"Ya Allah, jadikanlah hamba Mu ini mencintai orang beriman dan jadikanlah orang yang beriman mencintaiku."

(HR Muslim)
Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Third Birthday tickers
Showing posts with label Family. Show all posts
Showing posts with label Family. Show all posts

13 October 2012

Round The Table

Bismillahirrahmanirrahim.

Sesuatu yang tidaklah dipupuk tetapi dicontohi oleh ayahanda dan bonda kami, erti perkongsian. Ianya menjalin kemesraan dan kasih sayang, selain itu ia juga memupuk rasa untuk kepedulian kepada orang lain. Sharing is caring, caring is loving. Berkasih sayang itu rahmat dari Ilahi.

Kalau makan di luar rumah, makan di restoran kebiasaannya kami adik-beradik akan memilih makanan yang berbeza, minuman juga berbeza. Apabila pesanan dihantar ke meja, maka ayahanda akan menjadi orang pertama 'tukang merasa' diikuti oleh bonda dan lain-lain. Boleh dikatakan setiap orang akan merasa juadah makanan dan minuman yang dipesan oleh adik-beradik yang lain. Kadang, seorang pesan air tembikai, seorang pesan air oren, seorang pesan air barli, seorang pesan sirap dan macam-macam pesanan. Seorang sahaja pesan sejenis air tapi setiap seorang boleh merasa kesemua pesanan atas meja.

Gelas yang berisi air akan berjalan dari satu orang ke satu orang. Pinggan yang berisi makanan akan bergerak dari satu orang ke satu orang, selesai satu pusingan meja maka 'Tuan Pesanan' akan kembali mengambil makanan atau minuman yang dipilih pada awal tadi.

Ya!

Kami seronok begitu. Seolah masing-masing mengumpul 'air liur' dalam satu hidangan yang bermula dengan ayahanda dan bonda, akhirnya masuk ke mulut kita pula.

Kebiasaanya, orang sekeliling akan memerhati gelagat kami yang asyik mencuit-cuit pinggan di depan dan sebelah. Potong makanan dalam pinggan sendiri, 'sedekah' pada jiran di depan, hulur pada jiran di sebelah. Minta pula hidangan jiran di depan, minta hidangan jiran di sebelah. Dapat merasa seorang sedikit. Lihat di kiri kanan, ada orang datang makan dengan keluarga tetapi anak-anak sibuk dengan gadget masing-masing, ibubapa pun dengan teknologi. Semua 'bisu' tak ada komunikasi, bila pesanan sampai... Ambil gambar, posing, makan.

Kadang, melihat gambar-gambar secara rambang dalam facebook. Banyaknya 'happy family' dengan tersenyum lebar, tersengih panjang bersama keluarga. Tapi, di alam realiti susah sungguh nak jumpa keluarga yang berkomunikasi dengan bahasa badan dan menggunakan bahasa lisan. Semua asyik dengan gadget!

Teringat pesanan Prof Muhaya, "Orang yang bahagia tidak menunjuk-nunjuk kebahagiaannya, orang yang tidak bahagia mahu orang lain melihatnya sebagai orang yang bahagia."

Ya. Ada kebenarannya. Dia tak bahagia tetapi dia mahu kelihatan bahagia dan mahu orang lain melihat dia bahagia, dalam hatinya mungkin sarat dengan duka? Allah.

Hidup bukan hanya lakonan, jangan jadikan kehidupan sebagai pentas. Usah menjadi pelakon. Bersandiwara membayangkan bahagia sedangkan hati langsung jauh dari nafas bahagia. Berusahalah menjadi orang yang bahagia dan membahagiakan. Untuk membahagiakan orang lain, kita terlebih dahulu perlu menjadi orang yang bahagia. Hanya orang yang mengenali diri sahaja yang bahagia dengan apa yang ada.

Wallahua'lam.


* Saya teringin sangat nak makan Roti Arab dan Kibdah, hanya satu kedai sahaja yang saya pernah makan sangat kena dengan selera saya. Itu pun masa mengandungkan Amir Solihin. Masa tu saya sangat keletihan, dan saya tak puas makan. Sejak akhir-akhir ni membuak sungguh perasaan nak makan Roti Arab dan Kibdah tersebut. Ya Allah, mudahkanlah... Kalau ada sesiapa yang handal masak Kibdah, boleh la share dalam komen resepi masak Kibdah ye! Bukan tak nak cari dalam internet tapi bila melihat gambar-gambarnya, takut meleleh air liur :P


Ummu Amir :)

Read more...

04 October 2012

Bila Abi Mengasuh Amir...

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah. :)

Segala puji-pujian buat Allah.

Setelah seminggu demam dengan teruknya dan dapat menambah koleksi peribadi dengan jayanya! Saya semakin sihat, alhamdulillah :) Demam yang bersungguh-sungguh teruknya sampaikan tak bangun-bangun kecuali untuk solat. Ya Allah, kalau tidak mahu bersyukur juga. Tak tahu lah... Dari awal, suami mengajak ke klinik tetapi memang tak terbangun sangat rasanya nak menapak ke klinik. Dibiarkan dahulu... Makan habatus sauda' dan minum air suam banyak-banyak. Batuk masih juga teruk, err... sangat teruk sampaikan suami tak tidur malam sebab asyik tengokkan saya yang terbatuk-batuk, akhirnya saya tidur dalam keadaan duduk.

Ya, tidur itu nikmat. Tapi, bila terlebih tidur, boleh jadi racun. Teringat pula pesanan Syeikh Nuruddin, "kalaulah kita menghabiskan masa setiap hari dengan tidur selama 8 jam, bila umur 60 tahun maknanya kita sudah tidur selama 20 tahun. Itu belum lagi termasuk tertidur masa kuliah, dan lain-lain."

Er... Betapa masa itu sesuatu yang sangat perlu disyukuri.

Bila dah rasa sihat sikit, saya pun jadi malas nak ke klinik. Baru sihat sikit, tiba-tiba jadi tak sihat. Tak sihat... Aih, sudah la kenapa dengan saya ni? Akhirnya selepas seminggu dengan jayanya demam tak bangun-bangun, saya gagahkan juga pergi ke klinik. Saya tinggalkan Amir Solihin dengan suami :)

Masa jumpa doktor, hihi... Menggeleng doktor bila saya cakap dah seminggu demam. Dan, doktor pun kata, "asma awak teruk ni."

Er?

Bila bagitahu suami, suami buat lawak.

"Cakap la dengan doktor, saya bukan asma. Asma tu nama kawan saya..."

Adei T_T

Selepas dapat nebulizer dan doktor suruh sedut inhaler setiap 4 jam, barulah terasa kurang sikit batuk. Doktor bagi tempoh sampai hujung minggu ni sahaja untuk saya makan ubat, kalau tidak sihat juga maknanya saya kena makan ubat asma yang khusus. Dan saya perasan, saya banyak menggeletar sejak dua menjak ni. Allah. Makan ubat lagi...

Seronoknya masa sakit ni melihat suami mengasuh Amir Solihin ^_~

Kadang-kadang, saya siapkan pakaian Amir Solihin sementara suami mandikan Amir Solihin. Masa mandikan Amir Solihin, saya melihat sambil tergelak dengan keletah mereka. Dan, saya perasan sesuatu yang osem! Suami ajarkan Amir Solihin berwuduk setiap kali sebelum mandi, masha Allah. Patut la kalau mandi dengan suami, Amir Solihin sangat behave! Kalau mandi dengan Ummi, puas la Ummi nak mengejarnya dalam tandas, puas juga nak sudahkan mandi sebab Amir Solihin selalunya pegang paip bila Ummi ajak pakai baju. Masih nak main air...

Amir Solihin agak sukar untuk ditidurkan, jadinya setiap kali nak tidurkan dalam buaian saya akan membaca al-Quran. Kadang, ia mengambil masa 30 minit sehingga 1 jam untuk mendodoikan Amir Solihin dalam buaian. Jadinya, saya manfaatkan waktu tersebut untuk baca al-Quran sambil menghayun Amir Solihin. Bila Amir Solihin dah tidur, saya akan pasangkan CD al-Quran untuk menemani tidurnya, jadi saya boleh buat kerja lain.

Mungkin kerana dah biasa bila nak tidur dengar kalamuLLAH, jadinya bila balik kampung atau travel maka suamilah yang menjadi 'CD' membacakan al-Quran kepada Amir Solihin. Masa tempoh saya kurang sihat haritu, suami pasang CD al-Quran dan tetap juga ikut bacaan al-Quran, selepas Amir Solihin tidur CD tidak ditutup. Suami baring berdekatan Amir Solihin, merehatkan badan. Bila Amir Solihin bergerak sikit, terus bangun menghayun buaian. Bila berbunyi sikit suara Amir Solihin, suami bangun melihat-lihat. Al-hasilnya, Amir Solihin tidur selama 4 jam! Masha Allah, osem!

Tak pernah-pernah saya berjaya tidurkan Amir Solihin pada siang hari selama 4 jam. Selalunya 1-2 jam setengah sahaja tidur siangnya.

