"Ya Allah, jadikanlah hamba Mu ini mencintai orang beriman dan jadikanlah orang yang beriman mencintaiku."

(HR Muslim)
Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Third Birthday tickers

01 May 2009

Warkah Buat Ukhti

Assalamu'alaikum w.h.b..

Selawat dan salam buat junjungan, Rasulullah s.a.w., keluarga dan para sahabat. Salam mahabbah fillah pada ahli baeyt juga sahabat-sahabat, moga dikurniakan iman dan kesihatan fizikal yang sihat. Insya Allah. Alhamdulillah, masih Allah pinjamkan nyawa buat kita untuk terus menyusuri jalan Nya. Ada kala senyum menghiasi warna-warna dalam seharian, ada kala tangisan yang datang. Lumrah kehidupan. Tiada kemanisan tanpa ujian, tiada pengalaman tanpa pengembaraan. Wallahua'lam.

Alhamdulillah. Allah masih berikan peluang untuk kita sama-sama menjalani kehidupan baik dalam senyuman mahupun dengan tangisan, pokoknya masih Allah berikan peluang "MASA" untuk kita bertaubat. Insya Allah, setiap sesaat yang berlalu bermaksud semakin hampir kita untuk meninggalkan bumi fana ini, kerinduan pada Rabbi dan ketidaksabaran bertemu dengan Ilahi untuk bersenang-senang di alam sana adalah keinginan bagi mereka yang sentiasa memupuk dan menyubur rindu dan cinta pada Allah Azza Wa Jalla. Insya Allah. :)

Panjangnya umur seseorang bukan bermaksud berapa tinggi angkanya hidup di dunia ini. Andai orang mengatakan umur 90 tahun adalah panjang, belum tentu ia benar-benar panjang. Umur yang panjang ialah amalan kebaikannya sentiasa 'panjang' dan namanya sentiasa disebut-sebut kerana keperibadian akhlaq yang ditonjolkan. Lihat contoh terdekat, Imam Syafie' umurnya tidak terlalu panjang tetapi hakikatnya umur beliau sangat panjang dek kerana ilmu yang beliau pelajari, sampaikan hingga ke hari ini kita masih mengikuti ilmu-ilmunya. Berbanding dengan mereka yang sentiasa melakukan kemungkaran, 90 tahun bagi mereka sangat pendek kerana walaupun dikurniakan umur yang panjang tetapi hakikatnya umur tersebut dibiarkan sia-sia dan diisi dengan kemungkaran demi kemungkaran. Na'uzubillah.

Hargailah sedetik yang kita miliki, barangkali detik tersebut adalah yang terakhir kalinya kita mampu 'memanjangkan' umur kita. Hargailah sedetik yang terakhir, anggaplah setiap detik kita adalah detik-detik terakhir, maka suburkan terus rasa cinta dan rindu pada Rabbi.

Alhamdulillah, malam tadi kami sekeluarga menerima tetamu. 2 orang sahabat adik bertamu ke rumah, tidur disini sambil menghabiskan cuti hujung minggu. Hari ini cuti umum sempena Hari Pekerja, maka... Ramai dan riuhlah rumah dengan kehadiran abang-abang yang pulang juga sahabat-sahabat adik yang bertamu. Seawal pagi masih sibuk di dapur (women's work. Hihi) dan sementara tunggu untuk masak tengah hari, menjengah sementara di blog. Tersenyum dengan satu komen dari sahabat blogger yang begitu setia menziarahi blog ana yang tak seberapa. Insya Allah, posting kalini istimewa buat beliau yang ana fikir lebih dewasa dari ana. Syukran kak atas ziarah blog ana yang tah apa-apa jer. Banyak merapu, hihihi. Kanak-kanak riang je... :)

salam..

macamane kamu boleh teguh dalam perjalanan dugaan ini yep..

Bismillahirrahmanirrahim.

