Warming Up MooD
Bismillahirrahmanirrahim.
Alhamdulillah. Dah 2 hari masak lunch lewat. Minggu ini abi tiada di rumah, out station maka ana dengan senang hati menggoyang kaki tangan untuk melewat-lewatkan masak. Selalunya jam 12 tengah hari dah siap masak, tapi memandangkan big bos out station, masak lewat la. Adik sampai rumah sekitar jam 2.30 petang, bisa bersenang lenang. ^_^
Hari ini multi tasking, sambil masak boleh balas e-mail dan juga vacum carpet lalu meng'update' blog. Nampaknya Bani Ali dah suam-suam kuku, selalunya penat dan pening baca email dari Pak Tam lalu dengan tidak sengaja tergelak dan tersenyum seperti kerang busuk. Pak Cik juga sudah memalaskan dirinya untuk update blog kerana sibuk dengan kerja, tengok blogroll yang tak bergerak, ana je lah yang tolong gerakkan. Ngeh ngeh ngeh!
Buat kali yang entah ke berapa my brother pujuk kerja dengan dia. Lalu, dengan suka hatinya cakap.
"Tak risau ke tetiap hari orang 'kidnap' singgit wat beli eskrem?"
"Oh, tak kisah nak amik singgit ke berapa inggit pun, kalau leyh menjawab di Padang Mahsyar, I tak kisah punyee..."
Adeh, hampes jer. Ingatkan dia cakap amik singgit wat beli eskrem tu kira halal, kata adik-beradik. Huhuhu. Memang dia bakal menggajikan ana bukan sebagai orang gaji yang diberikan gaji tetapi digajikan untuk bekerja dengan penuh dedikasi. Huhuhu.
"Susah la nak bagi orang lain jaga akaun, kerja la dengan Abang Cik."
Ana memang cerewat, hoh! Abi pernah memberi RM50 pada ana untuk membeli barang-barang dapur, lalu bakinya diberikan kepada abi sambil me'list'kan apa yang dibeli. Roti berapa hinggit, tepung sekian hinggit, gula 2kg sekian hinggit dan itu ini begitu begini. Last abi ketawa, baru ana sedar ana sedang berurusan dengan makhluk "rabun dekat" yang tak berapa nak ambil pot dengan apa yang ana sedang bebelkan. Ohoooo! Disebabkan tahap 'teliti' dan cerewet yang macam gaban tuh, Abang Cik hingga kini tak putus asa offer ana jadi pekerjanya. Orang sibuk cari kerja, ana lak kerja yang cari tapi ana jual mahal. Huhu.
Ana PERLU memaksa diri mujahadah untuk bercinta dengan Mujahid Cinta, haa... Itu la, semangat kobar-kobar ni kalau ada api dah terbakar kepala dek kerana semangat yang membara. Eceh, gitulah kononnya semangat ana tapi... Ana sememangnya sedang malas yang over cross lalu ana buat derk je untuk Mujahid Cinta. Isk isk, malas la nak bercinta dengan Mujahid Cinta, jadi ana dengan senang hati kena warming up mood ana dulu. Hihihi.
Mujahid Cinta bukannya Cinta Mujahid. 2 perkataan bila diporak-perandakan bakal menjadikan ia maksud yang sama sekali tidak sama. Bukan ana nak menukilkan cinta si Mujahid tetapi ana berusaha bercinta dengan seorang mujahid yang bercinta... cinta itu kan luas skopnya, dengan ibubapa pun memang selayaknya dicintai, dengan pekerjaan, dengan dakwah, dengan kampus, dengan buku dan lain-lain lagi. Lebih-lebih lagi cinta Allah, harus dikejar! Harus dicari! Harus mujahadah!
Tadaaa...! Izinkan patik memanaskan semangat patik yang nak terbakar ni.
Hari ini aku menerima tetamu dari selatan Semenanjung Malaysia. Pak cik Umar Mukhtam dan sahabatnya. Umar Mukhtam sinonim dalam keluargaku, pak cik Umar Mukhtam merupakan sahabat baba dari alam universiti. Semasa baba menyiapkan tesis PhDnya, pak cik Umar Mukhtam sedang menyelesaikan pengajian pada peringkat sarjana muda sehinggalah menyambung pengajian di peringkat sarjana. Sering saja pak cik Umar bertandang ke rumah kami di Glassgow. Baba dan pak cik Umar sangat akrab, ikatan ukhuwah itu dilanjutkan sehingga kembalinya mereka ke tanah air.
