"Ya Allah, jadikanlah hamba Mu ini mencintai orang beriman dan jadikanlah orang yang beriman mencintaiku."

(HR Muslim)
Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Third Birthday tickers

22 February 2010

10 Tahun : Latihan Iman


Bismillahirrahmanirrahim.

Pejam celik pejam celik, usia hari ini sudah melangkau 20 tahun 29 hari. Pada hari pertama di lahirkan, kata ummi ana adalah anak yang paling mudah dilahirkan dan kata ummi lagi ana dilahirkan 'secara tak sengaja' dan tidak sempat pula disambut oleh doktor. Kata abi pula, masa dilahirkan ana kecil saja. Ummi menambah lagi, seperti anak kucing. Aduh, comelnya ^_~

Selepas dilahirkan, ummi dan abi teruji dengan kehadiran ana. Kekerapan menangis sehingga tiada sebab sekalipun untuk merengek. Kata ummi lagi, ana adalah anak yang paling banyak didukung oleh abi lantaran tangisan yang tidak henti-henti. Sebelah tangan untuk membasuh dan sebelah tangan mengendong ana sementelah ummi sibuk memasak. Chemistry dengan abi dari kecil lagi. Kerana itu juga, jarak ana dan adik agak jauh (4 tahun) berbanding yang lain (2-3 tahun).

Sudah 10 Tahun Berlalu.

"Kak, boleh saya tanya soalan personal. Saya harap akak tak ambil hati."

"Insya Allah, adik nak tanya apa?"

"Sebenarnya, dah berapa lama akak sakit?"

Ana tersenyum.

"10 tahun."

"Allahuakbar. 10 tahun? Lamanya akak sakit."

"Adik, akak minta diri dulu. Jumpa lagi, insya Allah. Assalamu'alaikum."

Terus ana sign out YM dan off laptop. Bukan terasa hati, cuma pada saat itu tidak terasa mahu bercerita apa-apa sementelah pula sedang tantrum dengan diri sendiri. Bila ana online, ana lihat begitu banyak offline mesej yang diberikan. Mungkin rasa bersalah atas soalan spontan tersebut. Insya Allah, ana open minded perihal sakit kerana cerita 'entah apa-apa' mungkin boleh jadi motivasi kepada orang lain. Wallahua'lam.

10 tahun dahulu. Permulaannya, hampir setiap hari bangun tidur untuk ke sekolah dimulakan dengan menangis. Sambil mandi juga sempat menangis, kemudian sering diserang sakit kepala hingga ana tidur di sekolah. Akibat sindrom yang ditunjukkan (tak nak ke sekolah) maka ummi dan abi buat temujanji untuk bawa ana ke hospital pakar. Setelah dilakukan beberapa ujian, tidak dapat trace apa-apa akhirnya abi meminta pertukaran tempat kerja kerana ana sangat stress dan depress di sekolah.

Di tempat baru, ana lebih ceria. Walaupun terpisah dengan ummi dan adik-beradik yang lain (kerana mengikut abi berpindah sementara ummi mohon pertukaran) tetapi keadaan ana tidak lagi menunjukkan simptom stress. Apabila ummi berpindah, ana juga turut bertukar sekolah dan duduk bersama ummi. Tempat yang tenang dengan pola kepadatan penduduk yang agak damai membuatkan ana tidak begitu depress. Prestasi di sekolah juga cemerlang. Tetapi ana sering diserang sakit kepala dan apabila sakit kepala, hampir semua orang akan dimarahi.

Sedikit bunyi bising dan lantang suara sahaja akan menyirap darah ana. Sangat cepat mengamuk tak tentu pasal. Lama kelamaan simptom-simptom lain mula kelihatan, ana kerap pengsan apabila berada di tempat yang ramai orang. Mudah pengsan bila panas, dan sangat mudah panic apabila stress. Guru-guru sekolah juga menjadi 'trauma' apabila nampak kelibat ana terutama pada musim peperiksaan, under stress bisa membuatkan ana hilang kawalan pernafasan. Denyut nadi bisa melonjak tinggi dan tiba-tiba menjadi sangat perlahan.

Ummi dan abi 'penat' dengan kerenah doktor. Setelah satu, satu dan satu pakar dirujuk sehingga akhirnya pelbagai ujian dilakukan ke atas diri. Satu per satu ujian, akhirnya satu ujian yang mahu dilakukan agak 'radikal' membuatkan ummi dan abi stop seketika. Neurologist, Kardiologist, dan macam-macam pakar lain.

"Selalunya, apa yang kamu rasa sebelum pengsan?"

"Saya rasa semakin jauh, jauh dan jauh..."

"Seorang patient yang mempunyai simptom seperti kamu sebelum pengsan akan nampak orang seperti kartun."

Ana sudah ketawa depan doktor. Alangkah seronoknya kalau boleh berimiginasi seperti itu, kelihatan orang seperti kartun. Tetapi tidaklah seronok sangat kalau kena akui yang otak tidak berfungsi seperti manusia normal!

"Bila dia mula belayar ke 'dunia sendiri' pegang tangannya dan cuba panaskan tapak tangannya."

Doktor memberi saranan kepada ummi.

"Awak sedar tak bila awak pengsan?"

