Don't Kill Her
Seorang anak kecil duduk di atas batu, lalu dikuis-kuis pepasir di hujung jari kakinya. Dia mengesat air mata yang mengalir laju. Lalu, dia terus berdendang asma' Ilahi supaya hatinya tidak terus layu dan tersungkur kesekian kalinya.
"Sekiranya tidak mampu membuat seseorang tersenyum bahagia dengan kata-kata kamu, usahlah membuat seseorang menangis derita dengan kata-kata kamu."
Lalu, dia terus menguis hatinya yang terusik pilu. Dikunci hatinya rapat-rapat, biar sampai tidak terusik lagi. Sudah diulang-ulang seperti zikir, "Jangan dibuka kisah itu... Jangan diingatkan derita itu... Jangan diulang tangisan itu." Namun ada hati yang masih mahu melihat dia menangis derita. Si kecil itu berlari, jauh... kembali tempat permulaan jalannya, terasa seluruh semangatnya jatuh keciciran saat berlari. Tiba di permulaan, yang tinggal hanyalah pakaian lusuh yang tidak lagi berwarna, kakinya juga luka parah memijak duri dan kaca sepanjang jalan. Air matanya gugur lagi.
"Sakit! Sakit!"
Tiada siapa yang mendengar. Tiada siapa yang peduli.
"Ya Allah, aku sakit... Kuatkan aku dengan kekuatan Mu. Ya Allah yang Maha Perkasa, perkasakan aku dengan keperkasaan Mu. Ya Allah yang Maha Pemaaf, suburkan kemaafanku dengan kemaafan Mu. Ya Allah yang Maha Bijaksana, bijakkan hatiku dengan kebijaksanaan Mu. Pimpinlah aku ya Allah..."
Sakitnya bukan pada duri dan kaca yang sedang mencucuk di tapak kakinya, tidak terasa darah yang memancut kerana hatinya sudah kering, kering dari rasa kemanusiaan kerana manusia sentiasa berusaha untuk membunuh semangatnya. Manusia sentiasa mencari jalan membunuh usahanya untuk bangkit, lalu... Dia duduk, menangis semahunya. Hatinya hanya melirih tanpa apa-apa semangat, semuanya keciciran... jatuh berguguran bersama setiap deraian air mata.
"Jangan bunuh semangat ku. Aku mohon, jangan bunuh tunas-tunas yang baru di semai oleh mereka yang bekerja keras membantu aku kembali tersenyum. Kerana aku hanya seorang anak kecil yang lemah pada mata manusia apatah lagi di sisi Pencipta."
Teringat akan pesan teman sepermainannya agar jadi gagah, agar kuat, agar tidak rebah... Umpama si mawar berduri yang menebarkan haruman, tetap indah dipandang namun bukan untuk dipegang kerana si mawar itu penuh duri yang memagari dirinya, menjaga kesucian dan maruah peribadinya.
Si kecil lalu melontarkan soalan, bukankah si mawar itu rapuh sifatnya? Ditiup angin saja sudah berguguran kelopaknya ke bumi.
Lalu ditenangkan ripuh hatinya bahawa kerapuhan itu bukan kesalahan si mawar andai dia diletakkan di tempat sepatutnya (selayaknya) dan bukan juga menjadi kesalahan si mawar andai dia tidak meletakkan dirinya di sebarangan tempat!
Hatinya sepi, bersoal kembali "Bukankah kamu si kecil yang mahu menjadi Si Mawar Berdaun Pisang?"
Lalu... si kecil itu memejamkan mata seeratnya. Moga hadir mimpi seindah merahnya si mawar yang selalu menjadi pilihan.
4 leaves:
salam..moga terus tabah di atas laluan kehidupan ini.kamu akan terus gagah kerana Tuhan sentiasa bersam kamu selama mana kamu tidak meninggalkan-Nya.
insyaAllah
semoga sentiasa meniti laluan hidup dgn tabah,dik
Salam buat Naimul firdaus.
Syukran. Allah sentiasa bersama hamba-hamba Nya.
Syukran 'alaik kak Mia, semoga Allah memberi ketenangan dan kekuatan JIWA dan IMAN buat semua :)
Pasti ada ibrah yang mahu dibentangkan oleh Allah, cuma syira saja yang belum membuka mata untuk melihat dengan pandangan iman. Doakan syira ya kak!
Pantai hatiku tak sudah-sudah diterjah badai hingga tersungkur ke lantai paling bawah, buat sekian kalinya!
Post a Comment