Menghitung Hari
Bismillahirrahmanirrahim.
Alhamdulillah, sudah banyak pekerjaan diselesaikan dan menghitung 5 hari lagi. Maaf, aktiviti YM dihentikan buat sementara waktu. SMS juga sudah banyak berkurangan, maaf banyak soalan tidak dijawab (tunggu kumpul soalan banyak-banyak, jawab sekaligus) dan ana mahu maksimakan baki 5 hari dengan baik. Insya Allah. Sudah banyak kali menangguh, sudah lama tertangguh akhirnya memilih tarikh 5 hari lagi.
Nervous.
Excited.
Afraid. (seriously!)
5 hari lagi (hari Sabtu) ana akan berhibernate, memulakan rawatan terapi yang sudah lama ditangguhkan. Alhamdulillah, perancangan asal minggu lepas (16 Januari) mahu melakukan terapi tetapi fully booked, maka hari Sabtu nanti pada 23 Januari insya Allah proses terapi akan dimulakan.
Ana tidak tahu apa natijahnya selepas terapi. Mungkin depress, stress, malas nak cakap, malas nak makan, malas nak bergerak dan semuanya malas. Boleh jadi juga ana malas nak buat apa-apa. Atau ia berlaku sebaliknya, ceria, gembira, tersenyum, kelakar dan rajin serba-serbi. Semuanya 'mungkin'. Tiada kepastian tetapi yang pastinya makcik terapi tu dah rindu ana. :p
Sebenarnya, ana masih dibayangi igauan ngeri semasa proses melakukan terapi. Hehe, awal bulan abi suruh buat appoinment, ana tersenyum lebar... Senyum minta simpati untuk ditangguhkan seketika, bagi menyediakan fizikal dan mental. Proses terapi yang sungguh menyeronokkan, semoga apa juga yang bakal dialami akan dihadapi dengan tenang dan sabar. Kiranya ia memeritkan, moga Allah berikan kekuatan. Kiranya ia menyenangkan, moga diri ini terus-menerus bersyukur kepada Nya atas segala nikmat yang dipinjamkan.
Sekitar 5 hari ini ana mahu clear rumah. Bimbang selepas 5 hari yang akan datang, ana hanya termenung di jendela, merenung panorama alam di atas kerusi roda. Bimbang 5 hari mendatang, ana hanya suram tanpa senyuman, menahan rasa yang hadir pada segenap tubuh. Kebimbangan itu jugalah yang menguatkan ana untuk membersihkan rumah, cuci tingkap, clean dapur, lap hiasan dalaman. Hehe, pendek kata aktiviti yang memerlukan kudrat :) Wangi sangat dapur, bau lavender. Ruang tamu berbau serai wangi. Penat, rasa nak tidur je :D
Tak boleh buat kerja sekaligus, esok insya Allah sambung lagi dan lagi sehingga la hari Jumaat.
Tahukah kalian, sesuatu kepahitan itu jangan terus diluahkan kerana setiap kepahitan itu bukan semuanya merosakkan bahkan ia menjadi penawar. Sesuatu kemanisan itu jangan terus ditelan kerana bukan semua kemanisan itu kenikmatan tetapi akan menjadi racun yang membunuh.
Ulam-ulaman yang terkandung banyak khasiat itu sangat pahit, namun demi untuk mendapatkan manfaatnya, kita tetap makan. Gula itu manis, namun kemanisannya hanya seketika dan akhirnya kita menderita gara-gara diabetis! Dan tahukah kalian, hakikatnya penyakit diabetis jauh lebih bahaya dari penyakit jantung? Ini kerana, kalau heart attack, terus meninggal tetapi diabetis akan 'memakan' berdikit-dikit organ dalaman kita satu per satu yang mana akhirnya kita akan terbaring kaku, derita hanya kerana kemanisan yang sedikit.
Sama juga dengan kehidupan. Ujian itu jangan terus membuatkan kita merasa hidup ini sudah berakhir, ujian itu jangan terus kita menghukum bahawa Allah itu kejam, sebaliknya ia adalah peluang untuk muhasabah dan meningkatkan diri. Insya Allah, ujian akan membuka peluang dan ruang untuk kita menjadi lebih matang, dengan pengalaman tersebut kita akan lebih berhati-hati di masa hadapan. Ingat! Seorang muslim tidak jatuh ke dalam lubang yang sama 2x.
Kenikmatan hidup jangan terus membuat kita terbuai-buai, merasa indahnya fatamorgana sementara ini bimbang menatijahkan kehidupan akhirat yang penuh dengan sendu air mata. Walhal ketika itu tiada lagi peluang kedua kerana di dunia ini sudah berkali-kali Allah hulurkan peluang dan kita hanya melemparkan peluang itu, kejam sungguh manusia.
