"Ya Allah, jadikanlah hamba Mu ini mencintai orang beriman dan jadikanlah orang yang beriman mencintaiku."

(HR Muslim)
Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Third Birthday tickers

18 November 2009

Liqa' Bersama Akhawat

Bismillahirrahmanirrahim.

Ana nak menyambung kisah tergantung. Pertama, mohon maaf kalau ada ayat yang memeningkan kerana ana sendiri sedang pening, hehehe. Mengenangkan budak bucuk dah ternanti-nanti je gambar liqa' maka ana usahakan juga. Menaip dengan mata yang sangat kecil, agak-agak typing error tu harap dimaafkan. Semalaman hujan lebat dalam rumah, banjir. Hihi. Waktu terakhir melihat jam pada hp, 4.46 am. Subhanallah, tidurlah mata... Tidurlah mata... Tak tidur juga. Akhirnya entah baca doa tidur kali yang ke berapa baru la selamat belayar ke alam sana. Bangun solat Subuh, berat sungguh mata. Seberat hati ini melangkah... Husnudzon je la cik Syirah, be happy!


Al-kisahnya pada hari Sabtu yang lalu. Awal pagi ana bangun basuh baju, hihihi. Semangat sungguh, selepas selesai basuh baju terus tertidur tak sedar diri. Penat yang teramat (dari sebelum basuh baju lagi). Kemudian, keluar dari rumah sewa Kak Syifa' untuk bertolak ke Taman Ilmu di Bangi juga selepas selesai solat Zohor. Tunggu bas, naik train, tukar train di KL Sentral dan meneruskan perjalanan ke Taman Ilmu akhirnya selamat tiba di pintu gerbang Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) pada jam 3.55 pm.


(Alhamdulillah ana berjaya sampai ke KUIS ye, ada orang sesat... Tak sampai KUIS, kihkihkih :P)

Terus sms pada budak bucuk, rupanya seorang lagi budak bucuk belum bersiap. Budak bucuk yang seorang tu tunggu ana sedari Zohor lagi. Ya Allah, rasa bersalah sangat. Ana kepenatan teramat di awal pagi Sabtu tersebut, itu yang keluar dari rumah Kak Syifa' pun lewat. Asif jiddan ya habibati. Yang kelakarnya, kehadiran ana, kak Syifa juga Fadilah langsung tak disedari oleh penjaga pintu pagar. Hihihi, masuk melenggang kangkung je tak minta kad matrik langsung! Waaa, senangnya nak masuk. Lepas ni boleh masuk lagi. Mungkin security guard ingat ana dan kak Syifa students KUIS. Wallahua'lam.

Ada tasik yang agak besar... Hihi, ana menunggu 2 budak bucuk di kafe sambil memesan air. Arh... Agak tension dengan Kak Syifa' yang sedari hari Jumaat lagi pok pek je bila ana tengok ais (Kak, aiskrim tu sedap kan? Kuikuikui). Waaaaa, sabar je. Sempat minum sikit je air ais yang dibeli, air limau pula tu. Slurrppp! Selebihnya jadi rezeki Fadilah, redha je lah. Order air panas, huhuhu.


Beberapa minit kemudian, terlihatlah kelibat 2 akhawat berjubah hitam sedang berjalan ke arah kami. Yeyeyeye... 2 budak bucuk dah sampai. Ana pun bangun dan bersalaman dengan 2 budak bucuk, give them a big hug and kiss.

Fakta : Kami berkenalan via Friendster je, dah lama juga berhubung melalui ym/sms/call. First time jumpa, alhamdulillah Allah mudahkan.

Both of them muda dari ana, ana kenal mereka sedari mereka sekolah menengah dan kini sedang belajar di KUIS seorang di bidang TESL dan seorang lagi Pengajian Al-Quran dan Sunnah. Menarik. Keduanya boleh jadi bestfriend di KUIS walhal sebelum ni hanya teman di alam maya. Kalau Allah kehendaki satu perkara, semuanya menjadi. Kan? :)

Cik adik bucuk seorang tu tanya beberapa kali, ajak makan. Ana masih belum lapar, huhu. Sebelum keluar rumah sudah didera dengan ahli baeyt Kak Syifa' untuk makan nasi. Huhuhu. Tetapi bila adik bucuk tanya soalan yang sama berkali-kali, tertanya juga. Akhirnya Kak Syifa' tanya; "Tak makan lagi ke?" Dan adik bucuk jawab "Belum..." Ya Allah, bersalah sungguh ana dibuatnya kerana adik bucuk tunggu nak makan dengan ana. Gagahkan juga la meraikan adik bucuk yang belum makan, tapi ana makan sikit je then paksa Kak Syifa' habiskan sebab ana betul-betul kenyang.


