"Ya Allah, jadikanlah hamba Mu ini mencintai orang beriman dan jadikanlah orang yang beriman mencintaiku."

(HR Muslim)
Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Third Birthday tickers

08 February 2010

Selimut Sabar

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah, syukur pada Allah atas nikmat dan kurniaan Nya. Syukran wa jazakumullah khair pada sahabat-sahabat yang setia memberi nasihat dan semangat pada ana, semoga Allah membalas kebaikan kalian dengan sebaik-baik pembalasan dari Nya. Hanya Allah saja yang layak untuk membalasi segala jasa kalian. Maaf pada setiap mesej yang tidak berbalas, masih ada yang setia menghantar mesej walaupun ana tak dapat nak membaca mesej tersebut. Ada hikmahnya hp rosak di saat ini :) -husnudzon-

Kalau sesuatu yang diperkatakan tentang kita adalah benar, barangkali boleh jatuh sebagai mengumpat dan sekiranya apa yang diperkatakan tentang diri seseorang bahkan ianya salah maka ia adalah fitnah. Na'uzubillah.

Dalam usia dunia yang sudah terlalu tua, fitnah umpama perencah kehidupan. Pemanis kata dan juga penyedap bicara, sana sini orang menabur fitnah dan menyebar sesuatu yang tidak sahih. Bukan sahaja yang jahil agama bahkan golongan yang 'diharapkan' untuk membawa kegemilangan Islam, mengembalikan keizzahan Islam yang dirobek dan tercalar juga tidak terkecuali dari menjadi agen-agen pembawa fitnah.

Ana bukan mahu memburukkan sesiapa dalam masalah ini, sekadar mahu melontarkan secebis perasaan yang terguris dan terhiris lantaran fitnah yang dilemparkan oleh orang yang tidak bertanggungjawab. Dan lebih malangnya lagi, fitnah itu dihebahkan oleh penuntut ilmu agama Allah yang mempelajari sunnah Rasulullah s.a.w.. Sekali lagi ana tegaskan, ana tidak mahu memburukkan sesiapa tetapi ini adakah ingatan yang sama-sama kita perlu muhasabah kembali.

Fitnah itu TERAMAT mendukakan. Tahniah kepada si penyebar fitnah kerana membuat ana terduduk dan termenung panjang berfikir, lalu ana menyiasat siapa la yang sungguh banyak masa untuk bercerita tentang ana. Maka, sebaris nama itu takkan dilupakan. Lebih mendukakan kerana ana TIDAK KENAL orang tersebut seumur hidup ana yang sudah 20 tahun 15 hari. Sekiranya yang membawa cerita itu seorang yang ana kenali, lebih mudah untuk ana berdepan dan bertanya apa masalah dia dengan ana, ada sesuatu yang ana lakukan sehingga dia sanggup mengaibkan ana sebegitu rupa. Namun, ana tidak kenal orangnya.

Ujian ini sangat berat untuk ana, bahkan ana terpaksa mencari jalan untuk menyibukkan diri dengan pelbagai aktiviti fizikal bagi mengelakkan dari terus-terusan menangis. Fitnah ini lantas membawa ana kepada Ummul Mukminin, Saidatina Aisyah r.a. yang difitnah oleh Al-Ifqi. Ya Allah, sedangkan Saidatina Aisyah yang begitu mulia difitnah sebegitu hina apatah lagi ana yang sedia hina ini. Ana menelan ujian ini namun duri-durinya sangat menusuk hingga kesihatan turut terganggu.

"Maaf, ana pohon selepas ini sekiranya dengar apa-apa cerita tentang ana di sana usahlah panjangkan kisah itu kepada ana. Tak berdaya ana nak mendengar, ana tidak setabah mereka yang boleh menelannya."

Lantas, menyibukkan diri adalah langkah pertama yang diusahakan sehingga akhirnya Cik Costocondritis datang menjenguk. Allahu Allah, bila Cik Costocondritis datang menjadi tetamu, bahagian kiri badan sudah mula lemah. Mengangkat sesuatu yang ringan saja sudah menggeletar dibuatnya. Sekali lagi, tahniah kepada penyebar fitnah tersebut (",)

"Dik, sebenarnya apa yang adik lalui ni bukan adik saja yang mendepaninya bahkan ramai lagi muslimah yang turut terkena tohmahan seperti ini."

