Sahabat Baru
Bismillahirrahmanirrahim.
Sudah beberapa hari perut meragam. Duduk salah, berdiri salah, yang betulnya apa ya? ZzZzZ... Semuanya dilupakan sejenak. Apabila diisi dengan minuman atau makanan, maka bermula gelombang pada perut hingga berpeluh-peluh akibat menahan rasa yang singgah. Bila biar perut kosong, rasa lega seketika. Satu warning dari sang perut agar tidak selalu dipenuhi, juga satu teguran dari al-Khaliq agar ingati saudara di Palestin juga di mana-mana yang tidak ada apa untuk dimakan. Astaghfirullah hal azhim.
Di sisi lain, bimbang juga dengan keadaan ini. Rasanya perut juga mengalami gempa bumi seperti Haiti, lalu menatijahkan tsunami seperti Acheh. Tak tahu bagaimana harus describe rasanya, bila diserang hanya mampu duduk diam-diam sambil menarik nafas sedalam-dalam, tahan selama yang boleh dan dilepaskan perlahan-lahan. Ini adalah perkara paling asas dalam bab nak menahan sakit ye tuan-tuan, puan-puan. Apabila paru-paru terisi oksigen sebanyak yang boleh, ia mampu melegakan kesakitan yang sedang mencucuk.
Ana terbayang pada Ayah Musa, suatu ketika dahulu terlantar seketika di hospital gara-gara ususnya luka. Setiap yang keluar dari usus kecil dan besarnya hanya DARAH akibat dari penipisan dinding usus kerana banyaknya makan ubat-ubat (terutama painkiller). Dahulu, ana juga pernah menangis dari petang sampai ke malam akibat sakit perut, tapi dilupakan dengan tidur. Berpeluh-peluh badan dibuatnya walaupun depan kipas!
Hujung tahun 2009, Pak Uda 'hadiahkan' ana dengan suplement air gamat juga ekstrak madu, kurma dll (perlu ke buat promosi di sini?). Alhamdulillah, rasa sedikit berbeza. Tidaklah sentiasa lesu tak bermaya. Ana cuba untuk meninggalkan painkiller, 2 minggu penuh drug free. Sakit sikit-sikit masih boleh diatur, selagi boleh berjalan dan tak menangis maka tak perlu painkiller.
Tulang rusuk kiri membengkak hingga timbul, ana sendiri pun takut. Demam, demam dan demam. On dan off, barangkali sebab tulang rusuk dah lama sangat bengkak. Akhirnya, masa jumpa doktor rasa satu bebanan terlepas dari fikiran. Tiada yang serius, ianya normal saja. Walaupun tergeliat lidah nak menyebut nama sahabat baru yang menghuni dalam tubuh, akhirnya boleh juga biasakan diri memanggilnya 'Costochondritis'.
"Macam-macam..." Itu yang diucap pada ummi seusai jumpa doktor. Iya, macam-macam sakitnya sampaikan ana sendiri selalu ketawa nak menyebut satu per satu nama 'sahabat' dalam badan ni. Anda cemburu bukan? Tak pe, rezeki masing-masing. :D
Kisahnya sahabat yang bernama Costochondritis ialah, beliau mengakibatkan ana tak mampu nak angkat tangan kiri. Holaaa... Sakitnya merebak pada bahu kiri hingga belakang. Sipi lagi je nak guna laluan tulang belakang. Oh, lupa... Mereka berjiran. Juga, ada masanya ia membuatkan ana seperti tercari-cari pokok untuk mendapatkan oksigen. Oh ya, terima kasih pada abi kerana membela 2 pokok (hidup) dalam rumah. Padahal tidak banyak, hanya 2-3 rusuk saja yang timbul dengan ketara. Itulah yang dinamakan NIKMAT dan ANUGERAH dari Allah.
Alhamdulillah.
Di saat mentari bersinar, rembulan tersenyum... Ingin aku terbang mengutip bebintang di langit untuk ku simpan cahayanya di saat gelap zulumat. Ingin aku berlari mengejar pelangi, agar hidupku sentiasa ceria dengan warna-warni kehidupan yang penuh dengan rahsia. Ingin aku ke gigi air, mencari pasir-pasir halus agar aku mampu memenuhi setiap kaca hidupku ini dengan ilmu yang bermanfaat. Aku ingin setiap hari jendela hati ini terbuka, hanya Allah yang aku mahukan.
Aku mahu setiap hari jendela hati ini ditutup dengan segugus doa buat ummi, abi, akhun wa ukhtun, sahabat-sahabat, mereka yang telah mendahului aku ke 'sana', mereka yang bakal menyusuli aku untuk ke 'sana', juga para saudara dari jendela hatiku yang masih dengan sisa air mata dan darah yang melata di serata dunia. Aku mahu jendela hatiku ini punya kunci yang hanya dibuka oleh DIA, Allah taala...
...Selamat Pagi Matahari...
6 leaves:
Assalamualaikum:
Dunia sana pasti akan kita semua pergi..
Persediaan ke arah sana yang perlu kita fikirkan sentiasa serta menghimpun kekayaan keredhaan Allah selalu..
moga Allah sentiasa menguatkan hati ukht..sentiasa dalam jagaanNya dan perhatianNya setiap masa..
Syafakillah ya ukhti belahan jiwaku..hu3:(
Wa'alaikumussalam Ustaz Azalee.
Syukran atas peringatan.
"Dunia sana pasti akan kita semua pergi.."
Tiada keraguan lagi, ia destinasi yang PASTI. Moga ALlah memberikan taufiq Nya, membantu untuk terus di jalan Nya.
Achik Teddy,
Syukran. ISk, bile lah orang belah hati achik neyh! Eh eh... Sker hati jerk kata kite ni belahan hati achik, orang tak belah hati sesapa pun. Iskh!
Slm alaik..
Sy xckp pn awk blh ht sy,tp awk adalah 'belahan jiwa' sy.mknany separuh ht awk ada kt sy,sbb tu awk slalu semput.xckup ht,ngeh3..jgn mrh n jgn lupa mkn hbbtswda:-''
Mm..dh 2 tahun jiwaku dibelah oleh bdk kecik ni,hu3..
Ya Allah.
Putuskanlah segala ketergantungan dunia dariku, dan gantilah dengan rasa rindu untuk berjumpa dengan Mu.
Post a Comment