"Ya Allah, jadikanlah hamba Mu ini mencintai orang beriman dan jadikanlah orang yang beriman mencintaiku."

(HR Muslim)
Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Third Birthday tickers

31 August 2010

[Cerpen] Taman Hati

Bismillahirrahmanirrahim.

"Nikmat syurga itu extreme dan azab neraka itu extreme tapi kita gagal extreme iaitu bersungguh dalam beribadah. Bukan sekadar kuantiti ibadah tetapi extreme menjaga kualitinya!"

Suara abi menggetarkan saraf dan mengejutkan seluruh sendi yang masih dihurung kantuk. Sesudah azan pertama yang dilaungkan muazzin, aku segera membersihkan diri supaya segar dan lebih selesa untuk menunaikan solat Subuh. Sinonim di tanah arab, azan waktu subuh bergema dua kali. Azan pertama menggerakkan roh untuk membangkitkan jasad sujud kepada Rabbul Jalil. Azan kedua menandakan masuknya waktu solat.


'Allahumma hasibni hisaban yasira... Allahumma hasibni hisaban yasira. Astaghfirullah hal azhim.' (Ya Allah, hisablah diriku dengan seringan-ringan penghisaban. Ya Allah, hisablah diriku dengan seringan-ringan penghisaban. Ampunkan aku.)

Saat fajar menyinsing, kantuk yang dihurung sama dilepaskan dengan bergemanya suara abi. Tegasnya seorang pemimpin di dalam bahtera rumahtangga, adakala samudera bergelora namun tenangnya jiwa seorang manusia yang meletakkan Allah sebagai matlamat terus mengemudi anak-anak kapal agar tetap di jalan Allah.

Di dalam dunia ini, kita sentiasa diberikan pilihan oleh Allah taala. Tatkala Dia mengirimkan ujian dan musibah, kita boleh untuk mengeluh dan terus merungut tetapi ujian Nya tetap juga diberikan kepada kita, dan Dia juga memberi pilihan kepada kita untuk memilih sabar dan meredhai ketentuan Nya, Allah sentiasa bersama orang-orang yang sabar. Bukankah di dalam al-Furqan, Rabb berulang kali memberi khabar batapa cantiknya mereka yang memiliki sifat sabar.

"Orang yang redha tidak semestinya akan gembira tetapi mereka yang bergembira apabila diberikan musibah Allah taala insya Allah akan redha. Bukan mudah nak redha dan gembira dengan adanya musibah, ramai yang redha tetapi tidak gembira."

Abi mengelus lembut di ubun-ubunku, telapak tangan abi hangat membiaskan habanya. Tanpa disedari, kelopak mataku berair. Kasih sayang umpama pengecas kekuatan hati dan jiwa, kasih sayang menatijahkan kesempurnaan perasaan yang luar biasa, kasih sayang melambangkan keakraban dua jiwa. Andai cacat kasih sayang, maka lomponglah warna dan corak kehidupan. Dewasa kini, terlalu ramai manusia yang dahagakan kasih sayang sehingga menatijahkan hilangnya nilai kemanusiaan.

Di sana sini, manusia membuang bayi di tempat yang keji. Apakah mereka tidak takut dengan azab Ilahi? Apakah mereka lebih mendahulukan perasaan malu berdepan dengan manusia kerana membuahkan dosa dari penzinaan sehingga rela membuang bayi yang langsung tidak bersalah? Apabila meletakkan nafsu di hadapan dan menidakkan hukuman Allah terhadap mereka yang menyalahi syariatullah maka lihatlah kerosakan demi kerosakan jiwa dan perasaan manusia.

"Allahuakbar."

Telekung masih kemas di jasad, hati dipagut rasa sayu yang saling berpelukan dengan hiba yang menolak atma jiwa. Apakah mungkin undang-undang manusia melebihi undang-undang Ilahi? Bukankah Allah yang menciptakan manusia, telah difirmankan didalam al-Quran yang mulia.

Dialah yang membentuk kamu dalam rahim sebagaimana dikehendaki Nya. Tak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. [Ali Imran (3) : ayat 6]

Masakan Pencipta tidak mengetahui apa keperluan ciptaan Nya? Telah diberikan garis panduan, telah dikirimkan Nabi dan Rasul membawa kebenaran, apakah lagi yang mahu didustakan? Menanti azab neraka yang extreme baru mahu mengakui kebenaran Tuhan? Ya Allah...