Lawaknya soalan ni. Kalau sudah namanya pengsan, bolehkah menyedari apa yang berlaku pada sekeliling? Tetapi bagi ana, soalan ini bukan satu bentuk jenaka untuk diketawa berdekah-dekah. Ia hakikat. Sleeping level yang selalu dihadapi, kadang-kadang confuse juga bila ana pengsan dan bila ana sedar. Ada waktunya seluruh badan menjadi lemah dan kelihatannya seperti tiada kesedaran minda, tetapi sebenarnya otak ana masih boleh menerima isyarat dari sekeliling. Ana boleh mendengar suara-suara kelam kabut di sekitar ana!

Pada waktu lain, mata terbuka tetapi minda langsung tidak berfungsi. Kata doktor, ianya separa sedar. Nampak macam sedar tetapi sebenarnya otak sedang tidur. Subhanallah. Uniknya otak! Itu baru bicara tentang otak si Insyirah. Belum bicara yang lain-lain lagi, subhanallah.

Paru-paru yang lemah dan jantung yang agak 'tua' berbanding usia sedikit sebanyak membuatkan ana selalu letih. Mandi lebih saja sudah diserang bronchitis, terlebih berendam dalam pool juga boleh menyebabkan ana diserang demam berminggu-minggu. Sementelah saraf dan sendi juga seperti orang tua. Salah makan saja terasa seperti seluruh saraf 'mengecut'. Barangkali selalu pengsan di merata-rata tempat, implikasi jatuh dan diangkat dengan cara yang salah menyebabkan tulang belakang membengkok.

Tulang belakang yang bengkok menekan saraf tunjang mengakibatkan kaki selalu 'jammed' sehingga ada waktunya menyentuh hujung jari kaki saja sudah sangat sakit. Kalau dahulu, bila kaki 'jammed' akan selalu berusaha bertatih menggunakan tongkat. Lama kelamaan tidak mampu menggunakan tongkat kerana tekanan untuk berjalan menggunakan tongkat menyebabkan bahu dan rusuk kiri membengkak (costochondritis). Padahal costochondritis sudah lama, sedari sekolah menengah cuma ana saja yang tak tahu istilah sakit itu ialah costochondritis (pembengkakan tulang rusuk).

Ianya menyeronokkan. Kadang-kadang, ana memegang tulang rusuk yang timbul dan ana mengira satu per satu tulang yang timbul. Hanya ana yang berani mengira kerana ianya sangat sakit kalau ditekan, harus mengira dengan kasih sayang.

Akhirnya, abi yang tak tahan melihat berkeriuk badan ana untuk menapak satu langkah maka abi membeli kerusi roda yang ana gelarkan 'Kereta Kebal' kerana ana mengambil masa yang agak lama untuk membiasakan diri dengan 'kereta' ana. Semuanya dilanggar, almari dan meja habis menjadi mangsa 'vandalisme' akibat dari pemandu yang tidak bertauliah. Abi sekali lagi menyusun atur semula perabot di dalam rumah bagi memudahkan ana 'memandu' Kereta Kebal.

Disebabkan sudah 'absorb' dengan pelbagai penyakit, pernah tulang bahu ana 'terkeluar' tetapi ana hanya membiarkan perkara tersebut. Pelik kerana sering saja demam, selepas baik demam maka demam menular kembali rupa-rupanya tulang bahu terkeluar dari sarungnya. Selepas di urut (dimasukkan kembali tulang bahu) barulah ana tersenyum lebar.

"Kuatnya..."

Menghadapi hari-hari dengan pelbagai nikmat dan anugerah ini sangat indah tetapi hati ana sangat rapuh. Pernah suatu ketika semasa sedang duduk bersandar pada dinding akibat letih melakukan kerja-kerja dapur, ana di sergah.

"Anak dara apa ni, duduk je. Pergi dapur!"

Terkebil-kebil ana dibuatnya. Kadang-kadang abi bertanya kenapa ana tidak mahu mengikut ke sana sini, ana hanya buat muka 'seposen' kerana ana tidak mampu bergerak lincah seperti orang lain. Badan ana tidak fit seperti orang lain. Bukan malas dan membuat alasan tetapi ana kenal badan ana, kalau terus dipaksa terus jammed.

"Budak tu dah la sakit macam-macam, sakit kepala, sakit dada, sakit belakang..." Mengomel suara di belakang. Ana hanya membatukan diri dan akhirnya memandang langit yang luas.

Maha suci Allah yang menciptakan sesuatu itu penuh dengan rahsia. Allah ciptakan langit yang utuh tanpa sebarang tiang kekuda sebagai sokongan, hebatkan Allah. Allah cipta air sungai yang mengalir laju walaupun berjuta batu menghalangnya, hebatkan Allah. Di atas dunia ini, kita mendabik dada dan melangkah penuh angkuh, akhirnya di dalam perut bumi ini juga kita disemadikan. Allah cipta segala-galanya dengan penuh hikmah.

Kalau ditanya pengalaman paling indah, ana hanya mampu tersenyum.

"Tarbiyyah Allah di dalam ICU."

Kisah itu hanya mampu menjadi kenangan dan 'ibrah buat ana yang selalu alpa dengan nikmat dunia.

Adik juga hampir setiap kali ana sakit, akan mengulang soalan yang sama.

"Ummi, kakak nak mati ke?"

"Mbak, Allah nak ambil akak ke?"

Dahulu, mbak (pembantu rumah) selalu panic kalau melihat ana 'terbaring' di atas lantai walaupun ada ketikanya ana tertidur selepas solat dan malas nak bangun maka berselimutkan telekung ana terus syahid.

"Makkkkk... Adik Ha pengsannnnn..."

