"Ya Allah, jadikanlah hamba Mu ini mencintai orang beriman dan jadikanlah orang yang beriman mencintaiku."

(HR Muslim)
Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Third Birthday tickers
Showing posts with label Baiti Jannati. Show all posts
Showing posts with label Baiti Jannati. Show all posts

29 July 2013

Cerita Dalam Rumahtangga #4

Bismillahirrahmanirrahim.

Saat embun malam mula menitis ke bumi, bicara sang suami membelai perasaan isteri. Kata-kata Rasulullah disantuni namun cinta Allah tidak diletak ke tepi.

Suami : Isteriku, malam ini tidak perlulah kamu menunggu untuk bertahajud. Aku tahu engkau sangat keletihan lantaran kandunganmu semakin membesar, rehatlah. InsyaAllah, esok kita akan mulakan hari baru dengan penuh semangat.

Isteri : Tidak mengapa wahai suami, aku sudah terbiasa solat tahajud setiap malam. Aku merasa rugi sekiranya aku meninggalkan solat tahajud pada malam ini.

Suami : Bukankah Rasulullah SAW pernah bersabda, apabila seseorang yang melaksanakan sesuatu amalan secara berterusan, pada saat dia kelelahan (penat) atau sakit, dia tidak mampu melaksanakan amalan tersebut maka Allah tetap mengganjarinya pahala yang sama sepertimana dia melaksanakan amalan tersebut?

Isteri : Wahai suamiku, aku tidak bertahajud kerana pahala dari Allah tetapi aku menginginkan zuriat di dalam rahimku ini sentiasa mendekatkan diri kepada Allah di saat lapang atau sempit, di saat kerehatan atau kelelahan. Aku mahu mendidik zuriat kita supaya sentiasa merasa dekat dengan Allah.

Suami : (tersenyum dengan jawapan dari isteri)

Isteri : Aku mahu kisahkan satu 'ibrah yang sangat besar semasa aku di Kaherah. Seniorku saat itu sedang sarat mengandung, pada suatu malam kami kelelahan dan terus tidur tanpa bangun bertahajud seperti kebiasaan. Malam itu, bayi di dalam rahim seniorku menendang dan terus menendang ibunya yang sedang tidur sehingga terjaga. Dan dia terus menendang sehinggalah ibunya bangun, berwuduk dan solat tahajud. Saat ibunya berwuduk dan bertahajud, barulah bayinya berhenti menendang.

Suami : Subhanallah. Allahuakbar.

Isteri : Seolah-olah bayi itu dapat mengetahui aktiviti ibunya, pada hampir setiap malam ibunya bertahajud pada waktu yang sama, bayi tersebut seakan menggerakkan ibunya dari tidur supaya bertahajud. Aku mahu, zuriat kita ini sentiasa dekat dengan Allah. Sentiasa menjaga hubungannya dengan Allah dalam apa juga keadaan.


Adaptasi dialog Anna Althafunnisa' dan Khairul Azzam di dalam drama Ketika Cinta Bertasbih : Dari Sujud ke Sujud.

Allahuakbar.

Betapa, pengaruh seorang ibu terlalu besar buat seorang anak. Beruntunglah pada lelaki yang menikahi wanita yang berjiwa mujahidah, dalam setiap gerak kerja dan hariannya hanyalah memburu redha dan cinta Allah. Meskipun payah, namun tidak semudahnya dia menyerah kalah. Wallahua'lam.

Ya Allah,
kurniakanlah kepada kami dan zuriat keturunan kami dari kalangan orang yang mendirikan solat. Amin.


Ummu Amir.

Read more...

13 February 2013

♥ Cerita Dalam Rumahtangga ♥ #3

Bismillahirrahmanirrahim.

Suami : Cepatlah, dah lewat ni. Itu la kan dah pesan bersiap awal-awal.

Isteri : Sekejap, dah nak siap pun.

Isteri memakai sarung tangan dan sarung kaki, duduk depan cermin. Bila dah berpuas hati dengan pakaian yang dipakai menepati tuntutan syara', baru keluar dari rumah.

Suami : Kenapa orang perempuan bersiap lewat?

Isteri : Sebab yang pertama, menyiapkan keperluan orang lain dahulu. Sebab yang kedua, banyak yang nak dipakai.

Isteri tersenyum pandang muka suami.

Suami : Complicated!

Isteri : Iya la, siapkan keperluan suami dan anak-anak. Bila semua kelengkapan dah siap barulah saya bersiap. Saya bersiap nak pakai baju, pakai kain, pakai skaf, pakai tudung, pakai sarung tangan, pakai sarung kaki. Kan banyak nak dipakai... Tak macam orang lelaki, pakai baju dan seluar dah siap!