Abi tenang, orangnya tegas namun hatinya selalu membiaskan kasih sayang melalui sinaran bebola matanya. Kesan demam denggi yang ku kutip semasa Kem Islah Remaja tiga minggu lalu masih bersisa, dua minggu menghuni Wad Mujahidah di Hospital Darul Taqwa menikmati tarbiyyah Allah benar-benar mengajar syukur atas nikmat kesihatan yang dipinjamkan Tuhan. Meski sakit masih menyelirat di urat dan sendi namun perancangan menunaikan ibadah umrah yang dirancangkan tiga bulan dahulu tetap diteruskan.

Jasad adalah medan ujian Ilahi, jasad hanyalah luaran. Hakikatnya, yang diuji bukanlah pada jasad tetapi pada roh dan juga iman. Allahu Allah. Mereka yang bermujahadah menghilangkan segala duka perasaan dan perit jasad yang diuji Allah dengan meletakkan Allah sebagai matlamat kehidupan pasti akan merasai manisnya di dalam kenikmatan iman dan Islam. Masakan nikmat tersebut tidak terasa kemanisannya, Allah yang memberikan cahaya hidayah dan taufiq Nya kepada manusia. Atas naungan Islam, nikmat bekalan iman yang dititipkan dalam perjuangan pasti gelincir langkah akan segera dipandu kepada matlamat asal ~ redha Ilahi.

Tertahan-tahan sakit sendi yang menyelirati tubuh, Subuh di al-Haram adalah kenikmatan berganda. Tidak terbendung perasaan cinta yang membugar di dada, moga ilham Nya memberi pengajaran untuk lebih bersyukur kepada Pencipta Agung.

"Humaira. Bersyukurlah kerana Allah memberi rasa syukur kepada kita, bersyukur di atas kesyukuran. Bertaubatlah kerana Allah memberi rasa kekerdilan kepada kita, bertaubatlah di atas taubat-taubat kita."

Ummi lembut berpesan saat lembut lidahku mengalunkan bait-bait dari surah Ar-Rahman, berlinang air mata ummi. Entahkan pawana ar-Rahman Ilahi menyuburkan rindu kepada Nya mahupun ayat-ayat dari surah Ar-Rahman menggetarkan jiwa ummi. Allah lebih tahu, Allah Maha Mengetahui segalanya.

"Semua yang ada di bumi itu akan binasa."

"Dan tetap kekal Wajah Tuhanmu yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan."

"Maka diantara nikmat-nikmat Tuhanmu, nikmat apakah yang hendak kamu dustakan?"

[Surah Ar-Rahman (55) : Ayat 26-28]

****

"Kenapa Kak Long pakai tudung dalam rumah?"

Hanisah Nasuha, adik bongsuku bertanya. Air mukanya memberi seribu satu ketenangan, anak-anak adalah mengikut fitrah. Mereka kekal di dalam fitrahnya sehingga manusia di sekitarnya akan mencorakkan sama ada kain putih (sifat fitrah kanak-kanak) dicorakkan dengan warna hijau, merah, coklat dan sebagainya.

Rasulullah juga pernah menitipkan pesan dalam sabdanya; "Anak yang lahir ke dunia ini, dilahirkan dalam keadaan yang suci bersih. Maka kesalahan ibu bapanyalah bila anak itu menganut agama Yahudi, Nasrani atau Majusi."

Seorang ketua rumah (suami/ayah) akan menanggung dosa kesalahan isi rumahnya. Seorang lelaki dipertanggungjawabkan ke atas 4 wanita (ibu, isteri, saudara perempuan, anak perempuan). Beruntunglah kepada lelaki yang mendapat habuan di dunia ini dengan kurniaan isteri solehah yang akan mewariskan keindahan akhlaqnya kepada zuriat penyambung warisan.


"Kak Long pakai tudung sebab ada lelaki dalam rumah. Selain abi dan Abang Hakim, Kak Long kena pakai tudung."

"Abang Luqman tu kan saudara kita, kena pakai tudung juga ke?"

"Iye dik. Walaupun Abang Luqman tu saudara kita tetapi kita tak boleh tunjukkan aurat pada dia."

Ramai yang terlepas pandang. Sepupu adalah golongan yang boleh dikahwini, maka aurat dengan mereka sama seperti ajnabi (seluruh anggota badan kecuali muka dan tapak tangan). Meskipun Islam menggalakkan umatnya untuk bernikah dengan mereka yang bukan dari kerabat namun Islam tidak mengharamkan pernikahan diantara sepupu maka wajib bagi seorang muslimah menjaga aurat dan pergaulannya bersama sepupu.