Tahu-tahu semasa sujud ana terus terkulai gedebukkkk. Dek kerana 'fragile', kalau ana duduk di bilik tak dengar suara maka ahlul baeyt pasti bergilir membuat spot check kerana pernah ana pengsan semasa study, mujurlah kepala terlentok di atas meja, kalau terus terhempas di atas lantai? Tetapi, kata mereka sudah banyak kali kepala terhempas di atas lantai.

"Jangan sampai pendarahan otak. Kamu dah rasa semacam, cepat-cepat baring. Kalau kamu pengsan pun kamu tak jatuh!"

Angguk. Angguk... :)

Alangkah beruntungnya tika sujud menyembah Ilahi, dalam tawadhuk penuh mengharap... Mengalir peluh dari jasad terus aman dalam lena yang panjang, terus tenang dalam dakapan Ilahi.

"Jangan takut untuk mati kerana hanya dengan mati akan mempertemukan kita dengan syurga, yang perlu ditakuti ialah bekalan untuk menuju hari mati..."

Setelah 10 tahun ditarbiyyah dalam madrasah Iman, kini ana melirik kemas pada jari. 2 bentuk cincin yang sudah ana ingatkan diri, "Insyirah, kamu sudah bertunang dengan kematian.." Bila terlebih seronok, terlebih bercerita, terlebih bersuara mata terus terpandang pada jari. "Mati itu dekat..."

Pada satu malam Ramadhan beberapa tahun dahulu, ana yang sedang sakit melepaskan perasaan di atas ribaan ummi. Ummi mengusap-usap lembut kepala ana. Lalu ana mendongak muka, memandang ummi.

"Ummi, mati tu sakit kan? Tapi, kalau mati bulan Ramadhan... Best juga. Boleh berehat sekejap, menghormati kemuliaan Ramadhan. Nanti orang raya, baru berdepan dengan malaikat. Kalau dilibas kiri, lari ke kanan. Kalau dilibas kanan, lari ke kiri. Kalau di tengah-tengah? Nasib la..."

Sempat ana 'bergurau' dengan ummi. Gurauan melampau!

Tapi, itu dulu. Kisah bertahun-tahun dahulu. Setelah 10 tahun, ana lebih cool tetapi tidak dinafikan apabila sakit, perasaan menjadi sangat rapuh. Sekali dijentik, terus tersungkur.

Cuma, ana ketawa apabila ada yang bertanya.

"Siapa agaknya nak kahwin dengan Syirah ye, sakit macam-macam."

Dahulu, sahabat ana pernah ceritakan yang dia melamar seorang gadis tetapi ditolak hanya kerana beralasankan si gadis itu sakit. Maka, sahabat ana ni pun berjumpalah dengan syeikhnya (di Syria). Selepas pengajian, dia berjumpa dengan syeikh.

Lelaki : Saya melamar seorang gadis tetapi dia menolak lamaran saya kerana dia sakit.

Syeikh : Terukkah kondisinya? Apakah tidak boleh diubati? (Maksudnya tahap kritikal)

Lelaki : (dia pun cerita sedikit sebanyak keadaan gadis tersebut)

Syeikh : Jangan berduka wahai orang muda! Peliharalah hubungan dengan Allah dan sekiranya kamu yakin dengan petunjuk Allah bahawa gadis tersebut adalah jodoh kamu, maka berusahalah menjaga hati kamu. Jaga solat malam dan peliharalah amalanmu. Kerana di waktu muda juga, saya pernah meminang seorang gadis yang sakit tetapi berkat kesabaran dan tawakal kami pada Allah, maka Allah memberi nikmat kesihatan kepadanya. Dari sebuah perkahwinan itu, ada KEBERKATANNYA.

Lelaki : Allahuakbar.

Syeikh : Dan gadis yang diceritakan itu adalah isteriku.

Itulah sedikit sebanyak yang boleh dikongsikan di sini. Ada sohabiah yang begitu takut untuk berkahwin kerana sakit, ada sohabiah yang sangat merendah diri kerana bimbang tiada lelaki memandangnya hanya kerana dia sakit. Pada ana, kalau kita fikirkan yang positif insya Allah ia akan menjadi positif kerana ada akhawat yang menuju gerbang rumahtangga dengan sakit kronik (jantung dsb) tetapi Allah anugerahkan juga zuriat kepadanya walaupun doktor tidak mengizinkan dia mengandung.

Ini semua kerja Allah. Tak perlu nak penatkan kepala fikir dengan keras implikasi-implikasi yang akan datang, benda belum berlaku pun jangan anggap dunia sudah kiamat :)

Sekiranya kata doktor, "Kamu ada sebulan lagi, berdasarkan kondisi kamu... kamu tidak mampu bertahan lama."

Alhamdulillah. Sekurang-kurangnya Allah beri peluang untuk bertaubat dan kembali pada Nya berbanding orang yang sihat membugar tiba-tiba strok terus tumbang. Alangkah untungnya apabila Dia memberi 'kad jemputan' kepada kita untuk bertemu dengan Nya. Alangkah bertuahnya diri diberikan penghormatan sebegini. Jangan dianggap sakit itu meruntuh dinding-dinding kekuatan dan motivasi diri sebaliknya binalah bata-bata husnudzon pada Allah. Kerana Dia adalah apa sangkaan kita kepada Nya. Insya Allah.

Kerana itu ingatlah kamu kepada Ku nescaya Aku ingat (pula) kepadamu, dan bersyukurlah kepada Ku, dan janganlah kamu mengingkari (nikmat) Ku.