Masa makan Amir Solihin pun begitu riang gembira, satu mangkuk berisi bubur Amir Solihin. Suami sediakan satu set mangkuk dan sudu untuk Amir Solihin, jadinya Amir Solihin tak mengganggu mangkuk yang berisi bubur kerana sibuk dengan mangkuknya sendiri. Suami juga latih Amir Solihin makan dengan sudu sendiri. Comel sangat :)

Sekarang, bila nak makan... Amir Solihin akan tadah tangan, nak baca doa. Walaupun belum boleh bertutur, tapi beberapa perkataan yang simple dah disebut dan apabila kita kata apa-apa, dia dah faham.

Contohnya.

"Mana air Amir?"

Maka, dia akan cari cawannya.

Orang selalu cakap, ibu sangat penyabar dalam urusan mendidik anak. Saya tak rasa macam tu untuk kami, sebab suami lebih sabar mendidik Amir Solihin. :)

Satu 'gift' bila kita sendiri mengasuh anak, selain menjaga kita juga boleh terapkan tarbiyah dari awal mengikut corak dan kehendak kita sendiri.

"Amir Solihin, Ummi nak solat. Allahuakbar."

Setiap kali nak solat, inilah pesan saya kepada Amir Solihin. Tapi, sejak akhir-akhir ini Amir Solihin banyak dilayan oleh Abi makanya bila ada chance untuk kenakan Ummi memang Amir Solihin tak lepaskan. Dahulu, bila Ummi solat, Amir Solihin main sahaja disekitar Ummi. Habis 'naughty' pun bila Ummi sujud, Amir Solihin tepuk-tepuk kepala Ummi atau angkat kepala Ummi tapi sejak seminggu ni bila Ummi solat, Amir Solihin tarik telekung sampai tercabut. T_T

Sampai berkali-kali Ummi ulang solat, Amir Solihin tetap juga kenakan Ummi. Sampai Ummi menangis, SMS Abi suruh balik cepat sebab Amir Solihin tak bagi Ummi solat, suruh Ummi duduk dengan Amir Solihin je.

Amir Solihin well behave dengan Abi.
Bila dengan Ummi, Amir buli cukup-cukup.

Mungkin bila dengan Abi, kalau Amir Solihin buli Abi... Abi buli Amir Solihin lagi teruk kot. Hehehehehehe :)





Aunty Syudde kata Amir Solihin buat duck face,
Aunty Fasihah kata macam tweety bird,
Ummi kata macam ikan keli je pun, hik hik.



Ummu Amir.

Read more...

13 June 2012

♥ A Y A H ♥


Bismillahirrahmanirrahim.

Duduk termenung di depan komputer.

Tiba-tiba, hp berbunyi. Alarm rupanya. Tengok gambar-gambar, fikiran melayang-layang. Hati nak menulis, akal nak terjemahkan rasa yang singgah tetapi jemari seakan kaku untuk menari-nari, seolah tiada irama yang bergandingan untuk sama-sama memeriahkan malam yang semakin sunyi.

Hiruk pikuk bunyi kenderaan masih menghiasi cuping telinga. Tiada lagi aroma rumput yang sangat mendamaikan, tiada lagi unggas yang berlagu riang, tiada lagi desiran air sungai yang menemani malam-malam. Hanya bintang yang masih setia di atas sana, hanya bulan yang masih setia nun jauh di sana. Muzik-muzik yang dahulu menjadi suatu irama harian seakan lenyap, hilang ditelan hutan batu.

Jujurnya, saya rindukan suasana damai itu. Namun, bukan semuanya yang kita mahu Allah akan beri. Allah beri apa yang kita perlu. Siapa tahu, hiruk pikuk dan debu yang berterbangan... Masih ada manusia-manusia yang gigih menyebarkan risalah Tuhan. Masih ramai manusia yang cintakan majlis ilmu dan meraikan para alim ulama'. Siapa tahu, unggas melata dan aroma hutan yang menyegarkan dipenuhi dengan maksiat dan pelaku dosa. Ah... siapa tahu...

Masa terus berjalan. Bumi masih beredar pada paksinya. Jam terus berdetik dan semuanya tetap terus berjalan. Destinasinya sama - menuju gerbang hari akhir - tetapi masing-masing memilih jalan yang dirasakan paling baik menurut akal dan ilmu. Mudah-mudahan jalan berbeza kita tetap menuju kepada matlamat yang sama, yakni Allah taala.

Dahulu, saya kanak-kanak yang berperwatakan lasak. Tumbuh remaja, saya menjadi gadis yang manja (dan cengeng?). Saat usia menginjak 20 tahun, ayah menikahkan saya dengan seorang lelaki yang saya yakini ayah percaya bahawa lelaki itu mampu menjaga saya zahir dan ruh saya dengan baik. Saya tahu, ayah sentiasa hanya mahukan yang terbaik buat anak-anaknya. Saya tahu, ayah sentiasa memberi peluang untuk saya menterjemah rasa dan perasaan.

Di ambang saya 'kacau bilau' dengan ujian perasaan yang dalam masa yang sama menguji iman, ayah tetap bersama di sisi. Hampir setiap hari kami 'berbicara' dalam suara yang bisu. Saya tidak mampu meluahkan perasaan menggunakan lidah, maka hampir setiap hari kami berkomunikasi melewati e-mail. Ya, hampir setiap hari! Sedangkan setiap hari kami bertemu empat mata di rumah. Tetapi, ayah tetap ayah... Dia selalu memahami dan mengetahui bahasa badan kami.

Terima kasih ayah.

Kadang-kadang, bila diimbau kenangan lalu. Saya tersenyum sendiri, apa mungkin saya 'Si Manja' mahu dinikahkan ayah saat usia masih lagi hingusan. Kata orang-orang tua, masak nasi pun belum pandai. Tapi, tak apa. Barangkali ayah tidak risau kalau saya belum pandai masak nasi, nanti ayah akan pesankan kepada suami saya untuk menyediakan dapur gas dan periuk nasi elektrik, jadi tidaklah saya perlu risau untuk memasak nasi :D

Selepas menikah, saya masih menjadi 'Si Manja' tetapi bukan dengan ayah... Suami terpaksa mengikut rentak saya yang kebudak-budakan, sesekali terpaksa berwatak seorang bapa berdepan dengan kerenah saya. Terima kasih ayah kerana menikahkan saya dengan lelaki yang hampir persis seperti ayah.

Selepas menjadi ibu, yaa... ayah berpindah (tempat kerja) pada hari saya dimasukkan ke hospital untuk bersalin. Ayah memulakan tugas di pejabat baru pada hari saya dimasukkan ke hospital untuk bersalin. Saya masih ingat bagaimana saya mengirimkan SMS dengan linangan air mata, memaklumkan kepada ayah (dan ibu) bahawa saya akan dibedah seberapa segera. Pulang dari tempat kerja, ayah terus menapak ke hospital untuk menjenguk saya tanpa sempat menghilangkan lelah bekerja.

Selepas bersalin, selesai menjalani pembedahan... Saya tercari-cari, tiada kelibat suami semasa sedar. Apabila sudah pagi, saya rasa lega melihat wajah suami. Tanpa sempat melihat wajah si kecil. Saya minta pada suami, ambilkan buah hati saya kerana saya mahu menatap wajahnya. Dan, petangnya pulang dari tempat kerja, ayah datang menjenguk saya.

Ayah selalu datang menemani di sisi, meskipun saya sudah menjadi ibu.

Ayah sudah jadi datuk. Datuk kepada Amir Solihin.

Ya, ayah sudah jadi datuk tetapi ayah tetap menjadi ayah kami.

Ada masa, bila lama tidak mengirim berita maka ayahlah yang akan menghubungi dengan kiriman SMS. Kadang-kadang, bila tiada apa yang nak ditanya maka saya hanya akan mengisahkan tentang keletah Amir Solihin... Sebenarnya saya selalu rindu untuk mengomel dengan ayah seperti waktu dulu, kerana ayah sentiasa punya waktu untuk mendengar saya mengomel walaupun apa yang diomelkan bukanlah cerita yang bagus-bagus.

Bila rasa rindu dengan ayah, rindukan waktu bersama ayah maka saya akan bercerita dengan suami. Terpaksalah beliau akur untuk mendengar cerita-cerita saya. Saya pernah berjenaka dengan suami, saya katakan pada telinganya ada tahi lalat terus suami tersenyum dan mengusik.

"Ya, seorang pendengar yang setia."

Barangkali beliau pun terpaksa berwatak seperti ayah apabila saya ralit mengomel.

Bulan lepas, saya khabarkan kepada adik perempuan bahawa saya mahu jalan-jalan di Kuala Lumpur dengan Amir Solihin menaiki komuter. (Haha :P) Suami tak percaya dengan angan-angan saya, apa mungkin saya gagah mahu mendukung Amir Solihin. Akhirnya, bila ayah mendapat tahu terus ayah beria-ia mahu bawa Amir Solihin berjalan tetapi bukan dengan komuter, kami berjalan dengan LRT. Kata ayah, LRT lagi seronok dari komuter :)

Maka, kami berlibur ke KLCC menaiki LRT.

