"Ya Allah, jadikanlah hamba Mu ini mencintai orang beriman dan jadikanlah orang yang beriman mencintaiku."

(HR Muslim)
Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Third Birthday tickers

26 July 2008

Namaku MUNA

Episod Pengenalan

Satu.. dua.. tiga.. empat..

Gadis bermata kuyu dengan cermin mata tak berbingkai itu kelihatan terbongkok-bongkok membaca buku di atas pangkin di bawah pondok di hujung padang permainan. Dia tidak memperdulikan pelajar-pelajar lain yang lalu lalang menuju ke arah kantin. Dia asyik sahaja dengan buku dan peralatan menulis di situ. Semua yang lalu di situ memandang kepada gadis itu penuh tanda tanya. Pelik agaknya melihat gelagat gadis itu.

Krriiiiinnnggg.....

Loceng sekolah berbunyi menandakan waktu rehat sudah tamat. Pelajar-pelajar berpusu-pusu balik ke kelas masing-masing. Ada yang masih sempat lagi nak menghabiskan air minuman di dalam plastik. Yang sedang mundar mandir di koridor kelas juga masih banyak.

Sementara itu di dalam kelas Tingkatan 5 Sains Ibnu Sina...

"Attention class!!! Miss Anne tak datang hari ini... so ngkorang buat kerja sendiri lah ek..." suara Mujahid, Ketua Tingkatan membuat pengumuman sambil melangkah masuk ke dalam kelas. Setiap mata terpaku padanya. Semua ahli kelas memapar wajah lega mendengar berita baik itu. Siapa yang tidak kenal dengan Miss Anne; guru Matematik Tambahan yang garangnya tahap melampau itu. Sekali dipandang, kecut habis perut.

Suasana yang tadi diam, mula bertukar bising. Sudah jadi seperti pasar ikan. Nama sahaja kelas Sains. Kononnya pelajar terpilih. Tapi perangai sama sahaja dengan kelas lain. Bila tiada guru di dalam kelas, bising memanjang. Kalau ada pun, berapa kerat sangatlah yang meneruskan mentelaah pelajaran. SPM tidak lama lagi seperti tidak memberikan sebarang ingatan pada mereka untuk meningkatkan usaha menimba sebanyak ilmu dan membuat latih tubi sebanyak mungkin.

"Nasib baik lah cikgu kesayangan hang tu tak mai hari ini... kalau tak... teruklah kita.." Che Ah bersuara di belakang. Tangannya menepis lengan Uda di sisi. Anak mami seorang itu memang terlebih ramah selalunya.

"Hai kau kan selalu dok sebut-sebut nama dia... kau lah anak emas dia.." balas Uda.

Satu... dua... tiga... empat...

Selesai. Pena mata bola di tangannya ditutup. Buku latihan setebal 120 muka surat itu juga ditutup. Terpampang di bahagian depan kulitnya lencana sekolah. Sekolah Sains Seri Negeri. Pelipisnya rasa berdenyut-denyut. Mungkin kerana terlalu lama berfikir. Mana tidaknya, matematik tambahan bukannya semudah 1 + 2 = 3. Nak berapa pun boleh. Pengamiran, janjang arithmatik, janjang geometri dan sebagainya sudah menjadi bahan mainan harian mereka sekelas. Selain itu, formula-formula kimia, fizik dan nama-nama pelik di dalam Biologi juga sudah sebati dengan jiwa sejak Tingkatan 1 lagi.

Osmosis, hemolisis, krenasi. Aduh. Peliknya. Belum dikira dengan bab sistem klasifikasi tumbuhan dan haiwan. Binomial Linnaeus.

Osmosis is the movement of water molecules from an area of high concentration to an area of low concentration. Pergerakan molekul air dari kawasan berketumpatan tinggi ke kawasan berketumpatan rendah. Hemolysis is the breaking open of red blood cells and the release of hemoglobin into the surrounding fluid. Aduh. Banyaknya istilah yang perlu disumbat ke dalam otak.

Rilekslah sekejap. Pensil mekanikal dan kertas kosong berwarna putih sudah sedia di atas meja. Ligat mata pensil menari-nari mengikut rentak jari jemari yang halus mulus di atas kertas kosong itu. Luahan rasa seseorang berbeza antara satu sama lain. Ada sesetengah manusia suka meluahkan perasaan mereka dengan berbual dan melakukan aktiviti luar, ada yang suka menulis cerpen atau novel untuk mencurahkannya, bagi yang berbakat; melukis adalah satu cara yang sesuai. Hanya yang memahami erti seni sahaja dapat membaca apa yang tersirat dari yang tersurat di dalam lukisan.

Mata pensil mekanikal itu masih galak melakukan larikan dan lorekan. Sesekali pemadam Faber Castel menjalankan tugasnya. Sesekali tangannya berhenti memerhatikan hasil kerja yang masih belum siap itu. Sesekali dia menyengetkan kepalanya. Suasana hingar bingar di sekeliling seolah-olah tidak memberikan apa-apa kesan kepadanya. Dia hanya berada di dalam kelas, tetapi di alam lain. Alamnya sendiri. Tiada siapa yang mengganggu. Atau mungkinkah tiada siapa yang sudi 'mengganggu'?

bersambung...

Image Hosted by ImageShack.us

0 leaves:

aSkiNg sOuL

Feeling alone?
Innallahha ma’ana

Saw evil act?
Inni akhafullah

Wishing something?
Fa’iza ’azamta fatawakkal’alallah

Missing somebody?
Ma fi qalbi ghairullah.

... syukran ...

Free Hit Counter Syukran 'ala ziarah ^_~

Silent Home

Silent Home
Bila emosi mengunci hati, lalu lahirlah ayat-ayat sepi sebuah monologku merentasi perjalanan menuju Rabbi :)

  © Template Lar Doce Lar por Emporium Digital Graphics Jenny's Grandchild and Irene's Corner

TOPO