Damai Bersama Makhluk Fitrah
Bismillahirrahmanirrahim.
Alhamdulillah. Syukur atas nikmat Allah, atas setiap nikmat iman, nikmat islam, nikmat tenang juga damai.
Sudah seminggu tidak mengemas kini blog, sengaja. Hihihi, sengaja tidak menulis. Mencari ruang dan memberi peluang hati bertintakan air mata reda dengan segala kekusutan yang melanda. Innallah hama'ana. Insya Allah.
Entah berapa lama ana 'merengek' pada ummi dan abi. Barangkali satu permintaan yang kelakar bagi orang lain tetapi itulah permintaan ana yang tidak ditunaikan oleh ummi dan abi sehingga sekarang. Akur... Bukan semua yang kita nak, kita dapat. Kan? Insya Allah, Allah gantikan dengan yang kita perlukan. Hihihi.
Ko minta apa Cik Syirah?
Ana minta adik... Huhuhu.
"Alah umi, satu jer lagi. Lepas ada baby satu ni tak minta dah. Janji!" Dengan gaya bersumpah la kononnya.
"Tanya abi lah..."
"Abi... Boleh lah abi. Nak adik... Satu je. Janji, orang yang jaga dia. Orang urussss semua sekali."
"Tak nak la abi... Cukup lah yang duk ada ni. Abi nak tidur malam dengan nyenyak, dah tua ni nak buat amal ibadah pula. Ada anak kecil nanti banyak pula ragamnya. Dah puas urus anak-anak, cukup la."
"Alah abi ni, orang janji orang jaga la... Abi tidur la bilik abi, baby tidur dengan orang!"
Hihi, tak pernah putus asa.
"Tak nak."
"Ok.. Ok..! Kalau tak nak baby, adopt baby!"
Ummi menyampuk... "Haha, kalau ummi mengandung nanti kan buat malu ummi je dengan anak-anak. Sekejap-sekejap ummi cakap 'ummi pening ni, picit kepala.' jap lagi ummi cakap pula 'ummi tak larat...'. Ha, macammana?"
I have no idea, tergelak je la.
Tapi, ana nak adikkkkkk! Tahu, memang sukar untuk abi adopt baby sebab sebelum ni pun memang ana mempunyai adik angkat. Dibela sedari adik angkat itu berusia 11 tahun sehingga 17 tahun. Selepas SPM, abi menghantarnya ke kampung (beliau) dan tidak lagi mahu ambil tahu. Banyak pahit dan rasanya tak ada yang manis. Huhuhu. Jadi, abi serik untuk adopt lagi. Kesian ana kan? Adik bongsu ana dah berusia 10 tahun. Nak timang ala bucuk-bucuk pun tak larat, huhu.
Jadi, ana pun membawa sekeping hati yang rindu nak main dengan baby. Hari Jumaat yang lalu abi mengambil cuti jadi selepas solat Jumaat ana kidnap Arissa dan bawa Arissa jalan-jalan. Me keep as baby-sitter. Well done Insyirah, kih kih kih. Kredit diberikan kepada Fadilah yang turut sama menjaga Arissa. Hihi, sweet je. Walaupun Arissa dah 2 tahun 5 bulan tapi OK la dari tak ada kan.
Hari yang amat menceriakan. Buat seketika, terlupa yang hati sedang berkecamuk.
Hari Sabtu, awal pagi lagi dah sediakan makanan kerana kami sekeluarga mahu berkelah di swimming pool. Private pool, jadi hanya kami sekeluarga sahaja tanpa ada ajnabi. Seronok betul, Arissa dalam pool umpama itik jumpa air. Arissa tak berapa nak percaya dengan adik-adik ana, haha. Dorang membuli Arissa, kesian Arissa sampai hampir nak lemas dikerjakan dek budak-budak ni. Akhirnya, Arissa hanya mempercayai ana dan sentiasa grap kuat gila pada tangan ana. Ana pun nakal juga, free hand tak nak pegang Arissa. Hanya cakap "Arissa pegang kuat-kuat..!"
