"Ya Allah, jadikanlah hamba Mu ini mencintai orang beriman dan jadikanlah orang yang beriman mencintaiku."

(HR Muslim)
Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Third Birthday tickers

03 January 2010

Tragedi 1 Januari 2010

Bismillahirrahmanirrahim.

Lama rasanya tak mengemaskini blog, bukan tiada idea cuma tiada semangat yang bersuhu tinggi untuk terus menarikan pena.

Alhamdulillah, pada malam 31 Desember 2009 yang lalu setelah ummi dan abi pulang dari pejabat kami sekeluarga bertolak ke Kedah untuk menziarahi keluarga di sana. Lama sungguh duduk dalam kereta, dari tahun 2009 hingga la 2010 baru sampai destinasi :P Apapun, syukur kerana Allah memudahkan dan melancarkan perjalanan kami sekeluarga. Abi speed 150-160 km/j. Cayalah abi... Keras betis ana 'menekan break' setiap kali melihat meter yang statik.

Alhamdulillah, pada 1 Januari 2010 ana mulakan tirai dengan sesuatu yang sangat bermakna. Berziarah kembali nanny yang dahulu pernah duduk dengan kami, Kak Liza. Kini, beliau sudah mempunyai sepasang anak. Sulung berusia 3 tahun, kedua berusia 5 bulan. Namun, pilu pula mendengar cerita Kak Liza mengenai baby yang baru berusia 5 bulan. Baby Hawa.

Baby Hawa mempunyai masalah jangkitan kuman pada kedua-dua paru-parunya. Subhanallah. Sedikit sebanyak ana merasa 'pedihnya' menanggung apa yang ditanggung oleh anak kecil tersebut. Kini, Baby Hawa sudah tidak teruk lagi cuma sebelah lagi paru-parunya masih mempunyai kuman. 8 hari berada di ICU, kesian Baby Hawa. Semoga cepat sembuh!

Macam-macam cerita, terkejut Kak Liza apabila dimaklumkan oleh ummi dan abi tentang keadaan ana. Ana di sisi hanya tersenyum tetapi ana pasti Kak Liza tidak sedikit pun sedar ana yang tersenyum di sebelahnya, hihi. Selepas Kak Liza, ada 3 pembantu lain yang sempat menjadi nanny. Jadi, sekitar 8 tahun juga ana tak jumpa Kak Liza. Terlalu banyak perubahan pada galeri kehidupan! Tetapi Kak Liza masih sama juga, besar itu jugak laaaa. :)

"Kali ni balik Kedah best la abi..." Ana sampaikan rasa hati pada keluarga. Hihi.

"Esok pagi kata nak makan bihun, dah rendam bihun ke?" Ummi bertanya, ringkas.

"Lupa la... Hehehe." Bingkas bangun dan ke dapur.

Dan berlakulah sesuatu yang amat menakutkan semasa di dapur. Tidak mampu rasanya nak cerita di sini, bimbang ada yang gelak hingga muntah, atau ada yang gelak tergolek-golek apatah lagi kalau ada yang ketawa hingga keluar air mata. Biarlah.. Ianya menjadi tragedi buat ana.

Puas ana diketawakan oleh ummi, abi, ukhtun juga sanak saudara. Semalaman ana tidak mampu melelapkan mata dek kerana ingatan terpaku pada tragedi ngeri tersebut! Setiap kali terkejut, ana bangun dan duduk mengurut dada. Sakit dada, barangkali kerana sangat terkejut dengan peristiwa ngeri tersebut.

Sepanjang perjalanan dari Kedah ke Perak pula... Allahu, ana menadah telinga mendengar celoteh abi (sedap sikit berbanding kalimah meleter, hik hik) hingga lelehan nanah mengalir dari telinga (wah, silalah jangan percaya). Ana hanya menghayati panorama sawah, hihi. Sehingga lah tiba di Perak, abi masih bertanya soalan yang sama. Allahuakbar, macam nak gigit je abi.

'abi yang tak leh sabar hingga sampai rumah ni...'

