"Ya Allah, jadikanlah hamba Mu ini mencintai orang beriman dan jadikanlah orang yang beriman mencintaiku."

(HR Muslim)
Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Third Birthday tickers

26 July 2008

Namaku MUNA

Episod Pengenalan

Satu.. dua.. tiga.. empat..

Gadis bermata kuyu dengan cermin mata tak berbingkai itu kelihatan terbongkok-bongkok membaca buku di atas pangkin di bawah pondok di hujung padang permainan. Dia tidak memperdulikan pelajar-pelajar lain yang lalu lalang menuju ke arah kantin. Dia asyik sahaja dengan buku dan peralatan menulis di situ. Semua yang lalu di situ memandang kepada gadis itu penuh tanda tanya. Pelik agaknya melihat gelagat gadis itu.

Krriiiiinnnggg.....

Loceng sekolah berbunyi menandakan waktu rehat sudah tamat. Pelajar-pelajar berpusu-pusu balik ke kelas masing-masing. Ada yang masih sempat lagi nak menghabiskan air minuman di dalam plastik. Yang sedang mundar mandir di koridor kelas juga masih banyak.

Sementara itu di dalam kelas Tingkatan 5 Sains Ibnu Sina...

"Attention class!!! Miss Anne tak datang hari ini... so ngkorang buat kerja sendiri lah ek..." suara Mujahid, Ketua Tingkatan membuat pengumuman sambil melangkah masuk ke dalam kelas. Setiap mata terpaku padanya. Semua ahli kelas memapar wajah lega mendengar berita baik itu. Siapa yang tidak kenal dengan Miss Anne; guru Matematik Tambahan yang garangnya tahap melampau itu. Sekali dipandang, kecut habis perut.

Suasana yang tadi diam, mula bertukar bising. Sudah jadi seperti pasar ikan. Nama sahaja kelas Sains. Kononnya pelajar terpilih. Tapi perangai sama sahaja dengan kelas lain. Bila tiada guru di dalam kelas, bising memanjang. Kalau ada pun, berapa kerat sangatlah yang meneruskan mentelaah pelajaran. SPM tidak lama lagi seperti tidak memberikan sebarang ingatan pada mereka untuk meningkatkan usaha menimba sebanyak ilmu dan membuat latih tubi sebanyak mungkin.

"Nasib baik lah cikgu kesayangan hang tu tak mai hari ini... kalau tak... teruklah kita.." Che Ah bersuara di belakang. Tangannya menepis lengan Uda di sisi. Anak mami seorang itu memang terlebih ramah selalunya.

"Hai kau kan selalu dok sebut-sebut nama dia... kau lah anak emas dia.." balas Uda.

Satu... dua... tiga... empat...

Selesai. Pena mata bola di tangannya ditutup. Buku latihan setebal 120 muka surat itu juga ditutup. Terpampang di bahagian depan kulitnya lencana sekolah. Sekolah Sains Seri Negeri. Pelipisnya rasa berdenyut-denyut. Mungkin kerana terlalu lama berfikir. Mana tidaknya, matematik tambahan bukannya semudah 1 + 2 = 3. Nak berapa pun boleh. Pengamiran, janjang arithmatik, janjang geometri dan sebagainya sudah menjadi bahan mainan harian mereka sekelas. Selain itu, formula-formula kimia, fizik dan nama-nama pelik di dalam Biologi juga sudah sebati dengan jiwa sejak Tingkatan 1 lagi.

Osmosis, hemolisis, krenasi. Aduh. Peliknya. Belum dikira dengan bab sistem klasifikasi tumbuhan dan haiwan. Binomial Linnaeus.

Osmosis is the movement of water molecules from an area of high concentration to an area of low concentration. Pergerakan molekul air dari kawasan berketumpatan tinggi ke kawasan berketumpatan rendah. Hemolysis is the breaking open of red blood cells and the release of hemoglobin into the surrounding fluid. Aduh. Banyaknya istilah yang perlu disumbat ke dalam otak.