Selang beberapa minggu, kami ke KLIA menaiki KLIA Ekspress dari KL Sentral.

Semuanya kerana kepingin mahu ronda-ronda. Mahu menaiki kereta, bersesak dengan trafik. Maka, bersesak dengan manusia lain menggunakan kenderaan awam lebih 'menyeronokkan'.

Ayah... Ayah...

Selalu saja melayan kerenah kami.

Semasa di KLIA, ayah mengulang kata-kata yang selalu diungkapkannya.

"Tak mengapa melayan kamu semua, nanti kamu semua dah dewasa akan ingat bagaimana ayah melayan kamu."

Dan... bila adik-adik culas menemani ayah menjalani rawatan mata di hospital, saya akan mengingatkan mereka supaya sentiasa bersama ayah selagi berkesempatan. Kerana duduknya saya bukan lagi di sisi ayah, tetapi di sisi ayah kepada Amir Solihin :) 

Namun, doa untuk ayah tak pernah putus. Insha Allah.

Moga Allah berkati kehidupan ayah.
Bahagia di dunia dan akhirat.
Amin! 

-Anak ayah yang dah besar-

Read more...

10 December 2011

Datukku Menikah Lagi

Bismillahirrahmanirrahim.



10 Disember 2011


Barakallahu lakuma wa baraka 'alaykuma wa jamaa bainakuma fi khayr.


Abu Amir
Ummu Amir
Amir Solihin

Read more...

08 October 2011

Engkau... Mawar Ilahi

Bismillahirrahmanirrahim.

8 Oktober 1996, 15 tahun yang lalu... sepanjang seminggu sebelum mencapai tarikh ini, seringkali disoal oleh guru di tadika.

"Bila nak dapat baby?"

"Bulan 10."

"Sekarang dah bulan 10."

Tersengih-sengih menampakkan barisan gigi yang tak sempurna.

Alhamdulillah, setelah 15 tahun berlalu. Usia adik perempuanku sudah mencapai 15 tahun. Buat adinda Fatin Mahfuzah, coretan ini buatmu. Moga ianya bermakna.

Semakin bertambah sehari,
Semakin meningkat usiamu sehari,
Wajarlah engkau semakin menguntum mekar,
Andai dirimu diumpamakan seperti sekuntum mawar,
Sudah semakin mekar kelopakmu,
Semakin harum baumu,
Semakin indah warnamu,
Namun... Dirimu perlu diingatkan,

Sekuntum mawar itu punya...
Kelopak yang rapuh sifatnya,
Ditiup sang angin, lentok meliuk,
Dipegang sang manusia, layu jadinya,
Dikucup-kucup selalu, hilang baunya,

Begitulah diri seorang wanita,
Andai akalnya tidak diwarisi iman,
Rebah ke bumi perasaannya,
Terkulai layu jiwanya,

Hiasilah dirimu dengan pagar keimanan,
Pupuklah hatimu dengan duri ketaqwaan,
Ikatlah perasaanmu dengan rasa berTuhan...
Kerana engkau sekuntum mawar milik Tuhan ^_~


Ya Allah,
Jadikanlah Fatin Mahfuzah seorang hamba Mu yang solehah, mentaati perintah ibu ayah, patuh pada ajaran Quran dan sunnah, berkatilah usia Fatin Mahfuzah, berkatilah kehidupan Fatin Mahfuzah di dunia dan akhirat, perelokkanlah akhlaq Fatin Mahfuzah sebagaimana Engkau memperelokkan wajahnya, cantikkanlah agama Fatin Mahfuzah, permudahkanlah urusan Fatin Mahfuzah di dunia untuk mendapatkan keredhan Mu.

Ya Allah,
Ampunkanlah dosa-dosa Fatin Mahfuzah yang telah lalu dan Engkau berkatkanlah usianya yang akan datang. Berilah kepada Fatin Mahfuzah sekeping hati bersalut sifat-sifat mahmudah, hati yang lunak dan akrab dengan Mu ya Allah. Berilah kejayaan kepada Fatin Mahfuzah di dunia dan akhirat. Barakallahu fiki. Aamin ya Allah.

With love and hugs,
Insyirah Soleha.

Read more...

16 August 2011

Kiasan Hati Ibu

Bismillahirrahmanirrahim.

Duduk-duduk semalam, bila Amir Solihin tersenyum simpul selepas kenyang menyusu rasa indah sangat. Terkenang hari kedua selepas melahirkan Amir Solihin, ada seorang pesakit di hujung jendela sedang duduk menyapu airmata yang mengalir. Tidak bertanya apa-apa, hanya memandang dan melihat dari jauh. Baby cot di katil beliau kosong, tak sampai hati nak tanya apa-apa. Memandangkan wad yang ana duduki, kesemuanya pesakit yang menjalani pembedahan mahupun kelahiran secara forsep/vakum jadi macam-macam kebarangkalian bermain di minda.

Pesakit di sebelah juga bila dilawati oleh bapanya, terdengar sang ayah memberi kata-kata motivasi kepada si anak yang mungkin diruntun pilu. Sempat bertanya dan berbual dengan pesakit di sebelah... Katanya anak beliau tertelan air ketuban semasa bersalin, jadi perlukan rawatan lanjutan di hospital. Beliau dibenarkan pulang, tetapi mungkin anaknya terpaksa ditinggalkan di hospital. Oh... Begitu.

Susah sungguh hati seorang ibu untuk berpisah dengan anaknya. Sedangkan anak tersebut baru bertemu dengan si ibu hanya 2-3 hari, tetapi keberadaan 'bersama' sepanjang kehamilan mengikat hati si ibu untuk melepaskan anaknya.

Setelah pesakit yang baby cotnya kosong keluar dari wad... Baru bertanya dengan pesakit lain, kata kakak yang berbual dengan ana... Anak kakak tersebut tidak menangis selepas dilahirkan, jadi bayinya ditempatkan di wad NICU (unit rawatan rapi kanak-kanak). Fahamlah ana kenapa kakak tersebut seringkali mengalirkan airmata. Bayangkanlah melihat ibu-ibu lain yang mendukung, menyusu dan melayan kerenah anak masing-masing sedangkan anak sendiri di NICU. Sesekali, beliau ke wad NICU untuk melihat anaknya, barangkali menghantar susu ibu yang diperah.

Macam-macam perasaan yang boleh dirasai semasa baru bergelar ibu dan rasa-rasa tersebut bertukar silih berganti, masha Allah tidak tahu bagaimana untuk menghuraikan keindahan-keindahan yang Allah berikan ini. Betapa anak adalah anugerah dari Allah, tetapi perlu juga diingat bahawa anak adalah ujian... mudah-mudahan Allah memberi kemudahan dalam menjaga amanah Nya.

Selepas seminggu dilahirkan, Amir Solihin kena jaundis yang tinggi. Matanya juga kuning. Selepas diperiksa jururawat yang datang ke rumah, Amir Solihin dirujukkan untuk berjumpa doktor dan kemudiannya dirujuk pula ke hospital. Memandangkan tahap jaundis Amir Solihin sangat tinggi dan berisiko maka terpaksa pula dipindahkan ke hospital yang mempunyai doktor pakar. Allahuakbar, resahnya hati Tuhan saja yang tahu.

Alhamdulillah, dalam menghadapi kemelut-kemelut perasaan yang melanda diri semasa Amir Solihin diproses oleh doktor, ada ummi dan abi yang setia menemani memandangkan encik zauj sudah jauh... sobs sobs (terus teringat dialog dengan Kak Sarah, ya... akak benar!)

Jam 12.40 tengah malam (awal pagi?) setibanya di hospital (yang dirujuk) maka jururawat meminta izin untuk memberikan susu formula kepada Amir Solihin memandangkan beliau sedang menangis kelaparan. Minta kebenaran dari jururawat untuk berikan susu badan tetapi jururawat memujuk kembali, bimbang doktor datang dan menyuruh Amir Solihin berpuasa maka teramatlah kasihan memandangkan beliau sedang kelaparan, tambahan pula tangan Amir Solihin sudah dimasukkan drip.

Bayangkan... tangan si kecil yang sangat kecil itu dimasukkan drip. Allah, tak dapat nak bayangkan. Akhirnya pasrah membenarkan jururawat memberi Amir Solihin minum susu formula sebelum doktor datang. Selepas membersihkan Amir Solihin, jururawat minta ana berehat di katil dan Amir Solihin terpaksa ditinggalkan bersama jururawat di ruangan khas 'unit penjagaan rapi'. Nyaris saja Amir Solihin dipindahkan ke wad NICU.

