"Ya Allah, jadikanlah hamba Mu ini mencintai orang beriman dan jadikanlah orang yang beriman mencintaiku."

(HR Muslim)
Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Third Birthday tickers

20 November 2009

Ketabahan Wanita

Bismillahirrahmanirrahim.

Ana merancang tidak mahu mengemaskini blog buat seketika, ada urusan yang belum selesai. Harapan ana moga kerajinan datang mengintai untuk menyelesaikan proses mengedit buku sahabat, Allah... sungguh kemalasan sedang merajai hingga tidak mahu untuk terus meneliti bait-bait ayat itu.

Ana mahu berkongsi satu kisah. Kalau dahulu ana sangat suka membaca buku sirah para mujahidah terdahulu berulang kali hingga ada bait ayat terhafal di minda, dibukukan dalam hati kerana mereka insan yang hebat!

"Hanya insan yang hebat diberikan ujian yang hebat."

Begitulah pesan seorang guru yang sangat ana hormati. Iya, setelah meneliti buku-buku sirah para mujahidah terdahulu, terasa sungguh aroma ketabahan mereka yang lahir dari sebuah mujahadah. Wanita itu lembut sifatnya, sekeras mana pun apabila dituntun langkahnya dengan hikmah dan kena dengan sunnatullahnya insya Allah tidak susah untuk melenturkan. Ibarat kerak nasi, apabila terendam didalam air akhirnya menjadi lembut.

Tetapi, ana cuba untuk mencari kisah-kisah wanita yang menyulam ketabahan era kini. Maksud ana, sezaman dengan denyut nadi ana bergerak. Ana mahu mengintai ketabahannya agar mampu untuk dicakna, entah mengapa ana terasa sesuatu. Ana dikelilingi (alhamdulillah wa syukrillah) dengan sahabiah yang pelbagai latar belakang dan juga dengan kisah mereka yang tersendiri. Ana punya ramai sahabiah yang sakit, mungkin kerana persamaan itu kami menjadi akrab!

"Akak jangan ceritakan semua yang akak rasa kerana mereka tidak mampu memahaminya melainkan mereka duduk dan merasai sendiri apa yang kita rasa."

Hanya itu ungkapan yang mampu ana lontarkan apabila seorang kakak yang sangat sensitif jiwanya mengadu pada ana akan masalahnya. Ana juga suatu ketika dahulu sangat agresif apabila berdepan dengan kata-kata manusia, ana pernah mengangkat suara di hadapan seorang kawan lelaki yang begitu galak mendidihkan darah muda ana.

"Sekarang awak boleh mengata saya macam-macam. Once you kahwin dan ada anak, I'm not pray you yang sakit but nanti bila anak atau isteri awak yang sakit. That time you will remember what I'm saying!"

Terkedu sahabat-sahabat yang mendengar. Semua mata memandang ana, terus ana lari keluar kelas dan menuju ke tandas. Ana menangis sepuas-puas hati, arh... darah muda, begitu mudah ana melontarkan 'doa'. Lama ana diam di dalam kelas, beberapa hari membisu dari bersuara. Kawan sekelas (lelaki) yang 'dimarahi' juga entah berapa kali datang mengadap ana meminta maaf tetapi sedikit pun tidak diendahkan. Entah hari ke berapa, ana mengadu pada ummi dan akhirnya ana sendiri yang meminta maaf pada kawan tersebut.

"Sesungguhnya hati ini terlalu kerdil..."

Kemudian, ana selalu mencari seseorang untuk ana melihat ketabahannya. Ana jadi kagum pada satu susuk yang ana sendiri belum sempat untuk bersemuka. Hanya kisahnya yang membuatkan hati ana bertaut untuk mengenalinya. Mengenali kisahnya dan bagaimana dia menyulam ketabahan. Indahnya andai dapat bertemu mata, namun masih ada sesuatu yang menghalang. Ana bimbang disalah tafsir akan maksud ukhuwah kerana dirinya begitu hebat dimata ana.

Setiap orang punya kelemahan dan kekuatan, tetapi ana nampak ketabahan dalam dirinya. Di dalam jiwa perempuan yang halus itu, dia kuat dalam mujahadahnya.

