"Ya Allah, jadikanlah hamba Mu ini mencintai orang beriman dan jadikanlah orang yang beriman mencintaiku."

(HR Muslim)
Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Third Birthday tickers

05 September 2009

Ya Muzammil

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah, sahur tadi dengan semangatnya memakan nasi (siap bertambah lagi) dan makan ubat. Yeay! Sahur awal sikit, kemudian makan habbatus sauda' dan tak la perut rasa penuh untuk solat Subuh. Beberapa hari puasa ni telah berlaku gempa bumi pada skala 9.9 ritcher yang mengakibatkan tsunami dalam perut. Subhanallah!

Kalau makan nasi sikit, tapi makan ubat masa sahur baru jam 10 pagi lutut dah menggigil sebab sakit perut. Kalau tak makan ubat, nanti boleh dengar khutbah jumaat edisi khas dari ummi dan abi. Ngeh ngeh ngeh. Maka, sahur tu nak tak nak kena juga makan nasi walaupun tekak rasa kembang je nak telan. Dos ubat tinggi, kalau setakat makan roti silap hari jam 8 pagi dah berguling-guling nak buka puasa mengalahkan budak kecil.

So, bulan puasa kena ubah jadual ubat. Ubat-ubat yang 'tak penting' tidak diambil bagi mengelakkan perut bertambah tinggi ombak tsunaminya. Hanya ubat-ubat yang membantu untuk menahan sakit saja diambil, itu la ubat yang dos tinggi pun sebab tu kena makan nasi sebelum makan ubat. Berselera je makan sahur walaupun muka yang lain macam 'masih tidur', kena selerakan juga supaya perut tak kena tsunami. Hihihi.

Pagi ini kejutkan Abang Cik sahur, al-maklum lelaki susah sikit nak kejut. Mula-mula ummi, Fadilah kejut tetap tak bangun juga. Bila ana dah siap makan, alhamdulillah kejutkan dia semula.

"Assalamu'alaikummmmmm" sambil tangan menggoyang-goyang kaki Abang Cik.

"Ya Muzammil (wahai orang yang berselimut)..." tangan masih ligat lagi gerakkan Abang Cik sahur. Keberkatan puasa ada di dalam sahur, insya Allah.

"Erm..." Ayat biasa setiap kali dikejutkan.

"Abang Cik nak bangun tak ni? Nak makan ke tak nak? Dah dekat pukul 5.30 (padahal baru 5.20 tapi betul la sebab guna perkataan DEKAT bukan SUDAH ~ psiko namanya :P) Kalau tak nak makan, tak nak gerak dah (sambil memegang secawan air teh untuk disahurkan oleh Abang Cik). Kalau nak makan, nak gerak sampai bangun."

Ummi yang dengar ana cakap "kalau nak makan, nak gerak sampai bangun" terus ketawa. Geleng kepala dengan kerenah anak-anak. Masa kecil, kerenah gaya kecil. Dah besar, kerenah gaya besar. Pinjam ayat abi:

"Masa kecil, gaduh nangis nak mainan. Dah besar, nak kawin pula. Dah kawin, nak apa pula agaknya" --> er, ayat ini BUKAN ditujukan kepada ana ye. Harap maklum.

TipS menggerakkan orang yang susah bangun:

Picit ibu jari kaki dengan perlahan-lahan, kemudian kuat sedikit dan kalau masih tak bangun picit ibu jari kuat-kuat. Kalau masih tak bangun, check nadi masih ada atau tidak. Kalau ada nadi, renjis air di muka kalau tak bangun juga boleh la kot nak simbah air sebaldi.


Sabar je mak ayah melayan kerenah anak-anak, tapi keinginan atau hajat mak ayah sangat susah pula anak-anak nak penuhi. Sebagai contoh paling mudah, mak ayah ajak anak-anak berbuka bersama di kampung tetapi anak dah berjaya, sibuk memanjang aje. Kerja sampai bila pun tak habis juga. Apa la salahnya hujung minggu berkorban balik jenguk mak ayah sekejap, mereka bukan nak makan macam-macam cuma seronok bila anak-anak balik, nak jumpa menantu dan cucu.

Lagi-lagi mak, macam-macam nak dimasak walaupun lututnya sakit. Walaupun menantu-menantu (perempuan) well educated tak membantu menghulurkan tangan meringankan beban, mak yang tua masih tetap 'terhegeh-hegeh' di dapur sendirian hanya kerana seronok bila anak cucu balik. Huhuhu --> ana merepek apa ni.