"Haritu Ateh tanya kenapa Kak Long pakai tudung, kak Long cakap sebab sayang ummi abi. Bila kita jaga maruah diri, secara automatik kita menjaga maruah keluarga dan agama. Seterusnya kita akan menyelamatka ibubapa kita dari azab Allah. Dalam surah At-Taghabun ayat ke 14 ada menukilkan pesan dari Allah bahawa '.... sesungguhnya di antara isteri-isterimu dan anak-anakmu ada yang menjadi musuh bagimu, maka berhati-hatilah kamu terhadap mereka....' menunjukkan bahawa mereka yang tidak berpegang kepada syariatullah akan saling bermusuhan."

Halimatun Saadiah tersenyum, adik perempuan yang paling akrab denganku.

"Betullah tu, kalau Kak Long jawab macam tu pada Adik mana la Adik nak faham. Kau ni pun Ateh, Kak Long gigit baru tau!"

"Ayat seterusnya Allah mengingatkan lagi bahawa 'Sesungguhnya hartamu dan anak-anakmu hanyalah cubaan (bagimu): di sisi Allahlah pahala yang besar.' Strive for mardhatillah!"

Halimatun Saadiah meneruskan bicaranya, adakala menjentik iman yang senipis kulit bawang. Allahu Allah.

"Insya Allah!"

Sahutanku tenggelam dalam perasaan. Betapa madrasah pertama bagi anak-anak adalah kedua ibubapa, ibu yang solehah dan bapa yang soleh akan berusaha mencorak keperibadian anak-anak dengan sunnah Rasulullah. Iman tidak boleh diwariskan dari generasi kepada generasi namun ilmu dan qudwah hasanah adalah usaha terbaik dalam membentuk generasi rabbani.

Anak-anak mungkin sukar mendengar bicara ibu dan ayahnya namun anak-anak jarang sekali tidak melihat perlakuan ibubapanya. Sentuhan tarbiyyah bukan hanya pada lisan namun kekuatannya adalah bagaimana kita mengaplikasi teori secara praktikalnya.

****

Ummi adalah seorang insan yang lembut hatinya, jiwanya dibaluti dengan perasaan yang tidak jemu berkorban untuk anak-anak dan keluarga. Keperluan orang lain dipenuhi dan didahulukan berbanding dengan kemahuan diri sendiri.

Abi adalah seorang insan yang sarat dengan kasih sayang, meski fizikalnya tersembunyi dari biasan perasaan namun binar matanya sentiasa menjadi bukti apa yang ada di dalam hatinya :)

Dedikasi terindah buat ummi dan abi yang dikasihi... Semoga Allah melimpahkan rahmat Nya ke atas kalian, memberkati usia dan kehidupan kalian, memberi keampunan Nya kepada kalian & meredhai kalian. Amiin ya Rabb.




31 Ogos 1985 ~ 31 Ogos 2010

Selamat Ulangtahun Perkahwinan yang Ke-25.

Dan Kami wajibkan manusia (berbuat) kebaikan kepada ibu bapanya, dan jika keduanya memaksamu untuk mempersekutukan Aku dengan sesuatu yang tidak ada pengetahuanmu tentang itu, maka janganlah kamu mengikuti keduanya. Hanya kepada Ku lah kembalimu, lalu Aku khabarkan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan. [Surah Al-Ankabuut (29) : Ayat 8]

LoVe iS WoNDeRFuLL,
Insyirah Soleha
Teratak 1052

Read more...

30 August 2010

Belumkah Datang Waktunya?


Bismillahirrahmanirrahim.

Salam 20 Ramadhan, selamat menduduki semester ketiga Ramadhan. Sudah 20 malam kita berterawih, sudah masuk hari ke-20 kita ditarbiyyah oleh Allah di dalam madrasah Ramadhan. Apakah perubahan yang sudah kita lakukan atau adakah keadaan kita masih juga sama seperti sebelum datangnya bulan Ramadhan?

Pada zaman dahulu, seorang lelaki bernama Fudhayl Bin Iyyad. Beliau merupakan seorang ketua penyangak. Pada suatu ketika, beliau ingin merompak sebuah kampung dan sebelum merompak beliau terlebih dahulu menghantar notis kepada penduduk kampung supaya keluar dari kampung tersebut. Hebat bukan? Sebelum merompak, dia bagitahu dulu notis supaya keluar agar dia boleh merompak. Kita zaman sekarang tak gentleman, nak merompak senyap-senyap pecah masuk rumah orang.