Wad tersebut khusus dengan bayi yang mempunyai masalah jaundis, melihat sisi kiri kanan depan dan belakang masing-masing bersemayam dengan anak sendiri tanpa diminta pun airmata menuruni. Baru rasa bagaimana yang dirasakan oleh ibu-ibu lain yang 'dipisahkan' dari anak, melihat orang lain dengan anak masing-masing... Waduh, gawat deh!

Selang beberapa jam, doktor pakar datang dan memberitahu bahawa tahap jaundis Amir Solihin sangat tinggi pada bacaan 350, kalau ditakdirkan bacaan jaundis meningkat sehingga 380 maka pada malam (awal pagi?) itu juga beliau terpaksa ditukarkan darah. Wihaaa..! Rasa nak tergolek dari katil je. Jadi, duduklah Amir Solihin di bawah 2 cahaya lampu tanpa baju.

Bila rasa 'tak tahan' sangat, jenguk Amir Solihin dari tingkap unit penjagaan rapi... Nak menjenguk kerap-kerap tak tahan, airmata mengalir setiap kali menatap wajah mulus beliau. Akhirnya, hanya menunggu panggilan dari jururawat setiap kali Amir Solihin menangis maka barulah mendakap dan memujuknya untuk menyusu. Disebabkan duduk bawah lampu, Amir Solihin dipakaikan penutup mata... Bila jumpa dengan Amir Solihin, ana buka penutup matanya dan selepas melihat (mungkin beliau mengenali bau) ana, terkebil-kebil sebak.

Orang kata, minum susu kambing anak tak kena jaundis. Dari awal mengandung sehinggalah hari bersalin minum susu kambing, tinggi juga jaundis Amir Solihin. Orang kata jangan makan jeruk nanti anak kena jaundis, serasanya langsung tak makan jeruk pun. Orang kata dan berkata-kata, tapi bila Allah yang kata barulah kita tak terkata :)

Semasa di wad jaundis tersebut, ibu di sebelah ana juga sering mengalirkan airmata kerana anaknya dipindahkan ke wad NICU kerana jangkitan kuman pada paru-paru. Wad NICU sudah penuh dan setiap kali mahu menjenguk anakandanya sambil menghantar perahan susu ibu, terpaksa kakak tersebut berjalan jauh memandangkan wad NICU terletak di bangunan lain. Dengan kesakitan bersalin yang baru beberapa hari, terpaksa pula berjalan jauh. Demi anak, seorang ibu sanggup laluinya. Allahuakbar.

Alhamdulillah. Amir Solihin sudah sedikit berisi berbanding semasa baru lahir... Sudahlah lahir hanya dengan berat 2.43 kg, semasa ditahan di wad akibat jaundis maka beratnya berkurangan sehingga 2.25 kg sahaja. Hanya nampak tulang dan kulit, apabila dicucuk untuk diambil darah tak sanggup melihatnya menjerit-jerit kesakitan. Kini, setelah berisi sedikit... Amir Solihin tak menangis lagi bila diambil darah. Kata ummi, mungkin semasa tak ada isi bila dicucuk terasa sakit sangat dan sekarang dah kurang rasa sakit.

Amir Solihin anak yang tabah... mudah-mudahan terus membesar dengan sihat dan soleh. Aamin.

Rabbana hablana minladunka zurriyatan toyyibah, innaka sami'ud du'a.

Ramadhan sudah memasuki pertengahan semester kedua, apa khabar amalan kita ya? T_T

Tahniah buat ukhti Hanisah dan ustaz Hanif yang baru menimang cahaya mata. Lepas ni, ukhti Hanisah boleh sama-sama qadha puasa dengan Syirah ye! :P


Insyirah Soleha

Read more...

13 June 2011

Dikau Yang Masih Ku Cinta


Bismillahirrahmanirrahim.

Hari ini sudah 13 Jun 2011. Sudah memasuki bulan Rejab, tak lama lagi insya Allah bakal menyambut kedatangann Syaaban. Alangkah seronoknya kalau sepanjang tahun momentum ibadah adalah seperti bulan Ramadhan, masing-masing mencintai masjid dan mengimarahkan majlis ilmu. Alhamdulillah, kalau dahulu surau hanya di belakang rumah namun kini surau di bawah rumah (waktu siang) dan di waktu malam solat didirikan secara berjemaah di tingkat atas. Buka pintu rumah terus masuk pintu surau :)

Sambil menanti azan Isyak, boleh mendengar kuliah yang disampaikan oleh ustaz jemputan. Sambil menanti azan Zohor, Asar, Maghrib boleh mendengar kalamullah dari masjid negeri. Bak kata abi, terasa seperti berada di haramain (tanah haram) kerana meriah dengan kalamullah sebelum berkumandang suara muazzin melaungkan azan. Selepas Subuh, boleh mendengar jemaah surau membaca al-Quran secara beramai-ramai.

Hari ini juga ulangtahun kelahiran abi yang ke-50.

Keakraban dengan abi sejak kecil sehingga pernah katakan pada abi bahawa ana tidak mahu berkahwin (berpisah dengan abi) kerana mahu menjaga abi sampai bila-bila. Namun, seawal usia 20 tahun ana 'meninggalkan' rumah abi setelah berpindah tanggungjawab dan awlawiyat (keutamaan) kepada suami.

Kalau dahulu, hampir setiap pagi boleh menyediakan sarapan buat abi sebelum abi ke pejabat. Bila tak sempat nak siapkan sarapan sebelum abi ke pejabat, jam 10 pagi abi akan balik rumah untuk makan sarapan yang ana siapkan. Berpeluang untuk memasak masakan kegemaran abi, bendi goreng yang diletakkan bawang besar banyak-banyak, sambal tumis terung.

Abi juga jadi kawan rapat yang boleh berkongsi perasaan, bila diimbas beberapa bulan sebelum 'diserahkan' kepada encik zauj yang mana keadaan fizikal dan emosi ana tunggang terbalik... Namun, abi masih setia menitipkan pesan dan nasihat menerusi layangan e-mail hampir setiap hari. Ya, hampir setiap hari kami berutus e-mail meskipun duduk sebumbung dan setiap hari melihat muka masing-masing.

Di saat sahabat-sahabat yang lain mengeluh dengan permintaan ibubapa masing-masing yang tidak memahami kehendak diri mereka, ana punya abi yang selalu menjadi 'Tuan Penasihat' sebagai bapa dan juga sahabat.

Di saat sahabat-sahabat yang lain memberontak kerana ibubapa tidak 'melayani' mereka seperti yang dikehendaki ana pula selalu paksa abi jadi mangsa, maka akan melumur lotion di muka abi sambil buat massage, abi merelakan saja apa yang dibuat anak-anak perempuannya. Kadang-kadang, bila bosan akan guasa abi sampai abi berdengkur. Hihihi...


Tapi, itu cerita dulu... Cerita suatu ketika dahulu, kenangan yang boleh diimbau saat kesunyian. Memori yang boleh dijadikan bahan untuk tersenyum sendirian.

Ia bukanlah penamat untuk berbakti kepada abi. Meskipun telah berumahtangga, namun sebenarnya seorang anak perempuan masih boleh berbakti kepada ibubapa tetapi dengan cara yang berbeza.

Masih teringat cerita abi, bila baca al-Quran atau bersedekah maka niatkanlah sekiranya ada pahala dari Allah dalam amalan tersebut maka dihadiahkan kepada ibubapa. Ya, itu juga cara untuk berbakti kepada ibubapa. Meskipun sudah tidak boleh memasak, menjaga dan bermanja seperti dahulu namun Islam tidak pernah memutuskan hubungan diantara ibubapa dan anak. Zauji juga selalu mengingat diri untuk berbakti kepada ummi dan abi bila ada kemampuan.

Kadang-kadang, rindu saaangat pada abi :)

Al-hasilnya, Allah gerakkan hati abi untuk datang ke rumah...

Ana tak tahu ummi ada pelan lain sempena ulangtahun kelahiran abi, ana dan zauji mengajak ahli keluarga dan sanak saudara juga sahabat zauji untuk hadir di rumah pada hari Sabtu lalu. Masakan istimewa dari zauji, Nasi Afghan. Alhamdulillah, seronok bila tengok orang makan banyak. Apabila ditanya 'resepi', encik zauj selalu mengusik... "Mulakan dengan bismillah." ^_^

Tiada masakan istimewa yang mampu disediakan untuk abi tahun ini seperti dulu-dulu... Alhamdulillah, Allah rezekikan peluang untuk menjamu abi makan Nasi Afghan.

Meskipun sekarang dah tak macam dulu, tapi... dirimu tetap masih ku cintai.

Terima kasih ya Allah kerana meminjamkan abi untuk kami.


Semoga Allah memberkati usia abi, melimpahkan rahmat dan maghfirah buat abi, bahagia dalam kenikmatan iman dan islam, berjaya dunia dan akhirat. Allahumma aamin.


Anakmu,
Insyirah Soleha

Read more...

29 December 2010

Macam-Macam Ragam

Bismillahirrahmanirrahim.

