"Ya Allah, jadikanlah hamba Mu ini mencintai orang beriman dan jadikanlah orang yang beriman mencintaiku."

(HR Muslim)
Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Third Birthday tickers

17 November 2009

Dah Sampai Jodoh

Bismillahirrahmanirrahim.

Posting ini tidak perlu dibaca oleh mereka yang berhasrat untuk membaca tulisan ilmiah, tulisan ini juga bukan berbentuk ilmiah. Ia hanyalah pandangan peribadi seorang faqirah. Ia juga sebenarnya adalah pemikiran seorang kanak-kanak riang yang belum cukup umur, ia juga hanyalah sudut pandang dan juga kesengalan seorang insan. Kesimpulannya, tulisan ini hanyalah sesuka hati untuk memeriahkan blog dan secara pendeknya orang Perak kata ; meraban teben. Ha, amik ko dah start keluar loghat pelik-pelik nih... Lalala.

Bicara soal jodoh. Wah, sukanya! Sukanya... Ada yang sudah pasang cita-cita dan panjangkan angan-angan. "Aku nak kawin dengan orang yang begini, orang begitu dan begitu serta begini." Bahkan bicara soal perkahwinan juga boleh menjadi satu isu yang sungguh tak lapuk dek hujan panas. Evergreen gitu, bagi mereka yang terasa nak kahwin la. Bagi yang tidak pula berniat nak berkahwin dalam masa terdekat juga masih memanjangkan angan-angan mat jenin mahu perkahwinan begitu dan begini. Terpulang lah, sesekali berangan kan seronok!

Sejak beberapa ketika ini, ana dapat soalan yang pelbagai mengenai Jodoh dan Perkahwinan. Oleh sebab itulah, galak semacam nak menaip tentang jodoh dan perkahwinan. Tidaklah bermaksud ana akan berkahwin dalam masa sehari dua ini, atau tidak juga bermaksud yang ana akan menamatkan zaman bujang pada hujung minggu ini. Posting ini hanya sesuka hati ana untuk menarikan jari jemari supaya boleh ana melayan emosi depan PC. Pada yang tidak sudi, ana tidak pula memaksa untuk membaca. Holalala...

"Macammana lelaki yang enti nak sebagai pasangan hidup (suami)."

Soalan pelik yang buat ana kebingungan, kenapa agaknya sahabat ana tanya soalan begini. Sudah mahu menikahkah dirimu wahai sahabatku? Ana husnudzon saja lah. Melayan je, meraikan sahabat-sahabat dengan kesengalan ana.

"Entahlah... Ana tak pernah meletak apa-apa syarat untuk seseorang menghuni hati ana. Tak pernah pula buat senarai lelaki bagaimana dan begitu begini yang ana mahu jadikan calon zauj. Tak ada jawapan lah soalan ni..."

Bagi ana, realistik! Ana tidak pernah meletakkan apa-apa syarat ataupun ciri-ciri tertentu untuk seseorang lelaki. Belum terfikir barangkali. Bagi ana, tujuan ana untuk MENJADI bukannya MENCARI. Ana yakin, wanita yang solehah untuk lelaki yang soleh. Dan tugas ana hanyalah perlu menjadi solehah agar mendapat yang soleh. Pelik sungguh perangai ana sejak dua menjak ini, kuikuikui.

"Apa takrifan wanita solehah?"

Ana menghantar sms secara rambang dan kepada ramai orang. Macam-macam luahan pendapat sahabat. Ana ukur pada diri ana, entah. Susah nak cakap, semacam tak layak saja diri yang hina dina ini untuk memanjangkan angan-angan pada lelaki yang soleh. Kalau dibiarkan angan-angan, barangkali sepanjang Sungai Nil disyarahkan ciri-ciri calon idaman.

"Ana nak lelaki yang alim dalam urusan agama, tapi ana juga nak dia seorang yang kaya... Kiranya hidup ana tak la susah."

Berkerut dahi ana dengan respon seorang muslimah dalam sesawang internet. Allah... Apabila bersama sepupu, ana seringkali tersenyum mendengar celoteh makcik-makcik dan juga sepupu (perempuan) berbicara mengenai jodoh.