Ketua Kampung tersebut mempunyai anak perempuan yang mana amalannya ialah membaca al-Quran selepas dari waktu Isyak sehinggalah pagi. Dan apabila tiba hari yang ditetapkan untuk merompak... Anak perempuan Ketua Kampung tersebut tidak mahu meninggalkan rumahnya kerana ingin membaca al-Quran, kalau tinggalkan rumah beliau tidak dapat meneruskan amalannya membaca al-Quran sehingga pagi.

Semasa mahu masuk ke dalam rumah Ketua Kampung ini, Fudhayl Bin Iyyad pun terdengar suara orang membaca al-Quran. Amarahnya memuncak, sudah diberikan notis untuk keluar malah perempuan ini degil sekali untuk tetap berada di dalam rumahnya. Sebelum merempuh masuk ke dalam rumah, perempuan ini sedang membaca surah al-Hadid dan tiba di ayat yang ke-16.

"Belumkah datang waktunya bagi orang-orang beriman untuk tunduk hati mereka mengingat Allah dan kebenaran yang telah turun (kepada mereka), dan janganlah mereka seperti orang-orang yang sebelumnya telah diturunkan Al Kitab kepadanya, kemudian berlalulah masa yang panjang atas mereka lalu hati mereka menjadi keras. Dan kebanyakan di antara mereka adalah orang-orang yang fasik."


Fudhayl Bin Iyyad merasa sangat tersentuh, hatinya sangat sebak lalu beliau menjawab.

"Ya Allah, sekarang juga..."

Maka, Fudhayl Bin Iyyad bertaubat. Beliau mengembalikan kesemua harta yang pernah dirampas, memulangkan barang yang dirompak dan berkata kepada pengikutnya.

"Kalau kalian ingin mengikuti aku, maka ikutilah. Kalau kalian tidak mahu mengikuti aku, maka pergilah."

Kesemua pengikutnya bertaubat dan mengikut Fudhayl Bin Iyyad. Allahuakbar, penyangak pun wala' kepada pemimpin. Akhirnya, Fudhayl Bin Iyyad menuntut ilmu agama dan beliau menjadi seorang sufi yang abid (ahli ibadah) dan imam di Masjidil Haram.


Subhanallah hi wabihamdihi
Subhanallah hil azhim

Seorang ketua penyangak boleh berubah menjadi seorang abid. Rahmat Ilahi terlalu luas, pengampunan Allah terhadap hamba-hamba Nya sentiasa terbuka luas selagi mana nyawa ada di jasad. Betapa Allah kasihkan hamba-hamba Nya, barangsiapa yang dikehendaki kebaikan untuknya maka diberikan kefahaman dalam agama. Allah...

Cuba kita renungkan sejenak, seorang ketua penyangak yang bertahun-tahun menyamun, merompak dan merampas harta orang lain (mengambil hak orang lain) juga diberikan peluang oleh Allah taala untuk kembali kepada jalan Nya inikan pula kita... Manusia yang insya Allah bukannya perompak, penyamun. Masakan kita tidak boleh berubah?

Sudah 20 hari kita berada di dalam madrasah Ramadhan, apakah kita tidak mendapat apa-apa pengajaran dari tarbiyyah Allah? Kita sudah berada di penghujung Ramadhan, sudah melangkah ke 10 malam yang terakhir. Apakah hati kita masih tidak terusik dengan kalam-kalam Ilahi yang menyusup ke dalam gegendang telinga setiap malam semasa solat sunat terawih berjemaah di masjid? Adakah hati kita tidak bergetar dengan kalam-kalam Allah yang dibaca secara bertadarus selama 20 hari?

Hitam pekat sangatkah hati kita sehingga keras membeku, tidak dapat diubahkah diri kita? Apakah belum datang waktunya bagi orang-orang beriman untuk tunduk hati mereka mengingat Allah dan kebenaran yang telah turun (kepada mereka)?

Allahuakbar.

"Sesungguhnya lelaki dan perempuan yang muslim, lelaki dan perempuan yang mukmin, lelaki dan perempuan yang tetap dalam ketaatannya, lelaki dan perempuan yang benar, lelaki dan perempuan yang sabar, lelaki dan perempuan yang khusyuk, lelaki dan perempuan yang bersedekah, lelaki dan perempuan yang berpuasa, lelaki dan perempuan yang memelihara kehormatannya, kelaki dan perempuan yang banyak menyebut (nama) Allah, Allah telah menyediakan untuk mereka ampunan dan pahala yang besar."

[Al-Ahzab (33) ayat 35]

Wallahua'lam.

Mencari Cinta Nya,
Insyirah Soleha
Teratak 1052

Read more...

27 August 2010

Laksanakanlah Dengan Ilmu

Bismillahirrahmanirrahim.