Rilekslah sekejap. Pensil mekanikal dan kertas kosong berwarna putih sudah sedia di atas meja. Ligat mata pensil menari-nari mengikut rentak jari jemari yang halus mulus di atas kertas kosong itu. Luahan rasa seseorang berbeza antara satu sama lain. Ada sesetengah manusia suka meluahkan perasaan mereka dengan berbual dan melakukan aktiviti luar, ada yang suka menulis cerpen atau novel untuk mencurahkannya, bagi yang berbakat; melukis adalah satu cara yang sesuai. Hanya yang memahami erti seni sahaja dapat membaca apa yang tersirat dari yang tersurat di dalam lukisan.

Mata pensil mekanikal itu masih galak melakukan larikan dan lorekan. Sesekali pemadam Faber Castel menjalankan tugasnya. Sesekali tangannya berhenti memerhatikan hasil kerja yang masih belum siap itu. Sesekali dia menyengetkan kepalanya. Suasana hingar bingar di sekeliling seolah-olah tidak memberikan apa-apa kesan kepadanya. Dia hanya berada di dalam kelas, tetapi di alam lain. Alamnya sendiri. Tiada siapa yang mengganggu. Atau mungkinkah tiada siapa yang sudi 'mengganggu'?

bersambung...

Image Hosted by ImageShack.us

Read more...

Nurani Seorang Ibu


"Seorang ibu itu istimewa." Subhanallah. Setiap orang mempunyai ibu, setiap ibu istimewa mengikut mata anak yang memandang. Ana terkesan membaca satu sudut majalah, sucinya hati seorang ibu.

Kisahnya begini, beliau mengidap penyakit jantung dan menjalani pembedahan sewaktu kecil. Selepas berkahwin, keadaan kesihatan tidak mengizinkan untuk beliau memperoleh zuriat namun keinginan untuk menjadi seorang ibu lebih dari segalanya. Setahun ditinggalkan SEMUA ubatan yang menghalang untuk memperoleh zuriat, alhamdulillah akhirnya mengandung dan...

Allahuakbar, hujung usia kandungan sudah di rujuk ke hospital untuk mengelakkan sebarang komplikasi. Semakin hampir waktu melahirkan, pakar jantung dari IJN di kejarkan untuk bersiap sedia dari sebarang kemungkinan. Disebabkan bayi dalam kandungan dah buang air besar, demi nyawa ibu dan anak maka pembedahan di jalankan. Usai pembedahan, ditempatkan di ICU dan hanya keesokan hari dapat menatap wajah si comel.

Subhanallah, ana terkesan dengan ayatnya "Pengorbanan ini berbaloi setelah melihat wajahmu, mama akan terus berjuang untuk melihat engkau membesar dengan kasih sayang!" Nurani tersentap, ingin rasanya mendakap ummi sepenuh hati, cium sepenuh kasih sayang. Besarnya pengorbanan seorang yang bergelar ibu. Segalanya sanggup di korbankan hatta nyawanya demi melihat anak.

Ibu... bergenang air mataku,
Terbayang wajahmu yang redup sayu,
Kudusnya kasih yang engkau hamparkan,
Bagaikan laut yang tak bertepian,
Biarpun kepahitan telah engkau rasakan,
Tidak pun kau merasa jemu,
Mengasuh dan mendidik,
Kami semua anakmu,
Dari kecil hingga dewasa,
Hidup mu kau korbankan
Biarpun dirimu telah terkorban,
Tak dapat ku balasi akan semua ini,
Semoga Tuhan memberkati kehidupanmu ibu...

Ibu... kau ampunilah dosaku,
Andainya pernah menghiris hatimu,
Restu mu yang amat aku harapkan,
Kerana di situ letak syurga ku,
Tabahnya melayani kenakalan anakmu,
Mengajarku erti kesabaran,
Kau bagai pelita di kala aku gelapan,
Menyuluh jalan kehidupan,
Kasih sayang mu sungguh bernilai,
Itu lah harta yang kau berikan...

Kisah kedua lebih menyentak nubari ana, hanyut di buai perasaan. Gelora hati dan ledakan perasaan, hanya Tuhan yang mengetahui. Hiba, sebak, sayu semua beradun menjadi satu maka yang hadir hanya mutiara air mata... Ana sayang ummi!

Kisah ini diceritakan oleh seorang ustaz, dialog bersama sahabatnya tentang istimewanya ibu. Suatu ketika dulu, ibu sahabat ustaz ni sudah uzur dan hatinya terlalu rindu untuk melihat halaman rumah setelah sekian lama sakit tua. Maka si anak lelaki ni dengan patuh, memimpin si ibu melihat jendela rumah sambil duduk di tangga. Digenggam erat tangan anak lelaki tersebut dan meluahkan bicaranya;

"Bila emak dah mati, siapa nak mendoakan kau nak?"

