"Ya Allah, jadikanlah hamba Mu ini mencintai orang beriman dan jadikanlah orang yang beriman mencintaiku."

(HR Muslim)
Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Third Birthday tickers

03 May 2009

Senyum Seindah Pelangi


Muka orang tak bersalah... Dush!


Alololo... Comotnya dia :D


Tidurlah...


Wah... Semangatnya muka dia!

"Bila rasa sedih, tengoklah muka baby... Insya Allah, akan rasa seronok."

I'm not going to cry again for this time. Smile, smile and smile again. Huk huk. Zahirnya tersenyum, hakikatnya Allah juga yang lebih mengetahui. Dugaan kecil untuk insan yang kerdil...

Apa perasaan anda apabila ditanya;

"Sekarang buat apa?"

Ku jawab... "Duduk rumah."

Ditanya lagi "Tak kerja? Tak sambung belajar?"

Ku jawab ringkas "Belum."

Ditanya lagi "Ambil la kos jururawat, ok apa."

Ku kerut dahi... "Ha? Saya tak boleh."

Ditanya lagi "Kenapa?"

Ku jawab dengan sabar... "Saya sakit belakang."

Di jawab pula.. "Oh, tak boleh nak angkat pesakit."

Desir hati. Bukan itu masalahnya... (rasa nak gigit jer telinga teddy bear kerana saya sangat-sangat geram setiap kali ditanya soalan ini!)

Bukan saya tak nak kerja!
Bukan saya tak nak belajar!!


Kamu tak faham kerana kamu bukan berada di tempat saya!
Kamu takkan faham kerana kamu tak nak pun faham!
Kamu tak pernah faham kerana kamu memang tak nak faham!

... eh saya tak marah pun .... ahaks

Beberapa minggu lalu, dengan penuh semangat saya usulkan pada parents, saya nak ambil lesen kereta. Untuk apa kereta bersepah depan rumah tapi saya langsung tak gunakan ia? Kufur nikmat namanya, hukhukhuk. Maka, terbeliaklah kedua ibubapa yang selama ni tahu benar betapa takutnya saya nak membawa kereta, mau tidak... Duduk dalam kereta pun selalu terkejut bila selisih dengan lori, kaki tangan semua terangkat. Ada hati nak ambil lesen? Saya perlu mandi bunga (bunga tahi ayam agaknya). Kih kih kih... Mungkin juga saya perlu direndam dalam air 7 kolah masjid, ngeh ngeh ngeh... Argh.. Mana datang semangat nak ambil lesen? Sebab saya nak buat PJJ! Itu alasan dan semangat yang kuat (pada masa itu) dan menambah kekuatan saya yang sememangnya tengah down. (nangis ke neyh.. huk huk)

Saya rasa macam nak mencekik insan di depan saya saat dia bertanya;

"Apa yang kamu boleh buat?"

Waduh, apa perasaan anda kiranya ditanya begini. Sekali lagi saya memendamkan hati, sabar weh sabar. Jangan cekik anak orang, entah ada insurans entah tidak. Saya meninggalkan pertanyaan tersebut dengan senyuman yang entah dia sedar entah tidak, saya senyum untuk diri saya sendiri. Senyum seindah pelangi, saat hujan menyiram bumi masih tampak indahnya langit pabila dihiasi dengan pelangi yang sangat memukau pandangan. Itu baru keindahan dunia, akhirat juga yang kekal abadi... (pujuk lagi diri sendiri)

Akhirnya, saya mengomel sendiri. Muka masam mencuka, bukan saya protes apabila ummi dan abi 'denied' proposal saya nak ambil lesen dan terus buat PJJ. Saya tahu alasan mereka, saya juga tak nak sakitkan hati mereka untuk terus mendesak dengan keinginan saya. Saya tak nak mereka terluka dengan perangai saya yang selalu mendesak. Saya nak mengadu pada siapa dengan hati yang meronta-ronta? Saya masih punya Allah... Dia Maha Mengetahui. Hati saya mengomel-ngomel lagi dengan soalan penanya yang saya kira agak sinis dan menyindir.

Setiap kali apabila dilanda masalah dan persoalan yang sama, saya dilanda murung. Tahukah kamu saya sangat stress apabila ditanya soalan begitu? Kehendak hati dan kehendak nurani, saya terpaksa berperang dengan diri sendiri. Yeyyyy! Saya kuat... Saya kuat...!

Solat Taubat
Solat Hajat
Solat Istikharah

Hati makin terubat, Allah juga tempat pergantungan harapan. Apabila solat istikharah yang entah kali ke berapa, hati dah lapang. Apa saya boleh buat?