Salam 17 Ramadhan. Semester kedua Ramadhan sudah berada di penghujung sebelum memasuki semester ketiga di dalam Sekolah Islam Ramadhan (a.k.a Universiti Tarbiyyah Ramadhan) dan menyambut kedatangan Syawal. Alhamdulillah, di saat semua orang sibuk bertanya tentang persiapan raya, ana bertanya pada zauj.

"Boleh tak raya nanti nak pakai baju kahwin haritu?"

Lalala... Untung kerana semua persalinan majlis akad nikah dan walimah tempah sendiri, sayang sangat rasanya kalau hanya pakai sekali dengan harga pakaian yang mahal (tetap juga nak kata mahal, kos sehelai baju -+ RM250) kemudian simpan sahaja. Sementara badan masih maintain cute, alangkah bagusnya kalau dimanfaatkan sebaiknya. Rasanya dah naik 2-3 kg ni, hoho! :)

Lagipun baru 3 bulan berkahwin, boleh lagi nak berlagak pakai baju pengantin. Tapi tak ada la nak pakai crown atau veil, hilang akal apa nak pakai macam tu nanti semua orang pelik. Bercakap tentang baju pengantin, terbitnya fajar Syawal nanti insya Allah ramai yang akan bernikah! Barakallahu lakuma wa baraka 'alaykuma wajamaa bainakuma fi khayr. Beberapa teman sudah pun mengirimkan kad jemputan, mabruk.

Ada yang sudah bernikah sebelum Ramadhan, maka Syawal nanti adalah majlis walimah. Ada pula yang akan menikah di bulan Syawal, mengikut sunnah Rasulullah menikahi Aisyah r.a. di bulan Syawal. Di antara perkara yang perlu disegerakan adalah apabila sudah bertunang, tidak perlu dipanjang-panjangan tempoh dan biarlah terus berkahwin.

Bila bicara soal majlis perkahwinan terutamanya di pihak perempuan ~ it's so complicated. Kata orang, kalau walimah di pihak perempuan mestilah dalam keadaan yang meriah (grand?) dan serba serbi 'dilihat' orang, tidaklah nampak ala kadar saja. Lebih-lebih lagi kalau anak perempuan sulung atau anak perempuan bongsu, maka majlisnya mestilah secara besar-besaran dengan kos yang besar juga!

Hantaran tak nak rendah takut orang cakap tak laku. Ada ijazah, kalau hantaran sekadar RM 2,000-3,000 tak setaraf dengan tahap pendidikan. Kalau orang kerja kilang pun hantarannya Rm 5,000 tak akan yang berijazah hantaran cuma RM 2-3 ribu saja. Iya tak? Inilah mentaliti dan realiti kini. Namun, di sebalik semua hamparan dunia ini masih ada berlian yang menyinar dan ianya tersimpan didasar, dimiliki oleh insan yang bukan calang-calang orang.

"Ustaz R dah akad nikah haritu dengan ayah mertua dia, ni nikah depan kadi pula."

"Oh, kenapa dia akad nikah 2x?"

"Kalau segi syara' dah sah tapi undang-undang di Malaysia kena nikah sekali lagi."

"Kenapa dia nikah awal ye?"

"Mudah nak bermuamalat dengan zaujah. Mas kahwin RM300 je."

Ana angguk dengan kata-kata suami, mas kahwin RM300 mungkin dirasakan TINGGI tetapi setahu ana pasangan ini tidak meletakkan hantaran perkahwinan. Maka, mahar hanyalah RM 300. Mungkin pasangan lain maharnya sekadar RM 80-100 tetapi wang hantarannya ya Rabbi...! Berpeluh lelaki mendengarnya.

"Zaujah dia belajar lagi ker?"

"Ye, buat medic di Republik Czech."

"Wow, future doctor. Mas kahwin RM 300 jer, bagusnya!"

Di saat wanita-wanita lain yang bakal berkahwin sedang merasa kecil hati melihat hantaran yang tidak seberapa ditambah pula dengan barang hantaran yang kurang bernilai, pakaian pengantin yang tidak vouge dan pendek kata impian perkahwinan ala puteri raja akhirnya menjadi ala kadar meskipun sudah beribu yang dilaburkan.

Seringkali ibubapa meletakkan kadar wang hantaran mengikut panduan taraf pendidikan anak perempuan, semakin tinggi tahap pendidikan si anak maka semakin tinggi juga hantaran yang diletakkan.

"Eh, susah aku membela anak aku sampai masuk universiti ko ingat aku nak bagi free?"