Hai orang-orang yang beriman, mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan (mengerjakan) solat, sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar.

Dan janganlah kamu mengatakan terhadap orang-orang yang gugur di jalan Allah, (bahawa mereka itu) mati; bahkan (sebenarnya) mereka itu hidup, tetapi kamu tidak menyedarinya.

Dan sungguh akan Kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar,

(Iaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan, "Inna lillahi wa inna ilaihi raaji'un"

Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhan mereka, dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk.

[Surah Al-Baqarah [2] : Ayat 152 - 157]

Maaf sekiranya entri ini menyinggung mana-mana, ana berkongsi semoga dapat memberi semangat pada mereka yang memerlukan. Dan ia juga akan menjadi catatan yang akan dibaca saat kerapuhan.



... Al-Faqirah ...

53 leaves:

Anonymous,  22 February 2010 at 22:30  

catatan ni memberi erti positif buat diri ini juga...sememangnya adik diberi kekuatan dan teruskan semangat itu ye

Ayu Zamani 23 February 2010 at 00:22  

Assalamualaikum, ya ukhti.. semoga Allah memberi kekuatan buatmu untuk menempuh hidup ini.. jangan sesekali meminta dikurangkan ujian, sebaliknya mohonlah kepadaNya untuk ditambahkan kekuatan iman untuk menempuh ujianNya, sesungguhnya Allah sayangkan kamu.. salam sayang dariku, saudara mu..

Anonymous,  23 February 2010 at 03:27  
This comment has been removed by a blog administrator.
.:: Dr Imran ::. 23 February 2010 at 03:32  

Syukran ya ukhti...
Ana nk brtrima kasih krn saat mmbaca post ini ia mampu mmbuatkan kelopak mata ini bergenang dgn air yg telah lama x dizahirkan...

Syukran juga sbb menggerakkan hati yg tidur ini krn baru sedar dgn tubuh bdan yg sihat kurniaan-Nya sering ia diabaikan haknya jika hendak dibanding dgn ukhti yg ana sendiri malu utk katakan...

Syukran jua utk ayat2 suci serta kalam2 indah yg InsyaAllah ana cuba jadikan sebagai motivasi diri(minta izin ukhti)...

Semoga terus tabah & sabar dlm menempuh ujian dr Allah...

[Al-Baqarah:286]
Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya...

Anonymous,  23 February 2010 at 03:34  
This comment has been removed by a blog administrator.
Hamba Ilahi 23 February 2010 at 06:06  

Kita tidak boleh ubah sesuatu yang kita lihat, tetapi kita boleh ubah diri kita melihatnya.Jika tidak dapat apa yang kita suka, maka langkah terbaik ialah suka apa yang kita dapat

faiez_daud,  23 February 2010 at 07:05  

emm...

~speechless~


Fas0brun jamil..

LA TAHZAN! INNALLAHA MA'ANA..

Abu Uwais,  23 February 2010 at 09:12  

Salam.

Terasa dengan kalam "Hidup ni bermatlamatkan kahwin ke? Kalau tak kahwin pun boleh hidup."

Adakah kekecewaan sedang tumbuh meliar ke dalam hati? Atau bingung dengan teka teki yang sedang dilalui? Husnudzon saja pada Allah.

Kalau benar keyakinan itu padu pada Pemilik diri, apakah ia bisa luntur hanya dengan secebis ujian? Jodoh itu dari Allah, maka mohonlah dari Allah. Andai tidak di dunia, moga di akhirat kelak.

(musykil...)

Nak sosek dengan ummu Uwais jap la :D

Kalau syirah nak tunggu uwais juga, silakan. Huhuhu.

Anonymous,  23 February 2010 at 10:35  

Assalamualaikum adikki fillah,

Akak terharu membaca posting ini.

Baru semalam berperang dengan sakit yang diri sendiri mencarinya tanpa sengaja. Itu baru sedikit... Sudah terasa bagai di ambang sakaratulmaut.

Allah Maha Pengasih.. dalam sakit ada nikmat.

Perkongsian ukhtie di sini begitu bermanfaat untuk semua orang.

Teruskan jari jemari menari mencatat pengalaman yang mendekatkan diri kepada Allah.

Syukran.

Ummu Abbas

Anonymous,  23 February 2010 at 10:42  

artikal bgs, tp jdla diri sendiri apabila ia berkate n then ia wat..so bila org kenal kite dgn habit yg radikal n bile bace dlm blog u're not totally that person,erm...so think about it..u can change it...i hope so

aal 23 February 2010 at 10:54  

moga kita sama2 di beri kekuatan, ye akak syg

LoVe U FoReVeR...

Insyirah 23 February 2010 at 14:13  

Salam kak Mia,
Insya Allah kak. Semoga akak juga terus bersemangat (tahu tak entri ni di tulis time moOd down gila... hehe, maka terhasillah sesuatu untuk memotivasikan diri sendiri selain nak meriang-riakan orang lain)

Terima kasih banyak2 kak Mia!

Insyirah 23 February 2010 at 14:14  

Wa'alaikumussalam buat Pendamba Mardhatillah.

Ameen, insya Allah. Bahkan jangan pula kita meminta ujian kerana Allah lebih tahu apakah kita mampu atau tidak untuk mengharungi sesebuah ujian. Insya Allah, husnudzon.

Syukran atas komentar ukhti. Salam ukhuwah dari ana.