Lalu, hati yang sejuk membeku lantaran hujan fitnah yang menimpa buat ana berdesir-desir.

Sekiranya ana 'mengharapkan' dia untuk merasai apa yang ana rasa, seolah-olah ana mahu mengaibkan saudara seakidah dengan ana. Tetapi, semasa penyebaran fitnah tersebut adakah dia berfikir tentang ana? Adakah dia terfikir bahawa ana adalah saudara seagama dengannya? Adakah dia merasa bahawa muslimah ini seorang yang sepatutnya dilindungi?

Sekiranya ana 'mengharapkan' agar dia merasai bahang tohmahan ini dengan lemparan yang sama kepada seorang wanita yang hampir dengannya, sama ada ibu, kakak, adik perempuan, bakal isteri mahupun saudara atau isterinya sendiri. Seolah-olah ana 'mendoakan' keaiban kepada seorang muslimah yang terpaksa menanggung kesalahan orang lain, zalimnya ana sekiranya mengharapkan perkara tersebut.

Sekiranya ana diam, ia seakan mengiyakan apa yang dilemparkan. Sesungguhnya ia adalah FITNAH yang amat berat. Lalu, tempoh bertenang dan muhasabah... Ana mengumpul semula kepingan-kepingan hati yang berderai, air mata yang tidak tahu sudah banyak mana tumpah dengan perkhabaran ini, dan paling menyedihkan ialah ianya melibatkan MARUAH seorang muslimah. Allahuakbar.

Apalah agaknya hati seorang AYAH kalau mendengar fitnah tersebut dari mulut orang lain. Apalah agaknya yang dirasakan oleh seorang AYAH kalau terus menganggap berita tersebut adalah kebenaran. Apalah agaknya perasaan seorang AYAH? Lalu, ana termenung panjang mencari jalan supaya ana mampu 'membuka mulut' untuk memberitahu kepada abi atas fitnah yang dilemparkan kepada ana, ianya sangat mendera hati dan emosi melihat reaksi seorang AYAH begitu. AYAH mana yang gembira tatkala mendengar anaknya difitnah? Saidina Abu Bakar sendiri sedih apabila Saidatina Aisyah difitnah.

Apalah agaknya hati seorang IBU kalau mendengar fitnah tersebut dari mulut orang lain. Apalah agaknya yang dirasakan oleh seorang IBU kalau terus menganggap berita tersebut adalah kebenaran. Apalah agaknya perasaan seorang IBU? Lalu, ana sering saja melarikan diri dari ummi kerana ana sangat bimbang terburai air mata di depan ummi. Saat ummi memanggil untuk diajak bersembang, ana lalu memberi alasan mahu segera solat, kemudian ana mendakap al-Quran seeratnya. Setitis demi setitis air mata menitis dan melimpah, subhanallah... Ummu Rumman juga terguris qalbunya tatkala mendengar anakanda yang dikasihi difitnah.

Sekiranya orang-orang yang diharapkan menjadi pembela deen berperangai sebegini, kepada siapa harus disandarkan harapan untuk membela agama? Renung-renungkan. Akhlaq begini pada seorang penuntut ilmu agama Allah yang belajar tentang sunnah Rasulullah, harus dia sendiri menjadi DOKTOR kepada dirinya sebelum merawat penyakit yang membarah pada masyarakat.

Kesal.

Sangat sedih dengan apa yang berlaku. Kalau sekiranya fitnah ini dilemparkan oleh seorang anak remaja yang masih memakai pakaian sekolah, ana boleh mengetepikan lagi kerana ia hanya kerana kurangnya rasional dan tidak matang menilai sesuatu dalam jangka masa panjang. Tetapi, yang melakukan perkara keji ini seorang penuntut di universiti... Universiti yang menjadi lambang keunggulan ummat Islam, aduh! Terduduk ana, termenung entah berapa lama.

"Kenapa akak asyik tidur je?"

Si Adik menjadi resah melihat si kakak asyik memejamkan mata, bimbang gugur lagi mutiara dari kelopak mata, biarlah dibiarkan pejam... Mudah-mudahan terlena dibuai mimpi indah. (",)

"Akak penat la dik... Tadi buat kerja."

