"Ya Allah, jadikanlah hamba Mu ini mencintai orang beriman dan jadikanlah orang yang beriman mencintaiku."

(HR Muslim)
Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Third Birthday tickers

02 September 2009

Segenggam Tabah

Bismillahirrahmanirrahim.

Hajat di hati pagi yang sejuk membeku ni nak menulis resepi tetapi bagi mengelakkan insiden terliur dan gigit jari, maka k.i.v dulu. Insya Allah, malam atau dekat-dekat berbuka puasa (waktu Malaysia) ana taip resepi pula. Hihihi.

Puasa sempurna menahan rohani dan rasa,
Puasa sederhana menahan lidah dan juga anggota,
Puasa biasa biasa menahan lapar dan dahaga,
Lalu dimanakah puasa kita?
Adakah masih di tahap lama?

Dah masuk fasa kedua bulan Ramadhan. Fasa pertama Ramadhan ana lalui dengan hati yang girang, datang ujian mengetuk pintu hati tetapi Allah kirimkan kekuatan untuk menjadi 'slumber' dan berusaha menepis menggunakan ilmu yang diajarkan dari drama dragon ball (tipu-tipu, bukan suka tengok pun). Ujian sikit-sikit tu biasa la, Ramadhan kan bulan yang mentarbiyyah hati dan jiwa, juga bulan peperiksaan iman dan taqwa. Mudah-mudahan kita menjadi hamba yang bertaqwa. Insya Allah.

Pagi ini dapat sms bermakna dari babah, sharing la di sini. Buat tatapan mata dan hati ana sendiri, siapa yang mahu sila ambil dan kalau tak nak pun tak apa. :)

Manusia dibekali dengan 3 perkara.

[1] Nafsu
[2] Akal
[3] Marah

Mengagungkan nafsu lebih teruk dari binatang, tanpa nafsu jiwa pincang, orang yang dapat imbangi nafsu dipanggil bermaruah. Tanpa akal manusia umpama haiwan, mengagungkan akal umpama mulhid, mereka yang dapat imbangi akal dipanggil adil. Tiada marah, manusia dipanggil pengecut, terlebih marah manusia menjadi zalim manakala yang dapat imbangi marah akan dipanggil berani. Orang yang dapat imbangi ketiga-tiganya akan memperoleh sifat wara'.


Subhanallah. Ana petik kata-kata Saidina Ali karamALLAHu wajhah:

Barangsiapa yang banyak bicara, maka banyak pula salahnya,
Siapa yang banyak salahnya, maka hilanglah harga dirinya,
Siapa yang hilang harga dirinya, bererti dia tidak wara',
Sedang orang yang tidak wara' itu bererti hatinya mati.

Cukup la dulu sarapan rohani untuk pagi ini. Izinkan ana pula untuk mengukir kata di hujung jari. Tajuknya saja SEGENGGAM TABAH (moga Kak Mia juga diberikan ketabahan dan kesabaran, ameen) jadi memang ianya peribadi. Suka hati la nak tulis apa dalam blog sendiri kan, ngeeeee ayat kejam. Selagi tidak mengganggu akidah seseorang, insya Allah bak kata sahabat lain "blog kita, suka kita la..." Hihihi. Apa-apa saja la :)

Moga Allah mewariskan kelazatan iman kedalam hati ana yang semakin rapuh. Moga sahabat-sahabat sekalian juga diberikan kenikmatan iman dalam setiap langkah yang di atur. Perjuangan itu pahit kerana syurga itu manis. Tidak layak ana bicara soal syurga sedangkan tiada infaq tenaga dalam perjuangan, hanya kata-kata memujuk hati yang dapat dilakukan tatkala ujian singgah di tirai kehidupan. Fazkuruni azkurkum. Insya Allah.

Setelah 'review' dan 'refresh' ingatan terhadap memori silam yang tidak la gemilang pun, tetapi ana kena 'study' dan buat eksperimen pada badan sendiri. Hehehe. Setelah dikenangkan kembali, sebenarnya sudah hampir 5 tahun ana mengalami masalah tulang belakang mungkin disebabkan selalu jatuh dan bila pengsan orang tidak take a good care masa nak angkat ana. Tak berniat pun nak salahkan sesiapa, tapi ini sekadar ingatan ana la. Alhamdulillah, Allah masih berikan nikmat ingatan tersebut.