- Bahagiakan ummi wa abi -

Itu jihad paling besar yang perlu ana laksanakan. Ya Rabbi, bantulah hamba Mu yang kerdil penuh nafsu ini. Lorongkanlah nafsu ini kepada nafsu yang memberi kebaikan buat iman, agama, ibubapa juga keluargaku. Lorongkan nafsu ini kepada kebaktian buat ibubapaku. Lorongkan nafsu ini pada jalan Mu. Ya Rabbi, hanya Engkau jugalah tempatku menyandarkan harapan. Engkau jugalah tempatku bergantung dan berserah diri... Peliharalah hatiku ya Allah, ku ingin merasai manisnya berjuang. Peliharalah imanku ya Allah, hanya Engkaulah pemilik hati-hati insan. Ameen ya Rabbana...

-----------saya tidak menangis-----------

Kerana saya sedang berjuang! Bukan saya bergantung pada ummi dan abi. Saya tahu, ditakdirkan Allah andainya mereka mendahului saya pasti saya hilang tempat bergantung. Kerana itu saya TIDAK bergantung pada mereka, saya bergantung pada Allah yang Kekal selamanya. Saya tahu... Saya tahu... Kerana itu saya MAHU meneruskan perjuangan ini walaupun saya akan berperang dengan hati sendiri. Kerana saya yakin dan PASTI, Allah tempat saya sandarkan harapan...

Jihad fisabilillah...

Senyum seindah pelangi ^_^

9 leaves:

Anonymous,  3 May 2009 at 18:28  

Salam ya Muslimah =)

Seorang anak perempuan yang setia membelai hati kedua orang tuanya adalah insan yang berpotensi menjadi seorang isteri yang solehah yang bakal menjadi menyejuk mata juga penawar hati seorang suami. Teruskan mujahadah! Moga Allah membantumu dengan rahmat Nya.

_fatimah_,  3 May 2009 at 21:58  

Salam Kak...
Sapa yang kijam sangat tuh kak? Wah, beraninya dia melukakan hati dan perasaan bakal akak ipar saya! (hihihihi...) Sabar ye kak, jangan cekik dia, kalau geram sangat akak doa jer lah supaya Allah buka ati dia utk terima hidayah. Supaya dia lebeh alert ngan orang lain, eshhh.. ada gak orang camtu dalam dunia ni.

Kak...!! Saya nak exammmmmm *_*

Kak...!!
Pinjam otak.. hehehehe...

balqis,  3 May 2009 at 22:47  

SubhanaLLAH Arissa dah besar la, hehe... muka dia pun malu-malu je.

Syirah, sabar la yer. Jangan fikir sangat kata2 orang, keredhaan ALLAH terletak pada keredhaan ibubapa. Jujurnya, ana cemburu dengan anti. Anti dapat peluang besar dan luas untuk berbakti pada ibubapa. Selalu mujahadah melawan kehendak hati demi menuruti kehendak ibubapa. Itu yang selalu buat ana muhasabah semula, moga ana jg mampu jadi seperti anti yg sanggup "terkorban" demi melihat ibubapa bahagia.

Ana setuju dengan kalam "Tanpa Nama", anti sedang ditarbiyyah ALLAH untuk membawa wadah perjuangan yg lebih getir, maka dihadiahkan anti dengan ujian2 ini agar anti lebih bersedia memikul ujian yang lebih besar. Perjuangan itu pahit krana syurga itu manis sayang... SABAR. Tabahkan atie, pasti ALLAH akan gantikan dengan yg lebih paik!

p/s: Untungnya 'si dia'... mabruk ana ucapkan padanya. :)

Insyirah 4 May 2009 at 09:15  

Salam "Tanpa Nama"
Siapakah anda yang begitu misteri?

Doakan moga ana istiqamah melentur hati...

Insyirah 4 May 2009 at 09:19  

Salam dik Fatimah,
Biarlah siapapun dia... Moga Allah memberikan hidayah padanya, hablum minallah wa hablum minannas.

Otak akak tak leh dik. Nanti adik pun sengal juga... hikhik. GooD LuCk yer.

Insyirah 4 May 2009 at 09:22  

Balqis... Hihi, AriSsa dah besar dan sangat lasak, memang tak dayo dah nak melayan dia. Memang suka memanjat, macam jundi jer. Hihi, baru-baru ni spec ana jadi mangsanya, sangat kejam hingga skru spec tercabut. Argh... Pening satu hari sementara nak betulkan skru, huhu.

Syukran atas nasihat dan kata-kata semangat, jazakillah ukhti :)

siapakah 'dia'? Adakah Uwais al-Qarni Imtiaz? Ngeh ngeh ngeh.... Ana rindukan Durrah lah! gegegegeg... Ada rezeki nak pi lah jumpa dorang.

ummu uwais,  4 May 2009 at 09:34  

Bismillah.