Sedang belajar dan masih cuba untuk menyesuaikan diri yang sedang berkembang dengan jayanya. Alhamdulillah, walaupun masih belajar dan akan terus belajar namun panjatan syukur kepada Allah atas kekuatan yang Dia pinjamkan. Trimester pertama kehamilan, ana kira agak sukses tanpa morning sickness yang teruk seperti bakal-bakal ibu yang lain tambahan pula anak sulung selalunya mengalami morning sickness yang berlanjutan sehingga trimester ketiga!

Sekadar sakit tulang belakang dan sakit pinggang, bagi ana yang sudah mengalami masalah tersebut mungkin agak lali. Ada ketika, sakitnya sangat mencucuk sampai duduk dan menangis. Tanpa ambilan pil mahupun suntikan penahan sakit, digagahkan juga untuk bertahan. Satu ketika, tak tertanggung sakit belakang sehingga hanya melihat raut muka zauj sambil menangis. Dan... Semakin kuat menangis bila zauj mula sebak. Sangat-sangat sedih okey...

Mula memotivasikan diri, ana harus kuat. Ana mesti kuatkan diri, kalau ana lemah mesti baby lahir kuat menangis. Nanti, tak boleh salahkan baby kalau baby banyak menangis sebab ummi asyik menangis je masa mengandung. Huk huk... Ana tak mahu dipersalahkan, jadi kena tanam semangat kental kuat-kuat. Nak jadi ummi tak boleh menangis lagi macam dulu-dulu, sakit macammana pun kena senyum lebar-lebar ^____^

Ibu angkat pesan, rahim sedang mengembang sebab baby semakin besar maka rahim menolak tulang belakang jadi tidak pelik kalau ana semakin sakit. Semakin besar baby, semakin rahim mengembang, semakin tulang belakang kena tolak. Bila baby besar, dah mula menendang dan boxing maka semakin memberi tekanan pada tulang belakang. Dan, good news ialah, ana tidak dibenarkan untuk menjalani terapi sepanjang tempoh kehamilan. Yes! Satu azab dah terlepas... Hik hik.

Kaki kiri dari bulan kedua dah membengkak, tak apa. Aja-aja fighting. Paling lama pun dia nak bengkak sampai baby lahir, lepas bersalin insya Allah terus hilang bengkak. Kena berlatih dan mujahadah mengiring ke kanan meskipun semakin hari semakin selesa mengiring ke kiri sebab kesakitan akan berkurangan bila mengiring ke kiri tetapi untuk kebaikan diri dan tulang belakang juga baby yang nanti akan 'terlatih' duduk sebelah kiri pasti menambahkan kesakitan maka nak atau tak nak, sakit atau tidak, selesa mahupun tidak kena paksa juga mengiring ke kanan. Lebih-lebih lagi, Nabi juga mengiring ke kanan. Iyah, aja-aja fighting! Kalau tak berjaya juga, nanti kena ikatkan badan ke kanan supaya tak bergerak :)

'Baby, jangan duduk sebelah kiri ye... Huhuhu.'

Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, di waktu ia memberi pelajaran kepadanya: "Hai anakku, janganlah kamu mempersekutukan (Allah) sesungguhnya mempersekutukan (Allah) adalah benar-benar kezaliman yang besar".
(Surah Luqman ayat 13)

Duduk saja-saja, baca surah Luqman dan boleh rasa heart beat baby makin meningkat. Subhanallah. Tiba-tiba jadi sangat sentimental, teringatkan ummi. Terbayang masa ana dalam rahim, mungkin ini juga la yang ummi selalu buat. Kadang-kadang zauj akan bacakan nasihat-nasihat Luqman juga beberapa ayat dari surah yang lain, terasa heart beat baby akan meningkat. Terbayang pula pada abi, mesti abi pun selalu baca nasihat demi nasihat semasa kami anak-anak masih dalam rahim ummi.

"Insyirah, alhamdulillah bagusnya awak boleh makan nasi."

Ana garu kepala. Orang mengandung tak boleh makan nasi ke? Semakin pelik dan bertambah pelik bila semua orang pelik melihat ana makan nasi. Ibu mertua, awal pagi lagi sudah menanak nasi dan masak lauk untuk ana bersarapan. Wah!

"Syirah boleh makan nasi tak?" Ibu mertua masih lagi memujuk ana bersarapan dengan nasi yang masih panas. Orang Kelantan, makan nasi awal pagi. Ana sudah terbiasa dengan tarbiyah ibu mertua, tetapi belum terasa lapar.

"Boleh."

"Kalau boleh, jom makan. Masa mengandung, Ma tak leh makan nasi. Bau orang masak pun Ma dah muntah." Hihi, hampir setiap hari kena paksa makan nasi dan ana yang boleh makan nasi terasa semakin mengembang. Isk isk.

Itu cerita trimester pertama. Masuk trimester kedua... Haiyo, demam tak bangun-bangun dan sangatlah tak larat (ini bukan kes manja mengada-ngada). Balik kampung untuk walimah sepupu pun ana tolong sikit saja tapi tidur banyak, sangatlah tak larat. Bila berjalan sikit, dah jadi macam ketam. Senget. ^_^

"Jalan dah senget dah tu..."

Hanya mampu ketawa saja. Nak berjalan pun tak larat. Hish... Manja! Tengok nasi pun macam orang kena paksa makan, huhuhu. Maka, belajar buat pelbagai jenis bubur. Sekali makan bubur, satu resepi. Setiap kali makan, resepi yang berbeza. Tiba-tiba, waaaaaa... Nak makan bubur masakan ummi :'(

********

Zauj dah masuk semester baru. Alhamdulillah, semester yang lalu lulus dengan bergaya. Meskipun masuk wad dan study last minute, setiap hari yang ada peperiksaan maka ana akan menyibuk untuk ikut zauj memandangkan kesihatan beliau yang masih berada di tahap yang tidak memuaskan. Badan menggigil dan sangat-sangat pucat, berjalan dengan menggunakan payung sebagai tongkat. Setiap malam akan menemani zauj ulangkaji pelajaran bahkan assignment akhir beliau, ana buat 99%... Hoho!

"Lelaki yang buat master, yang dah ada isteri selalunya isteri pasti akan bantu buat assignment." Kenyataan dari ibu saudaraku yang juga seorang pensyarah.

Semester kali ini perlu lebih rajin dan lebih hebat. Insya Allah. Moga mumtaz! Tengok sijil (kalau tak salah) Daurah Hadith, ada yang dapat markah 100% maka ana garu kepala. Entah macammana la zauj study... Tapi, zauj mengaku malas study. Haha. Study smart, not hard :P

Melihat keputusan zauj yang lulus dengan bergaya, provokasi beliau supaya ana sambung belajar buat ana tersenyum lebar. Chaiyok! Insya Allah, akan meneruskan cita-cita tertangguh dan mungkin akan sama-sama belajar dengan zauj. Tapi, that time zauj buat PhD la kot... Haha. Tingginya harapan. :)

*******


Selamat Pengantin Baru

Moga kekal sehingga ke akhir hayat.
Dapat zuriat yang soleh solehah.
Barakallahu lakuma wa baraka alaykuma wa jamaa bainakuma fi khayr. Insya Allah.

p.s : Paling suka aksi-aksi ini... :)

Salam Mujahadah,
Insyirah Soleha.

Read more...

03 December 2010

My Dear Qashrina

Bismillahirrahmanirrahim.

Lama tidak berfacebook, bila online banyak note dan juga gambar yang di tag kepada ana. Salah satunya dari Pak Su. Terkejut pula bila melihat keadaan My Dear Monster macam ni.


Main lompat katak, ditolak jatuh ke bawah katil. Inna lillahi wainna ilaihi rajiun.


Qashrina, budak kecil yang sangat pandai beraksi depan kamera. Kadang-kadang keletah manjanya buat ana tergelak bila membayangkan apa yang dia lakukan pada ana.

"Qashrina, macammana Kak Ha jalan?"

Lalu, Qashrina meniru gaya ana berjalan terbongkok-bongkok sambil mengheret kaki. Mereka (kanak-kanak riang) sentiasa mentertawakan cara ana bertatih setiap kali sakit belakang menyerang. Ana hanya menyambut aksi-aksi mereka dengan ketawa kecil. Mereka makhluk fitrah, apa sahaja yang dihidangkan di depan mata akan diserap dengan baik. Maka, tunjukkan sikap yang baik, akhlaq yang terpuji supaya boleh menjadi qudwah hasanah (contoh yang baik) kepada anak-anak kecil yang suci.

Setiap kali berjumpa ana. Qashrina akan berjenaka.

"Ei... takut..!" Kemudian dia peluk ana dan ketawa bila ana turunkan purdah.


Tenang menanti apa yang bakal terjadi.

Qashrina jugalah yang paling kuat ketawa bila bergurau senda sesama sepupu (kanak-kanak riang) yang lain sehinggakan Ayuni The Soft Spoken Girl pun terikut-ikut sama.


Selepas dibius, menanti untuk dijahit.