"Aku nak arkitek. Semua cari yang engineer, aku cari arkitek la pulak..."

"Cari orang beriman yang kaya..."

"Aku nak yang macam ni... Aku nak macam yang tu..."

Ana tersenyum. Dalam hati hanya satu ungkapan "Hebatnya..." Iya, ana merasakan setiap orang yang meletakkan ciri-ciri spesifik untuk bakal isteri/suami itu seorang yang hebat! Kerana, dia turut sama meletakkan dirinya sebaris dengan ciri-ciri yang dia letakkan kepada bakal pasangannya. Hebat kerana dia memaksa dirinya supaya lebih bergerak secara produktif. Hebat... Hebat... Kerana ana sangat yakin, pasangan kita adalah sebahagian dari diri kita.

Kerana apa? Kerana ana sangat yakin akan janji Allah yang tidak pernah memungkiri janji bahawa lelaki yang soleh hanya untuk wanita yang solehah.

"Habis tu enti tak terfikir nak berkahwin ker? Memang tak nak kahwin?"

Subhanallah. Terperanjat juga ana dengan soalan ini, sungguh menikam kalbu. Berlagak macho (hahaha) dan pura-pura tenang walaupun hati menggerutu macam nak sekeh-sekeh je orang yang tanya, kui kui kui.

"Dalam setiap perkahwinan itu ada keberkatannya. Keberkatan dalam sebuah perkahwinan itu bukannya bermula dari akad nikah yang termeterai sebaliknya ia bermula sedari sebelum pernikahan lagi. Ana mencari sakinah dalam sebuah baitul muslim, untuk mendapat sakinah ana perlu mencari barakah. Barakah dalam sebuah perkahwinan titik tolaknya ialah keredhaan ibubapa."

Ana pernah berkata pada sahabiah.

"Siapapun dalam istikharah ana, itu belum tentu menjadi pilihan ana. Kerana ana masih punya ummi dan abi yang ana perlu untuk menatang hati mereka, jangan sampai mereka terguris dengan keputusan ana. Apapun yang ana rasa tidak penting kerana kebahagiaan ana bersumberkan keredhaan ummi dan abi, ana hanya akan meraih keredhaan Allah sekiranya mampu menagih keredhaan ummi dan abi. Mereka punya kuasa vito yang ana serahkan untuk menentukan siapakah pilihan mereka itulah yang Allah tetapkan untuk ana. Insya Allah, ummi dan abi seorang yang soleh dan solehah, mereka faham agama dan ana tidak perlu risau dengan keputusan mereka."

Mungkin ada yang tidak setuju dengan pandangan ana, kerana ia hanyalah pendapat peribadi ana.

"Siapa dalam istikharah enti?"

Ana yakin, yang bertanya ini adalah orang yang barangkali baru mendengar talk "Siapa Dalam Istikharahku?" jadi ana husnudzon lagi...

"Biarlah rahsia hati ana menjadi rahsia antara ana dan Allah... Bila termeterai akad dan nikah, insya Allah itulah yang memenangi dalam istikharah ana. Wallahua'lam."

Setiap dari lelaki dan perempuan (wallahua'lam) pasti mempunyai angan-angan mengenai pasangan dan juga bagaimana perkahwinan mereka diraikan. Tema ala tepi pantai, dalam taman, dalam hutan dan pelbagai. Ana bersyukur kerana mempunyai ummi dan abi yang amat terbuka untuk berbicara mengenai apa saja.

"Abi boleh tak kalau kahwin nanti nak buat......." (sensor)

"Abi ikut jer... Tak kisah."

Alhamdulillah. Ana juga pernah mengada-ngada bertanya pendapat orang ramai. Pelbagai reaksi yang ana dapat, tergelak juga dengan pendapat orang ramai tetapi bagi ana, ikut suka hati masing-masing la nak kahwin macammana pun selagi tidak berlaku syirik pada Allah. Tafaddhal...

Ana pernah mengusik sahabiah... "Ana nanti kalau nak kahwin, ana nak pakai warna pink lah..."

Sahabat ana yang tahu dan faham akan ana yang agak taksub dengan warna pink dan ungu menempelak "Eh Syirah, nanti pengantin laki lari gara-gara baju pink baru tahu!"