Insyirah 23 February 2010 at 14:17  

Dr Imran,

La syukran (ana confuse Dr Imran ni lelaki atau perempuan sebab ana tengok blog, macam perempuan. maaf kalau salah).

Maaf sekali lagi,
ana tidak menulis untuk buat orang menangis tetapi ana menulis untuk ana berfikir. Maaf... Moga ia bermanfaat buat Dr.

Insyirah 23 February 2010 at 14:19  

Mohd Naimul Firdaus:

Melihat sesuatu dengan mata, kita hanya nampak apa yang di depan mata. Melihat sesuatu dengan mata dan berfikir, kita akan merenunginya. Melihat sesuatu dengan mata dan berfikir berpandukan iman, kita akan melihat sudut-sudut yang terbina untuk berfikir lebih mendalam. Wallahua'lam.

Insyirah 23 February 2010 at 14:20  

Ust Faiez_Daud:

Lorh, tak ada apa yang speechless pun.

Insyirah 23 February 2010 at 14:22  

Salam buat Abu Uwais.

Ha, elok juga tu bersosek dengan Ummu Uwais. Lepas ni boleh la ana kidnap Ummu Uwais sekejap (bg chance dl).

Insyirah 23 February 2010 at 14:25  

Wa'alaikumussalam whb Ummu Abbas.

(Ana selalu baca blog Ummu Abbas tetapi tak meninggalkan jejak pula)

Terharu pula ana bila Ummu Abbas terharu. Semuanya dari Allah, ana hanya menaip mengikut apa yang terbit dari hati dan menarikan jemari apa saja yang terlintas.

Syukran juga atas nasihat yang diberikan.

Insyirah 23 February 2010 at 14:32  

Tanpa Nama.

Syukran atas komentar yang diberikan, cuma ana tertanya di sudut mana yang ana tak menjadi diri ana sendiri ya? Boleh tolong beritahu supaya ana tahu dimana silap ana?

"so bila org kenal kite dgn habit yg radikal n bile bace dlm blog u're not totally that person"

Subhanallah. Semoga Allah mengampunkan diri ini yang tidak bertindak mengikut apa yang diucapkan. Tapi, apa yang dimaksudkan "habit yang radikal". Apa habit radikal ana? Dan bila cakap "not totally that person" ana hanya mampu tersenyum dengan kata-kata ini. Siapa ana? Allah yang lebih tahu :)

Blog ini juga selalu dipantau oleh ayah ana sendiri, dan ana yakin ayah ana jauh lebih kenal diri ana dan beliau yang selalu menegur tulisan-tulisan ana.

Ana minta maaf kalau ada menyinggung dalam perbuatan mahupun kalam, tetapi lebih enak kalau ana tahu siapa anda :) Mungkin boleh berterus terang di mana kesalahan ana supaya boleh diperbetulkan. Nasihat bi adab (dengan adab). Insya Allah.

Insyirah 23 February 2010 at 14:33  

Summer to winter:

Hehehe, bila nak jadi autumn in my heart... keh keh keh :P

Adek, akak kuat la... (kuat nangis :P kategori kuat juga kan! asalkan ada perkataan KUAT) :D

check email ye dik.. :)

~ZuLhAiRi~ 23 February 2010 at 16:38  

Salam 'alaik!

Ujian yang hebat akan sentiasa mendatangi dan tidak akan pernah berakhir, akan tetapi manusia hebat akan ada akhirnya.

Dua maksud pernyataan ana, pertama, manusia yang sehebat dan setabah Rasulullah SAW pun akan ada akhirnya, iaitu mati, demi menyahut panggilah Pencipta dan berpindah ke destinasi yg sgt membahagiakan, SYURGA!

Kedua, dengan ujian yg terlalu hebat, akan ada manusia hebat akan tersungkur lemah dan berputus asa akhirnya.

Ana tidak dapat menghalang enti dari menyahut maksud pernyataan pertama ana, kerna ana juga sedang menuju ke situ, kita semua sama, soalnya siapa dulu saja, semoga mendapat husnul khatimah!

Tetapi ana tidak mahu enti tergOlong dalam golongan yg dalam maksud kedua pernyataan ana, dan ana yakin sekali, enti sememangnya manusia hebat yg hanya akan berakhir dengan maksud pertama pernyataan ana sahaja!...terus juang!

Faiez_daud,  23 February 2010 at 19:57  

Mksd ana ialah hilang kata, xtau nk ckp apa..sedih,terharu,kagum n mcm2 lg..ana xreti sgt BI nih,hu3


Sape ek tanpa nama tu? Dia btl knl ke ngn ukhti?hantu k0t,sbb xbrnama..stiap anak Adam sdh trtulis nmany sblm dlahirkn lg..so ukhti jgn hiraukn dgn org xde nma tu.klau btl ikhlas nk tegur biar la bradab n brhemah..salam pn xde mmg qillatul adab(kurg adab!)

Untuk pngetahuan 'tanpa nama' entri2 dlm bl0g ni bkn skdr artikel tp prjalanan hdup admin sndr.prk0ngsian ilmu n pngalamam beliau..radikal ke ukhti kita ni??ho3..adakah krn syadidny ukhti dikira radikal? Ntah la,dharap sedara/i jgn smb0r0no..tlg jgn tmbah 'kesakitan' ukhti..bkn ukhti je perlu berubah,sdara/i n kita smua prlu brubah,sntiasa betulkan niat..krn syaitan sntiasa mntaati perintah Allah agar mnjadi syaitan yg brjaya.tp manusia je yg sntiasa xpatuh,xmnjd insan yg brtaqwa..mudah2an kita smua diampunkn..ameen.



