"Ya Allah, jadikanlah hamba Mu ini mencintai orang beriman dan jadikanlah orang yang beriman mencintaiku."

(HR Muslim)
Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Third Birthday tickers

26 June 2009

Sang Murabbi


Bismillahirrahmanirrahim...

Insya Allah, ana ingin berkongsi sedikit ilmu yang ana dapat. Syukran wa jazakillah khairan katsira pada ukhti Alwani di atas pemberian buku Ya Bunayya dan juga CD Sang Murabbi yang telah selesai ana tonton.

Alhamdulillah, pertama kali menonton filem Sang Murabbi (Mencari Spirit Yang Hilang) yang menceritakan kisah seorang hamba Allah bernama Abdul Rahman juga diberi jolokan nama Syeikh Tarbiyyah dari negara seberang. Dalam banyak-banyak filem mahupun drama atau sinetron islami yang ana tonton, filem Sang Murabbi (Mencari Spirit Yang Hilang) amat sangat terkesan di hati ana.

Meskipun filem ini ditayangkan pada tahun 2008 di Indonesia, terlewat juga bagi ana yang menontonnya pada tahun 2009 tetapi tidak terlewat (masih diberikan kesempatan) kiranya setiap untaian kata itu dicerna dengan baik oleh minda dan dihadam dengan penuh tawadhuk oleh hati yang pastinya sangat kehausan tarbiyyah dari insan yang bertutur dengan hikmah.

Amat menyentuh kalbu kerana filem ini bagi mengenangkan kembali episod perjuangan seorang insan yang hebat bernama Abdul Rahman yang telah meninggalkan dakwah dengan kematian. Meninggal dalam keadaan berdakwah? Subhanallah. Masya Allah. Saat berkumandang panggilan demi panggilan yang memberitakan kematian arwah, ana menangis sesungguhnya depan pc bukan kerana kondisi skrin memperlihatkan kesemua insan sedang menangis tetapi ana menangis kerana tidak sempat mengenalinya dari mana-mana medium sebelum ini.

Ana baru berkenalan dengan Sang Murabbi (Abdul Rahman) melalui CD tersebut. Ya Allah... betapa biasan akhlaqnya hingga menerombos jantung hati. Ana bukan bermain kata tetapi itulah hakikatnya! Ana masih ternanti-nanti, bila agaknya Malaysia pula akan memfilemkan tokoh perjuangan dari para ulama' selain filem-filem bercorakkan cinta. Dahaga rasanya untuk meneguk tinta-tinta ilmu hatta hanya biasan akhlaq mereka yang dekat dengan Khaliq.


Salah satu yang sungguh menarik hati ana adalah sikap mengutamakan perasaan ibunya, dakwahnya kalau dilihat satu mata kasar ialah sederhana saja tetapi kalau dilihat dengan kedua-dua mata celik masya Allah, sangat mengagumkan hati ana. Beliau mendidik isteri untuk memiliki qanaah (sentiasa merasa cukup dengan apa yang ada) hatta sewaktu si isteri meminta duit untuk membeli barang dapur pun beliau masih tersenyum walaupun tiada duit. Santai sekali bahasanya:

"Kalau sumur itu kering tandanya hari mau hampir hujan, jadi... Ada lagi airnya nanti."

Si isteri yang maklum dengan tarbiyyah suami menerima dengan senyuman.

"Abang lagi ngak punya wang ya..."

Tersentuhnya... Huhuhu. Orang zaman sekarang duit bulan depan tak ada pun dah runsing kepala, meletakkan dunia di depan. Iya, budget itu perlu tetapi sandaran harapan pada Allah itu lebih utama. Rezeki itu datang dari Allah, untuk mengharapkan rezeki yang berkat perlulah meminta dari Allah. Insya Allah, rezeki yang berkat sentiasa mencukupi hatta hanya sedikit kerana keberkatan itu yang mencukupkannya. Wallahua'lam.

Kalau fenomena Ayat-Ayat Cinta mampu menyuntik semangat anak-anak muda untuk mencontohi Si Fahri, Si Aisya mahupun sesiapa saja wataknya. Alangkah indahnya andai anak-anak muda pula mahu memupuk semangat cintakan ilmu dan dakwah seperti Abdul Rahman juga sentiasa bersedia untuk ditinggalkan demi dakwah seperti sahsiah isteri Abdul Rahman. Bermadu dengan dakwah, bukan setakat payung emas... Insya Allah. (^_~)

Kisah yang membuatkan ana kembali menguatkan diri untuk bangkit adalah kata-kata Sang Murabbi (dalam versi ana sendiri la erks) ;

Seekor monyet naik atas pokok, apabila sampai di puncak... Angin, taufan dan ribut melanda. Bayangkan keadaan monyet tersebut. Monyet itu bertaut SANGAT erat pada pokok walaupun dia berada di atas puncak. Kemudian, angin, taufan dan ribut berlalu... Keadaan kembali tenang dan datang pula angin sepoi-sepoi bahasa bertiup dan menenangkan jiwa si monyet itu kemudian monyet itu pun tertidur lalu terjatuh dari pokok.

Kesimpulan dan pengajaran dari cerita ini ialah... (eh, macam cikgu tadika lak cakap camni.. hehe) Apabila ujian datang dari berbagai penjuru dan arah, kita akan semakin KUAT berpaut dan bergantung harap pada Allah. Kita berdoa dan memohon sesungguhnya pertolongan Allah tetapi apabila kita senang (diberikan nikmat) maka kita mudah lupa diri dan akhirnya kita berada di kalangan orang-orang yang rugi... Na'uzubillah.


Jadi, jangan mencontohi si monyet.

Wallahua'lam.

0 leaves:

aSkiNg sOuL

Feeling alone?
Innallahha ma’ana

Saw evil act?
Inni akhafullah

Wishing something?
Fa’iza ’azamta fatawakkal’alallah

Missing somebody?
Ma fi qalbi ghairullah.

... syukran ...

Free Hit Counter Syukran 'ala ziarah ^_~

Silent Home

Silent Home
Bila emosi mengunci hati, lalu lahirlah ayat-ayat sepi sebuah monologku merentasi perjalanan menuju Rabbi :)

  © Template Lar Doce Lar por Emporium Digital Graphics Jenny's Grandchild and Irene's Corner

TOPO