Ana yang memang terkenal dengan kesengalan yang nyata menambah... "Ah, takde. Kalau tak nak pakai pink, tak payah kahwin." Hahaha... Agak radikal pula permintaan ana. Sangat tidak patut memaksa kaum Adam memakai warna pink yang sinonim dengan perwatakan feminin.

"Kahwin nanti aku nak buat tema ala dalam taman, sure cantik kan!"

Memang seronok rupanya berangan yerk? Entah... Ana menyampuk pula...

"Kalau ana kan, ana lah... Orang lain ana tak tahu la pula. Ana pakai je baju mana-mana yang ada jer, yang pastinya baju tu ana nak pakai berkali-kali selepas kahwin. Baru boleh bangga, riyak dan takbur yang baju ana pakai masa hari perkahwinan boleh dipakai sampai berzaman. Hahaha. Pastikan juga saiz baju tu besar supaya lama boleh dipakai..."

"Enti ni memang sengal lah! Ada ke pakai baju yang sedia ada. Kahwin ni sekali je seumur hidup tau."

"Eh, yakin ker yang kita kahwin sekali seumur hidup? Entah-entah suami nanti kahwin 2 kali ke, 3 kali ke, 4 kali ke..." Sengaja ana mamanaskan situasi.

"Enti sanggup ke bermadu?"

"Hehehe.. Siapa lah kita nak menolak ketentuan Allah. Sanggup atau tidak sanggup, itu bukan urusan yang berada dalam kekuasaan kita. Kita yakin ke hati suami tidak berubah? Kita pasti ke yang Allah akan suburkan kasih sayang hingga nafas terakhir tanpa ada sedikit gelora? Pendekkan angan-angan."

"Tapi kita harap perkahwinan yang satu kekal selamanya kan?"

"Benar. Itu harapan dan doa. Kerana itu pelihara hubungan sebelum berkahwin supaya keberkatan dalam perkahwinan akan kita rasai, manisnya sakinah, nikmatnya mawaddah dan bahagianya dengan rahmah. Boleh memilih tema apa untuk perkahwinan tapi jangan sampai membazir."

"Habistu enti nak kahwin macammana?"

"Enti jangan gelak yer! Ini angan-angan mat jenin ana saja... Selebihnya Allah yang lebih mengetahui. Pertama, ana seboleh-bolehnya tidak mahu menerima hantaran dari pihak lelaki. Kedua, ana tidak mahu menerima wang hantaran dari pihak lelaki. Ketiga, ana tidak mahu tabarruj pada hari perkahwinan, kecantikan itu hak mutlak suami dan dia tidak perlu berbangga dengan kecantikan isteri yang telah halal baginya dan cukuplah kecantikan isterinya hanya untuk dia seorang. Keempat, setidak-tidaknya ana akan meminta izin dari suami (selepas akad nikah la..) untuk memakai niqab supaya... Ana hanya miliknya dan untuknya. Kelima, ada satu permintaan rahsia antara ana dan suami yang menjadi milik ana. Keenam, ana tidak mahu menerima cincin..."

"Mak aih, peliknya enti ni. Kenapa enti tak nak cincin dan pelik kenapa tak nak hantaran.."

"Sebab... pertama ana tidak mahu orang lain menyibuk berapa harga cincin pemberian suami dan keduanya lepas kahwin ana nak minta lebih dari hantaran-hantaran tersebut, ngeh ngeh ngeh."

"Syirah sengal lah..."

Last... Nak buat macammana dah memang sengal. Bicara soal kahwin, ana selalu tergelak dengan angan-angan orang lain. Ana pun turut berangan sama... Hahaha.

Ana seorang yang berpenyakit, macam-macam penyakit yang menghuni badan ana. Ana juga memikirkan perkara yang ngeri-ngeri, berkahwin dengan seorang mujahidin... Pengorbanan tidak sedikit! Kalau ana menjadi sayap kiri pada seorang mujahidin, mujahadah ana perlu diperkemaskan. Ana takut, khuatir, bimbang dan risau sekiranya kehadiran ana sebagai "isteri kedua" yang dimadukan dengan perjuangan suami akan menyebabkan suami tidak berlaku "adil" pada "kami".