Menahan badan yang menggeletar, sakitnya mencungap-cungap sendirian.

"Janganlah apa-apa jadi masa abi tak ada, tak pasal-pasal nanti kelam kabut bila terpaksa masuk wad..." Hati monolog kecil. Masih bermonolog dan terus bermonolog.

Dan... Sudah seminggu berlalu. Seorang sahabat menyarankan supaya diadakan usaha untuk menutup fitnah tersebut, tetapi... ana sendiri tidak tahu caranya.

Kalau si penyebar fitnah itu salah seorang pembaca .:: HaRuMaN MaWaR ::. yang pernah ana lukakan hatinya dengan kalamnya, ana mohon kemaafan yang sebanyak-banyaknya. Tidak mampu ana memaafkan perkara ini walaupun sudah berkali-kali dan sudah ramai yang memberi nasihat untuk memaafkan kerana ana mahu si penyebar fitnah itu sendiri meminta maaf dari ana, bukan ego tetapi supaya ana boleh tanya apa yang menyebabkan beliau memfitnah ana. Sekiranya kesalahan itu berpunca dari ana, boleh ana betulkan. Tetapi, ana tenggelam punca tidak tahu apa masalah beliau dengan ana kerana ana tidak pernah mengenali beliau.

Buat kamu, hentikanlah kerja tersebut. Masih banyak yang boleh dilakukan, pergilah talaqqi dengan syeikh... Tadahlah mutiara ilmu supaya balik nanti mampu menjadi mujaddid pembela agama.

Sekiranya kamu terus dengan pekerjaan ini, ana hanya mampu menahan kelopak air mata dari terus mengalir kerana kesedihan lontaran fitnah ini tidak sesedih mengenangkan deen yang dipersendakan oleh insan seperti kamu. Dan, bawalah kembali dirimu kepada Allah.

"Dik, masa dia melakukan perkara tersebut, imannya tidak sempurna. Maafkanlah, apapun dia masih seorang saudara seakidah kita."

Ana diam, memaafkan itu mudah tetapi melupakan itu payah.

Lalu hati berkata sendiri. "Sekiranya dia masih enak berbicara, maka... pengadilan itu ana tuntut di padang mahsyar kelak. Di hadapan Allah, Dia yang lebih mengetahui kebenaran dan Dia yang menjadi Hakim kelak..."

Suburkanlah iman di hati
Selalu menginsafi diri sendiri
Tiap ujian pembuka jalan
Untuk kembali kepada Tuhan.

Bukankah ini suatu dugaan
Dari Tuhan yang Pengasih Penyayang
Kita sekadar dapat merencana
Hanyalah Dia yang menentukannya.

Titis airmata jangan dipersia
Curahkan hanya kepada yang Esa
Semoga hidup kan lebih sempurna
Sinar bahagia pasti menjelma.

Mujurlah rahmat Nya membasahi hati kami sepertimana hujan menyimbah ke dalam hati dan banjir di pipi... Namun hujan rahmat Nya mendamaikan keresahan hati. Alhamdulillah, di saat kerapuhan hati ini, masih ada yang sudi menemani. Dan, masih bersalah menyelubungi diri kerana orang lain yang buat onar orang lain yang merasa bersalah.

Selimutilah hatimu dengan sabar.

"Tiada anugerah yang lebih baik selain peroleh sifat sabar..."

Bumi ambiya' itu mendidik dan menterjemahkan peribadi sebenar seseorang, usahlah terlalu bangga dengan sebaris nama seorang penuntut agama seadainya menjadi seorang yang mencalarkan maruah agama.

Ana bisa 'memaafkan' kamu... sekiranya kamu 'berdepan' dengan ana. Itu saja :) Dan orang yang benar tidak pernah gentar untuk berdepan, apatah lagi ana seorang anak kecil yang jahil sedangkan kamu lebih mengetahui apa yang kamu khabarkan kepada mereka... (",)

Entri ini tiada unsur-unsur marah, ia adalah luahan perasaan sedih dan kesal. Sekali lagi di ulang, tiada unsur-unsur marah :)

"Pesan pada ombak, jangan ditangisi pesisir yang terpisah, kerana hanya menghadir resah. Pesan pada angin, jangan berlalu seikut mahu, kelak ada yang bergoyang sendu."