"Makan yang hujung-hujung ni nanti dapat suami soleh..."

Hehehe... Boleh percaya ke dialog ni? Tapi ini la yang selalu ana cakap pada adik-adik bila ana dah kenyang dan nak suruh mereka habiskan. Hihihi. Nakal kan?

Kami bertukar kafe, pergi kafe yang belakang dan alhamdulillah tidak ramai ikhwah (jauh dari kami) dan orang pun beberapa kerat je. Order makanan dan one two three.... Bismillah, makan je lah. Kesian adik bucuk sebab Fadilah was so excited nak tengok muka comel dia. Hehehe. Masa adik bucuk makan, bila buka niqab je terus Fadilah mengintai. Nakal betul Fadilah ni, mesti adik bucuk macam tersiksa je kan jumpa dengan akak haritu.

Both of them keep silent, ana dah tak tahu macammana nak buat mereka cakap. Yang seorang tu gelak je bila ana merapu, yang seorang lagi sepatah dua patah tiga patah perkataan je. Nak tak nak, ana la perlu memainkan peranan untuk bercakap. Keep talk active dan banyak bertanya supaya adik-adik ni bercakap. Huhuhu. Selepas makan, kami ke masjid (ape eh nama masjid dalam KUIS tu? Lupa nak tanya) untuk solat Asar.

Selepas solat, yeyeyeye... Jalan-jalan, ambil gambar dan sembang-sembang. Time ni baru la dengar suara cik Najwa. Haiyok haiyok... Hampir waktu Maghrib, nak tunggu solat Maghrib kami rushing nak ke Rawang sementelah abang Kak Syifa' nak jemput. Jadi, kami pun terpaksa minta diri. Tiba di Stesen komuter, solat Maghrib dan terus balik rumah Kak Syifa'. Elok je sampai rumah kak Syifa', abang kak Syifa' sudah menunggu. Wawawawa... Kenapa cepat sangat.

Fakta lawak: Sampai akhirnya Fadilah tak puas hati dengan cik adik yang seorang tu sebab hingga akhirnya Fadilah tak berjaya nak tengok muka dia. Hihihi... *tersenyum lebar* tak tahu berapa banyak Fadilah candid gambar cik adik yang seorang tu, berkenan agaknya!

"Adik cakap la sendiri nak tengok muka kakak tu..."

Fadilah senyum, tak terkata. Dia susah nak mesra kalau baru jumpa. Take time untuk bermesra, bila dah mesra susah jadinya... (yang ni biar Kak Syifa' pula gelak depan pc)


Terima kasih adik-adikku yang melayan kami semasa ziarah di Taman Ilmu, KUIS. Tak berkesempatan nak jumpa seorang kakak bucuk (jangan marah ea kak). Moga ada pertemuan yang lebih baik, insya Allah. Adik tunggu nak makan nasi minyak sebenarnya nih, hohoho... Tak pe, we plan it later okey! Insya Allah.

Ukhti Nadia, semoga adik enti cepat sembuh ye... Ameen (",) Moga ada jodoh untuk ketemu. RinDu sama kamuuuuu...!

GoOd LuCk buat adikku, Azmah yang bakal menghadapi peperiksaan STPM pada hari esok. Semoga Allah memudahkan dirimu untuk menjawab peperiksaan dengan tenang dan damai, insya Allah. Akak doakan yang terbaik untuk adik. Keep smiling, just reach into your heart and Allah is always there, you are never alone :)

13 leaves:

Anonymous,  18 November 2009 at 10:40  
This comment has been removed by the author.
Anonymous,  18 November 2009 at 10:45  

Salam dik...hahahahha, seb bek akak tak ikut, kalau tak mesti dorang dah kene dera ngan akak sekali, kan..cam yang adek kene masa datang jumpe akak dulu...lalalala..dan dapat gabungan hebat dari adek akak lagi, bertambah2lah muka adekku insyirah tensen cam nak gigit akak..kui3..., hi3..asif jiddan sebab tak berkesempatan nak keluar, seremban hujan lebat meh, kim salam pun takpe, kan..(",)...