Ana usaha untuk berkongsi. Harap tiada yang salah sangka dengan posting ana kalini. Ana tak berniat nak meminta simpati sesiapa, cukuplah Allah bagiku dan cukuplah kasih sayang Nya menaungi hati ana sepanjang kembara ini. Dihadiahkan ibubapa yang begitu mengambil berat atas iman anaknya yang 'sengal' ni, diberikan anugerah sahabat-sahabat yang sangat penyayang lagi berilmu, diberikan nusrah (pertolongan) Ilahi dalam menghadapi kehidupan yang penuh dengan ujian.

Ana mohon keampunan Allah andai posting kalini menimbulkan fitnah bagi sesiapa... Astaghfirullah hal azhim. Moga dijauhkan dari sifat-sifat mazmumah yang merosakkan sekeping hati yang lemah...

Sedari usia kecil, ana memang banyak menyendiri. Ana banyak membaca. Alhamdulillah, sedari usia 4 tahun ana sudah boleh membaca dengan lancar. Jadi, buku-buku adalah sahabat sejati yang menemani sepanjang hari kerana ana tidak suka pergi ke rumah pengasuh. Ana berdikari sendiri di rumah sedari usia 4 tahun, hihihi. Ini adalah ciri-ciri orang yang keras kepala, kecil lagi dah degil tak nak pergi rumah pengasuh. Dek kerana bosan sendirian di rumah, ana banyak menghabiskan masa dengan membaca buku. Jadi, ummi dan abi sangat berhati-hati untuk membekalkan buku-buku pada ana kerana ana berfikiran yang terkadang lebih 'advance' disebabkan banyak membaca. Ana selalu imiginasi, bagaimana keadaan Nabi Yunus dalam perut Ikan Nun, bagaimana keadaan itu dan ini. Jadi, dialog-dialog tersebut terpaksa dilayan oleh abi dengan sabar kerana tahap pemikiran anak 4 tahun tak sama dengan pemikiran orang dewasa.

Ana juga banyak mendampingi insan-insan yang jauh lebih dewasa. Jadi, pengajaran dari pengalaman-pengalaman mereka selalu buat ana diam dan berfikir. Ana banyak berdialog dengan abi, jadi... Ana selalu dilabel "anak abi". Alhamdulillah, sebenarnya dari pembacaan tersebut banyak mendorong ana untuk lebih mencerna pemikiran bergerak seiring akal dan iman kerana menggunakan akal sahaja tidak mampu menongkah badai kerana akal hanya dangkal apatah lagi seorang insan yang kerdil seperti ana.

Dulu, ana juga seorang yang lemah. Bahkan sangat lemah menjalani ujian. Ana sering menghiasi kotak pemikiran dengan kisah-kisah Wanita Syurga yang sangat ana idam-idamkan. Buku "Wanita-Wanita Syurga" hadiah dari abi tersayang kala usia masih 'jagung' banyak membantu ana. Selalu melorek bangga mahu menjadi sekental Sumayyah, syahidah pertama di kanvas sejarah Islam. Mahu melakar iman sekukuh Rabiah Al-Adawiyah yang mana rindu dan cintanya hanya pada Allah taala, tiada lain di hatinya selain Allah taala. Mahu membina peribadi secekal Asiah yang sangat penyabar mendepani suami yang menentang agama Allah. Mahu mencerna peribadi Masyitah, harum pusaranya membahagiakan... :)