Semacam keluhan berat untuk di lepaskan. Subhanallah! Kalau kita meletakkan diri kita di tempat si ibu tersebut, ana yakin kebanyakan dari kita akan berkata;

"Bila emak dah mati, siapa agaknya mendoakan emak dalam kubur!"

Walaupun ibunya telah kembali ke rahmatullah beberapa tahun lalu, namun seusai solat 5 rakaat tak pernah lupa untuk mendoakan si ibu. Itulah bezanya antara nurani ibu dan hati anak (macam kita ni). Tapi, menyedihkan... Ramai antara kita betah menyinggung hati ibu dengan niat sengaja nak sakitkan hati ibu setelah apa yang diminta tak di penuhi. Sedarilah, saat dan ketika itu kita sedang menempah neraka!

Di kalangan sahabat-sahabat, ana sering di cop "anak emak" atau "anak ayah", masakan tidak... Kalau ada kelas tambahan atau nak stay back di sekolah untuk study group, ana pasti sms abi minta izin dulu. (Ana satu-satunya pelajar yang dibenarkan bawa hp ke sekolah) Nak keluar pun selalu minta ummi atau abi temankan, sangkaan orang ana adalah isteri muda abi. Huh! Biarkan mereka... Ada juga segelintir yang menyangka ana adik bongsu ummi.

Kadang kala kita terlalu mementingkan kawan berbanding ibu bapa. Boleh keluar enjoy dengan kawan tapi nak keluar temankan ibu bapa beli barang, berjela-jela alasan yang diberikan. Tak kan bila mereka dah kaku di balut kafan, baru nak menangis tersedu-sedu memeluk dan mencium mereka? Kenapa tidak menzahirkan kasih sayang dari sekarang? Kenapa sanggup topup semata-mata nak sms/talifon buah hati tapi nak hantar 1 sms pada ibu bapa pun terlalu berat?

Curahkan kasih sayang sepenuh hati... Ana pernah membaca seorang usahawan berjaya berkongsi TIPS kejayaannya adalah "SETIAP HARI MENALIFON IBU WALAUPUN HANYA 1 ATAU 2 MINIT SEMATA-MATA MOHON DOA SEBELUM MEMULAKAN KERJA." Memang ibu tak pernah lupa mendoakan anak tapi bila kita talifon, berbunganya hati seorang ibu... Allah saja yang tahu.

Anda juga suatu hari nanti bakal seorang ibu juga bakal seorang bapa! Renung-renungkan!



Image Hosted by ImageShack.us

Read more...

22 July 2008

Demi Nafas Ini



Salam rejab buat sahabat-sahabat, moga persediaan menghadapi kembara syaaban dan pesta ibadah di bulan ramadhan semakin meriah. Insya Allah. Harapan dan doa moga kalian subur iman dan amal dalam perjuangan masing-masing.

Penulis dipinta seorang sahabat untuk bercerita "tentang ana" khas buatnya, dan umum buat semua sahabat. Terlalu berat untuk menukilkan rentetan perjalan hidup seorang pengembara dhaif lagi hina di pandangan Nya, namun mengenangkan permintaan terakhir sahabat, penulis sedaya upaya menunaikannya.

Nikmat Yang Selalu Dilupakan

Jarang kita bersyukur, malah sedih lagi tragis bila kufur dengan nikmat Nya. Nauzubillah. Diingatkan diri yang alpa, segala yang ada pada kita adalah miliknya, maka semuanya adalah pinjaman sementara. Apa saja milik kita adalah milik Nya. Maka, anytime kita akan hilang apa yang kita miliki. Oleh itu, sentiasa lah bersyukur, berfikir dan merenung apa saja yang kita ada, semuanya pinjaman. Hatta nyawa kita juga adalah milik Allah s.w.t..

Antara nikmat yang Allah pinjamkan ialah nikmat bernafas, ramai yang tidak sedar sedang bernafas dengan pinjaman Allah ini. Tak terhitung rasanya dengan segala nikmat yang Allah beri. Bersyukur kerana sering diingatkan Allah betapa kita hanya musafir, bukan penduduk tetap bumi Allah. Alhamdulillah.