Bila melihat gambar-gambar Qashrina The Monster, kesian budak comel ni. Semoga cepat sembuh ye sayang...! Auntie and Uncle yang ziarah .:: HaRuMaN MaWaR ::. pray for you, may Allah bless and keep you among His pious, grow up as muslimah mukminah. Allahumma amiin.



Khayal dengan sedatif. Moga cepat sembuh (",)


Yang tertuduh dalam kejadian tersebut. Muka sentiasa tak bersalah, aish..!


Them... Qashrina with her little brother, Aqeef.

With Pray and Hug,
Insyirah Soleha.

Read more...

28 September 2010

Syurga Di Wajah Mu


Bismillahirrahmanirrahim.

Hari ini bertarikh 28 September 2010, genap usia ummi 48 tahun. Tahun ini tidak seperti tahun-tahun yang lalu, kalau dahulu ana selalu cium dan peluk ummi di waktu pagi, tahun ini peluang itu tidak ada. Memasak sesuatu masakan kegemaran ummi, tahun ini sekadar menghantar ucapan sms dan kiriman doa sahaja. Alhamdulillah.

Kehidupan sudah berubah dan waktu yang selalu mendidik untuk mengambil 'ibrah dari apa yang berlaku. Minggu lepas, encik zauj merancang untuk menghantar ana balik ke rumah keluarga ana hari ini. Hihi, tapi malam ini zauj ada kuliah jadi ana rasa mengada-ngada pula kalau zauj menghantar balik dan terpaksa kembali ke Sungai Buloh semula. No, no, no... Nak naik keretapi tapi zauj kesian dengan ana sebab keretapi tak berhenti depan pintu rumah. Hoho! Nak suruh abi buat kereta kebel (read : kereta kebel NOT kereta kebal :P) dari Sungai Buloh ke Jor. Hihihi...

Selalunya, orang menjaga ana sakit tetapi kali ni Allah beri peluang untuk jaga orang sakit. Baru faham perasaan orang yang menjaga orang sakit ni sebenarnya sangat-sangat tidak best! Rasa kesian dan kalau boleh biar pindahkan sakit tu pada ana daripada tengok orang sakit. Ya, encik zauj demam mungkin akibat beraya tempoh hari banyak minum ais. Ana mengaplikasi apa yang ummi selalu buat pada ana, pagi tadi badan zauj sangat panas...

Selepas subuh, beri zauj minum susu dan makan roti kemudian lap badannya dengan ais. Menggeletar tengok zauj menahan kesejukan tapi kuatkan juga hati dan lap keseluruhan badannya... Aduhai, kesian sangat. Tercalar hati perempuan ku, huhuhu. Kemudian, suhu badan zauj dah turun sedikit alhamdulillah. Mahu bawa ke klinik, ana bukan saja tidak ada lesen bahkan tidak pandai memandu. Biarkan zauj berehat.

Jam berputar dan waktu berlalu, sekejap badannya panas sekejap sejuk. Jam 10.30 pagi kejut zauj bangun dan suapkan sarapan. Tapi, sedikit sangat yang dimakan. Stress pula tengok orang sakit, selalunya diri sendiri yang sakit. Hehehe. Kalau boleh dipindahkan sakit tu pada ana kan mudah. Tapi, kalau ana pula yang sakit mesti encik zauj pula stress :P Jadi, biarkan sahaja encik zauj demam kerana ini adalah kesempatan buat ana untuk menjaga encik zauj macam baby... yeay!

Sekarang, ana cuba membayangkan betapa kuatnya hati ummi yang sangat setia menjaga ana di hospital dan begitu sabar melayan kerenah ana yang pelbagai. Bukan mudah nak jaga orang sakit, sensitif dan terkadang sukar untuk dijangka respon yang datang. Apatah lagi kalau tak tahu nak buat apa dan tak tahu apa yang diperlukan oleh orang yang sedang sakit... Hurm.

Beberapa minggu lepas, balik ke rumah keluarga ana dan mengambil peluang memasak bersama ummi bermaksud bersembang macam-macam dengan ummi ^_~ Hari yang lain pula, ana dan zauj memasak manakala ummi menyiang ikan dan lauk-lauk lain. Sedang memasak tiba-tiba ummi ketawa, terkejut juga ana. Kenapa pula ummi ni tiba-tiba ketawa sorang pula tu...

"Kenapa ummi?"

Ummi masih ketawa... Erk, musykil.

"Nasib baik la Saiful pandai masak, kalau ummi tanya abi macam tu... Abi jawab 'ikut suka la'." Ummi menyambung tawa yang belum selesai.

"Kenapa?"

"Sebab abi tak kisah, abi ikut je la.."

Baru ana faham maksud ummi, sedari awal memasak ana asyik bertanya pada zauj sukatan yang sepatutnya dan zauj sabar melayan soalan-soalan ana. Hohoho... Hari itu, jadi satu sesi kelakar sebab ana dan zauj asyik bergaduh dan ummi pula ketawa sendirian. Bila ummi ketawa, ana pandang zauj dan zauj buat tak tahu je... Pening ummi dengan keletah kami agaknya ^_^

Alhamdulillah, atas restu dan redha ummi dari awal... Ana yakin bahawa mendahulukan perasaan ummi akan membawa keberkatan kehidupan, insya Allah. Tersenyum pada tulisan dahulu tentang kedudukan istimewa seorang wanita bergelar ibu. Alhamdulillah. Alhamdulillah :)

Hari Ahad lalu, ummi dan abi datang ke Sungai Buloh... alhamdulillah, terlerai kerinduan pada mereka. Di rumah Pak Cik, sewaktu ummi duduk di atas kerusi dan ana duduk di atas lantai, menopang dagu di atas peha ummi sehingga Mak Teh menegur... Hihi.

"Hai... lepas rindu ke?"

Ana senyum.

Rindu itu sesuatu yang pahit namun dengan kepahitan menahan rindu ada sesuatu yang manis kerana tanpa kepahitan, kita tidak akan tahu nikmat sebuah kemanisan.

... sanah helwa ummi ...
... moga Allah memberkati kehidupan ummi ...


Seredup Kasih Anakanda,
Insyirah Soleha

Read more...

07 July 2010

Happy 16th Birthday

Bismillahirrahmanirrahim.


7-7-1994 ~ 7-7-2010

Alhamdulillah, sudah 16 tahun adik bujang ana ni. Dah ada misai dan janggut yang entah berapa urat (tapi yang berurat tu juga lah dibanggakannya :p). Bila tengok sekali imbas, mungkin orang tak nak percaya usianya baru 16 tahun. Dahulu, bila keluar berjalan dengan adik pasti orang akan memandang semacam, terkadang perasan gadis-gadis melirik pada adik bujang ana. Haha... Tapi disebabkan berjalan dengan 'awek', orang melirik hujung-hujung mata jer la tak tengok sangat.

Adik bujang ana juga selalu disangkakan skandal gelap ana, kui kui kui. Dahulu, bila berjalan dengan abang sulung pasti orang akan cakap kami couple, bila berjalan dengan abi orang dengan mudah melabelkan ana isteri muda. Tapi kini bila berjalan dengan adik bujang, orang menyangka 'ada apa-apa'. Mungkin sudah jadi budaya dalam masyarakat kini, kalau lelaki dan perempuan berjalan berdua pasti pasangan bercinta. Pernah juga ana merasa 'malu' untuk keluar dengan abang atau adik bujang ana, bimbang dipandang pelik lalu menghasilkan ruang dan peluang untuk orang su'udzon (buruk sangka) tetapi abi dengan mudah berkata.

"Kenapa nak malu, bukannya buat dosa pun. Orang yang buat dosa pun tak malu dengan Allah, apatah lagi nak malu dengan masyarakat. Syirah bukan buat dosa, buat apa nak malu."

Sudah menjadi satu bentuk tarbiyyah pula bila berjalan dengan abang atau adik bujang pasti orang memandang pelik. Huhuhu... Selagi Allah mengetahui kebenaran, maka dibiasa-biasakan juga keadaan. Sekarang, bila berjalan dengan Encik Zauj tak kisah orang nak fikir apa pun. Dalam hati 'Ohoooo, we're married!' lalalalaaaa... :)


So, Encik Aiman the Birthday's Boy...

[1] Walaupun orang selalu guess anda sudah berusia 20-an itu tandanya anda kelihatan matang. Silalah berbangga dengan perkara tersebut, keh keh keh.

[2] Walaupun anda sudah mampu memandu kereta pada kelajuan 160 km/j di lebuh raya dengan muka selamba tak bersalah, sila belajar memandu secara berhemah. Patuhi undang-undang jalanraya (eh, budak 16 tahun agak-agak boleh memandu kereta ke di sisi undang-undang? Haha, soalan cepumas!)

[3] Walaupun anda sudah mampu memandu kereta pada kelajuan 60 km/j di jalan Cameron Highlands-Kampung Raja dengan sebelah tangan memeluk bantal, tolonglah lebih berhati-hati. Keras kaki tangan akak yang comel ni duduk di kerusi belakang.