Itulah imiginasi-imiginasi ana sewaktu kecil, yang ana peroleh dari buku. ANA MAHU SEHEBAT mereka. Tetapi... Iman manusia yang kerdil ini hanya senipis kulit bawang, adakala ujian kecil yang datang telah jatuh tersungkur. Adakala ujian sekecil hamparan debu cukup mematahkan semangat, tetapi kalam adik kesayangan sewaktu diberi ujian Allah cukup membuatkan hati ini mahu menongkah badai. Allah tak berikan ujian kecuali hanya pada insan yang dikasihi Nya, setiap kali dilanda ujian.. Ana monolog sendiri, Allah mahu ana kembali pada Nya. Merenung dan muhasabah ke dalam diri, melengkapi akal dengan tempias iman insan-insan srikandi agung yang ana idamkan... MAHU SEHEBAT mereka bagaimana, sedang ujian kecil ini dah terjelupuk. Di sanalah ana temui kekuatan, kerana keyakinan pada Tuhan. Dari apa yang ana baca dan hayati, mereka hebat di kanvas sejarah kerana mereka yakin dengan Allah. :)

"Ummi... Kakak nak mati dah ker?"

Soalan si adik kecil yang menangis tak henti-henti melihat sekujur tubuh ana terbaring... Mendengar bicara adik bongsu, ummi menangis terisak-isak lalu dibawa keluar adik dari melihat ana. Dalam keadaan yang serba dhaif, ana merintih sendiri. Ana perlu kuat, ana mesti kuat agar mereka tidak menangis. Sedangkan ajal maut di tangan Tuhan, ujian ni terlalu kecil untuk ana tangiskan sedangkan mereka yang hebat juga tidak menangis dihamparkan dengan ujian yang jauh lebih besar.

Role-model ana bukanlah penyanyi atau sesiapa sahaja, tetapi role-model ana adalah insan-insan gemilang yang menjadi penghuni syurga. Masakan ana mahu menjadi sehebat mereka perlu jatuh tersungkur sebelum sampai ke destinasi yang sama seperti mereka. Cuba melarik kasih Rabiah Al-Adawiyah, ibadahnya bukan mengharapkan Syurga Ilahi, bukan juga kerana takutkan azab nereka Nya tetapi kerana rindu dan cinta pada Rabbi. Memang ana tidak mampu menjadi seperti beliau, sufiah agung di kalangan wali-wali Allah tetapi rasa kagum dan hasrat yang terlalu tinggi mahu menjadi seperti mereka buatkan ana rasa ana perlu gagah agar langkah kaki tidak berderai bersepah. Hidup ini hanya untuk dilalui, bukan untuk diramaikan. Hidup ini terlalu singkat untuk menjadi lemah, kerana yang kekal abadi adalah kehidupan di sana. :kenyit:

Bila ujian hinggap di diari hidup, ana tahu pasti ianya kerana dosa-dosa ana. Tidak perlu ana meneguk peritnya hidup yang sementara sedangkan ana tahu hidup disini terlalu singkat, manisnya madu mengharapkan nusrah Nya agar hidup ini menjadi manis walaupun dihamparkan dengan perit juang kehidupan... Ana memang selalu menangis, ana tak nafikan perkara itu. Hihihi... Cengeng dan comot. Dulu, ana menangis tanpa mencari kekuatan, menangis untuk melepaskan bebanan perasaan. Tetapi, apabila Allah meminjamkan seorang sahabat yang sangat istimewa, arwah sahabat sangat 'berjaya' melakar bahagia di hati ibubapanya. Walaupun Allah memberikan ujian sakit yang bertimpa-timpa tetapi arwah sangat murah dengan senyuman, wajahnya bersih. Kebersihan "hati" dan fikirannya adalah kerana;

"Adik, bangunlah tika hati diuji Allah. Carilah Allah dalam gelapnya malam. Tika dinihari, saat mereka lena diulit mimpi indah berselimutkan dinginnya malam, bangunlah munajat pada Allah. Kekuatan itu datang dari Allah, carilah Allah... Kerana Dialah pemberi kekuatan."

Lebih kurang begitulah kata-katanya. Alhamdulillah, nasihat yang amat istimewa itu memberi kekuatan untuk ana berjuang. Kekuatan, ketenangan, dan segala apa yang kita miliki sumbernya dari Allah taala. Jadi, mahu mendapatkan perkara itu (tenang dsb) maka kita perlulah berdampingan disisi Allah. Wallahua'lam.