Dalam usia yang menjangkau ke angka 19. Pasti pelik bila anda diajar bagaimana untuk bernafas. Sejak keluar dari rahim bonda, tiada seorang makhluk Allah pun yang diajar bagaimana bernafas. Subhanallah, menangis juga tidak di ajar. Malah ia adalah perkara pertama yang dilakukan apabila lahir ke dunia. Kesimpulannya, bernafas dan menangis tidak perlu di ajar. (Jadi jangan mempersoalkan kenapa air mata ini sering merembes keluar)

Nikmat, anugerah dan ujian Nya datang silih berganti. Yang penting bagaimana untuk mengungkapkan rasa syukur pada al-Khaliq. Penulis sedih melihat saudara se-agama yang semakin terpesong aqidah. Makin ditelek majalah Mastika keluaran Julai, makin sayu hati. Tidak takut mati atau tidak takut dengan azab Allah? Merasa sering-sering "diintai" seksanya mati, terasa separuh nyawa membaca kenyataan demi kenyataan mereka. Astaghfirullah hal azhim.

Terlalu banyak perkara (masalah) yang di bangkitkan. Ketidak adilan Tuhan dan sebagainya. Astaghfirullah hal azhim. Sedangkan apa yang sudah diberi langsung tidak disyukuri malah kufur. Nauzubillah. "Tentang Ana" adalah kisah yang berlaku di sekeliling penulis, rentetan perjalan seorang musafir di bumi Allah.

Ingatan kembali pada peristiwa lalu, di ajar bagaimana untuk bernafas. Disuruh bernafas mengikut rentak yang di ajar. Di baring, di letak, di iring berbagai posisi untuk mencari kaedah yang memudahkan seseorang bernafas. Pelik bukan? Di ajar bagaimana bernafas! Mungkin kita pernah dengar/baca kaedah bernafas tertentu untuk menenangkan diri tapi berbeza dengan kaedah pernafasan yang diajar kepada penulis malah kaedah ini kalau di amalkan kepada mereka yang mempunyai fisio biologi yang baik akan berubah menjadi abnormal. Wallahutaala `alam.

Apabila Rejab, Syaaban dan Ramadhan menghampiri maka datanglah hadiah-hadiah istimewa dari Rabbul Izzati. Alhamdulillah, tanda ingatan Pencipta pada si hamba yang sering alpa.

"Tentang Ana"

"Ana" bukanlah insan istimewa apatah lagi orang yang penting, hanya insan biasa yang "istimewa" kerana sering dihadiahkan pelbagai anugerah Tuhan. Alhamdulillah. Merasa begitu terseksanya menghadapi mati (belum mati lagi tuh), terasa hidup ini tiada yang lebih bererti melainkan 2 jasad istimewa: ummi wa abi. Seandainya sahabat seusia dengan penuh kegembiraan dan menikmati keindahan alam remaja, dengan senang "ana" membesar dalam ruang lingkup sederhana. Bila sahabat bercerita tentang pentingnya seorang teman, hanya mampu membayangkan situasi itu. Bagaimana dikelilingi sahabat? Mungkin penulis di kelilingi ahli bait, maka tertanam di hati "Family first, friends comes second".

Bukan lah terkongkong atau dikongkong, tapi kesederhanaan ini yang sering di jaga. Wanita tempatnya di rumah. Ayat ni memujuk penulis. Memujuk untuk mencari kesederhanaan. Cukup untuk tidak menyusahkan orang lain, kerana setiap yang cuba merapati paling tidak pasti akan tempias disusahkan secara tidak sengaja.

Rejab menjengah, rindu... gembira semuanya bertaut, sebenarnya penulis lebih rindukan "jemputan Allah", apakah pula tarbiyyah Rejab dari Nya tahun ini? Apakah semanis tahun lalu? Alhamdulillah, walaupun tidak sehebat tahun lalu namun masih ada kemanisannya, jauhhhhhh lebih indah dan lazat dari segalanya.

"Abi, tolong ambil oksigen. I really need it now."