Isteri masih tersenyum mempertahankan hujah.

Suami : Ye la, orang perempuan semuanya cepat. Cepat marah, cepat merajuk, cepat menangis, cepat itu dan ini. Satu je yang lambatnya... LAMBAT BERSIAP!

Isteri : (tutup mulut menahan ketawa)




Hikmahnya.

1. Wanita dan lelaki, Allah cipta dengan adanya perbezaan. Wanita makhluk yang Allah jaga sebaiknya, maka Allah perintahkan untuk memelihara aurat kerana aurat adalah maruah seorang wanita. Wanita yang beriman akan sentiasa mempertahankan maruahnya (aurat) walaupun diancam dengan pelbagai ujian.

2. Lelaki, Allah ciptakan sebagai pelindung kepada wanita supaya. Pelindung kepada keselamatan, keamanan, aqidah. Apabila seorang wanita keluar dari rumahnya, syaitan akan menghiasi wanita dengan keindahan-keindahan yang mana apabila lelaki lain memandang ke arah wanita, akan nampak pesona. Umpama sejambak mawar yang indah dihiasi pada wanita. Oleh itu, Rasulullah berpesan supaya wanita sentiasa ditemani oleh mahramnya apabila keluar bermusafir, untuk melindungi wanita.

3. Apabila suami dan isteri sama-sama memainkan peranan masing-masing dalam menunaikan tanggungjawab, secara sendirinya pelaksanaan hak terhadap pasangan masing-masing akan terlunas. InsyaAllah tidak akan timbul persoalan masing-masing menuntut hak ke atas diri dari pasangan sebaliknya sama-sama saling menunaikan tanggungjawab untuk keharmonian bersama.

4. Suami hendaklah bersabar kerana seorang isteri akan meraikan suami, mengutamakan keperluan suami dan anak-anak berbanding dirinya. Suami yang penyabar, insyaAllah akan lebih dihormati oleh isteri.

:)

Wallahua'lam.

Ummu Amir.

Read more...

09 February 2013

♥ Cerita Dalam Rumahtangga ♥ #2

Bismillahirrahmanirrahim.

Isteri : Kenapa perempuan, selepas berkahwin akan berisi?

Suami : Biasalah perkara macam tu, Saidatina Aisyah RA pun selepas kahwin semakin berisi.

(Dari hadith yang diceritakan oleh Saidatina Aisyah RA, diawal perkahwinan dengan Rasulullah SAW mereka berlumba lari, Saidatina Aisyah RA menang. Selepas beberapa ketika usia perkahwinan, Rasulullah SAW mengajak isterinya untuk berlumba lari dan berjaya mengalahkan isterinya. Lalu Saidatina Aisyah RA menceritakan bahawa ketika itu beliau sudah berisi.)

Nampak hikmahnya.

1. Suami tidak meletakkan isu wanita hamil atau bersalin mahupun menyusukan anak sebagai alasan menjadi gemuk kerana Saidatina Aisyah RA tidak memiliki zuriat (hamil mahupun menyusukan anak).

2. Suami memandang kecantikan seorang isteri bukan pada fizikal, tetapi disebalik yang tersembunyi iaitu kecantikan dalaman seperti sifat keibuan, penyabar, penyayang dan santun dengan keluarga.

3. Seorang suami apabila melihat keindahan akhlaq seorang isteri, akan melihat nur di wajah isterinya yang mana akan mencantikkan wajah isteri dengan sendirinya. Rupa yang cantik tidak menjanjikan akhlaq yang cantik namun akhlaq yang indah insyaAllah akan membiaskan nur di wajah isteri.



Tidak mengapa kalau tidak layak untuk menjadi model.
Berusahalah untuk menjadi seorang role-model.

:)

Wallahua'lam.

Ummu Amir.

Read more...

04 February 2013

♥ Cerita Dalam Rumahtangga ♥

Bismillahirrahmanirrahim.

Kisah 1.

Seorang suami yang baru pulang dari pejabat, dengan keletihan yang menjalar segenap urat dan sendi seluruh tubuh membuka pintu rumah dan melihat 'hidangan istimewa' yang dibuat oleh anak-anak berupa mainan yang indah dihias di atas lantai, baldi, sudip dan kuali tidak ketinggalan menghiasi pemandangan di ruang tamu.

Dengan penuh senyuman memberi dakapan buat anak-anak dan mengutip satu demi satu 'hiasan' yang dibuat oleh anak-anak ke dalam bakul permainan, mengambil baldi dan menyimpan semula ke tempatnya, mengutip sudip dan kuali untuk diletakkan semula ke dapur. Melihat si isteri yang sedang memasak, suami sambil tersenyum membuka peti ais dan mengambil botol air yang berisi air sejuk. Duduk dan menikmati.