Ana 'bertemu' kisah ukhti ini di dalam sebuah forum yang ana ikuti. Setiap orang pernah dan akan merasa kehilangan seseorang yang amat disayangi, kerana setiap dari kita hanyalah milik Allah Yang Esa. Seandainya kita kehilangan insan yang kita sayang, jauh lebih ramai insan lain yang lebih teruji hebat dari kita. Kuatkanlah hati dan teruslah melangkah ke depan, moga akan temu sinar di hujung jalan gelita.

Ukhti ini seorang pendidik, beliau mengajar di Sarawak di awal kariernya sebagai guru manakala suaminya juga seorang pendidik yang mengajar di Semenanjung Malaysia. Bukan jarak itu mahu ana bicarakan tetapi kisah wanita yang tabah ini menjadikan ana sungguh bersemangat untuk terus mengorak langkah! Insya Allah.

Beliau mengandung dan masih mengajar di Sarawak. Hari berganti hari. Bulan berganti bulan. Akhirnya tiba saat-saat yang semakin hampir untuk melahirkan buah hati yang selama ini hanya menjadi teman sembang seharian dikala terpisah dengan suami menjadi satu sejarah yang sukar dilupakan. Menghitung detik kelahiran bayi yang dinanti, akur akan taqdir Ilahi bahawa bayi yang selama ini sedang bergerak di dalam rahimnya sudah terhenti denyut nadi.

Dia tetap melahirkan bayi itu... Diberikan nama dan dikebumikan. Sekiranya ana tidak silap, bayi itu ialah bayi perempuan.

Kemudian, berita gembira hadir dengan kehamilan kedua. Setelah kematian anak sulungnya, pastilah anak kedua ini menjadi sinar dan penawar duka. Tiba hari kelahiran, arh.. Hari yang sangat dinanti-nantikan. Akhirnya selamat melahirkan seorang bayi lelaki yang sangat comel, ana geram melihat gambar bayi tersebut. Tetapi, inilah yang dikatakan ketentuan Tuhan.

Dihari dia menjadi seorang ibu, dia bergelar seorang balu. Setelah suaminya azan dan iqamat pengarang jantung mereka, suami dan ibubapa mertuanya mengalami kemalangan jalanraya dan meninggal dunia.

Subhanallah. Allah menghadirkan anak itu sebagai satu sinar untuk mengubati duka kala kehilangan anak pertama tetapi Allah menarik kembali pinjaman dari Nya, 3 insan yang amat istimewa dalam sekelip mata kembali di sisi Nya.

Kisah ini sentiasa membuat ana duduk dan berfikir, ana cuba meletakkan diri ana dalam situasi ini tetapi ana tidak mampu. Di hujung bicara, sering ana melantunkan bait doa 'ya Allah jangan Kau bebankan aku dengan ujian yang tak sanggup aku lalui..' dan setelah beberapa ketika ana cuba mencari watak ukhti ini. Entah kenapa satu hari yang lalu, hati ana tergerak untuk klik pada traffic hujung blog. Hati ana diam, mata terpempam pada sebuah blog yang hadir di blog ana.

Entah dalam tidak sedar, setitis demi setitis air mata mengalir... Kerana, ana akhirnya ketemu luahan hati ukhti yang sangat tabah itu di dalam blog. Ya Allah... Satu kebetulan itu ana jadikan peluang untuk terus mengenali 'perasaan' wanita hebat ini, ana yang akhirnya menangis sendirian. Setiap bait ayatnya, dia sedang menerima ujian dengan hati yang kuat. Itulah rumusan yang mampu ana berikan.

"Wanita solehah sentiasa tersenyum walau sentiasa diulit dengan ujian kerana dia amat yakin bahawa Allah sentiasa menyayangi dan menjaganya dengan rahmat Allah..." Hanya itu lirih ana. Hati yang sedang terkedu dengan apa yang sedang mata ana baca.