[4] Walaupun anda selalu 'bakar line' orang, tapi anda jugalah yang selalu buat orang ketawa. Hihihi, sangat pandai mengarah adik-adik tapi diri sendiri tolonglah jadi lebih rajin :p

[5] Moga diberikan petunjuk dan inspirasi untuk belajar bersungguh-sungguh, enlight your future life dear lil bro! SPM tahun depan :)

Barakallahu fiik, moga Allah memberkati kehidupanmu di dunia dan akhirat. Ameen.


With a bouquet of love,
Insyirah Soleha
Baiti Jannati
5.40 pm

Read more...

16 May 2010

Dia Di Hati

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah pada 14 Mei 2010 yang lalu, dengan berpandukan gerak hati akhirnya awal pagi mengusulkan kepada ummi meminta keizinan untuk ke Seremban bagi menziarahi ukhti Atiqah di hospital. Awalnya kelihatan ummi dan abi kurang setuju untuk membenarkan ana ke Seremban, tapi hati yang tertahan dari 13 Mei sekadar memendam. Pesan ukhti Hanisah melalui sms disemat, "Bincang dengan keluarga ye Syirah..." Alhamdulillah, akhirnya ana ditemani oleh adik perempuan dan juga seorang sahabat dari KUIS untuk ziarah ukhti Atiqah.

Menaiki komuter dari Sungai Buloh pada jam 10.30 pagi. Menghantar sms pada sahabat di KUIS. Tiba di Seputeh, sms sekali lagi pada sahabat agar beliau boleh mula keluar dari KUIS dan menunggu komuter di Bangi.

"Kak, adik dah naik train."

Alhamdulillah. Kami berada dalam komuter yang sama tetapi gerabak yang berbeza. Semoga kami bertemu di Seremban nanti, itulah doa yang tak putus sepanjang perjalanan. Sebelum tiba di Seremban, ukhti Atiqah bertanyakan kedudukan ana kerana beliau perlu menjalani CT Scan. Tiba di Seremban, duduk seketika di stesen komuter dan bertanya khabar Fauzani. Bimbang tiba di hospital sebelum ukhti Atiqah selesai menjalani CT Scan, kami merancang makan dahulu.

Ana teliti niat sebenar ana... Dari Sungai Buloh semata-mata nak ziarah ukhti Atiqah. Maka, ana usulkan pada Fauzani dan adik perempuan ana terus ke hospital dan makan di kantin hospital. Memandangkan keadaan Fauzani yang dimaklumkan lebih awal, kami akhirnya ke kiosk untuk membeli roti dan minuman. Sedang makan, ukhti Atiqah maklumkan beliau selesai menjalani CT Scan. Alhamdulillah.

Terus naik ke tingkat 2B (Wad ortopedik perempuan). Tidak sukar. Ana mencari dan akhirnya melihat susuk tubuh seorang yang sangat ana sayangi terlantar dengan keadaan yang sangat memilukan. Subhanallah!

"Tu kak Atiqah..." Ana melirih pada Fauzani.

Terus ana memberi salam pada ibu (bonda ukhti Atiqah), ana memegang tangan ukhti kerana tidak berani bersalaman apabila melihat tiub di tangannya. Barangkali kerana ana sudah biasa dipasang tiub pada tangan, ana ngeri untuk menyentuhnya. Semasa tiba, ukhti sedang tidur. Tapi tidurnya sudah pasti tidak nyenyak lantaran kesakitan yang menjalar pada setiap bahagian badan.

Fauzani mengambil tempat di kerusi, duduk di sisi ukhti dan ana berbual dengan ibu. Bertanya terperinci keadaan ukhti... Apa yang doktor katakan, keadaan sebenar ukhti. Apabila melihat riak muka dan intonasi bahasa ibu, ana membayangkan ummi berada di hadapan ana. Ya Allah... Mohon kekuatan dari Mu buat hamba Mu yang lemah ini!

Sesekali mata ana melirik pada Fauzani, kelihatan ukhti menghulurkan tisu. Ana lihat air mata Fauzani mengalir... Ana palingkan pandangan, memandang pada muka ibu dan terus berbual dengan ibu hinggalah ana rasakan ana sudah mampu tenangkan diri sendiri.

"Ibu kalau boleh tak nak doktor operate kakak."

Ana angguk perlahan. Hati ibu itu... Sukar sekali ditebak namun selaut kasih sayangnya mampu melenturkan hati yang keras! Subhanallah.

"Doktor sendiri tak pasti keadaan kakak, jadi ibu tak setuju lah nak operate. Sekurang-kurangnya doktor bagitahu risiko dan keadaan sebenar kakak."

Ana diam. Teringat pengalaman sendiri, di mana doktor seramai 8 orang tidak tahu apa yang berlaku pada ana dan dengan mudah membuat kesimpulan sendiri bahawa ana akan lumpuh! Aduh, hati siapa yang tidak kecut dengan menanggung kesakitan... Bertahan cuma dengan painkiller yang dicucuk, tanpa sebarang rawatan khusus, tanpa diagnosis yang mantap terus menghukum "Kamu bakal lumpuh!" Ya Allah... Hati ana kala itu bagai mikroorganisma jatuh dari langit di hempap dinosor!

Sedaya upaya ana memberi kata-kata semangat buat ibu. Tulang ukhti Atiqah yang mengalami banyak patah menyukarkan beliau untuk bergerak. Kecederaan tulang belakang dan tengkuk dikhuatiri akan menyebabkan beliau lumpuh. Ana diam, tiada kata yang mampu ana ucapkan.

"Dan berpesanlah pada kebenaran dan kesabaran."

Itu saranan Allah dalam al-Quran, tetapi segumpal hati itu tidak ana tebakkan dengan perkataan sabar. Meletakkan diri sendiri dalam situasi ukhti buat ana cuba menguatkan perasaan sendiri.

"Kak, nak minum air zam-zam?"

Ana cuba berbual dengan ukhti, kelihatan ukhti mengangguk perlahan. Reaksi yang cukup lemah. Walaupun ibu mahu melayan ukhti namun ana menawarkan diri.

"Takpe ibu, Syirah buat. Ibu makan lah dulu yer..."

Ibu mengalah, menghulurkan cawan kecil pada ana. Ana tuang sedikit air zam-zam dan bertanya pada ibu.

"Kakak minum macammana ibu? Guna straw ker?"

Maklum saja, sebelum ini ana yang berada di kondisi sebagai PESAKIT dan kali ini ana menziarahi orang yang sakit, situasi berbeza dan ana agak kekok.

Akhirnya jumpa straw yang ibu sediakan buat ukhti.

"Kak, ni air zam-zam. Akak selawat dulu ya..." Ukhti mengelipkan matanya. Air zam-zam diteguk sedikit demi sedikit dan baki air tersebut.

"Kak, adik sapu zam-zam pada muka akak boleh?"

Ukhti memberi keizinan, dengan lafaz selawat dan doa ana mengusap muka dan kepala ukhti. Sebak rasanya tapi ana kuatkan juga semangat dan perasaan yang sememangnya tak berapa nak kukuh. Ubun-ubun ukhti ana usap perlahan, mengalir mutiara dari tubir matanya. Jari ana mengulas lembut rambut-rambut ukhti, biar gelisah dan resahnya berlalu pergi. Biar jasad yang sakit tetapi rohnya sedang enak berdakapan dengan Rabb.

'Ya Allah, Engkau Maha Penyembuh... Berilah kesembuhan buat kakakku, Nor Atiqah Binti Zulkifli... Berikanlah kekuatan Mu sebagai sandaran semangat buatnya. Hulurkanlah sifat sabar dan redha buat hatinya agar beliau terus yakin dengan Mu. Ya Allah, sembuhkanlah... Sembuhkanlah Nor Atiqah Binti Zulkifli. Ameen.'

"Kak, bangunlah kak..."

Ukhti pandang muka ana, geram agaknya.

"Dik, lawak besar tu..."

"Kak, that not a big joke but a big hope!"

Ya, sebesar dan setinggi itulah harapan ana. Mahu melihat ukhti kembali bangun dan berjalan.

Sebelum balik, ana menalifon ukhti Hanisah tetapi tidak diangkat. Akhirnya ukhti Hanisah menalifon dan ana biarkan ukhti Hanisah bercakap dengan ukhti Atiqah, ana memegang hp.

Sebelum melangkah pulang, setelah beberapa kali mahu mengundur langkah mohon diri... Ukhti memegang tangan ana, buat ana sebak untuk balik. Mata melirik jam, ana sudah lewat benar. Akhirnya, dengan perasaan yang teramat berat dan hati yang sangat rapuh, ana memohon keizinan dari ukhti untuk pulang bagi menghadiri majlis akad nikah abang si Sentul.

"Kak, tidur. Rehat ye, adik balik dulu tau..."

Berkali-kali ana cuba, akhirnya perkataan itu keluar juga. Dahinya ana kucup perlahan, pipinya ana ulus lembut. Jemarinya ana usap.