Semasa baba pulang ke tanah air, aku masih di Glassgow berjuang sendirian di bidang perubatan. Sepanjang tempoh itu juga, pak cik Umar Mukhtam selalu menjadi 'baba' aku sementelah baba kembali menjadi tenaga pengajar di Universiti Sains Malaysia. Baba mengamanahkan pak cik Umar untuk tengok-tengokkan aku, jauh dari keluarga terkadang buat aku terlupa adanya mata yang tidak mahu aku tergelincir dari garis kehidupan islam.
Aku bersyukur. Allah memimpin dan menjaga aku sepanjang menghabiskan usia pengajian yang tersisa.
"Umar, asam pedas ini doktor yang masak."
Baba sengaja mengusik aku, terkadang aku yang sudah lali dengan makhluk Adam hanya tersenyum. Aku yang dibesarkan di kalangan para mujahid ini sudah terdidik untuk selalu diusik. Aku satu-satunya puteri dan selebihnya adalah putera buah cinta mama dan baba. Sudahnya, aku yang kebal tetapi masih memiliki sifat malu di hadapan lelaki. Kekebalan itu yang membuatkan aku menjadi malu, malu di hadapan lelaki walaupun sudah terbiasa berada di kelompok lelaki. Masakan tidak, aku punya empat orang abang dan tiga adik lelaki. Aku umpama sekuntum bunga di tengah sekumpulan kumbang.
"Doktor, jemput makan sekali."
Usik abang Muhaimin. Aku tersenyum lalu menghilang ke dapur. Aku sudah terbiasa, apabila ada tetamu dikalangan lelaki... Aku tidak mahu berada dalam kelompok mereka, biarlah aku di hujung dunia sekalipun. Hidup dikelilingi lelaki tidak membuatkan aku hilang perasaan malu untuk bersama lelaki ajnabi. Malu masih memagari diri.
...........
"Assalamu'alaikum Doktor Sayyidah. Uncle minta maaf kalau ada yang menyakiti hati doktor."
Ahad lalu, Nusaybah dan Rufaydah mengajak aku ke Konvensyen Belia Islam. Tanpa aku ketahui Pak Cik Umar Mukhtam juga turut sama dalam program. Pak Cik Umar mengajak aku, Nusaybah juga Rufaydah untuk menghadiri majlis ilmu di Gombak selepas maghrib. Antara panel yang turut dalam forum tersebut adalah Ustaz Alias, sahabat pak cik Umar yang datang ke rumah. Setelah selesai majlis ilmu di Gombak, kami bertiga ke rumah sewa Rufaydah untuk bermalam.
Selepas selesai forum, pak cik Umar menghantar SMS memberitahu bahawa Ustaz Alias meminta bantuannya untuk melamar aku. Ya Allah, diamku tak menjawab mesej tersebut. Pak cik Umar juga meminta pandangan aku terlebih dahulu sebelum menyuarakan hasrat Ustaz Alias kepada baba dan mama. Aku dilamar sebagai isteri kedua Ustaz Alias dan isteri Ustaz Alias juga sudah dimaklumi akan perkara ini, beliau juga sudah memberikan keizinan untuk Ustaz Alias berpoligami.
Malamnya, aku duduk merehatkan fikiran. Bagiku, memilih calon suami sama seperti memilih aqidah. Aku akan menjadi 'tawanan' kepada seorang suami, dengan kehidupanku sebagai seorang bakal doktor, pasti banyak waktu ku untuk masyarakat. Peluang cuti musim panas ini aku manfaatkan ziarah sahabat-sahabat disamping mempererat ukhuwah dengan keluarga, namun tidak menjangka ada yang lebih besar, lamaran dari Ustaz Alias.
"Ambillah masa doktor untuk mempertimbangkan. Uncle tidak akan memanjangkan perkara ini kepada baba kalau doktor tidak setuju."
Mesej itu juga turut aku abaikan.
.............