Astaghfirullah hal azhim, bukankah ianya adalah tanggungjawab ibubapa untuk memberi pendidikan kepada anak-anak. Apakah semua yang dilakukan terhadap anak-anak adalah menuntut balasan setimpal, maka semuanya mengharap dari manusia. Di mana letaknya Allah di dalam hati kita, apakah didikan yang diberikan kepada anak-anak sebelum ini adalah kerana masa depan ana bagi mendapat suami yang setaraf tahap pendidikan, dan mendapat 'habuan' pengorbanan membesarkan anak-anak dengan meletakkan hantaran yang tinggi?

Jadi, anak-anak dibesarkan bukan untuk kepentingan ummah tetapi untuk kepentingan diri sendiri.

"Mat, belajor rajin-rajin esok senang nak kojer. Nanti gaji tinggi, boleh aku numpang senangnyerrr..."

Matlamat hidup adalah untuk mendapat habuan di dunia. Itulah realitinya ummat Islam.

"Akak nak tanye... kawan akak tersepit antara mak & bakal zauj berkaitan pelamin... bakal zauj lulusan agama... dia bukan aliran agama.. tak tau how to explen.."

Ana melihat ke belakang, pengalaman berkahwin.

"Sejarah: bersanding ni datang dari india :) bakal zauj perlu menerangkan dengan hikmah kepada kawan akak atau perlu terus dengan bakal mertua. Semua ibu nak majlis perkahwinan anak mengikut adat resam yang sempurna, mengharapkan perkahwinan yang kelihatan sempurna dan mungkin bimbang dengan kata-kata orang sekeliling. Maklum, sekarang kalau tidak bersanding orang mudah menuduh kata mengandung luar nikah pula, nauzubillah.

Bila adat yang tidak selari dengan syariat ditolak, tidak ramai yang boleh menerimanya kerana menjunjung adat tanpa menyelidiki sejarah adat tersebut. Dalam hal ni kedua pihak harus memainkan peranan penting, sebagai anak sebelum berkahwin perlu menurut kata-kata ibubapa selagi sesuai dengan syarak tetapi dalam hal bersanding walaupun ada ulama' yang mengharamkan namun bicaralah dengan bahasa yang paling lembut dan hikmah bimbang mengguriskan hati ibu.

Sudah pasti bersanding selepas ijab kabul. Dan selepas ijab kabul, tanggungjawab seorang ayah dah berpindah kepada suami dan setiap urusan dunia akhirat isteri terletak di bahu suami. Pasti beban tersebut pada suami menanggung dosa isteri kerana bila bersanding pasti dihias-hias dengan keindahan pelbagai, dah tabarruj di situ... berdosa lagi.

Asal majlis perkahwinan ialah sunat muakkad bagi menghebahkan berita tentang perkahwinan tersebut namun kini perkahwinan umpama pesta dan banyak pula perkara yang dilarang oleh syariat.

Tuturlah dengan lembut pada ibu bahawa beliau (anak perempuan tersebut) dan bakal suami mahu perkahwinan yang barakah agar kehidupan berumah tangga nanti dimulakan dengan keberkatan dan keberkatan perlu dijaga dari awal (sebelum ijab kabul apatah lagi selepas ijab kabul). Memandangkan bersanding adalah adat yang datang dari india, ia tak selari dengan syariat Islam maka ia mendatangkan kerosakan pada barakah yang diharapkan.

Tambahan pula bila bersanding, ia seakan menjadi perhiasan dan seorang wanita solehah itu layaknya dijaga rapi bukan dipertontonkan seperti hiasan.

Pelamin boleh digubah tetapi SYARATNYA hanya untuk sesi bergambar bersama KELUARGA dan bukan sebagai pelamin yang akan diduduki untuk merenjis atau menepung tawar. Mungkin pelamin didekorasi sebagai tempat mengambil gambar dengan KELUARGA untuk kenangan dalam majlis perkahwinan.

Wallahua'lam bissowab."


Ana kasihan benar melihat bakal-bakal pengantin serabut dengan segala macam masalah dan perkara yang furu' sedangkan perkara yang utama seakan tenggelam. Katanya perkahwinan ini adalah membina masjid, masakan pembinaan masjid dicampur aduk dengan yang batil? Semasa tiba di Madinah, Rasulullah membina masjid Quba' dan asasnya adalah TAQWA. Iya, TAQWA. Pernah pula orang membina masjid di zaman Rasulullah dirobohkan kerana asanya bukanlah pada taqwa. Betapa pentingnya peranan taqwa dalam pembinaan masjid, dan masjid hanya layak diimarahkan dengan orang-orang yang beriman. Renung-renungkan...

