"Ya Allah, jadikanlah hamba Mu ini mencintai orang beriman dan jadikanlah orang yang beriman mencintaiku."

(HR Muslim)
Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Third Birthday tickers

18 November 2010

Pengumuman : Bicara Pedusi Miliknya :)

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah. Setelah 4 hari menamatkan Contest : Siapa Nak Buku? dan ana blogwalking semua penyertaan, tak tahu nak pilih yang mana satu sebab semuanya OK tapi adat pertandingan bukan semua dapat memiliki hadiah apatah lagi ana hanya punya satu sahaja hadiah untuk ditawarkan. Kalau penyertaan hanya seorang, pasti mudah untuk ana buat keputusan. Ada 25 penyertaan melalui blog, email dan juga facebook. Terima kasih atas kesudian kalian. :)

Ada seorang editor Galeri Ilmu yang turut menyertai, terfikir untuk 'hadiahkan' kepada beliau tambahan pula sudah lama mengenali di ruangan maya dan boleh minta beliau berikan pendapat, saranan dan kritikan bagi menambah baik mutu penulisan. Tetapi, perlu adil kepada semua orang. Tak tahu nak pilih siapa. Ada yang berjaya buat ana mengalirkan air mata, tersenyum dan ada yang menggelikan hati kerana gorengan ayat sampai tahap hangit. Serius! Pandai sungguh bodek :P

Penyertaan pertama di hari pertama setelah beberapa jam membuat entri tersebut, seorang revert yang meluahkan isi hatinya "Kenapa Saya Perlu Mendapat Buku Ini Dari Puan Insyirah" buat air mata ana mengalir, speechless. Beberapa hari kemudian, another revert yang menyertai dan ana speechless sekali lagi. Tak tahu nak cakap apa, buku ini bukanlah sebuah sandaran kepada pencarian. Bimbang mereka yang meletakkan harapan tinggi akan rasa sesal setelah menyelusuri isi-isinya. Ana juga menulis dalam keadaan entah apa-apa, sometime under pressure, bimbang tulisan tidak memuaskan.

Dari 25 penyertaan, akhirnya ada satu penyertaan yang paling unik. Berbeza dari penyertaan yang lain, ana memilihnya untu memiliki buku ini bukan kerana yang lain tak bagus tetapi dia berjaya 'mempermainkan' perasaan ana, dicampur senyuman dan geli hati juga ayat yang menyentap tangkal jantung. Dup dap dup dap...



Assalamualaikum..
kehadapan Puan Insyirah yang kini berada di atas kerusi dan membaca surat saya ini diharap sihat-sihat selalu dan bahagia menjalani kehidupan di 'Desa sementara' pinjaman dariNYA berbekalkan jiwa yang bersih, hati yang putih dan amal yang mulia. AMIN..

Tujuan utama surat ini saya utuskan untuk memberitahu tentang keinginan saya untuk menjenguk dan merasai kehalusan, kecomelan baby Ummi Insyirah. Untuk memiliki mungkin amat sukar sekali kerna ia semestinya hanya milik Ummi Insyirah tetapi saya hanya ingin meminjam segala isi hatinya untuk saya turut merasa n mewarnai hati serta jiwa saya lebih mendalam. Insyallah.


Kenapa Saya Perlu Mendapat Buku Ini Dari Puan Insyirah.
Kerana Kulitnya. ini bukan kerana kulitnya yang lembut dipandang tetapi kerana saya ingin benar2 memegang buku itu. tertanya-tanya di fikiran adakah kulit yang cantik itu boleh saya pegang dan berharap kecantikan kulit itu diiringi dengan kehalusan kulitnya. adakah kehalusan kulit dan kecantikannya juga mempunyai hati yang lembut, tabah, kental atau jitu dalam menjalani kehidupan di perantaun. saya ingin mengenali Durrah Fatinah di bumi mesir. turut sama merasai pengalaman hidup dan cabaran sebagai pedusi islam. semoga perjalanannya boleh membuat saya tabah dan memberi nafas yang baru dalam mengenal pencipta diri ini.


Kerana Peribadinya Ummi Insyirah. saya mengenali .::HaRuMaN MaWaR::.: beberapa minggu yang lalu melalui bingkisan cerita penuh menyayat hati Saya sudah bertunang. berusaha untuk mengikuti lain2 cerita tetapi ia sudah diprivasikan. namun, alhamdulillah selang beberapa hari saya berjaya setelah pemiliknya memberi keizinan. sehingga kini masih belum smua coretan hati itu saya baca. kisah yang dipaparkan membuatkan hati sayu, terasa diri ini kerdil di mataNya, merasakan saya punya begitu banyak kelebihan tetapi tidak mensyukuri apa yang diberi. dengan melayari satu persatu bait-bait itu, tanpa sedar ada ketikanya mata kabur sehinggakan bibir mata menghadiahkan titisan keinsafan dalam diri. ia membuatkan saya ingin lebih dekat denganNYa. Moga Bicara Pedusi ini turut memberikan hadiah yang berharga buat jiwa saya yang kering, semoga ia dapat menyirami jiwa ini sehingga tumbuhnya bunga2 supaya lebih bersedia andai saya dijemputNYA. Insyallah.