Sama juga dengan terapi ni (hik hik hik), zahirnya ia teramat la menyakitkan fizikal dan mental tetapi tidaklah hingga ana terpaksa dimasukkan ke wad gila. Cuma, ujian dari sudut mental itu sebenarnya jauh lebih parah dari fizikal. Kalau zahir hanya berkerusi roda, mampu tersenyum dan masih berjenaka itu sudah cukup bahagia. Tetapi, saat ini emosi sangat (teramat) rapuh, diusik sedikit saja sudah buat seperti hilang arah tujuan. Dan bermulalah hujan air mata, kih kih kih. Oleh itu, izinkan hati ini berlalu membuat persiapan yang sebaiknya walaupun ia bukanlah persiapan yang terbaik!
Ana bisa membiarkan diri dihunus tusukan jarum sebanyak mana yang doktor mahu sehingga puas hati, ana bisa menahan tanpa tangisan tetapi mengalir juga la air mata. Hihihi. Tetapi, satu kata-kata, sebaris ayat yang mendera emosi sudah cukup untuk ana menangis berjam-jam lamanya. Itu la bahaya betul... Macam empangan, ditakung-takung. Sekali 'pintu' terbuka bila terlebih takungan, banjir dibuatnya! Dan 'pintu' hanya terbuka bila hati terluka. Rapuhnya hati.
Ada yang bertanya costochondritis tu apa. Susah sangat menyebut nama sahabat baru ana ni, hihihi. Ianya berkisar tulang rusuk. Boleh baca lanjut di sini. Permisi dulu, assalamu'alaikum.
6 leaves:
Assalamualaikum wbt..
rupa2nya hr sabtu ni ada terapi, patut ar busy btl skrg ni.asif sbb slalu kcau awk:( sy pn trut rsa nervous,exited n afraid gak..
*nervous sbb dh lma tggu awk sambung terapi(nk tnya awk xbg)
*exited sbb hrp n Doa agar terapi kali ni btl2 bt awk smbuh
*afraid krn btl2 risaukn awk.ye la,terapi kn sakit.dgr awk cerita pn dh seram, apatah lg awk yg mnanggung:(
pape pn sy doakn awk kuat utk spnjng proses terapi nnti.sy tau wlau awk bdk kecik tp awk kuat.chayok2..hr2 terakhir utk bdk kecik,lps ni dh xjd bdk kecik lg.ngeh2..
jgn dilayan smua prasaan (malas) tu.awk perlu mkn,kna ada smngt utk hdpi smua(terapi n slps terapi). awk kna kuatkn smngt tau,apa2 pn org ckp nnt awk bior kn je.lps ni kn dh xjd bdk tecik so kna ar kuat!
~DIA xkn bg ujian pd yg tidak mmpu, n prcyalah suatu hr nnt sinar hdup awk xkn malap lg.. LA TAHZAN,INNALLAHA MA'ANA!
terasa insaf hati bacacoretan adik syira kalini...tima kasih kerana menguatkan juga diri akak apabila membaca nukilan ni...semoga adik tabah & kuatkan smgt ye
saudari haruman mawar. smoga tabah hati...saya follow blog anti ni. saya doakan segalanya berjalan dgn baik dan anti tidak patah semangat dgn ujian Tuhan.. chayok2! =)
salam 'alaik...moga terus tabah...
Orang kata sakit itu menyusahkan,
ana jwb kalau x sakit nanti kufur nikmat pula,
Orang kata kalau x sakit itu tandanya hebat,
ana jwb ya mmg hebat tapi macam firaun pula,
Orang kata kalau sakit payah nak beribadah,
ana jwb kalau skt tu tndanya kaffarah dosa.
Org kata bila sakit byk kerja tergendala,
ana jwb islam x pernah memaksa ummatnya buat benda yang xboleh dikerjakan.
Org kata kalau selalu sakit dan x sihat ajalnya cepat,
ana jwb ajal dan maut ditangan Allah dan ana tambah lagi, kalau takut mati jgn berangan nak kan syurga, sbb kalau mahu syurga perlu lalui mati..jgn takut tp selalu igt serta bersedia..:)
semoga Allah memberikan kesihatan yang baik, kemurahan rezeki, umur yang panjang dan bermanfaat buat ummah serta kelapangan dlm menuntut ilmu, kepada enti dan kita semua..ameen ya robb!...
Assalamualaikum,
Sakit apa sebenarnya? Banyak-bak baca surah Ghafir. Semoga sembuh sepenuhnya...Insya-Allah.
MUU
Salam
Moga cepat sembuh ya. Byk kn berdoa..InsyaAllah kami sentiasa doakan..
Post a Comment