"Ya Allah, jadikanlah hamba Mu ini mencintai orang beriman dan jadikanlah orang yang beriman mencintaiku."

(HR Muslim)
Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Third Birthday tickers

08 September 2009

Bukan Degil... Tapi

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah setelah tiada idea yang bermanfaat untuk dikongsikan, akhirnya idea datang mencurah-curah. Tetap juga tidak bermanfaat tetapi sekadar untuk menghiburkan hati sendiri, ujian itu tarbiyyah sabar itu indah! (",)

Beberapa hari ini kesihatan baik, tsunami dalam perut juga reda setelah ana tidak mengambil apa-apa ubat berunsur dadah. (yes, I am drug addict!) Tetapi lutut ana tidak mampu berdiri lama, menggigil bila berdiri lama. Jadi, inisiatifnya bila orang lain berpusu-pusu solat terawih di surau atau masjid, ana hanya tersenyum. Alhamdulillah, ana mengambil keputusan hanya solat di rumah saja. Setiap kali 2 rakaat ana akan berehat, memujuk kaki untuk terus gagah berdiri. (Eh, ana ni gagah apa... comel lak tu, hihi)

Alhamdulillah, Allah sentiasa mendengar bicara hati sang hamba... Akhirnya ana dapat juga ke masjid (yeay, abi upah tauuuu!) tetapi abi pesan ; "Jangan solat di tengah saff, jangan solat saff depan, jangan.. jangan... jangan..." Eh banyak pula jangan, majuk kang suh berhenti kereta tepi jalan baru tau. Tapi tak berani punya, gelap gulita tu kang maunye meronta nangis bukan sebab takut tapi sebab tak larat nak jalan balik rumah. Lalalala... Ada sebab abi pesan macam-macam, iya la dengan lutut yang tak kuat dan saraf tunjang yang masih ditekan tulang belakang yang mengakibatkan urat besar dari peha hingga ke tapak kaki sakit, bila berjalan tapak kaki perlu 'mengiring' sedikit.

Kalau solat di saff depan atau tengah, sekali kaki jammed nanti jemaah kiri dan kanan merasa pelik kalau ana terus solat dalam keadaan duduk.

"Kenapa tak solat atas kerusi, dah tahu sakit nak ruku'."

"Sebab nak sujud dengan sempurna (dek kerana ruku' memang tak sempurna)."

"Kalau tak nak solat atas kerusi, solat la duduk atas lantai."

"Kalau dibiar badan ni manja, takut tak boleh bergerak. Bila solat, gerakan badan sewaktu solat membantu saraf dan sendi untuk 'longgar'. Insya Allah."

Beberapa hari lalu memang ana ambil ubat sebab takut sakit nanti badan jadi seperti ulat gonggok dimana lutut boleh lipat hingga kepala... (gimnastik tuh, ok apa!) Tetapi memandangkan perut sangat tidak tahan bila diambil ubat dan berpuasa, maka... ku biarkan saja ubat-ubat itu. Ngeh ngeh ngeh... Tahan je lah, mujahadah. Hik hik hik...

Sekali Babah tanya: "Puasa tak?" (walaupun mengaku tengah sakit perut)

"Puasa..."

Sekali Babah slumber je cakap "degil..." Adus, sedihnya (huhuhu) bila semua orang cakap ana ni degil. Dah la ada seorang tu sejak 2 menjak 3 menjak ni membebel sokmo pasal makanan. Itu jangan, ini tak boleh. Sabar je lah, bebel sebab tak larat dengar ana mengadu macam-macam la tuh :P

"Sedihnya, jangan la cakap ana degil." Huhu, minta simpati :P

"Iya, tak degil tapi anak babah ni 'istiqamah'."

Ha, dengar tu adik, abang, kakak, pakcik, makcik, atuk dan nenek... Ana bukan degil, tapi istiqamah...! Lalalalalaaaaa...

0 leaves:

aSkiNg sOuL

Feeling alone?
Innallahha ma’ana

Saw evil act?
Inni akhafullah

Wishing something?
Fa’iza ’azamta fatawakkal’alallah

Missing somebody?
Ma fi qalbi ghairullah.

... syukran ...

Free Hit Counter Syukran 'ala ziarah ^_~

Silent Home

Silent Home
Bila emosi mengunci hati, lalu lahirlah ayat-ayat sepi sebuah monologku merentasi perjalanan menuju Rabbi :)

  © Template Lar Doce Lar por Emporium Digital Graphics Jenny's Grandchild and Irene's Corner

TOPO