Ummi Insyirah, sebelum tinta ini dilipat dan disimpan rapi, diharap ayat2 ini memuaskan hati. Dan usahlah berbelah bagi andai tinta ini tidak terpilih kerna mungkin bukan rezki saya memilikinya. Dan tahniah buat penerima bertuah itu. Jangan risau, pasti saya akan memiliki Bicara Pedusi suatu hari nanti jika ada rezki walaupun tanpa tandatangan. Inysallah. tetapi jika saya yang bertuah (nak jugak tu~~) mohon Puan Insyirah mencoretkan bait2 indah sebagai semangat saya untuk terus dan berusaha mencintaiNYA. (banyak page pun xpe.. hihihi)


Akhir kata, terima kasih kerana sudi membaca surat ini dan mohon maaf jika ada kata yang menguris hati sesunggguhnya yang elok itu dariNYA dan yang salah itu dari hamba yang daif ini. sekali lagi maaf jika surat ini mengganggu hari2 Puan Insyirah.

Sekian.Terima Kasih. Wassalam.

PESANAN BUAT BICARA PEDUSI
kau jauh untuk aku gapai
terpaksa bersama saingan yang ramai
dari jauh ku pandang sungguh elok rupamu
tapi sayang mungkinkah kau dapat ku rasai

disini, kau hanya satu
asalmu jauh beribu batu
kerna itu aku inginkanmu
mahukah kau datang padaku

akan ku tunggu akan ku miliki
mungkin engkau pendamai hati
meneman jiwaku yang sepi
semoga engkau ada disisi


Maka, ana umumkan http://akubdkkampong.blogspot.com sebagai pemilik Bicara Pedusi. Ok, ana sendiri tak ada simpanan. Special buat kamu :)



T
A H N I A H


Tolong hantarkan nama penuh, alamat & nombor talifon kepada ana bagi tujuan penghantaran :)

p/s : Terima kasih banyak-banyak kepada semua yang sudi menyertai contest.

Salam Pedusi,
Insyirah Soleha

15 leaves:

nunama 18 November 2010 at 10:17  

Subhanallah.
Saya baca pun, tersentuh betul.
Betul-betul mengusik jiwa.
Kena betul dengan hati.
Tahniah kepada pemenang. :)
p/s: nanti, buat review ye novel tu. ;)

Ika Zul 18 November 2010 at 10:48  

sama-sama dan tahniah pada pemenang:)

Unknown 18 November 2010 at 10:57  

Salam Insyirah...

Tahniah untuk yang berjaya memiliki buku Bicara Pedusi ini... Semoga buku tersebut akan menjadi amal jariah yang akan sentiasa mengalir, Insya'Allah....

Tkasih sebab bagi peluang berkongsi cerita bersama Insyirah...

Salam dan teruskan menulis ya... :)

Cahaya_Kebahag!aan 18 November 2010 at 12:08  

salam buat puan insyirah..
alhamdulillah..
terima kasih atas hadiah ini.. sangat2 terharu dan terkejut..
nama, alamat dan no.phone saya msg FB puan insyirah.. Nurussaadah Muhammad..

Sachi Asukai 18 November 2010 at 13:41  

tahniah sangat2!!!!sukenya tengok bait2 indah both of u!:)

شاح اندرني 18 November 2010 at 14:55  

salam.. Ana ada buku ni kakak.. Ustaz yang ke mesir beli kat sana.. Best bukunya.. :-)

Ummu Auni 18 November 2010 at 16:46  

telefon la yang...hehehe..klasik betul tulis talifon :D

tahniah

Fatihah Nur Izzati,  18 November 2010 at 19:11  

salam adik Insyirah. tq jua krn mengelolakan peraduan ini :)

and tahniah buat pemenang :))

haidaaero 19 November 2010 at 14:53  

jemput sggh..sy ad jual cute plushie n keychain n other craft

http://feltwishes.blogspot.com

Cahayamylife 19 November 2010 at 21:25  

Sungguh tertarik dengan luahan beliau.Tahniah.

Unknown 20 November 2010 at 08:07  

mmg tepat pilihan..menyentuh bicara hatiku jua

ummu 20 November 2010 at 12:30  

assalamualaikum Puan Insyirah
masyaAllah,saya yang membaca catatan ini pun ersentuh...
saya terlambat tahu contest ini
tahniah kepada pemenang
dan smeoga diberkatiNya.

ZFCM 23 November 2010 at 03:30  

ceh. Lama xbc blog. Da melepas la pulak. Its okay.(geram) haha. Btw, congrats to pn. Insyirah. Lambt betol ucap, seriously bnyk yg perlu diuruskn plus 'syndrom books only' menyerang. Malas nk bc kat laptop or hndphne.
Lastly, 'kenapa dgn lagu?' anythng new?

. . . h u s n a . . . 26 November 2010 at 00:40  

SAYA SUKA BACA BLOG AWAK LA .. !

http://izzi8990.blogspot.com/2010/11/saya-suka-blog-awak-la.html

hehe..keep up ur good work sis..always support u..

Nekmo 27 November 2010 at 12:40  

salam..
tahniah kpd pemenang..
sgt2 indah..

aSkiNg sOuL

Feeling alone?
Innallahha ma’ana

Saw evil act?
Inni akhafullah

Wishing something?
Fa’iza ’azamta fatawakkal’alallah

Missing somebody?
Ma fi qalbi ghairullah.

... syukran ...

Free Hit Counter Syukran 'ala ziarah ^_~

Silent Home

Silent Home
Bila emosi mengunci hati, lalu lahirlah ayat-ayat sepi sebuah monologku merentasi perjalanan menuju Rabbi :)

  © Template Lar Doce Lar por Emporium Digital Graphics Jenny's Grandchild and Irene's Corner

TOPO