Semoga Allah menjadikan zuriat keturunan ku, orang-orang yang soleh dan orang-orang yang berakhlaq mulia. Ameen. :)

Read more...

04 September 2009

Jom Buat Pizza


Bismillahirrahmanirrahim...

(Er, sila hold dulu doa makan anda kerana masih lambat lagi azan maghrib nak berkumandang ye, pakcik bilal sedang qailullah jadi sila jangan buat bising)

Ana mendatangkan khas chef yang comel untuk berkongsi resepi pizza yang sememangnya sedap (insya Allah). Bagi yang rajin, sila la try untuk bertukar selera tapi bagi yang malas tu no komen lah. Sebenarnya Ibu Munira dengan Ayahanda Muzafar ternanti resepi pizza cik Syirah yang comel, saja nak bagi lewat untuk menguji tahap kesungguhan mereka (er sebenarnya ana refresh bahan-bahan dia, huhu).

Doh Pizza


Bahan-bahan:


[1] Tepung Roti (500 gram)
[2] Ragi Instant (11 gram-1 paket)
[3] Gula (1 sudu besar)

[4] Minyak (5 sudu besar)

[5] Air suam (300-350 ml)

[6] Oregano (1/2 sudu teh)

[7] Garam (1/2 sudu teh)

Cara-cara:


[1] Gaul tepung, gula, ragi, air suam dan finally baru minyak.

[2] Uli sampai lembut lebih kurang 30 minit dan biarkan doh kembang 2x ganda.
3] Bila dah kembang, tekan (untuk keluarkan angin) dan buat bulat-bulat (dapat 6 doh)


Sos Pizza


Bahan-bahan:


[1] Buah tomato (8 biji - rebus dan buang kulit serta biji)
[2] Tomato Puree (1 tin)
[3] Bawang putih (4 biji cincang halus)

[4] Minyak (untuk menumis)

[5] Oregano (secubit)

[6] Gula (3 sudu - ikut citarasa)

[7] Garam (secubit)


Cara-cara:


[1] Tumis bawang putih.
[
2] Masukkan tomato pureedan setengah tin air dan buah tomato.

[3] Masukkan gula, oregano dan garam.

[4] Sila jangan lupa tutup api... Hihi

Ramuan Pizza


[1] Sosej 1 paket (potong nipis-nipis)
[2] Nenas ring 1 tin (potong kecil-kecil)

[3] Bawang merah 4 biji (hiris nipis-nipis)

[4] Cendawan butang 1 tin (hiris nipis-nipis)

[5] Mozerella Cheese 1/2 kg (parut)

[6] Mix vegetable ~ terpulang ~

[7] Corn Beef ~ terpulang ~
[8] Oregano secubit (tabur atas pizza)

CARA BUAT Pizza


[1] Canai pizza bulat dan letak atas foil yang telah digris dengan minyak dan bakar 10 minit.

[2] Keluarkan pizza dan letak sos pizza yang dimasak tadi.
[3] Taburkan bawang merah yang siap dihiris.

[4] Susun sosej, cendawan, nenas dan letak sedikit sos pizza di atas.

[5] Tabur oregano.

[6] Bakar sehingga masak dan keluarkan sebentar untuk menabur mozerella cheese.

[7] Bakar sehingga cheese cair.


~ Enak dimakan semasa panas !


Kalau tak nak letak sosej, boleh juga letakkan tuna atau ikut selera masing-masing.


Ok, selamat MeNCuBa :)

Read more...

02 September 2009

Segenggam Tabah

Bismillahirrahmanirrahim.

Hajat di hati pagi yang sejuk membeku ni nak menulis resepi tetapi bagi mengelakkan insiden terliur dan gigit jari, maka k.i.v dulu. Insya Allah, malam atau dekat-dekat berbuka puasa (waktu Malaysia) ana taip resepi pula. Hihihi.

Puasa sempurna menahan rohani dan rasa,
Puasa sederhana menahan lidah dan juga anggota,
Puasa biasa biasa menahan lapar dan dahaga,
Lalu dimanakah puasa kita?
Adakah masih di tahap lama?