~I hope so u can change,brtukar kpd makhluk yg brnma..(^_~)

IMmeHuda 23 February 2010 at 21:35  

sabar - the character that is so great if we could achieve it, difficult to retain it & needs lots of training to sustain it...

sabar - pengajaran yang terbaik yg dapat k.nurul belajar dari post ini..

love u sis & keep that spirit of patience to always be with u..=)

.:: Dr Imran ::. 24 February 2010 at 05:46  

Mungkin ukhti xnak terima tp ana ttp brterima kasih...
Motivasi diri sendiri dan org lain...

p/s:maaf ana guna link blog batch...
xde blog sendiri...
Kaum Adam...

Insyirah 24 February 2010 at 08:04  

Wa'alaikumussalam akhi Zul.

Masya Allah, kalam yang penuh dengan hikmah dan nasihat. Moga-moga kelompok pertama itu menjadikan kita manusia yang selalu berfikir dan berzikir, melihat dan berfikir berpandukan iman juga taqwa. Insya Allah.

Kelompok kedua. Tersungkur dan rebah ke bumi itu fitrah manusia, sudah tercipta dengan kelemahan-kelemahannya tetapi ia bukanlah satu faktor untuk mendorong terus statik pada kelemahan itu sebaliknya kena la bergerak ke arah yang lebih positif.

Seperti yang selalu ana ungkapkan:

"Apabila jatuh tersungkur, bangkitlah kembali dan jahit semula baju yang terkoyak walaupun dengan jari yang berdarah."

Sastera la kononnya, entah orang lain faham atau tidak tetapi insya Allah ungkapan ini selalu diulang2, kalau tidak berjaya juga untuk membangkitkan semangat yang jatuh di atas lantai bumi, maka hanya kalam;

"Allah yang beri ujian biarla Dia memujuk dengan cara dan kehendak Nya"

adalah kalam yang buat ana jadi "free thinker" maksud di sini ialah melepaskan kesemuanya, bila melafazkan kalam ini, gugur lagi air mata tetapi ia sekadar melepaskan semuanya... Then, life go on with HOPE and back to normal. Insya Allah.

Apapun, must always REMEMBER; putus asa itu hanyalah sikap orang kafir :)

Wallahua'lam.

Moga thabat.!

Ibtihaaj Hikmah 24 February 2010 at 08:09  

salam..um..jgn bersedih..orang yang sering sakit di dunia n tetap terus husnuszhon pdNya tdk mustahil menjd ahli syurga..

pedulikan orang yang pandg rendah pd kita sbb mereka sering dengki dgn rezeki yang Allah sudah aturkan bt kita..

yang penting terus meminta hny pdNYa krn stp doa kita Allah takkan biarkan begitu sj.jika tidak dibls di dunia pastinya d akhirat..

uhibbuki fillah!

Insyirah 24 February 2010 at 08:09  

Encik Ustad Faiez,

(Geleng kepala baca komen)

Isk isk. Ada lak hantu yang komen, dah tentu la tanpanama tu manusia macam kita semua. Hatta robot terbaik ciptaan manusia paling genius pun tak leh nak reply blog ana ni, hahaha.

Mungkin dia menyembunyikan identiti kerana mahu menjaga sifat malunya :) Insya Allah, orang yang menjaga malu adalah orang yang wara' (",)

Tapi ana tak la kate ustad tak malu sebab tulis nama ustad, ustad kan ke memang bangga dengan nama sendiri dan kita semua perlu bangga dengan nama masing-masing. Insya ALLAH!

Eish, ana syadid? Jauh panggang dari api...!

Terima kasih atas komentar encik ustad.

Insyirah 24 February 2010 at 08:11  

Kak Huda,
Wawawa... I terharu bangat sih dengan komen yang begitu pada diri, aduhai... sebak lak baca. Huk huk, tiba-tiba rasa bersalah (tak pasal-pasal) sebab melarikan diri dari story Tragedi 1 Januari. Huhu, kena post pone masa engagement Kak Cik la. Hehehe, so boleh claim balik sebak ni dengan tersengih lebar ^_^

Thnx ya..

Insyirah 24 February 2010 at 08:14  

Dr Imran,

Oh... Maksud ana, tak perlu berterima kasih sebab apa yang ana tulis juga dari Allah. Semuanya dari Allah, kalau ada kebaikan dari apa yang ana tulis, maka ambillah. Kalau ada keburukan, maka tegur dan tinggalkan.

Semoga menjadi doktor yang beriman :) Bittaufiq wannajah.

Insyirah 24 February 2010 at 08:17  

Salam buat ukhti Hikmah.

Tidaklah ana bersedih, tetapi rebah dan tersungkur itu lumrah :) Bukan bersedih dengan keadaan dan ujian tetapi sedih sebab tak boleh nak wake up cepat-cepat.

Ya Allah, syurga itu jauh... Tiba-tiba sebak pula rasa baca komen ukhti. Semuanya dari Allah, jazakillah atas kata-kata tersebut. Menghiburkan sekali jiwa yang patah, namun muhasabah kembali... ana bukanlah seperti itu, jauh sekali. Sering saja kalah dengan emosi sendiri.

Moga Allah memberkatimu.

