"Ya Allah, jadikanlah hamba Mu ini mencintai orang beriman dan jadikanlah orang yang beriman mencintaiku."

(HR Muslim)
Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Third Birthday tickers

25 June 2009

Biusan Semangat


Bismillahirrahmanirrahim...

Salam'alayk... Alhamdulillah, masih mampu untuk bertinta sepi di alam maya. Madah khusus buat diri, kiranya ada yang sudi teruskan membaca. Tiada paksaan :)

Dalam meneruskan perjalanan kehidupan, Allah hadiahkan sebuah perjuangan yang kadang kala menggoda iman kita untuk terus teguh berdiri. Kadang sahabat tak sehaluan, kadang cemerlang gagal dicapai, kadang sakit yang mendatang. Namun itulah yang harus dihadapi. Lumrah kehidupan. Kita tak boleh selamanya berada dalam suasana yang selesa.

Maksud firman Allah:
"Dan boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu padahal itu baik bagi kamu tetapi boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal itu tidak baik bagimu." (Al-Baqarah : 216)

Letakkan pengharapan pada PENCIPTA dan bukan pada ciptaan Nya.

Alhamdulillah, sudah 8 hari ana diuji dengan kesihatan, banyak masa dihabiskan dengan tidur. Tidak malu rasanya mengaku, terpaksa 'bergantung' dengan bahan-bahan kimia untuk membantu keadaan fizikal. Kebiasaannya, ana sudah bebas terbang ke mana-mana umpama burung yang bebas di dada langit. Tetapi, tidak selamanya kita bebas terbang kerana tetap milik Allah dan Dia berhak untuk 'mengurung' di dalam sangkar yang penuh dengan tarbiyyah dari Nya.

Maaf sekali lagi pada sahabat-sahabat yang mengirim sms tetapi tak sempat ana balas. Bukan tiada masa membalas, sungguh lapang waktu ana ketika ini tetapi kudrat badan yang terhad untuk bersenang-senang melayan sms... Ana terpaksa menahan diri. Apabila makan ubat, beberapa ketika ana akan stabil dan kemudian ana kembali tidur dan hanya tidur sehingga waktu makan ubat seterusnya. Tidak bernafsu memandang nasi (hohoho), hanya makanan lembut yang mampu melalui tekak buat perut ana dilanda taufan tsunami (ahaks!). Tu la, makan ubat banyak-banyak tanpa makan nasi. Ok, lepas ni ana tak makan ubat dah... (Lalalalaaaaaa :P)

Semalam, keadaan masih tidak berubah. Abi khuatir dan tanya soalan maut.

"Nak pergi hospital tak?"

Masakan soalan itu tidak keluar kalau sudah 7 hari (semalam) ana masih belum sihat. Ikutkan keadaan, mahu saja meraung-raung minta painkiller atau ubat tidur saja untuk 'melupakan' kesakitan segenap saraf tetapi memikirkan 'kesusahan' yang bakal dihadapi oleh ummi dan abi serta adik-adik, ana menahan diri dan menggeleng kepala. Tidak mahu ke hospital! Sungguh jarang ana ke hospital dengan 'tangan kosong' pasti diberi 'buah tangan' oleh pihak hospital untuk bermalam di sana. Hehehe, nehi nehi nehi... (sejak bila jadi hindustani pula!) :P

Dengan semangatnya, ana minum air zam-zam satu mug besar tuh... Haaaa, sekali minum jer then terus tidur. Bangun je dari tidur tengok bakul baju, alahai... letih tengok baju tak berlipat. Lipat baju sambil nangis... keh keh keh. Nangis bukan sebab apa, nangis sebab tengok baju banyak sangat... Psiko je semua tu, lepas siap lipat baju terasa sungguh sakit perut ini. Nak makan? Tiada nafsu. Tapi, makan juga la sebelum makin sakit.

Tetiba, fikir bukan-bukan... Uwaaaa! Kes H1N1 di Malaysia pun semakin banyak, diriku yang lemah antibody tetiba terasa gabra semacam. Na'uzubillah. Yakin pada Allah, husnudzon.

