"Ya Allah, jadikanlah hamba Mu ini mencintai orang beriman dan jadikanlah orang yang beriman mencintaiku."

(HR Muslim)
Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Third Birthday tickers

26 July 2008

Nurani Seorang Ibu


"Seorang ibu itu istimewa." Subhanallah. Setiap orang mempunyai ibu, setiap ibu istimewa mengikut mata anak yang memandang. Ana terkesan membaca satu sudut majalah, sucinya hati seorang ibu.

Kisahnya begini, beliau mengidap penyakit jantung dan menjalani pembedahan sewaktu kecil. Selepas berkahwin, keadaan kesihatan tidak mengizinkan untuk beliau memperoleh zuriat namun keinginan untuk menjadi seorang ibu lebih dari segalanya. Setahun ditinggalkan SEMUA ubatan yang menghalang untuk memperoleh zuriat, alhamdulillah akhirnya mengandung dan...

Allahuakbar, hujung usia kandungan sudah di rujuk ke hospital untuk mengelakkan sebarang komplikasi. Semakin hampir waktu melahirkan, pakar jantung dari IJN di kejarkan untuk bersiap sedia dari sebarang kemungkinan. Disebabkan bayi dalam kandungan dah buang air besar, demi nyawa ibu dan anak maka pembedahan di jalankan. Usai pembedahan, ditempatkan di ICU dan hanya keesokan hari dapat menatap wajah si comel.

Subhanallah, ana terkesan dengan ayatnya "Pengorbanan ini berbaloi setelah melihat wajahmu, mama akan terus berjuang untuk melihat engkau membesar dengan kasih sayang!" Nurani tersentap, ingin rasanya mendakap ummi sepenuh hati, cium sepenuh kasih sayang. Besarnya pengorbanan seorang yang bergelar ibu. Segalanya sanggup di korbankan hatta nyawanya demi melihat anak.

Ibu... bergenang air mataku,
Terbayang wajahmu yang redup sayu,
Kudusnya kasih yang engkau hamparkan,
Bagaikan laut yang tak bertepian,
Biarpun kepahitan telah engkau rasakan,
Tidak pun kau merasa jemu,
Mengasuh dan mendidik,
Kami semua anakmu,
Dari kecil hingga dewasa,
Hidup mu kau korbankan
Biarpun dirimu telah terkorban,
Tak dapat ku balasi akan semua ini,
Semoga Tuhan memberkati kehidupanmu ibu...

Ibu... kau ampunilah dosaku,
Andainya pernah menghiris hatimu,
Restu mu yang amat aku harapkan,
Kerana di situ letak syurga ku,
Tabahnya melayani kenakalan anakmu,
Mengajarku erti kesabaran,
Kau bagai pelita di kala aku gelapan,
Menyuluh jalan kehidupan,
Kasih sayang mu sungguh bernilai,
Itu lah harta yang kau berikan...

Kisah kedua lebih menyentak nubari ana, hanyut di buai perasaan. Gelora hati dan ledakan perasaan, hanya Tuhan yang mengetahui. Hiba, sebak, sayu semua beradun menjadi satu maka yang hadir hanya mutiara air mata... Ana sayang ummi!

Kisah ini diceritakan oleh seorang ustaz, dialog bersama sahabatnya tentang istimewanya ibu. Suatu ketika dulu, ibu sahabat ustaz ni sudah uzur dan hatinya terlalu rindu untuk melihat halaman rumah setelah sekian lama sakit tua. Maka si anak lelaki ni dengan patuh, memimpin si ibu melihat jendela rumah sambil duduk di tangga. Digenggam erat tangan anak lelaki tersebut dan meluahkan bicaranya;

"Bila emak dah mati, siapa nak mendoakan kau nak?"

Semacam keluhan berat untuk di lepaskan. Subhanallah! Kalau kita meletakkan diri kita di tempat si ibu tersebut, ana yakin kebanyakan dari kita akan berkata;

"Bila emak dah mati, siapa agaknya mendoakan emak dalam kubur!"

Walaupun ibunya telah kembali ke rahmatullah beberapa tahun lalu, namun seusai solat 5 rakaat tak pernah lupa untuk mendoakan si ibu. Itulah bezanya antara nurani ibu dan hati anak (macam kita ni). Tapi, menyedihkan... Ramai antara kita betah menyinggung hati ibu dengan niat sengaja nak sakitkan hati ibu setelah apa yang diminta tak di penuhi. Sedarilah, saat dan ketika itu kita sedang menempah neraka!

Di kalangan sahabat-sahabat, ana sering di cop "anak emak" atau "anak ayah", masakan tidak... Kalau ada kelas tambahan atau nak stay back di sekolah untuk study group, ana pasti sms abi minta izin dulu. (Ana satu-satunya pelajar yang dibenarkan bawa hp ke sekolah) Nak keluar pun selalu minta ummi atau abi temankan, sangkaan orang ana adalah isteri muda abi. Huh! Biarkan mereka... Ada juga segelintir yang menyangka ana adik bongsu ummi.

Kadang kala kita terlalu mementingkan kawan berbanding ibu bapa. Boleh keluar enjoy dengan kawan tapi nak keluar temankan ibu bapa beli barang, berjela-jela alasan yang diberikan. Tak kan bila mereka dah kaku di balut kafan, baru nak menangis tersedu-sedu memeluk dan mencium mereka? Kenapa tidak menzahirkan kasih sayang dari sekarang? Kenapa sanggup topup semata-mata nak sms/talifon buah hati tapi nak hantar 1 sms pada ibu bapa pun terlalu berat?

Curahkan kasih sayang sepenuh hati... Ana pernah membaca seorang usahawan berjaya berkongsi TIPS kejayaannya adalah "SETIAP HARI MENALIFON IBU WALAUPUN HANYA 1 ATAU 2 MINIT SEMATA-MATA MOHON DOA SEBELUM MEMULAKAN KERJA." Memang ibu tak pernah lupa mendoakan anak tapi bila kita talifon, berbunganya hati seorang ibu... Allah saja yang tahu.

Anda juga suatu hari nanti bakal seorang ibu juga bakal seorang bapa! Renung-renungkan!



Image Hosted by ImageShack.us

1 leaves:

Anonymous,  26 July 2008 at 13:19  

Assalamualaikum ya Humairah (si pipi merah)... hehehe.. bila dah jadi ibu baru tau mcm mana perasaan sorg IBU. subhanallah!

aSkiNg sOuL

Feeling alone?
Innallahha ma’ana

Saw evil act?
Inni akhafullah

Wishing something?
Fa’iza ’azamta fatawakkal’alallah

Missing somebody?
Ma fi qalbi ghairullah.

... syukran ...

Free Hit Counter Syukran 'ala ziarah ^_~

Silent Home

Silent Home
Bila emosi mengunci hati, lalu lahirlah ayat-ayat sepi sebuah monologku merentasi perjalanan menuju Rabbi :)

  © Template Lar Doce Lar por Emporium Digital Graphics Jenny's Grandchild and Irene's Corner

TOPO