Ana juga tahu...

Ujian hebat hanya diberikan kepada insan-insan hebat... (",)

-Motivasi buat diri sendiri-

Alhamdulillah. Ana juga yakin, ukhti mampu jauh lebih kuat dari ana malah mampu berdiri sebaris dengan role-model yang ana kagumi. Tiada yang mustahil disisi Allah... Andai dia berkehendak, semuanya akan "menjadi". Tabahkan hati, pasakkan taqwa pada Rabbi... Segala ujian hanya seperti angin yang bertiup... Damai. Ujian itu hanya ibarat angin, hadirnya tak kita sedari tetapi bayunya yang bertiup sangat mendamaikan. Ujian adalah penghubung kita dengan Allah, maka usahlah bersedih andaikata ujian melanda kamar hati mu. Rajutlah pada Allah, Dia masih sentiasa bersamamu. InsyaAllah. :kenyit:

Chayok! Chayok!

Putus asa hanyalah sifat orang-orang kafir. Sebagai seorang muslim yang meyakini rukun-rukun Iman, hidup pasti indah sekiranya kita meletakkan dunia hanya di tangan... Mudah dilepaskan, akhirat juga kekal di hati... Salam ukhuwwah, salam perjuangan.

.... Bukan aku tak tahan dengan ujian mu ya Allah, hanya nak mengadu pada Mu. Tempat aku kembali nanti ....
***********************
WiShiNg LiSt thIs MoNth:

2 hb - Nur Iman Hanisah (happy 2nd birthday cayang)
3 hb - Happy 1st Anniversary Ukhti Balqis + Ustaz Ridwan.
6 hb - Akhi Azizul Hakim (happy 22 birthday)
15 hb - Ukhti Liyana Afiqah (happy 19th birthday)
19 hb - Ukhti Nisa' (happy 22 birthday ya ummu hanisah)

Moga Allah sentiasa memayungi kalian dengan rahmat dan maghfirah Nya. :)

- iNsyiRaH -

Image Hosted by ImageShack.us

6 leaves:

_fatimah_,  1 May 2009 at 16:30  

Salam'alaikum kak Syirah cengeng... hikhikhik (kene ceria) :P

Dah 3x saya baca apa yang akak tulis ni, dah saya lak rasa nak nanges. Hukhukhuk (cedeyh sangat) :)

UJIAN HEBAT HANYA DIBERIKAN KEPADA ORANG YANG HEBAT... Saya tahu ayat ni ada orang cakap kat akak sebab saya kenal ayat neyh. (Waaa... Rinduuuuuuuuuuuuuu!!)

Kak, sabar lah yer. Saya tahu akak cepat terubat.. (saya yakin sangat) :P

Kak.. Nak jadi madu saya tak? kihkihkih... Saya ada abang, ngeeee~ abang saya ensem kak ~hohohooooo. Leyh la kita bermadu (madu sebagai adik beradik ipar) ekekeke... Akak nak takkkk?

Kak... Makan eskrem tak? Saya tengah menikmati kesejukan ais kacang, wah cedappppnye! :P

Insyirah 3 May 2009 at 09:43  

Wa'alaykumussalam whb adik Fatimah comot.. Lalalala... Yang adik pergi baca sampai 3x tuh nape? Bukan nak masuk exam pun, hikhik.

Uish, jadi madu kamuuu?
Kalau adik tanya "kak syirah nak eskrem tak?" kan lebey mudah, cepat dan tangkas untuk menjawab. Hikhikhik :D

eskacang? Nyummy! hihihi ^_^

- GoOd LuCk utk eXam - :)

_fatimah_,  3 May 2009 at 22:05  

"Ujian adalah penghubung kita dengan Allah, maka usahlah bersedih andaikata ujian melanda kamar hati mu. Rajutlah pada Allah, Dia masih sentiasa bersamamu. InsyaAllah."