Dah masuk fasa kedua bulan Ramadhan. Fasa pertama Ramadhan ana lalui dengan hati yang girang, datang ujian mengetuk pintu hati tetapi Allah kirimkan kekuatan untuk menjadi 'slumber' dan berusaha menepis menggunakan ilmu yang diajarkan dari drama dragon ball (tipu-tipu, bukan suka tengok pun). Ujian sikit-sikit tu biasa la, Ramadhan kan bulan yang mentarbiyyah hati dan jiwa, juga bulan peperiksaan iman dan taqwa. Mudah-mudahan kita menjadi hamba yang bertaqwa. Insya Allah.

Pagi ini dapat sms bermakna dari babah, sharing la di sini. Buat tatapan mata dan hati ana sendiri, siapa yang mahu sila ambil dan kalau tak nak pun tak apa. :)

Manusia dibekali dengan 3 perkara.

[1] Nafsu
[2] Akal
[3] Marah

Mengagungkan nafsu lebih teruk dari binatang, tanpa nafsu jiwa pincang, orang yang dapat imbangi nafsu dipanggil bermaruah. Tanpa akal manusia umpama haiwan, mengagungkan akal umpama mulhid, mereka yang dapat imbangi akal dipanggil adil. Tiada marah, manusia dipanggil pengecut, terlebih marah manusia menjadi zalim manakala yang dapat imbangi marah akan dipanggil berani. Orang yang dapat imbangi ketiga-tiganya akan memperoleh sifat wara'.


Subhanallah. Ana petik kata-kata Saidina Ali karamALLAHu wajhah:

Barangsiapa yang banyak bicara, maka banyak pula salahnya,
Siapa yang banyak salahnya, maka hilanglah harga dirinya,
Siapa yang hilang harga dirinya, bererti dia tidak wara',
Sedang orang yang tidak wara' itu bererti hatinya mati.

Cukup la dulu sarapan rohani untuk pagi ini. Izinkan ana pula untuk mengukir kata di hujung jari. Tajuknya saja SEGENGGAM TABAH (moga Kak Mia juga diberikan ketabahan dan kesabaran, ameen) jadi memang ianya peribadi. Suka hati la nak tulis apa dalam blog sendiri kan, ngeeeee ayat kejam. Selagi tidak mengganggu akidah seseorang, insya Allah bak kata sahabat lain "blog kita, suka kita la..." Hihihi. Apa-apa saja la :)

Moga Allah mewariskan kelazatan iman kedalam hati ana yang semakin rapuh. Moga sahabat-sahabat sekalian juga diberikan kenikmatan iman dalam setiap langkah yang di atur. Perjuangan itu pahit kerana syurga itu manis. Tidak layak ana bicara soal syurga sedangkan tiada infaq tenaga dalam perjuangan, hanya kata-kata memujuk hati yang dapat dilakukan tatkala ujian singgah di tirai kehidupan. Fazkuruni azkurkum. Insya Allah.

Setelah 'review' dan 'refresh' ingatan terhadap memori silam yang tidak la gemilang pun, tetapi ana kena 'study' dan buat eksperimen pada badan sendiri. Hehehe. Setelah dikenangkan kembali, sebenarnya sudah hampir 5 tahun ana mengalami masalah tulang belakang mungkin disebabkan selalu jatuh dan bila pengsan orang tidak take a good care masa nak angkat ana. Tak berniat pun nak salahkan sesiapa, tapi ini sekadar ingatan ana la. Alhamdulillah, Allah masih berikan nikmat ingatan tersebut.

Selalunya setelah jatuh (sama ada terduduk, terbaring atau tergolek - aih macam tragis pula) dan bila sedar, ana 'melelong' bila berjalan. Gaya macam orang mabuk, huhu. Pernah beberapa kali kaki kiri jammed dan sangat sakit untuk digerakkan tapi ana sangkakan cramp saja (sebab ana tak suka susu, ku sangka kurang kalsium) :P Suatu ketika tiba-tiba kaki kiri 'jammed' dan jumpa dengan doktor, bila doktor pegang kaki hanya cakap; "Kerasnya kaki awak. Salah urat ni, saya tak berani nak buat apa-apa bimbang awak langsung tak boleh berjalan." Erk... Sapu je la cream panas (tak ingat apa namanya).