Nuraishah A.Ghani 24 February 2010 at 14:33  

salam kak,
ana baru jumpa blog ana hari ni, mungkin takdir allah, ana taip bbrp perkataan yang btl2 kena dengan tajuk post akak..

niat dihati nak kenal lbh dekat.. boleh? ni ym ana : hummira89@yahoo.com.sg

ade byk nak bual dgn akak ;)

Faiez_daud,  24 February 2010 at 22:39  

Xde la ana ckp hantu, kan akhir ayat ana ada 'k0t'..bkn ana ckp 'hantu la tu' jd hanya empunya diri yg tau diri sndr.atau mgkin dh lupa nma sndr mcm crite jackie chan 'who am i?' ngeh3..Atau sbb trsadung kaki@jatuh gaung.tp kt cni bkn la gaung tp sbuah taman yg dharumi 'MAWAR BERDURI' (",)

Klau la btl punya sifat malu tidak la si anu tu semb0r0no je ckp.malu la k0n0n..(mmg xpuas ht)

Mesti la bangga ngn nama sndr,tp xde la smp riak.he3:))
Ana xckp pn yg ukhti syadid,ana hanya tnya si fulan tu.sbgai c0nt0h je,hu3..mmg kna syadid tp biar la brtempat.
Klau panggang jauh dari api xmasak ar sate,sape nk makan sate?ana belanja..ngeh3;))



~sbg yg mngaku muslim perlu mnjga hak sesama muslim.bkn mnuduh@mnfitnah ngn mcm2 t0hmahan.'fitnah itu lbh besar(d0sanya) dr mmbunuh!' jga lidah n akhlak kita smua.jadi la 'one muslim' cam 'one mlysia' lak,he3;)) krn kita smua umat yg satu,umat Muhammad..

Insyirah 25 February 2010 at 08:07  

Sudah.. Sudah..

Sollu 'alan nabi...! :)

Takmo gaduh-gaduh. Sesegar mawar, seharum aroma tak mampu menandingi keindahan akhlaq seorang yang berhikmah dalam bicara :)

Balqis,  25 February 2010 at 10:45  

Salam'alaikum :)

Tanpanama: kadang2 satu senapang membolehkan keluar beberapa peluru. Kamu mahu melukakan hati insyirah tetapi kata-kata kamu melukakan hati RAMAI ORANG lain yang MENYAYANGI INSYIRAH! saya harap kamu akan lebih berhikmah dalam berbicara.

IMmeHuda 25 February 2010 at 17:21  

hehe..

hah...k.nurul tak kira, tragedi 1 jan tue akan tetap dituntut..nnt nk ajak uncle kash pon join skali tuntut tragedi tue..hehe

btw..mana entry pasal buah hati 'china' yg banyak mulut tue? hehe..ish..takkan hah dh delete? kak nurul kempunan nk baca nih..

love u sis..

hamba_sufi 1 October 2010 at 15:27  

salam...

tabah sungguh penulis..
saya kagum..
saya pun ada masalah kesihatan yang sama macam penulis...
Tarbiyyah Allah untuk kita...^_^
tapi still hepi...hee

Sakinah 6 October 2010 at 20:51  

Salam..

Thanks 4 sharing..terharu membacanya, menginsafi diri yang tidak diuji sebegitu. Apapun segala ujian hanya sesuai dgn kemampuan seseorang yg mana Allah lebih mengetahui.. :)

Zahrah Az Zahrawi 5 November 2010 at 19:24  

Salamu'alaykum..
ukhty,..maaf ya,ana bru bca entri ni..
sblm ni ana bca juga tp ana ta tahu na komen ap..bmbang komen ana yg ana na lakarkn utk memujuk jd sbaliknya pula..

ukhty,Allah mnyayangi ukhti..sbb tu dberi hadiah sakit ni sedari kecil..
Allahu rabbi..
jka ana d tmpt ukhti?
mgkn ana brtmbh lemah..

catatan ukhty tentang yakin tuk berhadapan dgn dunia..buat ana trfikir sejenak,
rasa kepala ni dketuk sekali bagi sedar yg diri ni diciptakan Allah..
bukan utk hidup senang lenang..
bersyukurlah dengan apa yang diciptakan olehNya..

kalau ikutkn,ana ni tidak diuji sehebat ukhti..tp ana msih juga mrendah diri.trlalu kurg keyakinan diri lantaran tidak yakin dgn lahirian jasadi yg diciptakan oleh Allah hnya krana dihina suatu wktu dlu..

tp ukhti lg hebat diduga,trus kuat dn tabah knapa tidak ana yg hnya skecil remeh ini shj d duga?
kan?

mngenali ukhty lewat lakaran d kanvas blog ukhty,
sbgi saudara Islam ukhty sndiri..
buat ana trtarik tuk kenal skalipn dr jauh dn hnya dr pena shj..

ana yakin, ukhty mmpu hadapi dn kuat jiwanya kelak bila brhdpn dgn ujian yg jauh lebih hebat..
truskn brjuang ya d medan tinta..
trukn brjuang dlm mngingatkn diri sndri dn ummah Islam yg lain..

ana doakan ukhti bhgi melayari hidup brsama zauj dn kluraga ukhty..
(= jgn mudah mngalah ya!
Allah brsamamu...

safanah adnan 12 November 2010 at 20:13  

assalamu'alaikum ya ukhti fillah..

sekali masuk, terus jatuh cinta dgn blog ni..
Subhanallah, jauh lebih hebat ujianmu ya ukht fillah..
saat diri merasakan dan mula tertanya2 kenapa ujian itu datang kepadaku, saat itu kurasa 'ada insan yg lebih berat ujiannya dariku'.. tapi dia tak pernah mengeluh, moga2 Allah sentiasa merahmati perjalanan hidupmu bersama2 insan2 tersayang..
moga kalian diberikan ketetapan iman dan Islam..
pasti nabiyuna Muhaamad berbangga kalian sebagai umatnya, dan moga baginda merestui ana sebagai umatnya.. (doakan kerahmatan bersama)..