Hanya itu sms yang sempat dihantar setelah merasa seluruh tubuh kebas. (eh... mati tu sakit mcm mana ye, ada kebas-kebas dulu ke?) Bila abi tiba di rumah, badan langsung tak bergerak. (lumpuh pula ke? Eh x de la, acah je) Immediately nurse sampai rumah dengan oksigen & ambulans pula berkuasa extra turbo terus ke hospital. Badan dah biru, nak fikir apa lagi. Selalu ingatkan pada ahli bait dan sahabat-sahabat, kalau dah biru jangan di ajar bernafas, ajarlah kalimah "Lailaha illallah" kan lagi sedap bunyinya.

Ianya berulang kembali... Demi satu nafas untuk teruskan degupan jantung, rasa seperti pejuang di medan perang walaupun tanpa senjata yang canggih apatah lagi kelengkapan askar yang hebat. Demi meneruskan jantung berdegup dalam irama yang tidak seindah nada lagu, hanya ungkapan "Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar" and everything just smooth like nothing. Sakitnya menghadapi perpisahan antara nafas dengan nafas seterusnya, andai tersasar posisi dan cara nafas yang di ajar, tiadalah degupan seterusnya.

Penulis teringat insiden di bilik kecemasan sebuah hospital kerajaan yang hampir semua staff di wad kecemasan kenal dengan penulis. Lalala... Mengecohkan staff yang bertugas, di ajar bernafas... Ingat lagi ayat good looking doctor, memang cun habis la doctor ni. Hehehe... "Dik, nafas dik. Macam ni... Macam ni." Sambil doktor meletakkan posisi badan dalam keadaan tertentu. Dalam hati nak tergelak walaupun air mata sebaldi dah keluar. Sakitttttt... Sakittttttt sangat-sangat melepaskan nafas, bertambah sakit untuk mengharapkan nafas seterusnya.

Setelah menghembuskan nafas, adakah masih ada peluang untuk nafas seterusnya? Inilah persoalan yang sering penulis tanyakan pada diri yang alpa, hati yang berkarat mazmumah juga iman yang sering terumbang ambing. Bagaimana merasai sakitnya sakaratul maut? Andai punya jawapan, pasti tidak lagi pena ini menari kerana sudah pastilah jasad ini selamat di liang lahad.



Islam Nyawa Kita

Nikmat Islam yang kita rasai hari ini adalah dari pengorbanan nyawa para syuhada, darah mereka menitis untuk kita merasai nikmatnya iman, harta mereka habis untuk agama agar kita mampu hidup dalam cahaya Islam. Tanpa pengorbanan mereka, mungkin kita tidak dapat merasai manisnya iman dan sedarilah apakah zuriat keturunan kita nanti masih dapat merasai kemanisan iman dan Islam andai fikiran, jiwa dan fokus kehidupan kita hanya DUNIA? Jangan kerana kedangkalan akal kita dalam meniti kehidupan akan mengakibatkan zuriat keturunan hilang pedoman.

Kembalilah wahai mujahidin harapan ummah, bangkitlah wahai pejuang yang gagah, bangunlah dari lena yang panjang wahai saudaraku, ayuh! Kita gegarkan dunia dengan kalimah LAILAHA ILLALLAH! Andai para saintis menafsirkan gerak balas bio-kimia dalam badan kita hanya membolehkan organ-organ berfungsi dan jantung berdegup hanya untuk beberapa bulan, maka jalanilah bulan-bulan itu sebagai detik yang terpanjang dalam sejarah hidupmu. In Islam, there is NO words for give up or hands up. You only have 2 choice; win as mujahid or die as syahid..!

Penulis teringat motivasi yang dianjurkan Doktor Tengku Asmadi dengan laungan "Bangkit Islam Bangkit". Apakah masih kedengaran laungan ini di nubari kita?

"Ramai orang memandang sinis pada orang yang tamak beribadah seolah-olah lupa dunia, sedangkan berapa ramai yang tidak dipandang serong bila tamak dunia dan lupa akhirat." [Dr Yusof Abbas]

May Allah bless and keep us among the pious.

Sahabat penulis merupakan pelajar Sarjana Kejuruteraan Kimia yang telah kembali ke rahmatullah pada 16 Julai jam 11.20 p.m Malaysia setelah beberapa minggu terlantar di ICU menderita osteosarcoma selama beberapa tahun. Penulis terkilan tidak sempat menyiapkan artikel ini sepenuhnya sebelum sahabat pergi buat selamanya. Al-Fatihah.