Kadang-kadang Allah patahkan semangat kita untuk selamatkan jiwa kita. Dia patahkan hati kita untuk membuat kita lebih bersemangat. Dia memberi kita sakit supaya kita menjadi lebih kuat. Dia memberi kita kegagalan untuk membuat kita rendah diri. Dia menghantar penyakit supaya kita boleh menjaga diri sendiri. Kadang-kadang Allah mengambil segala-galanya dari kita supaya kita boleh belajar menghargai segala nikmat yang diberikan oleh Nya.

Membiuskan semangat pada diri sendiri sebelum berhasrat mahu menitipkan semangat pada sahabat-sahabat yang lain. Apa yang pasti, dalam apa jua keadaan sentiasa husnudzon dengan Allah. Bukankah Allah berfirman, bahawa Dia adalah apa yang hamba Nya berfikir tentang diri Nya? Jadi... husnudzon saja. Insya Allah, Dia akan hadirkan bermacam-macam jalan untuk permudahkan segalanya.

(Sebenarnya bercadang nak masuk entri "Sang Murabbi" tetapi masih merangka tulisan yang agak panjang, nanti la nak edit supaya lebih ringkas. Insya Allah.)

4 leaves:

Abu Hanisah,  25 June 2009 at 14:48  

Assalamualaikum whb ukhti.

Semoga terus bersemangat untuk berjuang. Ahlan ke blog family ana, gambar-gambar baru puteri kami sepanjang percutian. Hanisah rindu pada Auntie Syirah. Hanisah juga doakan Auntie Syirah cepat sihat dan ceria.

Semoga sembuh melihat gambar-gambar puteri kami yang ceria...

"Buat Auntie Syirah: GET WELL SOON..!"

With fresh milk,
HaNiSaH - aBi wa uMmi :D

ummu aisyah*** 25 June 2009 at 22:38  

"Dia memberi kita sakit supaya kita menjadi lebih kuat. Dia memberi kita kegagalan untuk membuat kita rendah diri. Dia menghantar penyakit supaya kita boleh menjaga diri sendiri. Kadang-kadang Allah mengambil segala-galanya dari kita supaya kita boleh belajar menghargai segala nikmat yang diberikan oleh Nya."

assalamualaikum whb insyirah..
Terasa panas dengan ayat ni.Bila kena batang hidung sendiri.selalu sangat lupa bila dah dijentik sedikit dengan ujian..

alhamdulillah terbias juga sedikit apa yang kamu sampaikan. juga untuk mengerti dan muhasabah balik atas segala yang terjadi.

94:5-6

Insyirah 26 June 2009 at 12:32  

Wa'alaikumussalam Abu Hanisah,

iya syukran2 ana dah tengok gambar kalian sekeluarga bercuti. Sungguh banyak posing menarik dari Hanisah... GERAM sungguh :P Macam nak gigit jer, pasti nak kunyah2 pastu telan... :D

Tak nak fresh milk la, uwaaaaaa..! :(

Insyirah 26 June 2009 at 12:34  

Wa'alaikumussalam whb Ummu Aisyah :)

Ujian berbentuk KESUSAHAN sebenarnya lebih 'mudah' ditempuh berbanding ujian berbentuk KESENANGAn kerana apabila senang selalunya kita amat mudah lupa diri dan jarang bersyukur dengan nikmat-nikmat Nya, malahan kita kufur... Na'uzubillah.

"Maka di antara nikmat-nikmat Tuhanmu, nikmat apakah yang hendak kamu dustakan?".... Surah ar-Rahman.

aSkiNg sOuL

Feeling alone?
Innallahha ma’ana

Saw evil act?
Inni akhafullah

Wishing something?
Fa’iza ’azamta fatawakkal’alallah

Missing somebody?
Ma fi qalbi ghairullah.

... syukran ...

Free Hit Counter Syukran 'ala ziarah ^_~

Silent Home

Silent Home
Bila emosi mengunci hati, lalu lahirlah ayat-ayat sepi sebuah monologku merentasi perjalanan menuju Rabbi :)

  © Template Lar Doce Lar por Emporium Digital Graphics Jenny's Grandchild and Irene's Corner

TOPO