Ya Allah, patut la seminggu ni adik macam 'geram' jer, akak baru berkesempatan ziarah blog adik-adik yang dirindui ni. Macam-macam perkara yer... Jangan hiraukanlah dik, buat macam tak ada apapun. Kita tak hidup dengan pujian, tak mati dengan cacian. Allah Maha Mengetahui segalanya. Yang penting kita jaga hubungan dengan semua orang! Jadilah seperti pohon kurma, dibaling batu dibalas dengan buah yang ranum, enak, manis dan berkhasiat. Menjadi insan yang kebal dengan kata-kata manusia memang agak sukar tetapi sekurang-kurangnya kita berusaha ke arah tersebut. Insya Allah, Allah akan bantu. Sejuk perut ibu mengandung kalau semua anak-anak tunduk dan patuh pada kata-kata mereka. Ya Allah, jadikanlah kami anak-anak yang membahagiakan ibubapa dan jadikanlah anak-anak kami penyejuk mata dan penawar hati kami. Ameen ya Robb.

Ahlan Wasahlan.
Durrah baru baik demam jer Syirah, sekarang dah OK. Cuma belum betul-betul ceria, moody jer. Uwais ajak main pun dia tak nak, duduk jer. Makan pun tak nak, aih. Mujur la dia nak minum susu, kalau tak... Tak tahu lah. Bubur pun dia makan sikit lepas tu cakap "tak dap" (tak sedap), sakit tekak kot. Sekarang musim demam agaknya, anak kakak kena denggi, alhamdulillah sekarang dah OK. Mula takut juga Durrah demam lama... Alhamdulillah demamnya dah kebah.

Ustaz Marwan,  4 May 2009 at 23:04  

Insyirah,
Ingat satu perkara jer: KEREDHAAN ALLAH TERLETAK PADA KEREDHAAN IBUBAPA. Ukhti bukan saja sakit belakang, masalah semput+sakit kepala dan shacking berlanjutan masih belum pulih sepenuhnya. Sebagai manusia, pasti kita ada keinginan, ada hasrat mlihat orang berjaya pasti kita juga terasa iri hati tp sebenarnya jihad kita nak "melawan" kehendak hati untuk bahagiakan mak ayah ni tak ramai yg berjaya. Malah golongan yg cerdik pandai pun memandang enteng pada mak ayah, disisihkan apabila mereka sudah berada dipuncak, nauzubillah.

sebagai seorang AYAH, ana juga faham hati Abu Insyirah. Mana nak tenang kalau dah anak perempuan dah tu memang bermasalah kesihatan, nak lepaskan jauh pun terasa semacam tak sanggup inikan pula ayah anti sendiri. Banyakkan solat taubat mohon Allah hilangkan penyakit2 hati yang buat diri berkeluh kesah. Yakin, Allah pasti menggantikan yg lebih baik.

Mana nak tahu, berkat kesabaran dan kepatuhan anti... Allah kurniakan zauj yang soleh (ameen) dan terus diberikan kesihatan yang baik selepas berumah tangga. Kita semua makhluk Allah, tak ada yang mustahil disisi Nya. Apapun, banyakkan munajat pada Allah, hati mak ayah ni lembut... Jaga lah baik2.

Sejuk perut ibu mengandung, kalaulah semua anak macam anti... Aman, tenang hati mak ayah. Sami'na waato'na. InsyaAllah.

Berjuang tak semestinya kena angkat senjata, kamu ke hulu hilir membawa sepanduk, tetapi... dengan cara ini pn kamu berjuang juga, salurkan dakwah melalui adik2. moga tarbiyyah anti yang penyabar mendepani ujian akan dapat dinikmati adik2. InsyaAllah.

(Dah macam khutbah pulak ana ni..... maaf la tuan rumah, cuma terasa nak posting jer kalini. harap anti tabah)

Insyirah 5 May 2009 at 09:37  

Syukran kak Wawa dan Ustaz Marwan...

*malunya ana*

aSkiNg sOuL

Feeling alone?
Innallahha ma’ana

Saw evil act?
Inni akhafullah

Wishing something?
Fa’iza ’azamta fatawakkal’alallah

Missing somebody?
Ma fi qalbi ghairullah.

... syukran ...

Free Hit Counter Syukran 'ala ziarah ^_~

Silent Home

Silent Home
Bila emosi mengunci hati, lalu lahirlah ayat-ayat sepi sebuah monologku merentasi perjalanan menuju Rabbi :)

  © Template Lar Doce Lar por Emporium Digital Graphics Jenny's Grandchild and Irene's Corner

TOPO