Teman, betapa pilunya hati
Menghadapi perpisahan ini
Pahit manis perjuangan
Telah kita rasa bersama
Semoga Allah meredhai
Persahabatan dan perpisahan...

SekilaS Lalu

Gerak balas bio-kimia yang berlaku mengakibatkan badan menjadi kebas dan kadang kala kebiruan adalah akibat dari kekurangan darah beroksigen di bahagian otak. Masalah pernafasan adalah komplikasi yang berlaku pada paru-paru yang mudah di serang bronchitis dan sistem kardiovaskular yang lemah. Serangan pada bahagian saraf menyebabkan badan seakan lumpuh, tidak mampu bergerak kadang kala berubah 360 darjah apabila menjadi seolah-olah pesakit parkinson yang tidak mampu mengawal bahagian sendi dari menggeletar. Everything is out of my control.

Ditanya soalan maut oleh seorang hamba Allah.

"Sakit apa yang anti tak pernah rasa?"

Sudah pasti soalan maut di balas dengan kenyataan maut. Seronok juga menjadi seorang suka psiko. Hehe.

"Sakit mati belum lagi." Hakikat dan kenyataan yang PASTI.

Suatu ketika dulu "dia" merupakan "drug addict" kerana terlalu bergantung pada segala macam jenis ubat. Hampir setiap hari menelan purata 50 biji ubat yang mengakibatkan buah pinggang mengalami masalah kesukaran "menapis" bendalir badan dek kerana dihakis oleh bahan-bahan kimia.

Ramai sahabat rajin mengingatkan "dia" untuk menelan ubat, ada yang istiqamah mengingatkan makan ubat on time bahkan tak kurang juga yang memujuk untuk menjamah ubat-ubat. Tapi mereka sendiri bila demam menyinggah, 2-3 biji ubat pun malas nak telan. Ish ish ish... siapa yang sepatutnya lebih malas ni?

Tidak hairanlah "dia" digelar sebagai "mesin expired" semuanya "rosak" dek kerana kerakusan bahan kimia. Katakan TAK NAK pada dadah... Ngeh ngeh ngeh! Tambah pula selalu tak sedar diri dan terpaksa jadi "baby tua" yang sering didukung abi wa akhun (ni part paling tragis) akhirnya tulang belakang pula menjadi "mangsa" kerana merajuk dengan akhun, memilih untuk tidak di dukung sewaktu usia 14 tahun menyebabkan jatuh secara ekstrem, bengkok tulang belakang. Fuhhhh... Tak berjalan beberapa minggu.

Pengalaman manis ialah mengambil PMR selepas 2 minggu keluar dari ICU dan mendapat result ICU sebab study pun cara ICU, ahaks. Berkampung di hospital hampir sebulan untuk mengambil SPM. Memang layanan VVIP! Masa exam, boleh tidur seketika sebelum sambung exam. Jeles kan? Alhamdulillah. Itulah istimewanya jadi orang "istimewa". Kih kih kih :P

Alhamdulillah. Syukur pada Allah atas setiap "anugerah" ini. Berkat doa ummi wa abi, akhun wa ukhtun, sahabat sahabiah, muallimi... Ini lah perjalanan hidup seorang musafir. Khas dinukilkan atas permintaan arwah sahabat dan teristimewa buat ukhti Aisyah, ukhti Hafizah, ukhti Liyana Afiqah yang seringgggg sabar melayan kesengalan penulis dan semua sahabat. Barakallahu fiik.

Berkata Imam Ibn Jauzi : Dunia ini hanya untuk dilalui bukan untuk di ramaikan. (",)

Image Hosted by ImageShack.us

Read more...

09 July 2008

Kahwin? Boleh ke Tulis ni...

Halaqah Akhawat bersama ukhti Husna, ukhti Khairiyyah (Ain) dan ukhti Nabila. (Kalian memang adik-adik yang selalu buat ana ketawa depan pc). Kalini ana lebih banyak bertanya pendapat mereka dari memberi pendapat ana, masing2 bercerita pasal orang kawin. Hihi, musim kawin sekarang ni. Kalau di Malaysia, baru selesai jemputan kawin yang banyak ana x dapat pergi. Sehari 4-5 undangan, utara-selatan. Mau di belah badan ni... Tapi tetap juga dapat bersama dalam kalam doa, insyaAllah.