Selang beberapa hari, pergi rumah Mak Yah (mak angkat) dan bila Mak Yah tengok ana terseret-seret kaki, Mak Yah minta nak urut kaki (Mak Yah pandai urut tauuuu) dan bila Mak Yah pegang je kaki Mak Yah pun tak berani nak urut sebab katanya bimbang ana langsung tak boleh berjalan. Gurlp. Mak Yah gosok-gosok je, usap manja gitu. Huhu. So, bila sakit kaki ana pun buat derk je la sapu minyak panas lama-lama dia back to normal sehingga la akhir tahun lepas selepas sakit teruk sampai tak bangun dan tak boleh duduk apatah lagi berjalan, finally ke ortopedik dan sohih tulang belakang ada masalah. Kedudukan tulang yang lari menghimpit saraf tunjang, itu yang buat kaki jammed. Hihi, bukan jalanraya je yang jammed, kaki ana pun jammed jugak! :P

Selalunya kaki kiri je yang jammed, tapi lewat kebelakangan ni seperti yang dijangkakan kedua-dua kaki mula jammed. Subhanallah :) Tulang belakang yang menghimpit saraf tunjang buat kedua-dua kaki ana mula menjadi robot. Setiap langkah yang diatur perlu dengan hati-hati (sangat berhati-hati) kerana setiap geselan tulang belakang pada saraf tunjang hanya membuahkan tangisan tak henti-henti, ngeh ngeh ngeh. Sekarang (sehingga entri ini ditaip) untuk ruku' saja boleh menitiskan air mata ana, sangatlah sukar dan sakit tetapi ana tetap mahu menjalani kehidupan seperti biasa.

Ana masih mahu berjalan-jalan dengan kedua-dua kaki yang sakit kerana apabila ana 'merehatkan' kaki dengan mengurangkan berjalan dan ruku' serta sujud seperti biasa, ia semakin sukar dan semakin sukar untuk menggerakkan kedua-dua kaki.

Walaupun jauh di sudut hati tersimpan satu perasaan yang gundah gulana. Sebagai hamba yang mengimani qada' dan qadar Nya, ana husnudzon dan memujuk hati. Walaupun berusaha untuk tidak berfikir, tetapi akal dangkal ini masih panjang fikirannya.

...andai suatu hari nanti, Allah takdirkan ana lumpuh...

Subhanallah.
Alhamdulillah.

Itu lah yang Dia tulis, tetapi sebagai hamba Allah ana masih mampu melangkah dan mengorak langkah walaupun gusar di hati ummi wa abi semakin tinggi. Melihat keadaan yang worst, sebenarnya terapi yang sudah dilalui pun cukup membantu ana. Alhamdulillah, tetapi seperti yang dimaklumkan satu tulang ana bengkok pada kadar maksimum (melekat terus) dan untuk 'menarik'nya keluar ana sangat tidak mampu untuk menahan sakit tersebut. Sudah mencuba (sebelum ni) tetapi bila ana mula meronta-ronta, ahli terapi bimbang tulang akan menyentuh tulang lain. Jadi, kalau nak teruskan juga, mungkin dalam keadaan ana tidak sedar la.

Kadang-kadang, ana pujuk juga kaki (bukan hati je kena pujuk) untuk berjalan dan melangkah setapak demi setapak. Walaupun dengan kesakitan yang menjalar di segenap saraf tetapi, itulah yang termampu untuk ana lakukan pada ketika ini. Ana bimbang dan khuatir, andai saat-saat ini ana tidak manfaatkan sebaiknya, barangkali ana tidak mampu lagi sujud ke bumi, tempat ana bakal kembali kelak. Biarlah mencium haruman tanah, merasa diri HAMBA ALLAH agar sujud menyembamkan dahi di lantai kerana suatu saat nanti bila rebah jasad ini, ke tanah juga bersemadi.

Harap sahabat-sahabat tidak berkecil hati andai ana terkadang perlukan ruang untuk memujuk diri, ana sangka ana kuat untuk berdepan dengan ujian Allah tetapi rupanya masih lagi seperti anak kecil yang sering merengek. Moga kalian cemerlang dalam bidang masing-masing, cemerlang sebagai hamba Allah! :)

Semoga Babah cepat sembuh :)

Semoga hati kita bertambah lunak tika bersama Nya, kekurangan fizikal selalu menjadi kelebihan bagi hati yang sentiasa ingin dekat dengan Nya. Jiwa sentiasa terpujuk bahawa Allah rindu untuk mendengar bicara hamba yang 'terduduk' disapa ujian.

Kak Mia --> Be a strong girl..! Yeay, nanti buat aerobik lagi yerk. Jangan sedih-sedih. Life must go on with H.O.P.E... Syafakillah!