Setelah mengambil masa selama satu minggu, akhirnya aku menjawab mesej dari pak cik Umar Mukhtam.
"Assalamu'alaikum ammu, maaf ya. Saya tak mampu nak menerima lamaran Ustaz Alias, saya mahu habiskan pengajian."
"Wa'alaikumussalam doktor. Alhamdulillah, moga itu terbaik buat doktor. Salam kejayaan buat doktor."
.............
Petang itu, aku luangkan masa bersama Nik Hafizah, seorang teman yang mengambil bidang farmasi di kampus sama. Bertukar cerita cuti musim panas di tanah air, berkongsi pengalaman juga berkongsi resepi masakan.
Jadi anak rantau harus kreatif, tatkala rindukan masakan Malaysia... tidak semua resepi lengkap dengan bahan-bahan masakan, kreativiti akan menghasilkan lauk yang tersendiri.
Sejenak kemudian, mama menghantar SMS untuk aku segera menalifon mama. Pulang dari riadhah, aku segera menalifon mama.
Setelah bertanya khabar dan bertukar cerita, mama memulakan tujuan asalnya menyuruh aku menalifon.
"Sayyidah, 2 hari lepas uncle Umar datang."
Debar hatiku menantikan kalam mama yang seterusnya. Apakah pak cik Umar Mukhtam mahu memberitahu perihal lamaran Ustaz Alias? Bukankah pak cik Umar sudah berjanji tidak akan memanjangkan perkara ini sekiranya aku tidak bersetuju. Diam. Menanti kata-kata mama yang seterusnya.
"Iya mama, kenapa?"
"Uncle Umar ada cakap apa-apa pada Sayyidah?"
"Mengenai apa mama?"
"Lamaran."
Seperti halilintar yang menyambar. Panas telinga, merah muka, degup jantung terhenti seketika.
"Lamaran siapa mama?"
"Lamaran uncle Umar."
"Ha?"
"Uncle Umar melamar Sayyidah untuk menjadi isterinya. Dan, mama beri Sayyidah waktu untuk berfikir. Istikharah, semoga Allah membantu. Mama dan baba tidak kisah dengan apa juga keputusannya nanti, istikharahlah."
Allahuakbar. Pak cik Umar Mukhtam melamar aku untuknya? Aku sangkakan pak cik Umar mewakili pihak Ustaz Alias. Banyak perkara yang tidak dijangka hadir secara tiba-tiba.
Seingatku, selepas memberikan jawapan penolakan lamaran Ustaz Alias, sempat aku mengusik pak cik Umar Mukhtam.
"Uncle kahwin dulu... Suruh saya kahwin tapi uncle sendiri belum. Macammana uncle nak suruh orang buat sesuatu kalau uncle sendiri belum lakukan?"
Aku sangkakan usikan itu tidak membekas, rupanya satu sejarah terlakar. Tuhan selalu menghadirkan ujian yang kita mampu lalui, Allah berikan tarbiyyah dengan cara Nya sendiri. Kalau kita sangkakan hikmah itu adalah keindahan, keenakan dan kesejukan dunia... Maka teruslah berangan-angan kerana hakikatnya hikmah itu kebaikan dari Allah dengan cara dan kehendak Nya, bukan cara dan kehendak kita.
Apa la melalut ni... Kesian Sayyidah, stuck lagi. Hihihi.
Okeh la, rendang pun sudah siap. Rendang daging ku merah semacam, wawawa... Sure pedas ni. Tak tahu dah berapa sudu gula yang dimasukkan tetap juga pedas. Emh, cili kering yang keras akan menatijahkan kepedasan yang juga 'keras'. Semoga ana tidak mengeras semasa makan rendang. Uhuks...!
4 leaves:
salam...
aduhai...dia p masak rendang pulak daa...huhue2...
anyway...menarik!..keep it up, menunggu lagi..:)
Ana tunggu mujahid kecil ana (Uwais Qarni) beri inspirasi untuk ana, doakanlah ye. Syukran.
salam
lps umi akak tlefn jdi mcm mne???
salam.blh sya thu email akak ape?umur akak brape?trsntuh sya bca artikel akak.lps umi akak tlfn jdi mcm mne???
Post a Comment