Dan pantai hati ini masih goyah kerana kelmarin gelora ombak samudara mengganas... Izinkan pantai menjadi teman ombak kalau begitu sunnatullahnya, tetapi usahlah dibiarkan pantai menangis sendu kalau mahu sama-sama berganding bahu ^_~

Aiwah. Sempat lagi bersastera...!

Read more...

03 February 2010

Achtung! Jemputan

Bismillahirrahmanirrahim.

Achtung!
Pengumuman!

Tada...

Ana mewakili Otai Laman-MAP ingin menjemput warga Laman-MAP (forummers) yang begitu setia dengan Laman-MAP. Insya Allah, kami (ana, akhi Muhandis, ukhti Amiera dan ukhti anamuslimah85) akan mengadakan perjumpaan kecil seperti di bawah:

Tempat :

Melaka

Tarikh :

26hb Februari 2010 / Jumaat (public holiday)

Program bermula :

1530hrs-1730hrs - Hi Tea , Mahkota Hotel

1730hrs-1830 hrs - Sekitar Bandar Melaka

1830hrs - Masjid Selat - Maghrib / Jamak bagi yang musafir

2030hrs - Jika ada rezeki, kita makan malam beramai-ramai di Radix Fried Chiken, Mydin Mall, MITC, Melaka atau bersiar-siar di kawasan sekitarnya.

Kutipan wang bagi Jamuan Hi tea akan di maklumkan kemudian.

Bagi sesiapa yang BERMINAT untuk menyertai (kalau bukan forummer, boleh daftar sekarang). Oh ya, maaf kerana tidak sempat booking Dr Tengku Asmadi tetapi beliau sudah memberikan persetujuan kepada ana sekiranya FREE insya Allah beliau akan turun padang sama.

Jumpa di sanaaaaa...! ^_~

Sebagai rujukan, boleh rujuk topik ini. (Topik ini berstatus invisible ia hanya appear visible kepada ahli yang berdaftar sahaja. Sila login sekiranya anda salah seorang ahli Laman-MAP. Harap maklum)

Insyirah
Otai Laman-MAP.

p/s: Buat sahabat-sahabat, sekiranya ada pertanyaan boleh PM atau email pada ana yer. Sila jangan SMS kerana hp (013) ana mengalami masalah teknikal untuk melihat mesej dalam inbox.

Read more...

Warming Up MooD

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah. Dah 2 hari masak lunch lewat. Minggu ini abi tiada di rumah, out station maka ana dengan senang hati menggoyang kaki tangan untuk melewat-lewatkan masak. Selalunya jam 12 tengah hari dah siap masak, tapi memandangkan big bos out station, masak lewat la. Adik sampai rumah sekitar jam 2.30 petang, bisa bersenang lenang. ^_^

Hari ini multi tasking, sambil masak boleh balas e-mail dan juga vacum carpet lalu meng'update' blog. Nampaknya Bani Ali dah suam-suam kuku, selalunya penat dan pening baca email dari Pak Tam lalu dengan tidak sengaja tergelak dan tersenyum seperti kerang busuk. Pak Cik juga sudah memalaskan dirinya untuk update blog kerana sibuk dengan kerja, tengok blogroll yang tak bergerak, ana je lah yang tolong gerakkan. Ngeh ngeh ngeh!

Buat kali yang entah ke berapa my brother pujuk kerja dengan dia. Lalu, dengan suka hatinya cakap.

"Tak risau ke tetiap hari orang 'kidnap' singgit wat beli eskrem?"

"Oh, tak kisah nak amik singgit ke berapa inggit pun, kalau leyh menjawab di Padang Mahsyar, I tak kisah punyee..."

Adeh, hampes jer. Ingatkan dia cakap amik singgit wat beli eskrem tu kira halal, kata adik-beradik. Huhuhu. Memang dia bakal menggajikan ana bukan sebagai orang gaji yang diberikan gaji tetapi digajikan untuk bekerja dengan penuh dedikasi. Huhuhu.

"Susah la nak bagi orang lain jaga akaun, kerja la dengan Abang Cik."