Selalunya setelah jatuh (sama ada terduduk, terbaring atau tergolek - aih macam tragis pula) dan bila sedar, ana 'melelong' bila berjalan. Gaya macam orang mabuk, huhu. Pernah beberapa kali kaki kiri jammed dan sangat sakit untuk digerakkan tapi ana sangkakan cramp saja (sebab ana tak suka susu, ku sangka kurang kalsium) :P Suatu ketika tiba-tiba kaki kiri 'jammed' dan jumpa dengan doktor, bila doktor pegang kaki hanya cakap; "Kerasnya kaki awak. Salah urat ni, saya tak berani nak buat apa-apa bimbang awak langsung tak boleh berjalan." Erk... Sapu je la cream panas (tak ingat apa namanya).

Selang beberapa hari, pergi rumah Mak Yah (mak angkat) dan bila Mak Yah tengok ana terseret-seret kaki, Mak Yah minta nak urut kaki (Mak Yah pandai urut tauuuu) dan bila Mak Yah pegang je kaki Mak Yah pun tak berani nak urut sebab katanya bimbang ana langsung tak boleh berjalan. Gurlp. Mak Yah gosok-gosok je, usap manja gitu. Huhu. So, bila sakit kaki ana pun buat derk je la sapu minyak panas lama-lama dia back to normal sehingga la akhir tahun lepas selepas sakit teruk sampai tak bangun dan tak boleh duduk apatah lagi berjalan, finally ke ortopedik dan sohih tulang belakang ada masalah. Kedudukan tulang yang lari menghimpit saraf tunjang, itu yang buat kaki jammed. Hihi, bukan jalanraya je yang jammed, kaki ana pun jammed jugak! :P

Selalunya kaki kiri je yang jammed, tapi lewat kebelakangan ni seperti yang dijangkakan kedua-dua kaki mula jammed. Subhanallah :) Tulang belakang yang menghimpit saraf tunjang buat kedua-dua kaki ana mula menjadi robot. Setiap langkah yang diatur perlu dengan hati-hati (sangat berhati-hati) kerana setiap geselan tulang belakang pada saraf tunjang hanya membuahkan tangisan tak henti-henti, ngeh ngeh ngeh. Sekarang (sehingga entri ini ditaip) untuk ruku' saja boleh menitiskan air mata ana, sangatlah sukar dan sakit tetapi ana tetap mahu menjalani kehidupan seperti biasa.

Ana masih mahu berjalan-jalan dengan kedua-dua kaki yang sakit kerana apabila ana 'merehatkan' kaki dengan mengurangkan berjalan dan ruku' serta sujud seperti biasa, ia semakin sukar dan semakin sukar untuk menggerakkan kedua-dua kaki.

Walaupun jauh di sudut hati tersimpan satu perasaan yang gundah gulana. Sebagai hamba yang mengimani qada' dan qadar Nya, ana husnudzon dan memujuk hati. Walaupun berusaha untuk tidak berfikir, tetapi akal dangkal ini masih panjang fikirannya.

...andai suatu hari nanti, Allah takdirkan ana lumpuh...

Subhanallah.
Alhamdulillah.

Itu lah yang Dia tulis, tetapi sebagai hamba Allah ana masih mampu melangkah dan mengorak langkah walaupun gusar di hati ummi wa abi semakin tinggi. Melihat keadaan yang worst, sebenarnya terapi yang sudah dilalui pun cukup membantu ana. Alhamdulillah, tetapi seperti yang dimaklumkan satu tulang ana bengkok pada kadar maksimum (melekat terus) dan untuk 'menarik'nya keluar ana sangat tidak mampu untuk menahan sakit tersebut. Sudah mencuba (sebelum ni) tetapi bila ana mula meronta-ronta, ahli terapi bimbang tulang akan menyentuh tulang lain. Jadi, kalau nak teruskan juga, mungkin dalam keadaan ana tidak sedar la.

Kadang-kadang, ana pujuk juga kaki (bukan hati je kena pujuk) untuk berjalan dan melangkah setapak demi setapak. Walaupun dengan kesakitan yang menjalar di segenap saraf tetapi, itulah yang termampu untuk ana lakukan pada ketika ini. Ana bimbang dan khuatir, andai saat-saat ini ana tidak manfaatkan sebaiknya, barangkali ana tidak mampu lagi sujud ke bumi, tempat ana bakal kembali kelak. Biarlah mencium haruman tanah, merasa diri HAMBA ALLAH agar sujud menyembamkan dahi di lantai kerana suatu saat nanti bila rebah jasad ini, ke tanah juga bersemadi.