Read more...

01 September 2009

Mari Tunaikan Solat

Bismilahirrahmanirrahim.

Semoga kisah ini memberi manfaat kepada kita untuk renung-renungkan bersama. :)

“Ahmad! Pergi solat! Kalau tak mak pukul!”


“Diyana, kamu tidak faham bahasa ke? Pergi solat! Dah pukul berapa dah ni?”

Itulah dua senario yang berlaku di dalam kehidupan kita sehari-hari. Betapa perintah solat yang sangat indah menjadi sesuatu yang berat dalam kehidupan anak-anak dan adik-adik kita.

Kita sendiri barangkali mungkin pernah merasa tertekan dengan perintah solat. Na'uzubillah, moga Allah mengurniakan kita hati-hati yang ikhlas untuk taat kepada perintah Nya.

Ayuh kita lihat bagaimana Rasulullah SAW mengajak sahabat-sahabatnya untuk solat.

Dalam Perang Khandak, ketika kaum Muslimin penat menggali parit, Rasulullah berkata kepada Bilal bin Rabah, "Ya Bilal! Akim as-solah wa arihna biha", maksudnya, "Hai Bilal! Dirikanlah solat dan rehatkan kami dengannya".

Masya Allah! Betapa indahnya kata-kata Rasulullah SAW. Arihna biha bissolah, arihna biha bissolah, arihna biha bissolah. Ya Bilal, rehatkan kami dengan solat! Masya Allah! Kekasih Allah itu mengajak untuk mendirikan solat dengan kata-kata yang indah. Seolah-olah memujuk para sahabatnya untuk meninggalkan segala urusan dunia yang sangat memenatkan ini dan bertemu Allah, kekasih hati yang dirindui.

Di saat komputer dihubungkan dengan internet menggunakan modem, di saat Johor Bahru dihubungkan dengan Melaka menggunakan lebuhraya, maka hati manusia dihubungkan dengan Allah dengan perantaraan solat.

Alangkah indahnya andai kita dapat berbicara dengan anak-anak dan menyeru mereka dengan panggilan yang indah ketika solat.

“Ahmad, ayuh solat. Jom berbicara seketika dengan Allah yang mengurniakan Ahmad pelbagai nikmat”.

“Diyana ada masalah? Mari umi tunjukkan jalannya. Diyana ambil wudhu’ dan berbicaralah dengan Allah di dalam solat. Allah akan dengar permintaan Diyana”.

Alangkah indahnya andai kita dapat berbicara dengan anak-anak dengan panggilan yang begitu indah agar mereka sentiasa merindui saat dan ketika untuk solat. Ayuh kita lihat Surah Fatir ayat yang pertama:

Segala puji tertentu bagi Allah yang menciptakan langit dan bumi, yang menjadikan malaikat utusan-utusan yang bersayap: dua, tiga dan empat; Ia menambah pada bentuk kejadian makhluk yang diciptakanNya apa jua yang dikehendakiNya. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. (Surah Fatir:1)


Masya Allah, betapa indahnya membaca ayat-ayat Allah.

Seorang ulama’ di Azhar saat berbicara mengenai ayat ini berkata bahawa Allah mengurniakan malaikat Nya 2, 3 dan 4 sayap agar mereka berubudiah kepada Nya. Apa yang telah Allah berikan kepada manusia? Allah memberikan mereka 2 rakaat Subuh, 3 rakaat Maghrib, 4 rakaat Zohor, Asar dan Isya’ agar mereka bertambah akrab dengan Nya. Itulah solat, nikmat yang tidak terhingga buat hambaNya.

Moga Allah memberikan kita kemanisan untuk terus beribadat kepada Nya.

Read more...

aSkiNg sOuL

Feeling alone?
Innallahha ma’ana

Saw evil act?
Inni akhafullah

Wishing something?
Fa’iza ’azamta fatawakkal’alallah

Missing somebody?
Ma fi qalbi ghairullah.

... syukran ...

Free Hit Counter Syukran 'ala ziarah ^_~

Silent Home

Silent Home
Bila emosi mengunci hati, lalu lahirlah ayat-ayat sepi sebuah monologku merentasi perjalanan menuju Rabbi :)

  © Template Lar Doce Lar por Emporium Digital Graphics Jenny's Grandchild and Irene's Corner

TOPO