Langkah Terhenti
Bismillahirrahmanirrahim.
Tiap anak Adam pasti banyak melakukan kesalahan dan sebaik-baik pelaku kesalahan ialah yang bertaubat.
Ana mencari momentum penulisan. Sedang merangka jalan cerita Pohon Cinta Madinah yang terhenti seperti bekunya hati dan perasaan ana ketika ini. Ana tidak tahu selama mana masa yang bakal diambil bagi menyiapkan keseluruhan cerita Pohon Cinta Madinah. Idea mencurah-curah seperti ke atas daun keladi, seakan tidak membekas dijiwa ana. Ana tidak suka menukilkan apa yang tidak lahir dari hati ana walaupun yang lahir dari hati ana tidak disukai orang tetapi selagi ianya lahir dari lubuk hati, ana tetap meneruskan juga.
Cerita 'Biarkan Kami Bercinta' dahulu pelbagai reaksi yang diterima, ada juga kata-kata yang menegur kerana merasakan ana sedang 'berkhayal' ke dalam dunia ana. Hihi, mahu saja ana tergelak tapi bagi mengelakkan beku pada hati maka ana tahan saja dengan senyuman. Coretan ana ialah luahan rasa, luahan pendapat dan pena yang menari adalah lahir dari cebisan hati. Ana tidak pernah memaksa sesiapa membaca tulisan ana, huhuhu.
Sesuatu yang amat terkesan dihati ana selepas menulis 'Biarkan Kami Bercinta' ialah panggilan seorang ukhti yang memang ana tahu dia sibuk dan juga sering diuji dengan masalah kesihatan. Masa menalifon juga beliau sedang tergesa-gesa, rasa macam sedang drive. Wallahua'lam.
Ukhti : Assalamu'alaikum dik Syira...
Ana : Wa'alaikumussalam warahmatullah. Kak, lama tak dengar kabar. Sihat?
Ukhti : Alhamdulillah. Macam ni lah dik... Adik sihat?
Ana : Alhamdulillah. Sihat seadanya.
Ukhti : Rindu dengan adik Syira ni. Bila nak jumpa?
Ana : Alaaaaa kak.. jangan tanya macam ni. Susah nak jawab.
Ukhti : Akak teringin nak pergi tempat Syira. Tengok roses!
Ana : Ahlan kak... Insya Allah. Datang lah.
Ukhti : Dik, tadi kan akak tergerak nak masuk blog adik Syira. Lama akak tak berkesempatan tau. Akak betul-betul tersentuh dengan kisah yang Syira coretkan. 'Biarkan Kami Bercinta' benar-benar simbolik. Akak terasa sangat, terima kasih Syira.
Ana : ...speechless...
Ukhti : Akak pernah berbual dengan seorang penulis. Dan akak rasa macam nak Syira tulis something tentang akak, akak teringin nak menulis macam Syira tapi tak pandai.
Ana : ...speechless...
Ukhti : Syira sentuh hati akak...!
Ana : Akak... Tulislah kisah akak, insya Allah Syira akan olahkan mengikut rentak tarian hati Syira membaca kisah akak. Insya Allah!
Ukhti : Insya Allah.
Selalu rindu untuk bertemu tetapi belum ditemukan.
Selalu rindu untuk bermesra tetapi belum sempat mesra.
Palbagai soalan provokasi dilontarkan kepada ana mengenai blog. Rasa serba salah untuk terus menarikan pena, tetapi abi selalu tanya sekiranya ada sesuatu yang tidak kena dengan blog. Ana seronok apabila mampu membuah tawa dan senyuman makna dari seseorang yang jauh dimata, tetapi ana tidak mampu untuk memuaskan hati semua orang.
"Adik asyik bercerita ukhti itu ukhti ini, ukhti situ ukhti sana, tak ada pun nama akak!"
Menelan pahit satu kenyataan. Terkadang ana menulis apa yang ana rasa KETIKA ITU, ana menulis mengikut momentum emosi. Saat ana pening lalat dan kelabu asap, penulisan ana juga jadi pening seperti ana. Ana tidak pandai berlakon untuk berpura-pura sentiasa ceria. Bagi ana, kalau ana tidak merasa sesuatu perasaan untuk apa ana memaksa diri untuk meletakkan diri ditempat (perasaan) tersebut. Huk huk huk.
Ana masih serba salah untuk terus menarikan pena dan kata. Tidak semua orang akan puas hati dengan apa yang ana tulis. BLOG INI TIDAK PERLU DIBACA BAGI MEREKA YANG MAHU MEMBACA SESUATU YANG ILMIAH. Ana menulis untuk mencari dan memberi inspirasi pada diri sendiri, pada mereka disisi.
"Alah, mana ada blogger ceritakan tentang keburukan. Semua cerita kebaikan macam la baik sangat. Lagi satu... Kalau cakap nak inspirasi atau motivasi, tak ada cara lain ke? Diari sendiri ke? Kenapa nak hebah kat satu dunia..."
Hik hik hik, yeyeyeye akhirnya ana rasa sangat GEMBIRA dengan soalan provokasi begini. Kerana orang yang bertanya tidak pula membaca blog ana, bahkan barangkali tidak pernah membelek perkataan-perkataan ana. Last sekali, sempat ana beri soalan angin lintang.
"Ingat ana 'jual cerita' pada umum ke? Supaya cepat dapat jodoh?"