Di hatinya, mungkin isterinya tidak sempat mengemas rumah atau barangkali sebenarnya entah sudah berapa kali dikemas rumah tetapi tetap juga 'dikemas' semula oleh anak-anak. Lalu, dia menghulurkan bantuan untuk mengindahkan pemandangan mata. Isterinya juga seorang manusia, ada penatnya, ada letihnya. Bukanlah robot yang menyiapkan segalanya tip top tanpa ada kekurangan. Dia pasti isterinya sudah berusaha sebaiknya untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai isteri dan ibu kepada anak-anak.

Buat sesuatu bukan kerana isteri dan anak-anaknya tetapi kerana Allah dan cintakan sunnah Rasulullah. Rasulullah menganjurkan untuk berbuat baik kepada keluarga, maka sebaiknya dialah sebagai suami dan bapa menjadi contoh terbaik sebagai ikutan kepada isteri dan anak-anak. Dia telah meneladani sunnah Rasulullah dan mengamalkannya di dalam kehidupan. Hatinya berbunga-bunga. Terima kasih Allah!




Kisah 2.

Seorang isteri setia menunggu kepulangan suami, jam sudah melewati malam. Hidangan belum disimpan kerana bimbang suami sedang lapar apabila tiba di rumah. SMS dihantar, suami memaklumkan belum makan. Isteri dengan senang hati memanaskan kembali lauk dan sedi untuk menghidang. Suami tiba di rumah beberapa ketika, dan memaklumkan mahu keluar bertemu dengan rakan lama. Si isteri lalu tersenyum.

Alhamdulillah. Lauk sudah dipanas, biarkan sejuk semula sebelum disimpan ke dalam peti ais.

Memang boleh untuk merasa kecil hati kerana sudah menunggu dan menyiapkan makan malam untuk suami, dan suami sedikit pun tidak menjamahnya tetapi perasaan itu ditolak ke tepi.

Buat sesuatu bukan kerana suaminya tetapi kerana Allah. Allah yang memerintahkan seorang isteri untuk berbakti kepada suami, Allah yang memerintahkan seorang isteri untuk melayani suami sebaiknya. Jadi, Allah meletakkan suami sebagai wasilah dan jalan untuk buat amalan soleh. Maka, perasaannya menjadi berbunga-bunga. Terima kasih Allah!


Kisah 3.

Seorang ibu memasak sebaik mungkin dengan keadaan kesihatan yang sedang diuji. Selesai memasak, dihidangkan makanan buat anak-anak tetapi ada yang mengadu tidak berselera untuk menjamah makanan, ada yang makan tanpa banyak berbicara.

Si ibu duduk, menenangkan diri. Boleh saja merasa sakit hati kerana anaknya tidak menghargai masakan yang diusahakannya dalam keadaan menahan sakit tetapi dia memilih untuk berdiam dan menenangkan diri.

Allah berikan anak-anak sebagai anugerah dan juga sebagai ujian.

Allah yang menyuruh ibubapa mendidik anak dengan baik, bukan untuk dibalas jasa apabila tua, bukan untuk mendapat habuan dunia selepas anak-anak berkerjaya tetapi untuk Allah. Ya untuk Allah, maka dia berusaha untuk meleraikan perasaan sakit hatinya, melepaskan perasaan tersebut jauh-jauh lalu mengambil makanan yang sedia dimakan, disuap perlahan-lahan ke mulut anak.

Mendidik anak bukan untuk diri sendiri, tetapi untuk Allah. Kerana Allah yang menyuruh memberi didikan agama. InsyaAllah, apabila anak diberikan didikan agama maka si anak tersebut dengan sendirinya akan berbakti kepada kedua ibubapanya, kerana anaknya juga berbakti kepada ibubapa disebabkan oleh Allah.




Pasangan yang paling mendalam cintanya kepada Allah akan paling mendalam cintanya terhadap pasangannya!


Dari Allah kita datang.
Kepada Allah kita kembali.
Maka, hiduplah untuk keredhaan Allah.
Bukan selain Nya! :)

Wallahua'lam.

Ummu Amir.

Read more...

aSkiNg sOuL

Feeling alone?
Innallahha ma’ana

Saw evil act?
Inni akhafullah

Wishing something?
Fa’iza ’azamta fatawakkal’alallah

Missing somebody?
Ma fi qalbi ghairullah.

... syukran ...

Free Hit Counter Syukran 'ala ziarah ^_~

Silent Home

Silent Home
Bila emosi mengunci hati, lalu lahirlah ayat-ayat sepi sebuah monologku merentasi perjalanan menuju Rabbi :)

  © Template Lar Doce Lar por Emporium Digital Graphics Jenny's Grandchild and Irene's Corner

TOPO