Situasi Satu :

Suami seorang yang mujahadah tinggi, sanggup meninggalkan isteri demi sebuah pengorbanan dakwah. Ya Allah, tak layak pun ana nak berfikir sebegini dibandingkan dengan diri yang serba kekurangan. Ana sangat khuatir, sekiranya ana tidak redha ditinggalkan sendirian kala sedang menanggung sakit yang singgah pada tubuh. Ana takut tidak redha dengan suami yang berjuang dan meninggalkan ana kerana ana sentiasa menerima layanan VVIP dari ummi dan abi. Saat ana sakit, abi sanggup untuk tidak out station semata-mata untuk memberi sokongan moral kepada ana. Ya Allah.

Situasi Dua :

Suami seorang yang mujahadah tinggi tetapi sangat kerdil jiwanya. Tidak sanggup membiarkan ana keseorangan menanggung kesakitan. "Maaf zaujah ana sakit ana tidak dapat ke sana." Dan pelbagai alasan yang bakal MENGHALANG perjuangan seorang mujahidin, tak sanggup rasanya. Menjadi sayap kiri pada seorang pejuang, sewajarnya membantu untuk mengukuhkan kedudukan suami, bukan meruntuhkan dirinya.

Kesimpulannya :

Tak tahu nak komen apa-apa, kerana ana hanya seorang faqirah. Kesimpulannya makin bersimpul urat saraf dalam kepala ana, kui kui kui. Ana sakit dan ana memahami keadaan ana. Jadi, setiap kali orang mengada-ngada tanya pasal kahwin, ana rasa macam nak cekik-cekik jer.

Minggu ini minggu terakhir persekolahan. Pasti ramai yang akan menamatkan zaman bujang, TAHNIAH ana ucapkan. Semoga perkahwinan kalian diberkati Allah, kekal sehingga ke Jannah.


Di saat mendayung perahu hidup, terasa terlalu luas perjalanan yang terhampar di depan. Seakan si kerdil di lautan luas. Aku yang faqir, aku yang hina, aku yang sangat mengharap belas ihsan dari Mu Tuhan. Aku yang sentiasa tidak malu mengemis cinta Mu, aku yang sentiasa engkar akan janjiku pada Mu, aku yang teramat mendamba belas kasih Mu... Tuhan, bawalah aku ke daerah cinta Mu agar aku sanggup meredahi lautan luas ini dengan penuh yakin bahawa Engkau setia disisiku sebagai Peneman dan Penguat semangat tika aku rebah. Hanya Engkau ya Allah... Hanya Engkau...

Ana mohon maaf, sekiranya kesengalan ini mengganggu sesiapa. Hanya cebisan dari perasaan seorang faqirah yang rasa nak cekik beberapa individu yang semusim dua ini bertanya soalan pelik-pelik. *_*

Allahummaj'alni hubbak wa hubba man ahabbak waj'al hubbaka ahabba ilayya minal maail baridi. Ameen... :)

p/s: Maaf atas kata-kata yang tidak menyenangkan.

6 leaves:

Makcik Vogue 17 November 2009 at 17:33  

long but deep, really...
tq!

btw,
salam ukhuwwah!

Anonymous,  17 November 2009 at 19:10  

terlalu mendalam maknanya luahan coretan ini namun ada biasa2x utk kufahami dlm senyuman

Saiful,  17 November 2009 at 19:30  

Assalamualaikum...
Artikel y menarik

Terkadang kita banyak mengandaikan sesuatu, seolah-olah takut dg bayangn sdri

Emm..ada pasal mujahidin
Mujahdin juga ada tgjwab thdap kuarga kan?itu juga jihad...jihad bukan hanya di medan sahja

balqis,  17 November 2009 at 21:51  

Assalamu'alaikum ya sodiqi, subhanallah panjangnya meraban teben kamu dik! Bawa bertenang ye sayang, insya Allah nanti sihat la tuh. Positif, husnudzon ye. Akak yakin, suatu hari nnt adik akan sembuh, adik pun boleh lalui hidup ini spt org lain yg normal. banyakkan berdoa, adik pernah cakap "ALLAH TIDAK PERNAH TIDAK MEMBERI" kan? Yakinlah yang adik jg boleh jd isteri solehah, boleh jadi ummi solehah, yakinlah sayang. Tahu dirimu sedang berperang dngn segala macam ujian yg dtg tapi fahamlah btapa Allah kasih padamu, diberikan bermacam ujian yg tak sanggup dipikul oleh org lain. rawat la hati adik, jangan putus asa dengan rahmat Allah.