Saya suka ayat akak yang ini :)

Eleyh kak Syirah ni, saya nak jadik adik ipar pun tak mau. Ehehe, abang saya ensem lah kak. hikhik!

trima kasih kak... doa saya jayyid jiddan yerk, aminnnn :)

p/s- Harini anniversary kak Balqis yerk.. Hohoho, suka tengok gambar dia ngan zauj. Nampak cool jer walaupun exam just around da corner. Ngeh ngeh ngeh. kak Balqis tu simpan jer rasa stress dia bila tengok muka zauj tercenta. Wah, sonok jugak yerk ada habib walaupun masih study... hihi (bukan saya nak kawen awal, saja usik kak balqis je) huhuhu...

-maluuuuuuu...

balqis,  3 May 2009 at 22:38  

assalamualaikum whb insyirah :)
syukran, jazakillah khairan atas doa yang dikirimkan kepada kami berdua. besar harapan kami agar ukhti terus-terusan mendoakan kesejahteraan kami berdua agar terus istiqamah di jalan ini. insya'ALLAH.

alhamdulillah, hari ini genap usia perkahwinan kami 1 tahun yang dilalui dengan ujian dan cabaran tak kurang juga dengan nikmat kemanisan alam rumahtangga. alhamdulillah, ALLAH masih menghulurkan kepada kami bantuan2 yang membawa kami saling mengenali fikrah masing2.

zauj ana senyum baca entry anti nih! bertambah lebar baca komen adik fatimah. hihihihi... Fatimah nak rekomen kak syirah dengan abang awak yang mana ni dik?

Dik Fatimah,
Moga adik proleh jayyid jiddan. doakan akak juga yer. kepala memang pening dengan nota2, esei lagi. mujurlah habib (saja bg jeles ni) selalu bagi semangat, bertambah semangat kalau habib yg terjemah nota. hikhik!

TERIMA KASIH INSYIRAH. (ingat anti yer anniversary kami)

Insyirah 4 May 2009 at 08:54  

Wa'alaikumussalam whb dik Fatimah. Moga peroleh jayyid jiddan, nanti boleh la belanja akak makan eskacang dengan eskrem erk... Sedap tuh! :D Abang awak? Sape? Akak kenal ker? Huhuhu... Abang awak takmo lah orang sengal macam akak ni... hihihi.

HoHoHoooo ^_^
Fatimah nak kahwin awal yer. Ehem3... patut lah akak bau nasi minyak jer ni. Takpe2, tafaddhal la yerk. Akak sanggup berlapar pd sebelah pagi untuk makan nasi minyak kamu... ngeeeee!

Insyirah 4 May 2009 at 08:58  

Wa'alaikumussalam whb ukhti balqis (yang semakin eksen dengan ana)

Huhuhu...Dah la cuti tak nak balik sini, sampainya hati habib anda membuat saya terus merindui kamuuuu! Eisk, ustaz Wan memang perampas betul lah. Dah ar kidnap sahabat ana pastu tak mau balik lakkk... grrr.. geram! Hukhuk.

Ingat jer anniversary antum. Bulan ni anniversary antum & Sis Nisa'+Bro Hanafi. Ngeee... Bila lak ana nak jadi khlatie neyh? Hekhekhek! Tak sabar nak jadi khlatie... Hihihihi ^_^

aSkiNg sOuL

Feeling alone?
Innallahha ma’ana

Saw evil act?
Inni akhafullah

Wishing something?
Fa’iza ’azamta fatawakkal’alallah

Missing somebody?
Ma fi qalbi ghairullah.

... syukran ...

Free Hit Counter Syukran 'ala ziarah ^_~

Silent Home

Silent Home
Bila emosi mengunci hati, lalu lahirlah ayat-ayat sepi sebuah monologku merentasi perjalanan menuju Rabbi :)

  © Template Lar Doce Lar por Emporium Digital Graphics Jenny's Grandchild and Irene's Corner

TOPO