnya, diamkan sejenak dan teringat ada e-mail yang nak ditaipkan, 'warkah buat penculik'... Oh kejam sekali tajuknya. ^_~

Memilih meniti jalan bahagia, esok (Sabtu) adalah hari bahagia... Melakukan terapi. Yey! Positif. Dah makan kek hampir nak habis, kalau tak positif tu saja je la. Agaknya kena beli kek lain pula la untuk tambah power aura positif :D

Di sini selalu hujan, terima kasih ya Allah :)

Siru 'ala barakatillah.

10 leaves:

Balqis,  22 January 2010 at 02:14  

Wish you all the best sayang, wat terapi baik2 ye takmo nangis2 :)

~ with loVe and HuG ~

(Kahwin? Syirah kahwin? Ala... Sebab tsiqah la tu, kalau tidak mereka kata peleseran tapi sebab mereka tsiqah tu yang cakap kahwin) Doa selalu supaya adek sayang cepat sihat! :) Aminnnnn.

~ZuLhAiRi~ 22 January 2010 at 03:35  

salam 'alaik..

alhamdulillah, ana di apprOve utk fb..heheh..., org kata fb ni haram sbb yahudi, tp ana jwb, kalau mcm tu, pakai tshirt, naik kereta, dan mkn nasik lemak pn xboleh dah...sbb tu semua Rasulullah SAW x buat n kaum lain yg buat...:)...utk persoalan bg duit kat yahudi, apa pulak nas yg mgharamkan bermuamalat dgn yahudi?...zaman rasulullah dulu yahudi turut berniaga dlm kelompok masyarakat yg sama..:)...as for now, masih xda bukti nyata mark zucherberg pemilik fb ni bg duit pd zionis utk hancurkan islam, kalau dah jelas...barulah haram jdnya..:)...tp bg yg still was2, tinggalkan lah..:)...

btw...gud luck utk terapi, semoga Allah bersama kita seluruh ummat islam...dan bersama enti dgn rahmatNya

Balqis,  22 January 2010 at 08:12  

Syira, ana setuju dengan apa yang ditulis saudara zulhairi.

Dik, jangan depress ya. Sedih baca blog kamu di monolog, banyak2 baca al-Quran dan selawat, istighfar. Mudah-mudahan dengan hati yang tenang, adek boleh je relex wpun sakit. Ok? Yang panting, cool urself 1st :)

Insyirah 22 January 2010 at 08:23  

Ukhti, mana ada nangis la masa terapi. Gelak je, lalalala. Insya Allah, dah OK sikit, semalam je 'out' :D Jazakillah ukhti, jalinan dengan sahabat-sahabat lama yang dah terpisah jauh.

Insyirah 22 January 2010 at 08:25  

Wa'alaikumussalam akhi Zul.

Ana rasa macam kenal akhi dalam FB. Mula tengok dulu, bila ada 'rakan regu' iaitu Cik S**t*n baru la approve. Takut salah orang.

FB ni malas bukannya apa, nanti dah malas nak keep writing sebab asyik chatting. *_*

sU_EbAh 22 January 2010 at 08:38  

salam, syirah..
nnt jgn lupa add akak ek kat fb..
su.ebah193@gmail.com..
kak cri syirah kat fb x jmp la..
huhuhu...

balqis,  22 January 2010 at 11:15  

alhamdulillah. moga ceria...

salmanfasiri 22 January 2010 at 21:02  

Assalamualaikum..
alhamduliLLAH, dh nk masuk taman dh pun..
selamat bergembira

aha, report la kat polis klo ada penculik :p

eh betul ke penculik?serius tu :d

salmanfasiri 23 January 2010 at 01:28  
This comment has been removed by the author.
Anonymous,  14 April 2010 at 12:45  

as salam..
saudari, sy nk mntk izin copy ada d antara ayat2 dalam blog ni utk tatapan umum..sbg peringatan utk yg laen...

aSkiNg sOuL

Feeling alone?
Innallahha ma’ana

Saw evil act?
Inni akhafullah

Wishing something?
Fa’iza ’azamta fatawakkal’alallah

Missing somebody?
Ma fi qalbi ghairullah.

... syukran ...

Free Hit Counter Syukran 'ala ziarah ^_~

Silent Home

Silent Home
Bila emosi mengunci hati, lalu lahirlah ayat-ayat sepi sebuah monologku merentasi perjalanan menuju Rabbi :)

  © Template Lar Doce Lar por Emporium Digital Graphics Jenny's Grandchild and Irene's Corner

TOPO