Masih tersenyum sendiri, hihihi. Itu lah hikmahnya di sebalik sehelai kain, reaksi muka selalu terpelihara walaupun tersenyum sepanjang masa. Lalalalaaaaa... :D

Setibanya di rumah, setelah menguruskan apa yang perlu ana yang letih dan layu dek kerana tidak tidur membuka laptop dan melaksanakan 'arahan' dari abi. Hampir tertidur di depan laptop, mujurlah kak Wani dan kak Mira sudi menemani (akhirnya ana yang tinggalkan kak wani) :P

Setelah menyelesaikan 'arahan keras' dari abi, ana pun menutup laptop dan segera memujuk mata segera tidur. Malangnya, ingatan masih terbayang pada tragedi pada 1 Januari. Sukar benar mahu mengusir igauan ngeri tersebut.

Apapun, ana bersyukur ada satu perkara sudah bebas berlari dari minda... Alhamdulillah. Rasanya satu perkara tersebut sudah menyelesaikan macam-macam perkara. :)

Oh ya, bulan Januari ni sudah 'reserved' menyiapkan penulisan. Moga Allah permudahkan.

Bulan Februari insya Allah akan berlangsungnya satu hari yang di nantikan, yeah! Semoga Allah permudahkan. Semuanya masih di awal rancangan tetapi persetujuan dari sifu yang menyokong penuh buat ana tersenyum lebar :)

"Awal tahun dimulakan dengan tragedi, akhir tahun nanti ada memori..."

Mudah-mudahan...

p/s: Jangan paksa ana cerita tentang tragedi 1 Januari, bimbang ada yang ketawa hingga akhir tahun pula. Masalah...! :p

12 leaves:

Kerikkerik 3 January 2010 at 22:23  

emm...ishhh cam nak tau je tragedi apa... =P

m i r a 3 January 2010 at 23:25  

isk, nak tau la
hehe ;)

Insyirah 4 January 2010 at 08:22  

Syudde... Aishhh, tak leh la nak cerita kat sini. Nanti ramai yang 'cop' ana hingga 31 Des 2010 pula (kalau panjang umur).. :P Jadi, diam2 jer la. Ianya tragedi buat ana tetapi bagi yang lain mungkin ianya satu bahan jenaka... Wawawa, tak skerrr!

Insyirah 4 January 2010 at 08:22  

Mira...
Hihihi... Malu... Malu :">

nurIslami 4 January 2010 at 11:43  

Assalamualaikum:

Selamat Menyambut Tahun Baru Masihi 2010..

Tragedi yang telah menjadi kenangan itulah yang membuahkan kemanisan memori dan merangsangkan kematangan..

Apa ya tragedi Januari itu..(tanda tanya)..

Kash 4 January 2010 at 14:31  

Hah, nanti jumpa pcik, citer ye apa yg terjadi pd 1 january. Buat org suspen je....

AcHiK_TeDDy,  4 January 2010 at 14:57  

NiQoBi mkin misteri,huhuhu..smua trtanya2 tragedi yg brlaku ke atas awk.hrp2 bkn yg memudharatkn kesihatan:(

Insyirah 5 January 2010 at 14:53  

Wa'alaikumussalam Ustaz Azalee. Syukran. Tragedi yang buat ana semakin berhati-hati dalam setiap gerak-geri biarpun berada di dalam rumah kerana hakikatnya kecuaian yang sedikit mengundang parah.

Insyirah 5 January 2010 at 14:54  

Ala Pakcik Kash ni...
Tak leyh la, nanti sambil cakap tergelak golek-golek, malu i tauuu :)

Insyirah 5 January 2010 at 14:57  

Achik, ehe takde la teruk mana pun cuma terkejut pada tahap kronik je, kalau terkejut tu pergi hospital agaknya perasaan terkejut kene duduk ICU lah, kronik dah... hehehe. sian kat terkejut kan...kan! (huish, merepek apa ni!)

Kash 6 January 2010 at 14:37  

Hah, simpan cerita tu masa kita go to cherat ye...hehe

IMmeHuda 25 January 2010 at 10:28  

uhuh...kak nurul pun saspen apa yang jadik pada kamu dik oii..hehe

aSkiNg sOuL

Feeling alone?
Innallahha ma’ana

Saw evil act?
Inni akhafullah

Wishing something?
Fa’iza ’azamta fatawakkal’alallah

Missing somebody?
Ma fi qalbi ghairullah.

... syukran ...

Free Hit Counter Syukran 'ala ziarah ^_~

Silent Home

Silent Home
Bila emosi mengunci hati, lalu lahirlah ayat-ayat sepi sebuah monologku merentasi perjalanan menuju Rabbi :)

  © Template Lar Doce Lar por Emporium Digital Graphics Jenny's Grandchild and Irene's Corner

TOPO