"Ya Allah, jadikanlah hamba Mu ini mencintai orang beriman dan jadikanlah orang yang beriman mencintaiku."

(HR Muslim)
Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Third Birthday tickers

23 January 2009

Tabahkan Hatimu

Kekasih pilihan Allah akan dihadiahi dugaan hebat, tanda kasih Nya yang tidak ternilai. Jalannya dihiasi dengan duri-duri luka, tidak dibiarkan lena dalam nikmat melimpah, tetapi disajikan dngan keperitan yang tiada berkesudahan. Terimalah dengan hati yang ikhlas.

Ikhlas itu rahsia antara manusia dan Allah s.w.t., malaikat tidak tahu dan tiada upaya mencatatnya, syaitan juga tidak mengetahui dan tiada upaya untuk merosakkannya.

Itulah kata dari ahli hikmah. (",)

Adik-adik yang disayangi, moga segala kesakitan yang datang akan menjadikan adik-adik seorang yang kuat, tabah dan sabar menempuhnya. Jangan bersedih, masakan Allah mentakdirkan sesuatu yang sia-sia, sedangkan perancangan Nya Maha Hebat dan Dia Maha Mengetahui segala apa yang terbaik untuk kita semua.

Akak yakin, adik-adik adalah orang yang sangat tabah dan penyabar. Kalau tidak, masakan Allah menetapkan sebegitu. Allah tidak kejam seperti manusia, Dia Maha Pengasih, Maha Penyayang... Andai mampu dialihkan kesakitan yang sedang kalian tanggung pada akak, pasti sudah lama akak mengalihkannya tapi Allah tahu akak tidak sekuat kalian untuk menanggungnya. Akak juga tahu, adik-adik tidak bersendirian (sama ada adik yang sedang dirawat di hospital mahupun adik yang sedang berehat di rumah sambil makan jeruk) kerana zahirnya kalian bersendiri tapi hakikatnya Allah bersama kalian. Kalian orang-orang yang sabar, masakan kalian bersendiri. Allah bersama kalian, insya Allah.

Innallah hama'as sobirin.

Jangan bersedih!
Kata sahabat akak, Rasulullah s.a.w. sendiri pernah meminta seorang yang sedang kesakitan untuk berdoa. Kerana orang yang sakit ini sebenarnya sedang 'dibersihkan' oleh Allah. Masakan adik-adik bersedih kerana Allah 'membersih'kan adik-adik? Pastinya TIDAK, kerana akak yakin adik-adik adalah dari kalangan mereka yang solehah. Insya Allah. (",)

Jangan bersedih!
Sentiasalah merenung ke dalam diri, setiap kekurangan adalah BONUS dari Allah. Tak semua mampu melaluinya kecuali mereka yang Allah pilih. Hehehe... Ingat ye adik-adikku (juga pesanan buat diriku):

Jangan menangis kerana ujian yang datang tetapi menangislah kerana dipilih oleh Allah s.w.t. untuk diuji Nya.

InsyaAllah. Moga CEPAT SEMBUH.

"Dan berdoalah kepada Ku, nescaya akan Ku perkenankan."

Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim,
Engkau Maha Penyembuh,
Sembuhkanlah adik Najwa dan adik Fauzani,
Ya Allah yang Maha Berkuasa,
Kurniakanlah kesihatan yang baik pada mereka,
Suburkan hati mereka dengan ketabahan,
Gemburkan jiwa mereka dengan kesabaran,
Titipkan pengharapan di hati mereka,
Usah biarkan mereka bersedih,
Gembirakanlah hati mereka dengan ayat-ayat Mu,
Hanya Engkau tempatku meminta,
Hanya Engkau tempatku sandarkan harapan,
Peliharalah adik-adikku dari bisikan syaitan,
Moga mereka tenang dalam pemeliharaan Mu,
Berilah kesembuhan buat mereka,
Ameen ya Rabbal alameen. (",)

Syukran. Jazakumullah pada semua yang VIEW blog ana, mudah-mudahan doa kita semua dimakbulkan Allah s.w.t dengan berkat hari Jumaat. Insya Allah.

Salam kasih sayang,
(,") Ukhti Insyirah (",)

Image Hosted by ImageShack.us

3 leaves:

mRs fFiRa 23 January 2009 at 17:27  

salam..
saya terjenguk ke blog ni..
n hati sy tertarik tuk menjenguk lagi n lagi..
n sy terlintas untuk me'link' kn blog ini ke blog sy.. boleh x?

kartini 23 January 2009 at 21:15  

salam ukhti.
subhanallah. ukhti berpurdah rupanya. semoga terus istiqamah ya. moga Allah redha kepada ukhti. teruskan perjuangan dlm dakwahmu demi islam tercinta. salam sayang dari ana...

salam perjuangan,
Srikandi

Insyirah 24 January 2009 at 11:49  

salam alayk =)
ukhti honey, syukran... insyaAllah, moga ukhti dapat berkongsi ilmu pada ana. Yang baik dr Allah, segala yng kurang hanya kelemahan dr ana.

Ukhti srikandi. jazakallah... salam ukhuwwah dari ana buat ukhti. moga sama-sama thabat dalam perjuangan! ameen!

aSkiNg sOuL

Feeling alone?
Innallahha ma’ana

Saw evil act?
Inni akhafullah

Wishing something?
Fa’iza ’azamta fatawakkal’alallah

Missing somebody?
Ma fi qalbi ghairullah.

... syukran ...

Free Hit Counter Syukran 'ala ziarah ^_~

Silent Home

Silent Home
Bila emosi mengunci hati, lalu lahirlah ayat-ayat sepi sebuah monologku merentasi perjalanan menuju Rabbi :)

  © Template Lar Doce Lar por Emporium Digital Graphics Jenny's Grandchild and Irene's Corner

TOPO