"Adik tak nak salam akak, takut tengok tiub ni..."

Fauzani dan adik perempuan ana menyalami ukhti Atiqah. Sebelum pulang, ana membuka niqab di hadapan ukhti Atiqah.

"Cepat sihat ye kak."

"Dik, doakan akak ye."

"Insya Allah kak, adik sentiasa doakan."

Akhirnya ana berpaling, terus bersalaman dan mendakap erat tubuh ibu.

"Ibu, kuatkan semangat ya!" Tangannya ana genggam erat, biar mengalir semangat juang ana pada ibu biarpun ana tahu ibu jauh lebih kuat dari ana untuk berdepan dengan keadaan kakak sedangkan ana sepanjang tempoh di hospital tidak membuka niqab (kerana tidak mahu riak muka ana dikesan, kalau mengalir air mata terus diserap cepat!) kecuali mahu memohon diri, ana membuka niqab di hadapan ukhti Atiqah.

Tanpa berpaling, ana terus berlalu. Tidak mahu melihat reaksi ukhti Atiqah...

Ukhti banyak kali meluahkan perasaan pada ana.

"Dik, akak tak tahu adik boleh tahan atau tak tengok akak. Ramai yang tak tahan dik... Aib sangat dik."

Diam, diam dan diam.

"Adik bukan nak jumpa jasad akak tapi roh adik nak jumpa dengan roh akak!"

Tegas.

Alhamdulillah, setitis air mata langsung tidak mengalir di hadapan ukhti mahupun ibu. Ana berjaya untuk menenangkan diri dan emosi, ana tidak membenarkan setitis air mata mengalir. Itu yang ana janjikan dengan ukhti.

"Kak, adik nak jumpa akak! Adik kuatlah kak... Adik kuat!"

Allah yang memberi kekuatan itu. Ikutkan hati yang tercalar dengan keadaan ukhti, mahu saja memuntahkan air mata tapi memandangkan sudah banyak air mata yang tumpah bahkan titisan air mata tidak sedikit mampu mengurangkan kesakitan yang ditanggungnya... Di hadapan ukhti, ana mahu gagah!

'Ya Allah yang Maha Gagah, berikanlah kegagahan buatku untuk berdepan dengan ukhti. Ya Allah yang Maha Penyabar, berikanlah kesabaran buatku untuk berdepan dengan ukhti. Ya Allah yang Maha Perkasa, berikanlahkan kekuatan buatku... hamba Mu yang lemah ini.'

Dari hospital, ana terus ke stesen komuter dan menuju ke Sentul. Abang sudah selamat diijab kabul di Masjid Al-Hidayah Sentul. Alhamdulillah. Ana tidak sempat bersama, tiba lewat tetapi setibanya di masjid terus nampak abi dan ana menyalami kakak ipar ana.

"Tahniah kak, maaf lewat."

Jujurnya, hati ana bagai mahu dibelah jasad menjadi dua. Antara pernikahan abang dan juga ziarah sahabat. Akhirnya kedua-duanya ana usahakan, walaupun tidak berada di dalam majlis akad nikah namun semasa tiba terus ana bertemu dengan abang. Menyalami dan meminta maaf atas kelewatan.

Hampir semua bertanyakan soalan. "Macammana kawan?" Allah, sebak sangat tapi biarlah. Hati ana sudah tidak terkilan kerana ziarah ana dipermudahkan Allah.

Esoknya, adik ukhti Atiqah yang ana panggil Kak Cik bertanyakan kepada ana perihal ukhti.

"Syirah, dah jumpa kakak? Macammana keadaan kakak?"

"Alhamdulillah syirah dah jumpa semalam. Alhamdulillah syirah bagi kakak minum air zam-zam, bila sapu pada muka dan kepala.. Kakak menitis air mata."

"Alhamdulillah, lega Kak Cik bila Syirah dah tengok kakak."

Mengalir air mata buat kali yang entah ke berapa. Menahan sebak dan rawan di hati, ana sebenarnya usahakan sungguh-sungguh untuk berjumpa dengan ukhti Atiqah, asbabnya ana terangkan pada ummi dan abi (tidak perlu dicatat di sini). Mesej-mesej Kak Cik sebelum itu cukup meruntunkan hati ana, kalau ana punya sayap untuk terbang sudah lama ana terbang. Namun, ana manusia biasa... Homo sapien yang sangat dhaif, Allah menguji kesungguhan ana. Itu saja kesimpulannya apabila banyak halangan yang hadir.

Ana cukup terkilan dan sangat terkesan dengan berita kemalangan yang berlaku pada ukhti... Cukup terkilan dan memang ana terkejut. Namun, Allah juga yang lebih mengetahui hikmah yang tersembunyi sebalik ujian yang hadir.

'Ku titipkan ukhtiku ini dalam jagaan Mu ya Allah, hanya Engkau sebaik-baik Penjaga.'

Ummi, abi... Terima kasih kerana mengizinkan anakanda untuk ziarah ukhti. Terima kasih juga buat adinda Mahfuzah dan sahabatku, Fauzani. Moga tautan ini sehingga ke alam sana.

Sahabat-sahabatku,

Hari ini (16 Mei 2010), seorang sahabat yang menziarahi ukhti Atiqah memaklumkan ukhti Atiqah kini sudah mampu duduk (ana fikir di atas katil). Alhamdulillah. Ana tidak pasti bagaimana keadaan 'duduk' itu, otak ana mentafsir duduk itu ialah badannya boleh disandarkan pada katil yang ditegakkan. Memandangkan kedua-dua kaki patah, ana tidak fikir kaki itu boleh turun dari katil. Wallahua'lam.

Moga kita sama-sama terus solat hajat buat ukhti Atiqah. Jazakumullah khairan pada semua.

Hamba Allah,
Insyirah Soleha
Baiti

Read more...

15 May 2010

Barakallahu Lakum

Bismillahirrahmanirrahim.


Alhamdulillah. Tahniah buat Kekandaku dan isterinya yang melangsungkan akad nikah pada 14 Mei 2010 dan walimah di pihak perempuan pada 15 Mei 2010. Barakallahu lakum. Moga baitul muslim yang terbina akan melahirkan zuriat yang soleh dan solehah, ameen! Abi dan ummi, tahniah juga... Tahun ni ulangtahun perkahwinan yang ke 25 tahun, dapat menantu :)


Kekandaku yang memakai baju merah, suka sangat gambar ni.
Pemandangan berlatarbelakangkan gunung ganang, subhanallah.

(gambar abang time ni comel dah besar tak comel, hehehe)

We're here on this special day
Our hearts are full of pleasure
A day that brings the two of you
Close together

We're gathered here to celebrate
A moment you'll always treasure
We ask Allah to make your love
Last forever

Let's raise our hands and make Do'a
Like the Prophet taught us
And with one voice
Let's all say, say, say

بارك الله لكما وبارك عليكما وجمع بينكما في خير
From now you'll share all your chores chores
Through heart-ship to support each other
Together worshipping Allah
Seeking His pleasure

We pray that He will fill your life
With happiness and blessings
And grants your kids who make your home
Filled with laughter

Let's raise our hands and make Do'a
Like the Prophet taught us
And with one voice
Let's all say, say, say

بارك الله لكما وبارك عليكما وجمع بينكما في خير بارك الله بارك الله لكم ولنا الله بارك لهما الله أدم حبهما الله صلّي وسلّم على رسول الله الله تب علينا الله ارض عنا الله اهد خطانا على سنة نبينا

Let's raise our hands and make Do'a
Like the Prophet taught us
And with one voice
Let's all say, say, say

بارك الله لكما وبارك عليكما
وجمع بينكما في خير

Soul singing, lalalalalala :-"

Rabbi yassir wala tu'assir.

Gambar ana di majlis akad nikah tiada sebab ana sampai lewat di majlis akad nikah, alhamdulillah ana sudah ziarah Ukhti Atiqah di Hospital Seremban bersama Mahfuzah dan sahabiyah cinonet cik Fauzani :) Syukran pada cik Mahfuzah dan cik Fauzani untuk menemani ana... Sama-sama doakan ukhti Atiqah boleh bergerak seperti sedia kala, allahumma ameen!

Insya Allah hari ini majlis resepsi di pihak perempuan.



Adik Comel,
Insyirah Soleha
Sungai Buloh

* last update 20/5/2010 : masukkan slide foto majlis resepsi *

Read more...

aSkiNg sOuL

Feeling alone?
Innallahha ma’ana

Saw evil act?
Inni akhafullah

Wishing something?
Fa’iza ’azamta fatawakkal’alallah

Missing somebody?
Ma fi qalbi ghairullah.

... syukran ...

Free Hit Counter Syukran 'ala ziarah ^_~

Silent Home

Silent Home
Bila emosi mengunci hati, lalu lahirlah ayat-ayat sepi sebuah monologku merentasi perjalanan menuju Rabbi :)

  © Template Lar Doce Lar por Emporium Digital Graphics Jenny's Grandchild and Irene's Corner

TOPO