Kenapa Ummi Ketawa?
Bismillahirrahmanirrahim.
Terasa mahu berkongsi kisah lawak (",)
[Gambar Siapa Ni]
Seorang anak kecil sangat suka menghadiri majlis perkahwinan kerana sangat teruja melihat pengantin. Kalau ada majlis perkahwinan memang si anak kecil akan menjadi orang yang paling tak sabar. Satu hari, apabila melihat album gambar lama... Si anak meneliti gambar-gambar perkahwinan, lalu dia bertanya kepada si ibu.
"Ini gambar siapa kahwin?"
Lalu si ibu menguntum senyum.
"Ini masa ummi dan abah kahwin..."
Tak semena-mena si anak meraung.
"Kenapa kakak tak ada dalam gambar ni?"
Dan... Soalan tersebut membuatkan si ibu lalu ketawa.
Komen: Aduh, ada pula dia nangis sebab dia tak ada dalam gambar kahwin mak ayah nya. Hehehe.
[Uskut Biskut]
Seorang ibu muda mempunyai anak-anak lelaki yang masing-masing dengan identiti sendiri penat melayan keletah si abang, memujuk rajuk di adik dan dalam masa yang sama sedang memberi si bayi minum susu. Ada pula yang sedang berperang mulut. Dalam keletihan tugas sebagai isteri, ibu, pelajar... Si ibu bersuara lantang.
"Uskut!"
Si anak yang sedang berperang mulut saling berpandangan.
"Ummi nak biskut?"
Dan tiba-tiba si adik datang dari dapur dengan setin biskut.
Si ibu yang sedang penat emosi, mental dan fizikal terus terhibur dengan pertanyaan si abang dan reaksi si adik. Dan, anak-anak terus terpinga-pinga.
Komen: Barangkali sedang pelik dan monolog. "Kenapa ummi ni, tadi macam nak marah. Tiba-tiba ketawa pula."
Lalalalala... uskut = diam :)
[Apa Dah Jadi Dengan Fahri]
Jujur, jatuh cinta dengan Fahri semasa melihat gambar ini...
Komen: Yakin, ibu Fahri ketawa tengok gelagat Fahri... Allah... ^_^
6 leaves:
hehe
mula2 sy dgr uskut pun igt biskut :)
Ana pun ketawa sama sekarang ni!...sub3...mmg kelakar sampai sedih pulak jadinya...hue3
Assalamu'alaikum dik...!
Oh tidak! fahri, dont do that!!!
nak dijadikan cerita, si Uwais tu pun buat apa yang fahri buat tapi takde la kami snap gambar. huhu. abu uwais pun cakap pada uwais.
'uwais tak boleh buat macam tu.'
nak tahu apa yang ditanya si uwais?
'kenapa ummi boleh?!'
garu kepala... cabut lari, biar ayahnya yang pening jawab soalan si uwais. hai, uwais... uwais..! :p
matadore :
Sometimes reaksi spontan kanak-kanak yang bersahaja, dari perasaan ingin meledak terus jadi dingin beku! Penangan si makhluk fitrah :)
Si ibu ingin melatih anaknya menggunakan bahasa arab disamping bahasa inggeris sebagai bahasa utama :) maka, inilah yang jadinya.
Akhi Zul,
Hai... ada pula orang ketawa sebab kelakar sampai sedih? Pelik..!
wa'alaikumussalam.
Hihihi... (gelak lagi) Uwais... Uwais, maybe kidS yang mendapat ekslusif breastfeed akan bertingkah seperti itu? Aduih! (garu kepala)
Actually kan, kanak-kanak ni AKAN ikut apa yang kita buat so berhati-hatilah melakukan apa saja, sebab gerak geri sentiasa dalam perhatian. Hihihihi...
Post a Comment