Ana tidak pasti sama ada ukhti akan membaca posting ini, tetapi setiap kali ana teringat akan kisah ukhti ini ana tidak dapat untuk tidak mengalirkan air mata. Hati kecil ana terusik melihat gambar anak kecil itu, semoga senyuman si anak itu menjadi penawar pada hati wanita yang tabah.

Semoga ana mampu menyulam ketabahan yang dimiliki oleh wanita ini.

"Kalau diberikan peluang untuk bersama dengan penduduk palestin, apa yang enti nak buat?"

Hati ana jadi membeku, terkedu atas lontaran soalan ini. Sungguh, ana tidak mampu membayangkan keadaan dan perasaan wanita-wanita yang sedang menerima kematian suami, abang, ayah, adik juga anak mereka atas perjuangan untuk mendapatkan keamanan. Ana tidak mampu membawa kisah Palestin, Afghanistan mahupun Thailand yang hanya berjiran dengan Malaysia kerana hati kerdil ana tidak segagah itu. Usah berdusta kita memahami apa yang mereka rasa dan lalui, kita hanya menikmati kesenangan dunia. Sedang mereka?

Hanya yang pernah menapak kedua kaki ke tanah bergolak Palestin, Thailand, Afghanistan dan lain-lainnya dapat menghidu segar haruman darah syuhada, hanya mereka mampu melihat dengan kedua mata betapa sengsaranya SAUDARA KITA!

Seandainya kita kehilangan seseorang yang kita sayang...
Sebenarnya ada yang lebih derita dari kita dengan pemergian insan tersayang.

Dari Allah kita datang,
Kepada Allah kita dikembalikan.

7 leaves:

salmanfasiri 20 November 2009 at 13:00  

Allah tidak akan bebankan sesuatu yg hamba-NYA xmampu pikul..
namun kita tidak boleh lepas dari brdoa

tamu 20 November 2009 at 13:46  

Salam. Lama tak baca coretan anti, rupanya dah ada blog.

Insyirah 21 November 2009 at 08:19  

Assalamu'alaikum buat ust Saiful dan juga tamu yang memberikan komen.

Iya, Allah itu maha pengasih pada hamba-hambaNya, sekadar satu coretan seorang wanita yang ana nukilkan disini tatkala hati sedang berperang dengan emosi. Semoga Allah menjernihkan sekeping hati ini dengan nur dari Nya. Insya Allah :)

p/s: Owh, tamu ni dari MAP yerk? dah lama je rasanya tak posting di sana, baru je nak menjinakkan diri semula. :)

Ku inginkan bahagia walau tanpa bersamanya, KAU gantikanlah yang hilang, tumbuhkan yang telah patah.... ^_^

Anonymous,  21 November 2009 at 14:57  

betul kata salman...

allah telah memilih kte..dan kte harus menerimanya..cuma sesekali tersalah langkah...jatuh...& hrs bangun semula...sbb itu muncul insan sesama kte yg hrs ingat-mengingati...

FarhahNur 21 November 2009 at 20:18  

Salam aleik.
Blog walking.
Gembira ketemu blog saudari.
Inspirational :)
Kalau xkeberatan, bole saya tau blog 'wanita tabah' yang saudari maksudkan?

Insyirah 23 November 2009 at 01:00  

Wa'alaikumussalam whb ukhti Farhah. Maaf ana tidak melampirkan link blog tersebut sebab ana mahu menjaga privasi pemilik blog tersebut. Bimbang disalah tafsir. Maaf...

rara 16 January 2013 at 00:27  

subhannallah.alhmdllah ya Allah,Engkau m yayangiku.

aSkiNg sOuL

Feeling alone?
Innallahha ma’ana

Saw evil act?
Inni akhafullah

Wishing something?
Fa’iza ’azamta fatawakkal’alallah

Missing somebody?
Ma fi qalbi ghairullah.

... syukran ...

Free Hit Counter Syukran 'ala ziarah ^_~

Silent Home

Silent Home
Bila emosi mengunci hati, lalu lahirlah ayat-ayat sepi sebuah monologku merentasi perjalanan menuju Rabbi :)

  © Template Lar Doce Lar por Emporium Digital Graphics Jenny's Grandchild and Irene's Corner

TOPO