Harap sahabat-sahabat tidak berkecil hati andai ana terkadang perlukan ruang untuk memujuk diri, ana sangka ana kuat untuk berdepan dengan ujian Allah tetapi rupanya masih lagi seperti anak kecil yang sering merengek. Moga kalian cemerlang dalam bidang masing-masing, cemerlang sebagai hamba Allah! :)

Semoga Babah cepat sembuh :)

Semoga hati kita bertambah lunak tika bersama Nya, kekurangan fizikal selalu menjadi kelebihan bagi hati yang sentiasa ingin dekat dengan Nya. Jiwa sentiasa terpujuk bahawa Allah rindu untuk mendengar bicara hamba yang 'terduduk' disapa ujian.

Kak Mia --> Be a strong girl..! Yeay, nanti buat aerobik lagi yerk. Jangan sedih-sedih. Life must go on with H.O.P.E... Syafakillah!

7 leaves:

mRs fFiRa 3 September 2009 at 03:19  

salam..
nape kamu sngt tabah ye..

Unknown 3 September 2009 at 11:59  

salam utk adik khaulah_insyirah,

kak mia selalu baca coretan adik...sehinggakan nk tahu pcite adik..akak buke older post adik..betul la jangkaan akak ttg sakit adik tu..

akak pn x tahu nape...suke menitis air mata bc coretan adik..selalu msk blog org lain, akak x rs mcm tu..maybe sbb akak pn sakit..akak rs apa yg adik rs...tentang apa kata doktor ttg lumpuh ke tak tue...akak juga kuatkan hati..selalu ble solat, akak kata kat hati

"ya allah ya tuhanku, terima kasih kerana beri kesempatan utk aku beribadah spertimana org lain,"

tiap kali menangis menahan rs sejuk sendi & merintih sakit walhal org di sebelah @ di skeliling pelik, akak senyum je...pd akak...berjalan la sebaik mungkin. kata doktor, kte hrs gerakkan langkah gak agr kaki x beku begitu saja...tu terap sendiri..wp sakit gak ketika akak nk lipatkan sendi kaki ms tahiyat akhir..

ms tarawikh baru2 ni, akak nangis dlm diam...tp melihat org2 tua solat tarawikh, akak motivate diri..kuatkan smgt...

semoga adik beroleh kekuatan..x salah jika kte menangis & menulis di sini..1 luahan tu ibarat melegakan titik ketenangan di hati..

Unknown 3 September 2009 at 12:00  

new post dr kak mia

http://mia-ina.blogspot.com/2009/09/selangkah-kumeniti.html

Insyirah 3 September 2009 at 12:30  

Syukran armouris,
insya Allah nanti ana tgk :D

Insyirah 3 September 2009 at 12:45  

Salam MrS FFrira:

Tak de tabah pun :)
TQ komen, lama awak tak update ye.

Insyirah 3 September 2009 at 12:47  

Salam kak Mia :)

Alhamdulillah saya dah baca post akak.Harap akak sabar menempuh ujian Allah, insya Allah moga Allah beri kekuatan untuk kita :)

Janganla nangis kak...

Orchid 7 March 2010 at 01:57  

Maaf la.. sy ada masalah berfikir sikit.hehehe... nk cite je.. sy ada sorang ustaz bahasa arab (pelat arab bahasa melayu tunggang langang- orng kedah), jantung berlubang.. anak dia pun sama.. keturunan kot. Mgkn sbb dia bnyak berkongsi pengalaman, sy syg sangat kat dia.nak dijadikan cerita, ada satu hari ni, dia sakit jantung.. sy yg sihat ni pun rase nak tercabut jantung tengok dia sakit (ingat dia bergurau pada awalnya).. tp kadang2 muskil gak nak berdoa.. nak berdoa kesembuhan ustz ke? tak sampai hati pula nk buat begitu.. pening2.. boleh ke begini??

aSkiNg sOuL

Feeling alone?
Innallahha ma’ana

Saw evil act?
Inni akhafullah

Wishing something?
Fa’iza ’azamta fatawakkal’alallah

Missing somebody?
Ma fi qalbi ghairullah.

... syukran ...

Free Hit Counter Syukran 'ala ziarah ^_~

Silent Home

Silent Home
Bila emosi mengunci hati, lalu lahirlah ayat-ayat sepi sebuah monologku merentasi perjalanan menuju Rabbi :)

  © Template Lar Doce Lar por Emporium Digital Graphics Jenny's Grandchild and Irene's Corner

TOPO