Ana memang cerewat, hoh! Abi pernah memberi RM50 pada ana untuk membeli barang-barang dapur, lalu bakinya diberikan kepada abi sambil me'list'kan apa yang dibeli. Roti berapa hinggit, tepung sekian hinggit, gula 2kg sekian hinggit dan itu ini begitu begini. Last abi ketawa, baru ana sedar ana sedang berurusan dengan makhluk "rabun dekat" yang tak berapa nak ambil pot dengan apa yang ana sedang bebelkan. Ohoooo! Disebabkan tahap 'teliti' dan cerewet yang macam gaban tuh, Abang Cik hingga kini tak putus asa offer ana jadi pekerjanya. Orang sibuk cari kerja, ana lak kerja yang cari tapi ana jual mahal. Huhu.

Ana PERLU memaksa diri mujahadah untuk bercinta dengan Mujahid Cinta, haa... Itu la, semangat kobar-kobar ni kalau ada api dah terbakar kepala dek kerana semangat yang membara. Eceh, gitulah kononnya semangat ana tapi... Ana sememangnya sedang malas yang over cross lalu ana buat derk je untuk Mujahid Cinta. Isk isk, malas la nak bercinta dengan Mujahid Cinta, jadi ana dengan senang hati kena warming up mood ana dulu. Hihihi.

Mujahid Cinta bukannya Cinta Mujahid. 2 perkataan bila diporak-perandakan bakal menjadikan ia maksud yang sama sekali tidak sama. Bukan ana nak menukilkan cinta si Mujahid tetapi ana berusaha bercinta dengan seorang mujahid yang bercinta... cinta itu kan luas skopnya, dengan ibubapa pun memang selayaknya dicintai, dengan pekerjaan, dengan dakwah, dengan kampus, dengan buku dan lain-lain lagi. Lebih-lebih lagi cinta Allah, harus dikejar! Harus dicari! Harus mujahadah!

Tadaaa...! Izinkan patik memanaskan semangat patik yang nak terbakar ni.

*************

Hari ini aku menerima tetamu dari selatan Semenanjung Malaysia. Pak cik Umar Mukhtam dan sahabatnya. Umar Mukhtam sinonim dalam keluargaku, pak cik Umar Mukhtam merupakan sahabat baba dari alam universiti. Semasa baba menyiapkan tesis PhDnya, pak cik Umar Mukhtam sedang menyelesaikan pengajian pada peringkat sarjana muda sehinggalah menyambung pengajian di peringkat sarjana. Sering saja pak cik Umar bertandang ke rumah kami di Glassgow. Baba dan pak cik Umar sangat akrab, ikatan ukhuwah itu dilanjutkan sehingga kembalinya mereka ke tanah air.

Semasa baba pulang ke tanah air, aku masih di Glassgow berjuang sendirian di bidang perubatan. Sepanjang tempoh itu juga, pak cik Umar Mukhtam selalu menjadi 'baba' aku sementelah baba kembali menjadi tenaga pengajar di Universiti Sains Malaysia. Baba mengamanahkan pak cik Umar untuk tengok-tengokkan aku, jauh dari keluarga terkadang buat aku terlupa adanya mata yang tidak mahu aku tergelincir dari garis kehidupan islam.

Aku bersyukur. Allah memimpin dan menjaga aku sepanjang menghabiskan usia pengajian yang tersisa.

"Umar, asam pedas ini doktor yang masak."

Baba sengaja mengusik aku, terkadang aku yang sudah lali dengan makhluk Adam hanya tersenyum. Aku yang dibesarkan di kalangan para mujahid ini sudah terdidik untuk selalu diusik. Aku satu-satunya puteri dan selebihnya adalah putera buah cinta mama dan baba. Sudahnya, aku yang kebal tetapi masih memiliki sifat malu di hadapan lelaki. Kekebalan itu yang membuatkan aku menjadi malu, malu di hadapan lelaki walaupun sudah terbiasa berada di kelompok lelaki. Masakan tidak, aku punya empat orang abang dan tiga adik lelaki. Aku umpama sekuntum bunga di tengah sekumpulan kumbang.

"Doktor, jemput makan sekali."