"Sayang nak dengar satu kisah. Zaman dulu tak ramai orang kaya di Kelantan. Ada seorang hamba Allah ni nak beli kereta volksvagen, maklumlah nak beli kereta baru tak mampu jadi dia beli kereta terpakai. Bayar cash! Selesai beli pada penjual cina tu, dia pun bawa balik kereta. Dalam perjalanan, mati enjin. Dia buka bonet depan, tengok... Laaaaa, tak ada enjin. Dia dah marah sangat "tak guna punya cina, jual kereta tak ada enjin patut la kereta mati." kemudian, dia buka bonet belakang... Dia lega... "huh, nasib baik ada enjin spare"."


Ana tergelak-gelak dengan kisah yang diceritakan oleh suami. Memang la kereta volksvagen enjinnya di belakang.

"Apa pengajaran dari kisah ni?"

Ana masih bersisa tawa... Geli hati dengan kisah yang dibawa suami. Suami terus menyambung.

"Pengajarannya, bila kita nak buat sesuatu mesti ada asas. Maksudnya, nak buat apa-apa mesti dengan ILMU. Jangan ikut-ikut, kalau orang buat kita buat, tapi kita tak tahu apa yang kita buat."

Gurlp! Tawa dimatikan. Berfikir...


Insyirah Soleha,
Teratak 1052

Mode : tak sihat ^_~

Read more...

22 August 2010

Jamuan Berbuka Puasa

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah, harini sudah 12 Ramadhan. Mula memasuki semester kedua di bulan Ramadhan, muhasabah kembali apakah semester pertama dijalani dengan cemerlang? Apakah sekadar biasa-biasa saja, sama seperti tahun-tahun terdahulu?

Alhamdulillah, hajat nak mengajak sahabat datang berbuka di rumah terlaksana. Kawan-kawan zauj dan anak-anak huffaz juga sepupu dapat berbuka puasa di rumah. Selepas zohor mula memasak dengan zauj sehingga petang, masak sambil 'main-main', alhamdulillah bila dah hampir waktu berbuka sepupu pun sampai dengan misi bantuan. Hihihi, alhamdulillah.

Banyak kekurangan 'ditampung' dengan bantuan sepupu-sepupu -Kak Cik dan Angah-, hajat nak jemput bapa saudara di Kota Damansara dan Bangi ditangguh dahulu memandangkan rumah arusah jadidah tak cukup peralatan untuk menampung jumlah tetamu yang ramai pada satu waktu. Insya Allah, moga ada kesempatan di waktu lain :)

Selepas Zohor, zauj bertindak sebagai pemotong daging dan ayam (heee... thanks a lot!) dan ana seolah-olah jadi chef pula bagi arahan je nak buat macammana, tugas ana mencampakkan segala yang siap dipotong ke dalam kuali dan periuk. Lalalala... Best bukan? Menu yang simple mengikut kudrat fizikal sendiri, Rendang Daging dan Makaroni Sup. Selebihnya buah tembikai dan kurma, hihi. Zaujah kepada sahabat zauj datang membawa Butir Nangka, (sebelah utara memanggilnya Bubur Puteri Ayu) dan sepupu datang dengan murtabak, agar-agar dan air soya. Yummy!

Sepupu memberi komen, rendang ana jayyid jiddan. Pelik seketika. Bagi ana, rendang tersebut hanya tahap najah sebab boleh di makan kerana 'tak cukup rasa'. Mungkin sebab dah masak sendiri, aromanya tak menggiurkan ana untuk menikmati. Kalau orang lain masak, mesti lebih menyelerakan ~ oh, lepas ni Abang kene masak! :P Makaroni Sup pula dah rosib dengan alasan supnya habis di serap oleh sang makaroni, sup tinggal sikit je. Rasanya dah banyak sangat air yang diletak, tapi... sang makaroni menyerap dengan rakus. Eh, macam berpuasa je makaroni tu nak serap air. Huhu.

Awalnya zauj khuatir sebab ana tak buat kuih ataupun agar-agar sebagai pencuci mulut, tapi sedapkan hati zauj sebab zaujah sahabatnya bagitahu ana nak bawa Butir Nangka tersebut jadi ana pun rilek je. Lalalala... Semuanya dalam kondisi 'ala kadar', zauj risau tapi ana katakan padanya "Insya Allah, kalau berkat mesti cukup!" Alhamdulillah, makanan mencukupi malah berlebihan pula, mudah-mudahan berkat :)

Sempat pula kirimkan rendang dan makaroni kepada sepupu dan zaujah sahabat zauj... Sepanjang Ramadhan ni ana jarang sekali masak. Hidup umpama dalam syurga, masya Allah. Apa saja yang terlintas di fikiran teringat nak makan sesuatu, insya Allah akan dapat cuma bezanya lewat je kalau dalam syurga terus dapat. Ngeeee... Kadang kala hanya terlintas di hati dan dalam masa yang sama lauk masih bersisa, alhamdulillah Allah rezekikan juga apa yang terlintas.