Macam-macam aksi ana buat pada Arissa, pegang bahagian perut dan surut dia wat lagak sedang berenang, ana tutup hidung Arissa dan kami sama-sama menyelam tapi tak la lama pun hanya 2-3 saat je. Ana bawa dia berenang, walaupun sebenarnya sangatla memenatkan. Dah lama sangat tak berenang. Nice time, precious moment with family.
Selepas Solat Zohor, dan sempat terjun semula dalam pool Arissa ajak main buaian pula. Hihi, ana pun naik buaian juga. Sudah-sudah la, penat melayan Arissa. Selepas salin baju, abi ajak ke Ipoh ziarah orang sakit. Bawa Arissa lagi, kidnap dia juga. Tersengguk-sengguk akhirnya tertidur juga di atas ribaan Mahfuzah. Berhenti solat di RnR Simpang Pulai, adik-adik tak tahu macammana nak angkat Arissa. Ana volunteer angkat Arissa, banyak pengalaman dah. Kui kui kui.
Angkat dan terus masuk surau, letakkan Arissa atas alas kain dan bagi botol susu takut Arissa menangis sebab angkat masa dia sedang tidur. Selepas solat, ummi belum selesai solat. Check Arissa, muka dah merah padam kulit terbakar duduk bawah cahaya matahari. Hihi. Sekali ada mak cik tanya;
"Anak ke?"
Gurlp... Erk! Ana muda belia lagi. Huhuhu. Terkedu punya pasal, senyum je la. Mesti mak cik tu ingat memang Arissa anak ana. Arh takde-takde... Ana comel, Arissa comot. Ngeh ngeh ngeh.
Selepas ziarah orang sakit di Ipoh, sampai rumah Tok Bah terus jumpa Mak Ngah.
"Mak Ngah, berat Arissa berapa?"
"15 kg..."
Phewww... Muka comel ana berubah macam cicak berak kapur. Wah, gatal dukung Arissa. Ana tak boleh angkat lebih dari 5 kg inikan pula 15 kg. Memang terasa 'beban' pada tulang belakang, alhamdulillah selepas luruskan badan dengan posisi yang betul atas lantai, sakit semakin berkurangan. Macammana tak susah hati, rehlah mahabbah menghitung detik waktu saja. Moga Allah permudahkan.
Waktu nak tidur malam, Arissa masuk bilik dan ambil selimut, Arissa selimutkan ana. Ana tak layan dia, sedang layan SMS. Kui kui kui... Dia selimut kaki, then dia selimut badan, last dia tarik terus selimut muka ana. Ceh budak ni! Ana buat-buat tidur (tapi tangan duk sms, tah apa-apa) Arissa baring sebelah ana terus jerit "Makkkk" amboi budak ni... "Heyyyy, ini bukan mak la. Ni kakak!" Terus Arissa gelak, dalam hati 'siap ko budak, akan ku kerjakan ko...' muehehe, gerammmmm.
Hari Ahad, nak balik rumah Arissa menangis.
"Mak Ngah, kenapa Arissa menangis?"
"Dia sedih..."
Owh iye tak iye juga, dari Jumaat bawa Arissa jalan. Sabtu bawa ke swimming pool, Ahad seharian duduk dengan dia. Hiba la hati dia bila semua orang balik. Alahai...
Makhluk fitrah, terasa damai tika bersamanya.
Cepat, siapa ada adik lebih sila donate pada ana yang memerlukan. Haha, iklan apa la ni.
5 leaves:
kawin jela cik syira..dah nk anak sangat..haha...kan sng tue...dr cari anak orang
Salam'alaikum. Kawin je la dik, ehhehe...
assalamua'laikum..hehe sian adik syira sorg ni nak adik.. kan dah ramai yg suruh kawin tu..(^_^)..pe lagi, kawin jelah sayang oiii..hehe
Salam, syira tunggu uwais jugak ke? Ha, apa lagi nanti ambil je Uwais kalau nak Durrah pun boleh juga. Tolong jagakan yerk! Mus'ab tak boleh, kuat merengek nanti syira tak tahan :)
Syira nak adik je, dia bukan nak kahwin. Cuba baca betul2 ayat2nya dalam posting :) Alahai... Salah faham berlaku dengan cepat. ^_^
p/s: calonnye pun... baru umur 3 thn yer dik syira kan!
Post a Comment