Cerita pasal kawin, hehe. Budak bertiga ni pun mula la pasang angan-angan bila ana bagi 'greenlite' nak bincang apa pun. Cerita pasal Prince Charming! Ciri-ciri yang patut ada pada sorang laki pada mata mereka. Haa... Ana tersengih sorang-sorang depan PC, amboi... sekolah tak abis lagi dah merangka idup yang lebih jauh. Bagus adik-adik ni, fikir panjang. Kesemuanya bercakap tentang soleh, penyabar, penyayang dan bertanggungjawab.

Lama biarkan mereka dengan 'Prince Charming'nya, ana menyelit.

"Bagus! Adik-adik semua nak ciri-ciri laki yang soleh. Tapi, akak nak tanya la dengan adik-adik, adakah semua ciri-ciri yang ditulis tu dah ada dalam diri adik-adik?"

Banyak la komen dari mereka, tersenyum ana. Panjang lebar pula bincang kali ni, agak menggelikan hati sebab cerita tentang kawin. Puas ana menegakkan pendirian ana, "tidak penting siapa jodoh kamu, yang penting bagaimana kamu mencorak diri kamu untuk layak berdamping dengan dia. Maksudnya, siapa dia... apa wataknya. Adakah seperti Mustakim? Kang Azzam mahupun Fahri. Tidak penting merangka semua itu kalau kamu sendiri tidak mencorak peribadi solehah."

Ukhti Husna dengan hujah-hujahnya... Hehe, ana senyum lagi.

"Duhai adik-adikku, kalau semua mengharapkan Ali tanpa membina sahsiah Fatimah, layak ke berdamping dengannya? Kalau mengharapkan Mustakim tanpa menjadi Khazinatul Asrar, layak ke kita? Berkahwin bukan proses mencari tapi ianya proses menjadi. Maksud akak, ianya bukan sekejap tapi bermula dari sekarang. Nak bina sahsiah memerlukan teramat banyak pengorbanan dan juga kene mujahadah, istiqamah."

Panjang lebar sebenarnya kupasannya, cuma point terpenting ialah: berkahwin bukan proses mencari tapi proses menjadi. Menjadi Fatimah supaya mendapat Ali, kalau tak dapat yang seperti Ali pun terima jer la. Lihat sejenak ke alam rumah tangga, sepasang suami isteri. Seorang penyabar, seorang kuat mengamuk. Kan Allah itu Maha Adil, kalau dua-dua mengamuk, anak-anak jadi mangsa keadaan. Jangan terlalu mencari, jangan terlalu meletakkan LIST sepanjang-panjangnya pada bakal suami, tapi sebaliknya letakkan LIST yang kamu harapkan pada lelaki dengan mencoraknya dalam diri kamu.

Ingat dan yakin janji Allah, wanita baik utk lelaki yang baik.

Beberapa hari kemudian, dapat mesej dr Ust Marwan "Syirah, rumuskan tentang perkahwinan pada pandangan kamu." Fuh... "Mati aku!" itu lah yang keluar dari mulut sampaikan abi pun tanya apa yang mati... Huhuhu. Penangan ust Marwan, ana pun x tau nak tulis apa. Kata sorang sahabat, ana sendiri tak kawin jangan pandai-pandai sangat. Ngeh ngeh ngeh!

Rumusannya:
Kahwin bukan proses MENCARI tapi proses MENJADI. Menjadi solehah, menjadi penyabar, menjadi penyayang, menjadi penyejuk mata, menjadi penawar hati, menjadi pendidik... Wah, barangkali kembara ini perlu diperincikan. Wah, sukar... Tapi... Hanya Tuhan yang Tahu....

Read more...

aSkiNg sOuL

Feeling alone?
Innallahha ma’ana

Saw evil act?
Inni akhafullah

Wishing something?
Fa’iza ’azamta fatawakkal’alallah

Missing somebody?
Ma fi qalbi ghairullah.

... syukran ...

Free Hit Counter Syukran 'ala ziarah ^_~

Silent Home

Silent Home
Bila emosi mengunci hati, lalu lahirlah ayat-ayat sepi sebuah monologku merentasi perjalanan menuju Rabbi :)

  © Template Lar Doce Lar por Emporium Digital Graphics Jenny's Grandchild and Irene's Corner

TOPO