Hahaha... Gelak juga ana akhirnya di depan komputer.
Ana tidak mencari publisiti, tidak juga mencari simpati. Pernah ke ana minta orang;
"Ziarah lah saya kat sepital, saya sakit tenat nak maaaa....(sambung je lah sendiri)"
"Tolong lah saya sakit giler nih, tak simpati ke kat saya."
Adoiyai...!
"Alah, blog niqobgirl.blogspot kan ke popular di serata alam maya... Ada link kat blog ustaz tuh, ustaz nih, ustazah... semua hebat-hebat."
Last, ana terfikir apa masalah orang ini sebenarnya. Hehehe.
Terhenti seketika langkah ana dengan soalan provokasi yang pelbagai.
Dan... Tolong, ana tidak suka ada insan-insan yang menyebarkan pelbagai cerita pada ana. Tak sukaaaaaaa!!
Stop walking... Thinking! ^_^
12 leaves:
salam ukhuwah...
nice...teruskan supaya langkah makin laju berlari...
Assalamua'laikum ya ukhti fil ISLAM..
Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kepada yang maha esa kerana masih sudi mengurniakan nikmat iman dan ISLAM kepada kita, masih sudi memberi kesempatan kepada kita untuk terus menghambakan diri kepadaNYA, mencurah bakti kepada ibu bapa dan keluarga.. Alhamdulillah..
Adikku,bersabarlah atas apa yang erlaku.. iman manusia ni ada naik turunnya.. kadang-kadang kita lemah, kadang-kadang kita kuat. Semuanya atas kehendak dan ketetapan ALLAH s.w.t... Mohonlah kepada ALLAH untuk memberi kekuatan dan ketabahan kepada kita.. Jangan hiraukan sangat kata-kata orang.. Nanti kita yang akan terluka.. Serahkan segalanya kepada ALLAH, DIA takkan hampakan hambaNYA.. (^_^).. jangan sedih-sedih ye adik sayang.. Teruskan penulisanmu.. I'll always with you my dear
wassalam
Salam ukhuwah buat bidadari besi. Insya Allah, jazakillah atas doa. Moga melangkah lebih tabah menuju cinta Ilahi. Insya Allah.
Wa'alaikumussalam ukhti fil islam. Alhamdulillah syukran kak, terasa seperti oasis yang mendamaikan hati membaca ayat dari akak. Syukran atas segalanya kak...
Salam buat anak ibu. Masya Allah, membaca kalam2 anakanda buat ibu luluh. Anakanda seorang yang amat menyenangi hati ibu, bahkan ibu sangat menyeyangi dengan anakanda yang bagi ibu amat menghormati orang lain walaupun hanya tetamu alam maya. Semoga Allah membuka hati mereka untuk berfikir. Tabahkan dirimu anakku.
Slm. Lain org lain caranya, setiap orang membaca tp tak semua faham apa yang disampaikn. Tp itu sume bukan alasan untuk terus berhenti! Ambil masa utk bertenang tapi terus melangkah. Oke?
salam dik syira. Msh ingat luahan hati kak mia di emel ari2?
Betul kata en abu hanisah ni
"apabila tiba ketenangan, kte akan trs melangkah wp pd mulanya kte dihimpit pelbagai rasa yang kadang2 cuba nk puaskan hati semua orang,"
betul kata dik syira..akak faham. Kdg2 kte masuk blog sekadar meluah rasa, tp ada pulak yg terasa lebih, dan lain2 pendapat...pepun, biarkan jela....take positif...teruskan penulisan adik kerana utk makluman adik...masih ramai yg sudi nk membaca tulisan & curahan ilmiah adik...
semoga adik sihat & kuat semangat selalu....
P/s : semoga juga adik tenang kerana apabile kte meluahkan kte akan lbh positif setelah muhasabah diri slps itu.
Salam ibu, hihihi tak tersangka pula ibu nak komen blog anakanda yang terlalu banyak repekan ini hingga layak dibuat kerepek untuk makan di waktu senggang. Hehehehe.. Dah lama tak ngaco ibu kan, ibu rindu syirah tak? :P
Abu Hanisah AKA pakcik yang sker buat hidupku semak samun dengan puzzle... hihi. Hanisah sihat? Ummu Hanisah sihat? Syukran atas nasihat encik Abu Hanisah itu... Tp mengape encik sudah lama membiarkan blog encik kusung saje. Adakah tidak mahu lagik untuk menjadi blogger? Huhuhu...
p/s: Tunggu Naufal lah... Kikikiki :P
Salam buat Kak Mia yang sudah semakin kuwos. Hihihi. Seseja jerk entri nih, nak 'menyinggung' hati orang yang suka suka jerk ngate budak kecik ni memacam. Sapa makan cili dia lah rasa pedas, kalau makan asam mestilah masam dan kalau makan garam mesti lah dia rasa masin kan? Ngeh ngeh ngeh....
Lalalala... ^_^
(",)..salam dik..rasa cam entry ni ada kesinambungan entry akak je...hi3..(",)..
Apa2 pun, bukan bermaksud utk bercerita, cume cube untuk menulis..moga ia ada manfaat, kan?..(",)...
Salam kak, insha Allah. Sesaja je entri ni, ngada. tak tahu nak tulis apa, saja buat kesinambungan kisah akak. Hihihi...
Post a Comment