"Ya Allah, jadikanlah hamba Mu ini mencintai orang beriman dan jadikanlah orang yang beriman mencintaiku."

(HR Muslim)
Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Third Birthday tickers

11 January 2010

Untukmu Mawar Berduri


Assalamu'alaikum dan salam kasih sayang.

Bagi MENJAGA hati penulis asal dan para pembaca, maka sedikit editing dilakukan. Semoga ianya bermanfaat bagi pembaca. Semoga tulisan dibawah ini tidak membuatkan penulis asal riyak dan para pembaca merasa iri hati. Bacalah, ambillah 'ibrah dan tinggalkan setiap yang tidak membawa manfaat.

....................

Akhir-akhir ini saya merasa senang melihat kebanjiran nama indah, ruang pena bergelar mawar berduri dan seumpama dengannya. Saya melihat dari sisi positif, setiap orang mahu berusaha ke arah kebaikan. Semoga cerita saya dapat dijadikan satu perkongsian buat kalian.

Saya juga dahulu seorang remaja, jiwa yang selalu ingin merasa dikasihi dan disayangi. Tetapi, saya selalu diingatkan oleh tarbiyyah keluarga untuk selalu menepis perasaan yang singgah. Bukan tidak meraikan naluri yang hadir, cuma menyimpan seketika sebelum tiba waktunya. Melihat ada dikalangan rakan-rakan yang mula bercinta, berdating dan meninggalkan fokus utama sebagai pelajar membuatkan saya mula meletakkan tanda aras bagi diri saya supaya dapat mengelakkan diri dari terjebak dengan budaya couple.

Saya juga dahulu seorang remaja, banyak perkara yang menjadi gejolak hati membuatkan saya perlu berusaha untuk mencari jalan keluar dari masalah ini. Saya bukanlah dikategorikan sebagai perempuan yang cantik, namun setiap perempuan itu ada kelebihannya yang tersendiri. Semasa mengadakan discussion group atau dikenali sebagai study group, saya tergamam apabila sahabat lelaki saya meluahkan rasanya. Saya tidak mengenali ramai lelaki dan saya hanya berkawan dengan lelaki yang saya temui secara tidak sengaja, (seperti rakan sekelas) tetapi persahabatan itu tetap mempunyai garisan pemisah.

"Awak ada ciri-ciri yang saya nak jadikan isteri."

Dalam keadaan yang masih dihambat kesibukan sebagai pelajar, saya disentak persoalan sebegitu. Kalau sebelum ini, menerima kiriman surat dari secret admire, menerima kiriman salam dari para ikhwah, saya tidak mengendahkannya. Walau di hati bimbang perasaan ini akan melonjakkan lompatan syaitan atas kegirangan menundukkan hamba Allah, hati saya terus meruntun hiba dalam solat. Saya berusaha untuk menghilangkan setiap rasa yang mampir dengan segera solat tahajud dan taubat.


Sehingga berusia 17 tahun, akhirnya saya diajar oleh seorang akhawat yang selalu bersimpati dengan keadaan saya yang katanya seperti manisan yang dihurung semut. Disaat saya menangis dan meluahkan perasaan, akhawat tersebut tidak pernah lupa untuk mengingatkan bahawa setiap yang hadir hanyalah ujian bagi menguji kesungguhan cinta saya pada Allah. Saya redha, walaupun terus menangis hiba. Hanya Allah yang mengetahui.

Saya bimbang dan khuatir, kerana sabda Rasulullah bahawa tiada yang lebih besar dari fitnah wanita. Maka, saya selalu dihantui menjadi fitnah kepada ar-rijal walaupun saya tidak berkawan rapat dengan lelaki. Maka, sedari usia 17 tahun saya berusaha untuk istiqamah melantunkan bait-bait doa dan pengharapan semoga Allah menutup jalan-jalan fitnah kepada saya.

Akhawat yang simpati itu mengajar saya untuk melafazkan doa;

"Allahummaj'alni hubbak wa hubba man ahabbak waj'al hubbaka ahabba ilayya minal maail baridi."

Dimana pengertian doa ini, Ya Allah kurniakan kepada ku cinta Mu, dan kurniakanlah kepada ku cinta insan yang mencintai diri Mu, dan jadikanlah cinta Mu pada ku lebih aku sukai dari air sejuk. Wallahua'lam.

Saya akur, saya selalu mengikrar pada diri untuk terus berdoa dan berharap. Sehinggalah suatu hari jalan 'jodoh' diberikan kepada saya. Saya solat istikharah dan merasa mungkin dialah jodoh saya, namun di sebalik semua itu ada pelbagai mehnah yang mengiringi sehingga hati saya berbolak balik apakah hikmah di setiap perkara tersebut. Tidak terjawab setiap persoalan yang menghantui saya, sehingga akhirnya saya meminta supaya Allah memberi jalan untuk saya, tunjukkan kekurangannya, singkapkan kekurangannya agar saya mampu untuk berkata TIDAK.