Bahkan boleh jadi dengan asbab perkahwinan, adik boleh sihat... berkat perkahwinan adik akan sembuh, bahkan adik yang akan lebih bagus dalam perjuangan berbanding orang yang sihat. Sabar ye dik, yakin pada Allah. Berfikirlah dengan hati yang tenang, bebas dari fikiran-fikiran negatif yang mengundang hiba. Akak tahu akak hanya bercakap tp adik yang menanggung, tahu adik sakit pun cukup meresahkan apatah lagi melihat adik sakit... ya Allah, tak sanggup rasanya.

Tapi semuanya sarat dengan hikmah dr Allah kan. Akak yakin, adik kuat... adik akak seorang yang tabah dan sangat bersemangat. akak yakin adik mampu untuk bangun, bangunlah sayangku, usaplah hatimu dengan belaian kasih Allah. Belailah hatimu, usah bersedih sayangku...

ya Allah, Kau berilah kesembuhan buat adik kami, INSYIRAH. Berilah kekuatan untuknya dan bahagiakanlah hatinya dengan ayat2 MU... Amin ya Allah.

mujahidah 18 November 2009 at 03:25  

senyum membaca, bagi akak yang dah melalui alam perkahwinan rasa macam membaca diari sendiri pulak bila baca tulisan entri ini, apa pun kita merancang dan berusaha yang menentukannya Allah dan setiap ketentuan itu adalah yang terbaik untuk kita, seorang mujahidah bukan sekadar rela dan sanggup melalui ujian dari DIA tapi seorang mujahidah itu adalah insan yang boleh tersunyum dengan keperitan dan redha dengan penderitaan. Lihatlah Asia isteri firaun, lihat pula Fatimah jangan di tinggalkan seerah maryam a.s dan insan yang membenarkan di saat yang lain belum membernarkan khadijah khuwalid. Ada iktibar dan ibrah yang besar dalam perjalanan hidup mereka yang Allah aturkan untuk menjadi pedoman kita.. InshaAllah moga Allah kurniakan yang terbaik untuk insyirah..

p/s kurangkan menggunakan perkataan sengal ye dik..cantik dah tulisan tuh tapi diganggu dengan perkataan sengal pula ;)

Insyirah 18 November 2009 at 09:50  

Assalamu'alaikum buat SEMUA.

Makcik Vouge : Salam ukhuwah dihulurkan dr ana yang faqir :)

Kak Mia : Senyumlah kak :) Senyum membuah ceria. Insya Allah.

Ust Saif : Wa'alaikumussalam whb. Iya memang sentiasa sentiasa takut dengan bayang2 tetapi realitinya itu yang difikirkan. Mgkn takde yang memahami kemelut hati, biar Allah saja yang memujuk dngn cara dan kehendak Nya :)

Ukhti Balqis : Wa'alaikumussalam. Syukran, insya Allah moga kesabaran dan ketenangan menaungi taman hati. Insya Allah, insyirah Allah yang dicari seakan nampak cahayanya.. chewah! :P

Kak Mujahidah :

Syukran atas teguran. Insya Allah akan dibaiki dimasa akan datang :)

aSkiNg sOuL

Feeling alone?
Innallahha ma’ana

Saw evil act?
Inni akhafullah

Wishing something?
Fa’iza ’azamta fatawakkal’alallah

Missing somebody?
Ma fi qalbi ghairullah.

... syukran ...

Free Hit Counter Syukran 'ala ziarah ^_~

Silent Home

Silent Home
Bila emosi mengunci hati, lalu lahirlah ayat-ayat sepi sebuah monologku merentasi perjalanan menuju Rabbi :)

  © Template Lar Doce Lar por Emporium Digital Graphics Jenny's Grandchild and Irene's Corner

TOPO