Rehlah Mahabbah
Bismillahirrahmanirrahim.
Alhamdulillah. Ana selamat sampai ke rumah jam 4.30 pm hari ini. Baru teringat nak jenguk blog yang telah ditinggal-tinggalkan. Saja tak nak update blog semasa pengembaraan di Kuala Lumpur kerana ana mencari nur sakinah yang telah dipinjam sekejap dari ana, moga Allah berikan kekuatan buat qalbi untuk terus gagah berdiri. Insya Allah.
5 hari ana menjauhkan diri dari sebarang perkara yang menyesakkan fikiran, tetapi apabila menjejak kaki ke rumah perkara tersebut datang lagi. Tak mengapa, ianya memang perlu diselesaikan segera. Moga Allah berikan petunjuk dari Nya. Insya Allah. (",)
Jazakillah khairan katsira pada ahli baeyt ukhti Syifa'. Juga syukran jiddan-jiddan pada ukhti Syifa atas sesi yang dilakukan dalam komuter. Hik hik hik, sangat la membantu walaupun macam orang bengong je. Hihi, tak pernah dibuat orang sesi macam tu punya gaya. Tak apa la, kita merintis perubahan kan kak?
Insya Allah, ana mahu bercerita mengenai Rehlah Mahabbah yang telah dilakukan di Bukit Cerakah, Shah Alam. Alhamdulillah, Allah permudahkan urusan kami. Awal pagi lagi ahli baeyt ukhti Syifa' menyiapkan bekalan. Bihun Goreng dan juga beberapa menu lain, nugget, buah tembikai, sandwich, air... Kami mahu berkelah kononnya di dalam kawasan Taman Botani Malaysia tetapi malas nak bawa barang-barang tersebut, sampai di Shah Alam jam 10 lebih pagi, kami pun makan di atas kerusi secara berjemaah.
Seronok sangat kerana makan berebut-rebut, hihihi. Berkongsi bekas makan dan minum, menambahkan keceriaan. Alhamdulillah. Kemudian, kami semua masuk ke dalam Taman Botani Malaysia dan membeli tiked. (Dewasa RM3, Kanak-kanak RM1) Sambil menunggu bas yang disediakan tiba, sempat juga kami mengambil gambar. Dan.. Bosan menunggu bas, kami buat huru-hara. Maklum lah, kami melakukan rehlah pada hari Jumaat, tidak ada pengunjung lain. Kebetulannya, hanya kami saja. Maka, semakin huru-hara lah juga.
Setelah bas yang dinantikan tiba, kami menaiki bas... Jeng jeng jeng, pusing seluruh kawasan Taman Botani Malaysia dan hamdalah hati berlagu riang dengan suasana hutan yang dipenuhi dengan pelbagai khazanah alam. Dah la duduk dalam hutan, bila dah ke Kuala Lumpur pun tetap mencari hutan. Hati dah serasi dengan hutan kot, hihi.
Kemudian, driver drop kami di Rumah Empat Musim. Yeayyy! Ini yang paling mengujakan ana. Semasa kami melawat tu musim luruh, suhu sekitar 7-12 darjah celcius. Hihi, lama kami duduk dalam rumah tersebut. Hingga beku hujung jari ana, rasa mengilu juga pembuluh darah ana. Puas bergambar dan menikmati pokok yang ada dalam rumah tersebut, sekitar 30 minit (atau lebih) kami pun keluar dari rumah tersebut. Masya Allah, bengong seketika kepala ana.
Dari sejuk (7-12 darjah celcius) terus kembali ke alam nyata. Statik seketika, tambahan pula cermin mata juga menjadi kabus. Wah, buka cermin mata rasa semakin sakit kepala. Ana tak boleh tidak memakai cermin mata terlalu lama, mata rasa senak jer. Kami jalan-jalan dan terus berjalan hingga Kak Fara dah mula bising suruh ana duduk. Hihihi. (Kak Fara, Kak Mia, Kak Jaja, Kak Aisyah, Kak Mun semuanya ambil berat tentang ana) Kak Syifa' tu puas membebel dengan ana, ngeh ngeh ngeh!
Setelah rehlah di Bukit Cerakah, kami juga berkelah di Taman Titiwangsa. Subhanallah, indahnya. Tak tergambar dihati bila dirai sebegitu. Insya Allah, nanti ana sambung pula cerita ana menjejakkan kaki ke Taman Ilmu... Jeng jeng jeng! Bertemu dengan 2 akhawat, siapakah mereka? Tunggu next posting. Insya Allah.
Salam RinDu...
3 leaves:
Assalamu'alaikum habibati, alhamdulillah gambar dah masuk. Akak menanti posting adik, semoga Allah berikan nur buat hatimu, mencerahkan minda dengan kalam Nya, menjernihkan akal dengan ilmu Nya. Insya ALLAH. Salam kasih sayang buat adik tersayang.
(Jangan sedih2 lagi)
wat adik syira,
suke tgk adik ceria...semoga gembira selalu dgn meniti hari2 dgn penuh aktiviti yg memberi rasa positif ye
Sweet lah... Nanti burn gambar dalam Cd pos pd ana eh, nak semua-semua gambar yang beratus-ratus keping tuh. Ana nak buat background pc...haha, rindu lah kat budak comot nih!
Post a Comment