Akhirnya, satu per satu kekurangannya diperlihatkan. Saya tidak berkata dia tidak layak untuk saya yang serba kekurangan tetapi saya meletakkan harga yang sungguh mahal untuk menawarkan cinta kepada mana-mana lelaki. Saya bukanlah gadis solehah, tetapi saya mengharapkan agar saya diberikan kekuatan untuk mengikut langkah seperti srikandi agung yang harga cinta mereka adalah Allah.

Saya tidak sekuat srikandi pejuang agama namun rantaian perjuangan mereka yang saya susuri melalui kitab sirah sangat mengagumkan. Saya terus berdoa dan berdoa kepada Allah, tiada henti sehingga adakalanya saya seperti anak kecil yang berhajatkan sesuatu yang terlalu besar.

Saya pernah ditanya ramai orang, apakah ciri-ciri lelaki yang saya mahu jadikan sebagai suami. Saya tidak menyambut soalan itu dengan jawapan sebaliknya saya membuat muhasabah diri. Bukankah lebih baik saya memberi fokus untuk menjadi anak yang solehah, seterusnya berusaha untuk menjadi isteri solehah yang akan mendidik anak-anak sebagai ibu yang solehah. Saya meletakkan soalan mereka kepada saya, apakah saya layak dan mampu mendidik diri saya menjadi solehah?

Apakah kini ibubapa saya telah mendapat anak solehah?
Apakah suami saya kelak akan mendapat isteri solehah?
Apakah anak-anak saya kelak akan mendapat ibu solehah?

Saya berbesar hati dan berterima kasih pada setiap yang pernah bertanya kesudian diri ini menjadi sayap kiri pada perjuangan mereka. Namun, satu yang tidak mereka beratkan ialah ibubapa saya. Telah saya ikrarkan bahawa cinta saya harganya sangat mahal, untuk Allah.

"keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibubapa"

Saya mahu mendapat keredhaan ibubapa yang selama ini memberikan kasih sayang secara eksklusif, mahal dan tiada setara dengannya. Makhluk Allah yang begitu saya muliakan selain Rasulullah. Mereka hampir dengan hati yang mahu membeli hati saya tanpa dahulu membeli hati kedua ibubapa saya, itu kesalahan terbesar mereka di mata saya.


Saya penat bersoal jawab dengan rakan, taulan, kenalan dari pelbagai latar belakang sehingga akhirnya saya meminta keizinan dari kedua ibubapa saya untuk menyarung cincin di jari saya. Bukan untuk mengaburi mata insan lain tetapi untuk mencari helah dari terus-terusan diberi pelawaan untuk menuju gerbang rumahtangga. Ibubapa saya memberi keizinan tersebut, dan saya aman seketika. Pada setiap yang hampir, saya hanya tersenyum dan menunjukkan jari manis saya yang sudah tersarung sebentuk cincin.

Saya tidak menipu tetapi saya membuat helah. Walaupun ada dikalangan sahabiah marah dengan tindakan saya, ada juga dikalangan keluarga yang tidak menyetujui tindakan saya yang seakan-akan 'declair' bahawa sudah ada yang mengisi kekosongan 'tersebut' namun saya pujuk juga hati yang terluka dengan mengatakan, ia dengan izin ibubapa yang lebih memahami hati anak gadis mereka.

"Kalau dah pakai cincin di jari manis, nanti bertunang dan menikah nak sarung di jari mana lagi?

"Nanti orang nak 'tanya' pun tak berani, dah pakai cincin awal-awal."

Saya telan kata-kata itu, adakala saya meluahkan segugus perasaan pada ibubapa tetapi mereka tenang sahaja. Dan saya tidak akan melupakan kata-kata bapa saya.

"Hanya yang berani untuk bersua dengan keluarga untuk bertanya 'status sebenar' sahaja akan mengetahui, dan dialah yang paling bersungguh."

Akhirnya, sehingga itu saya menutup kamus tentang jodoh kerana saya aman dengan janji Allah, saya merasa tenang dengan kata-kata bapa sebagai wali mujbir mengatakan bahawa hanya yang BERANI dan BERSUNGGUH sahaja mampu untuk tahu perkara sebenar. Saya biarkan sahaja persoalan jodoh.

Di saat sahahiah lain bercerita mengenai status isteri solehah, saya tidak menceburkan diri kerana saya sedang bermujahadah untuk mendapatkan status anak solehah.

Pelik bukan, kita selalu berusaha untuk mendapatkan sesuatu yang jauh dari kita tetapi kita tidak memanfaatkan apa yang hampir dengan kita. Sebagai anak gadis, apakah lebih manis apabila kita memberi seluruh usaha solehah untuk menjadi anak solehah kerana seorang anak yang tolehah tidak akan mampu dengan lafaz ijab dan qabul terus berubah menjadi isteri solehah, ianya perlu pada lentur nafsu dan ego.