Usik abang Muhaimin. Aku tersenyum lalu menghilang ke dapur. Aku sudah terbiasa, apabila ada tetamu dikalangan lelaki... Aku tidak mahu berada dalam kelompok mereka, biarlah aku di hujung dunia sekalipun. Hidup dikelilingi lelaki tidak membuatkan aku hilang perasaan malu untuk bersama lelaki ajnabi. Malu masih memagari diri.

...........

"Assalamu'alaikum Doktor Sayyidah. Uncle minta maaf kalau ada yang menyakiti hati doktor."

Ahad lalu, Nusaybah dan Rufaydah mengajak aku ke Konvensyen Belia Islam. Tanpa aku ketahui Pak Cik Umar Mukhtam juga turut sama dalam program. Pak Cik Umar mengajak aku, Nusaybah juga Rufaydah untuk menghadiri majlis ilmu di Gombak selepas maghrib. Antara panel yang turut dalam forum tersebut adalah Ustaz Alias, sahabat pak cik Umar yang datang ke rumah. Setelah selesai majlis ilmu di Gombak, kami bertiga ke rumah sewa Rufaydah untuk bermalam.

Selepas selesai forum, pak cik Umar menghantar SMS memberitahu bahawa Ustaz Alias meminta bantuannya untuk melamar aku. Ya Allah, diamku tak menjawab mesej tersebut. Pak cik Umar juga meminta pandangan aku terlebih dahulu sebelum menyuarakan hasrat Ustaz Alias kepada baba dan mama. Aku dilamar sebagai isteri kedua Ustaz Alias dan isteri Ustaz Alias juga sudah dimaklumi akan perkara ini, beliau juga sudah memberikan keizinan untuk Ustaz Alias berpoligami.

Malamnya, aku duduk merehatkan fikiran. Bagiku, memilih calon suami sama seperti memilih aqidah. Aku akan menjadi 'tawanan' kepada seorang suami, dengan kehidupanku sebagai seorang bakal doktor, pasti banyak waktu ku untuk masyarakat. Peluang cuti musim panas ini aku manfaatkan ziarah sahabat-sahabat disamping mempererat ukhuwah dengan keluarga, namun tidak menjangka ada yang lebih besar, lamaran dari Ustaz Alias.

"Ambillah masa doktor untuk mempertimbangkan. Uncle tidak akan memanjangkan perkara ini kepada baba kalau doktor tidak setuju."

Mesej itu juga turut aku abaikan.

.............

Setelah mengambil masa selama satu minggu, akhirnya aku menjawab mesej dari pak cik Umar Mukhtam.

"Assalamu'alaikum ammu, maaf ya. Saya tak mampu nak menerima lamaran Ustaz Alias, saya mahu habiskan pengajian."

"Wa'alaikumussalam doktor. Alhamdulillah, moga itu terbaik buat doktor. Salam kejayaan buat doktor."

.............

Petang itu, aku luangkan masa bersama Nik Hafizah, seorang teman yang mengambil bidang farmasi di kampus sama. Bertukar cerita cuti musim panas di tanah air, berkongsi pengalaman juga berkongsi resepi masakan.

Jadi anak rantau harus kreatif, tatkala rindukan masakan Malaysia... tidak semua resepi lengkap dengan bahan-bahan masakan, kreativiti akan menghasilkan lauk yang tersendiri.

Sejenak kemudian, mama menghantar SMS untuk aku segera menalifon mama. Pulang dari riadhah, aku segera menalifon mama.

Setelah bertanya khabar dan bertukar cerita, mama memulakan tujuan asalnya menyuruh aku menalifon.

"Sayyidah, 2 hari lepas uncle Umar datang."

Debar hatiku menantikan kalam mama yang seterusnya. Apakah pak cik Umar Mukhtam mahu memberitahu perihal lamaran Ustaz Alias? Bukankah pak cik Umar sudah berjanji tidak akan memanjangkan perkara ini sekiranya aku tidak bersetuju. Diam. Menanti kata-kata mama yang seterusnya.

"Iya mama, kenapa?"

"Uncle Umar ada cakap apa-apa pada Sayyidah?"

"Mengenai apa mama?"

"Lamaran."

Seperti halilintar yang menyambar. Panas telinga, merah muka, degup jantung terhenti seketika.