Ada sahabat di HUKM cadangnya nak ziarah tapi kekangan masa dengan penglibatan lain, insya Allah moga ada rezeki untuk ke rumah. Selalunya ana menitipkan pesan pada sahabat, nak datang kena maklumkan awal sebab ana memang tak masak. Jiran dan surau selalu sangat memberi makanan, kalau masak memang membazir kerana makan hanya berdua.

Tadi, baca blog Kak Jie... Katanya bercadang nak datang dengan Kak Syida, insya Allah. Ahlen... Ahlen... :)

Hari Jumaat lalu, kak Syifa' datang tetapi tak dapat berbuka puasa bersama kerana Kak Syifa' sudah ada komitmen nak berbuka puasa dengan abang-abangnya di Rawang. Huk huk huk... Hari Sabtu pula Kak Syifa' nak ke kampung halaman setelah 2 bulan 'bersuka-ria' dan menatijahkan bonda merindukan puteri tunggalnya. Hehehe, kelakar masa Kak Syifa' datang... Sambut Kak Syifa' dengan sesuatu yang membuatkan beliau ketaq lutut. Hihi.

"Ya Allah, berani ustaz tinggalkan isteri dia dengan akak. Wahhh! Akak kena berterima kasih pada ustaz sebab memberi keyakinan pada akak."

Hehehe... Asyik tergelak je dengan Kak Syifa'. Ya, Kak Syifa' (penawar) sentiasa menjadi as-Syifa' ana. Di saat sedih dan pilu, Kak Syifa' selalu menjadi penghibur. Alhamdulillah. Di saat gembira dan bahagia, Kak Syifa' hadir untuk menikmatinya dengan ana. Alhamdulillah.

"Syirah, raya tahun ni di mana?"

Jeng jeng jeng. Soalan cepumas bersadur berlian, lalalala...

Lalalala... Nanti dah raya baru bagitahu raya di mana, kalau dah bagitahu sekarang nanti orang 'berebut' pula. Cukup la kali ni berebut dengan zauj je, kui kui kui :P

Diari Ramadhan kali ni, asyik mendengki zauj sendiri. Lalalala... Kalau Kak Bet selalu dengki dengan Hani (anak saudaranya), ana pula sentiasa dengki dengan zauj. Debush! Bila zauj ralit dengan assignment, ana conteng kertas di hadapannya... Sambil panggil "abang", bila zauj pandang ana angkat kertas 'i love you'. Lalala... Bila zauj muroja'ah al-Quran, mendengki juga 'baca la dengan kasih sayang' ditulis pada kertas dan tayang pada zauj. See, dengki betul. Sambil menyapu sampah, lalu sebelah zauj yang tekun buat kerja "eeiii.. busyukkkk!" Muahaha, tak ada kerja lain di bulan Ramadhan ni selain mendengki dengan zauj. Waktu sahur lagi dah mula bergaduh dengan zauj, isk... :P

Nasib baik tak kena sekeh, kalau dengan Kak Bet mungkin dah botak kepala ana hari-hari kena sekeh. Uhuks... :P

Kak Nur ~ Syukran jiddan atas kesudian datang ke rumah, jazakillah atas bubur yang sangat best tersebut. Kena minta resepi dengan akak. Hihihi :)


Selepas Ramadhan, nak jadi macam budak-budak ni ~ bersih. Insya Allah, strive for mardhatillah.

Salam Sayang,
Insyirah Soleha
Teratak 1052

Read more...

aSkiNg sOuL

Feeling alone?
Innallahha ma’ana

Saw evil act?
Inni akhafullah

Wishing something?
Fa’iza ’azamta fatawakkal’alallah

Missing somebody?
Ma fi qalbi ghairullah.

... syukran ...

Free Hit Counter Syukran 'ala ziarah ^_~

Silent Home

Silent Home
Bila emosi mengunci hati, lalu lahirlah ayat-ayat sepi sebuah monologku merentasi perjalanan menuju Rabbi :)

  © Template Lar Doce Lar por Emporium Digital Graphics Jenny's Grandchild and Irene's Corner

TOPO