Insyirah 18 November 2009 at 20:57  

Salam kak, hehehe. Tak pe muka tensen takde siapa pun sedar kalau tak diberitahu dan adik of course akan maintain ensem je... hihihi. Masa sampai kUis pun hujan renyai2 then masa nak balik dr Kuis pun hujan renyai2 juga. Disambut ujan, diiringi pun ujan juga :)

Anonymous,  18 November 2009 at 22:58  

salam dik syira...akak nk private my blog...plz give ur emel..

Insyirah 18 November 2009 at 23:06  

Kak Mia, insya Allah i will send my email on personal message via BMC.

Pedang,  19 November 2009 at 03:11  

KUIS, adehh aritu sesat la, puas pusing2 xjumpa lak..last2 suh sahabat dtg masjid UKM,lagi senang jumpa..
Tima kasih pada akh Iskandar Syah Ibrahim ( mantan pres KUIS 03<< klo xsilapla) krn sudijemput d UKM...juga blnja sate kajang..alhamdulILLAH

Insyirah 19 November 2009 at 09:24  

Untung juga sesat kan boleh dapat satey kajang, wadus. terliur dibuatnya... memang 'hantu' satey, kalau sakit dan takde selera makan abi dah tahu kene beli satey :P sebab kalau dah tak de selera, hanya bernafsu pada satey... yuhuuuuu! ^_^

Anonymous,  19 November 2009 at 09:47  

oooo..ni maknanya tensen lah ni ye..kui3..sebab tak mo bgtahu tensen..hi3..

Terusik dgn kata2 fauzani ari tu, "Duduk sama2 Bangi pun tak pernah jumpe.."alahai..itulah yg dikatakan rezeki...(",)..

Insyirah 19 November 2009 at 09:56  

Hi3 memang boleh dikatakan tensen gak lah (alamak, ngaku pula. abeslah jatuh saham pasni takleh nak blagak ensem dah) :P

Betul la kata fauzani tu kak, duduk bangi smaa-sama jerk bezanya rezki dan jodoh ditangan Tuhan, kalau Allah nak bagi... Dia bagi. Tapi kita kene usahakan juga kan :)

Anonymous,  19 November 2009 at 10:19  

Betul dik..tapi nak usaha gananya kalau akak ni bz cam PM..hualalala..PM lah sangat..hi3..meh3 semua datang semban jelah, senang sikit..

Almaklumlah dik, umah nak ada majlis kan, akak pun tak dapat nak spend banyak masa utk belajar, mengajar lagi, banyak benda meh nak kene uruskan..huhuhuhu...

apa2 pun, akak sayangkan kalian semua, tak terdetik nak berpisah walau muka macho buat rilek kate "takpe"..hi3..

Banyak posting nampak..aih, ni yg nak lumbe nih..hi3..tapi malanglah bg akak yg sgt perahsia ni, bila nak mula menulis je, mesti akan tersekat dgn setiap kali memikirkan "Apa agaknya org lain akan kata"..

Insyirah 19 November 2009 at 10:26  

Hihihi... posting qado sebab rasanya lepas ni nak membiarkan blog seketika... yeyeyeye, nak balik kampunggggg! Alorr... kami nak je g seremban tapi tunggu akak masak sedap2, hehe. Makan nasi minyak pun sedap gak :P

p/s: spegheti pun boleh juga... wahaha...

Pedang,  19 November 2009 at 15:37  

satey saja xbape best sgt tp kalo ada nasi impit kuah kacang skali, memang da bomb..sehingga menjilat siku

Insyirah 20 November 2009 at 09:00  

Waduh, asyik makan nasi impit ngan kuah kacang jer. Kalau macam tu, hari-hari la kene bagi makan sampai tak larat nak makan then tak minta lagik... Lalalala... (strategi berkesan yang telah dibuktikan dengan menjadikan adik-adik sebagai bahan kajian) :P

aSkiNg sOuL

Feeling alone?
Innallahha ma’ana

Saw evil act?
Inni akhafullah

Wishing something?
Fa’iza ’azamta fatawakkal’alallah

Missing somebody?
Ma fi qalbi ghairullah.

... syukran ...

Free Hit Counter Syukran 'ala ziarah ^_~

Silent Home

Silent Home
Bila emosi mengunci hati, lalu lahirlah ayat-ayat sepi sebuah monologku merentasi perjalanan menuju Rabbi :)

  © Template Lar Doce Lar por Emporium Digital Graphics Jenny's Grandchild and Irene's Corner

TOPO