"Lamaran siapa mama?"

"Lamaran uncle Umar."

"Ha?"

"Uncle Umar melamar Sayyidah untuk menjadi isterinya. Dan, mama beri Sayyidah waktu untuk berfikir. Istikharah, semoga Allah membantu. Mama dan baba tidak kisah dengan apa juga keputusannya nanti, istikharahlah."

Allahuakbar. Pak cik Umar Mukhtam melamar aku untuknya? Aku sangkakan pak cik Umar mewakili pihak Ustaz Alias. Banyak perkara yang tidak dijangka hadir secara tiba-tiba.

Seingatku, selepas memberikan jawapan penolakan lamaran Ustaz Alias, sempat aku mengusik pak cik Umar Mukhtam.

"Uncle kahwin dulu... Suruh saya kahwin tapi uncle sendiri belum. Macammana uncle nak suruh orang buat sesuatu kalau uncle sendiri belum lakukan?"

Aku sangkakan usikan itu tidak membekas, rupanya satu sejarah terlakar. Tuhan selalu menghadirkan ujian yang kita mampu lalui, Allah berikan tarbiyyah dengan cara Nya sendiri. Kalau kita sangkakan hikmah itu adalah keindahan, keenakan dan kesejukan dunia... Maka teruslah berangan-angan kerana hakikatnya hikmah itu kebaikan dari Allah dengan cara dan kehendak Nya, bukan cara dan kehendak kita.

**********

Apa la melalut ni... Kesian Sayyidah, stuck lagi. Hihihi.

Okeh la, rendang pun sudah siap. Rendang daging ku merah semacam, wawawa... Sure pedas ni. Tak tahu dah berapa sudu gula yang dimasukkan tetap juga pedas. Emh, cili kering yang keras akan menatijahkan kepedasan yang juga 'keras'. Semoga ana tidak mengeras semasa makan rendang. Uhuks...!

Read more...

02 February 2010

Nota Musafir


Bismillahirrahmanirrahim.


Nota buat HATI : Tiada yang menjadi milik kita, semuanya milik Allah hatta nyawa kita juga pinjaman dari Allah yang perlu kita manfaatkan sebaik-baiknya dan perlu ingat kita mesti kembalikan nyawa kepada Pencipta Yang Esa bila diminta. Harus bersedia untuk mati. Harus bersedia untuk disemadi, persoalannya bersediakah kamu wahai diri yang hina?

Nota Buat IMAN : Memilih suami seolah sama seperti memilih akidah, jadi pilihlah yang terbaik dari yang terbaik. Allahummaj'alni hubbak wa hubba man ahabbak waj'al hubbaka ahabba ilayya minal maail baridi. Allahumma ameen. Jadi yang SOLEHAH sebelum berhajat kepada yang SOLEH. ~ tarbiyyah madrasah mujahadah ~

Nota Buat DA'EI : Apabila kita sendiri di uji dengan apa yang sering kita dakwahkan, itu petanda Allah sedang mendidik kita agar melaksanakan apa yang kita perkatakan. Bersyukurlah kerana Allah masih sudi mengingati kita dalam usaha kita mengingatkan manusia.

Nota Buat JIWA : Perasaan ditemani Allah merupakan penghibur dalam kesepian, pelindung dalam ketakutan, perencah keamanan diri, pencorak keceriaan jiwa, penawar segala duka. Peneman dikala senang dan payah. Hati terdetik diketuk rasa rindu pada Nya, kerana cinta pada Nya, hati redha menerima segala ketentuan dari Nya. Itulah tawakal pada Nya.

Nota Buat SRIKANDI : Hidup ini adalah untuk bersyukur. Bersyukur pada orang yang menyakiti kerana dialah orang yang menabahkan hatimu. Pada orang yang tidak mengendahkan dirimu kerana dialah yang memupuk berdikari. Pada yang menjatuhkan kamu kerana dia yang memperhebatkan potensimu. Pada yang mengujimu kerana dia memberi peluang mujahadahmu. Pada yang menyeksa kamu kerana dia yang menguji kesabaranmu. Bersyukur dengan segala ujian Nya kerana itulah tarbiyyah dari yang Esa.