"la yukallifullahu nafsan illa wus'aha"
moga kita terus diberikan kelapangan dada dan berbaik sangka di atas semua ujia dari Rabb pemilik diri..
amiin

~ teringin rasanya ana bertemu insan setabah kalian, ingin rasanya ana berjumpa ukht niqobgirl dan seangkatan denganmu..
kalian mulia dgn ujian yg menimpa diri.. kerana kesabaran itu.. moga terus diberikan kekuatan.

ummu 20 November 2010 at 13:07  
This comment has been removed by the author.
Cikgu Ma 20 November 2010 at 15:26  

salam dik
akak datang lagi,akak dah masukkan entry adik ni dalam blog private akak ya.tapi malu nak cakap blog private akak tu kata dik

NadiahHalim dot com 1 December 2010 at 16:16  

semoga Insyirah diberi dirahmati dan diberkati Allah selalu...amin

husnudzan 26 December 2010 at 12:21  

سبحان الله
الله يشفيك
berat mata mmndg -berat lagi bahu sipemikul...
perkongsian yg mendidik jiwa2 alpa

kEmBaRa 29 December 2010 at 05:32  

salam....


alhamdulillah.... ketika ana tengah give up,Allah telah takdirkan ana untuk membaca entri akak... ia memberikan ana semangat baru untuk hari esok....insyaAllah ameen....

semoga Allah sentiasa mencurahkan kasih dan sayangNya kepada kita semua..... dan semoga dengan pertemuan ini dapat mendekatkan diri kite semua dengan yang Esa...:)

Anonymous,  6 January 2011 at 23:42  

subhanallah.. kuat sungguh nti mhadapi cbaan drNya..

benar, hidup ini hnya smnetara.. moga2 dpt kkuatan dn ktabahn juga dlm mnempuhi khidupn ini.

alhamdulillah. jzkk ats pkongsian yg mmbuka mata hati

Azizul Aziz 8 January 2011 at 13:45  

cerita ukhti acap kali mengingatkan,
ujian yg Allah timpakan..tidak seberat ujian yg menimpa ukhti...
giving up while you're not giving up your life, means i'm losing to you =)

Ruqaiyah Yusof 20 March 2011 at 01:09  

as salam..
akak, saya nak share cerita akak ni kat facebook boleh?
cerita ni mengingatkan saya pada bekas adik bilik saya masa sekolah menengah dulu..dengan tujuan, bagi kawan2 atau adik2 sekolah yakin, penyakit ni memang ada, dan memahami pesakit ni, insya Allah..teruskan menulis akak..semoga banyak memberi pengajaran kepada orang lain, termasuklah saya..insya Allah..

Anonymous,  21 March 2011 at 21:55  

assalamualaikum,,,masalah kita hampir sama

Ummi Nur 1 April 2011 at 00:58  

Semoga ukht terus istiqamah dgn kesederhanaan hati dan keindahan akhlak yg manis..

Barakallahu fiik..

Lintasan Hati 16 April 2011 at 17:09  

Masyaallah......Sabar sungguh rupanya ukhti.......Pengajaran untuk saya dalam menjalani kehidupan harian....Moga dirimu sentiasa dlm rahmat Allah s.wt.

Misty Melor 18 April 2011 at 15:21  

subhanallah... sedihnya... :)... tiada kata mampu di untai.. kerna kita mengalami keadaan yg sama walau kondisinya berbeza... Allah hanya akan menguji org yg mampu menerima ujianNya kan... sebab ana tau ukhti lebih tabah dari ana.. serasa tidak layak memberi kata peransang :)

Aisyah Ashiqin 18 September 2011 at 23:50  

Assalamua'laikum, ukhti..sbenarnya ana pernah membaca entri ini sebelum ni. p kali ini ana dtg kembali mcari entri ini utk dibaca krn kondisi kesihatan ana yg x baik... indahnya tarbiyyah ALLAH saat sakit begini..mg ana dpt mminjam sedikit kkuatan itu dari entri ukhti dlm mjaga iman bila bgelut dgn kesakitan..syukran, ukhtiku sayang..Doakn kbaikan buat ana =)

Mrs. Yaya 3 March 2013 at 18:40  

subhanallah.. ukhti begitu kuat,, ana doakan supaya enti dan umat islam dimuka bumi ini sentiasa kuat dengan dugaan Allah tnpa fikir negatif.

aSkiNg sOuL

Feeling alone?
Innallahha ma’ana

Saw evil act?
Inni akhafullah

Wishing something?
Fa’iza ’azamta fatawakkal’alallah

Missing somebody?
Ma fi qalbi ghairullah.

... syukran ...

Free Hit Counter Syukran 'ala ziarah ^_~

Silent Home

Silent Home
Bila emosi mengunci hati, lalu lahirlah ayat-ayat sepi sebuah monologku merentasi perjalanan menuju Rabbi :)

  © Template Lar Doce Lar por Emporium Digital Graphics Jenny's Grandchild and Irene's Corner

TOPO