Nota Buat MUJAHID : Andai perjuangan ini mudah, pasti ramai yang menyertainya. Andai perjuangan ini singkat, pasti ramai yang istiqamah. Andai perjuangan ini menjanjikan kesenangan dunia, pasti ramai yang tertarik padanya. Tapi hakikat perjuangan bukan begitu, turun naiknya, sakit pedihnya, umpama kemanisan yang tidak terhingga. Andai rebah, bangkitlah semula! Andai terluka, ingatlah janji Nya!

Nota Buat ANAK ABI : When you feel alone in a crowd, when you think no one can understand you, when you think your loves rejected by others, and when you hate your life just close your eyes and think about him who loves you truely, cares for you in your loneliness, dies when you cry. He is no one else but your sweet DAD. And YES, Im totally agreed.

Mungkin sahabat-sahabat ana cakap... "Macam kenal je dengan nota-nota di atas ni..."

Alhamdulillah, perkongsian dengan sahabat-sahabat memberi pengisian. Biarpun tanpa disedari namun ianya bererti. Sejak beberapa ketika ini, ana sangat suka membuat nota-nota kecil ini. Ada kalam dari sahabat, ada kalam hasil tarbiyyah Allah untuk ana muhasabah dan bermujahadah. Ianya satu perkongsian.

Cemburu melihat beberapa sahabat galak menulis. Ana juga rindu untuk menulis, tapi mungkin perlukan sedikit masa bagi merencahkan segala perisa dan adunan buat hati sebelum melangkah lebih jauh. Semoga 'Mujahid Cinta' mampu untuk ana ilhamkan sebuah inspirasi, pengorbanan, persahabatan dan paling penting keyakinan (iman) pada Allah.

* Menaip sambil mendengar lagu Taubat Seorang Hamba buat ana hilang tingkah merapu. Bagus juga ye... ^_~

Hati hiba mengenangkan dosa-dosa yang ku lakukan,
Oh Tuhan Maha Kuasa terima taubat hamba berdosa,
Ku akui kelemahan diri,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah... Terimalah... Terimalah... Taubatku ini,
Telah aku merasakan derita jiwa dan perasaan,
Kerana hilang dari jalan menuju redha MU ya Tuhan,
Di hamparan ini ku meminta,
Moga taubatku diterima...

Ana bertanya : "Hidup mulia atau mati sebagai syuhada..?"

Sahabat menjawab : "Ana mahu hidup mulia dan mati sebagai syuhada..."

Buat teman-teman, saja nak dedikasi sebuah lagu... Selamat berjuang!

Nota 1 : Rindu sangat dengan budak dalam gambar di atas.
Nota 2 : Pergi baby department, tengok baju baby girl dan teringat 'dia'. :(
Nota 3 : Dapat kerongsang mutiara warna ungu dari Sarawak, hadiah dari Kak Ai.
Nota 4 : Kek Lapis Sarawak dah habis makan, alhamdulillah.
Nota 5 : Bila baby Insyirah nak datang rumah Kak Insyirah lagi T_T
Nota 6 : Rindu pula dengan soalan Ayuni yang sangat banyak. Tunggu LTDC.
Nota 7 : Dapat kerongsang bentuk hati dari adik bucuk, hijau pilihan dia.
Nota 8 : Abi belanja satey dan slice cake untuk birthday girl. Nyummy.
Nota 9 : Ummi & Abang Cik belanja Ayam Kampung untuk birthday girl. *wink*

Terima kasih wahai Tuhanku... yang sentiasa melimpahkan rahmat Mu...

* mahu hibernate, seronok main nyorok-nyorok * ^_~

Read more...

aSkiNg sOuL

Feeling alone?
Innallahha ma’ana

Saw evil act?
Inni akhafullah

Wishing something?
Fa’iza ’azamta fatawakkal’alallah

Missing somebody?
Ma fi qalbi ghairullah.

... syukran ...

Free Hit Counter Syukran 'ala ziarah ^_~

Silent Home

Silent Home
Bila emosi mengunci hati, lalu lahirlah ayat-ayat sepi sebuah monologku merentasi perjalanan menuju Rabbi :)

  © Template Lar Doce Lar por Emporium Digital Graphics Jenny's Grandchild and Irene's Corner

TOPO