Apabila ibubapa meredhai diri kita, insya Allah kelak suami juga akan mudah untuk meredhai kita kerana kita sudah berusaha untuk menjadi anak solehah, kemudian meletakkan diri di tempat berbeza, usahanya masih menggunakan aras yang sama iaitu menjadi solehah. Kalau kita tidak mampu menjaga hati dan perasaan ibubapa, adakah kita mudah untuk melentur diri untuk memuaskan hati dan perasaan seorang suami?

Saya menghilangkan diri di tengah kesibukan sahabiah lain yang sedang menyiapkan diri untuk menuju gerbang rumahtangga. Saya menyorok dari setiap lenturan emosi dan akhirnya saya hanya punya satu kekuatan iaitu menanam yakin pada Allah.

Siapa saja jodoh saya bukan pilihan saya, bukan juga pilihan ibubapa saya tetapi pilihan Allah untuk saya.

Dan harga cinta saya terlalu mahal, untuk Allah. Bagi membeli hati saya, dia haruslah terlebih dahulu membeli hati ibubapa saya kerana saya masih mempunyai ibubapa yang berkuasa mutlak atas diri saya. Mereka berhak ke atas setiap perkara yang bersangkutan dengan urusan dunia juga akhirat saya.

Dalam kesibukan menghilangkan diri di tengah hiruk pikuk keadaan, saya diberitahu oleh bapa saya tentang lamaran seseorang. Saya cuba menenangkan diri, mencari tahu siapa orang yang BERANI dan BERSUNGGUH tersebut. Bapa saya menjadi orang yang paling mendamaikan, ibu pula bertindak menjadi penasihat. Akhirnya, telah Allah beritakan bahawa yang paling BERANI dan BERSUNGGUH itu ialah orang yang telah membeli hati ibubapa saya. Bukan membeli hati saya seperti sebelum ini.

Saya katakan kepada ibubapa, mereka telah membeli hati ibu dan bapa saya tanpa membeli hati saya tetapi saya akan menghadiahkan cebisan hati saya untuknya. Dia tidak berjual beli dengan saya tetapi dia berjual beli dengan Allah, kerana saya telah katakan seperti awal tadi, cinta saya untuk Allah. Dan sebagai pembeli budiman yang membeli cinta Allah, saya menghadiahkan kalungan penghargaan untuknya dengan memberikan cebisan hati saya untuknya tidak lain atas kerelaan dan keredhaan ibubapa yang mengharapkan bahawa dia adalah pilihan Allah untuk saya.

Pada si mawar yang berusaha untuk menjadi mawar berduri, pesan saya bersungguhlah membenteng diri walau ada ketika dan masa ada kumbang yang cuba menyentuh duri yang memagari dirimu, bukan mereka tak tahu tajamnya sakit tusukan durimu tetapi mereka rasakan bahawa itu adalah usaha. Pesan saya, teruslah memagari diri dan jangan biarkan sehingga kumbang-kumbang itu membuatkan jasadmu terluka dengan usikan-usikan liar.

Ada kumbang yang sekadar memberi salam dan berlalu.
Ada kumbang yang singgah bertanya kesudian mawar indah.
Ada kumbang yang mahu menguji sejauh mana tajamnya durimu.

Anggaplah setiap yang hampir adalah UJIAN untuk lebih bersama dengan Allah, supaya lebih akrab dengan Allah. Yakinlah, Allah sentiasa ada untuk mendengar suara hati kita. Bahagialah atas ujian Nya kerana janji Allah, setiap kesulitan akan diiringi dengan kemudahan.

Saya minta sedikit, tetapi Allah berikan kepada saya jauh lebih besar dari apa yang saya pohon. Satu saja yang ingin saya katakan, cintakan Allah tiada kecewa.

.................

Ana mahu dedikasikan perkongsian ini dalam blog kerana ana sayangkan ukhtun di luar sana, ukhtun fil islam yang sedang bermujahadah. Semoga kita sama-sama memberi cinta kepada Allah. Ana sempat bold beberapa part yang ana anggap sebagai 'penting'. Wallahua'lam.


Ana sayangkan antunna.

Read more...

09 January 2010

Skru Longgar


Bismillahirrahmanirrahim.

Angka jam di laptop sudah menunjukkan jam 2.07 pagi. Mata masih buntang, tak mampu dilelapkan. Ana baru selesai menulis sebuah cerpen yang didedikasi buat ayahanda tercinta, hanya untuk ayahanda tanpa orang lain membacanya. Sepantas jari menari di keyboard, terus menari-nari girang sang jari sambil idea terus dicurahkan di atas skrin laptop. Hanya seketika, ana mampu menyiapkan sebuah cerpen yang ana kira panjang tidak sampai 1 jam! Selesai sebuah cerpen yang penuh dengan sastera (abi faham ke tidak, wallahua'lam) dan kiasan, akhirnya ana tergelak selepas menekan button 'sent' pada kotak e-mail.

Fahamkah abi isi-isinya kerana ana menulis dengan bahasa hati. Ana tersenyum sendiri sedari tadi, kalau melukis mesin atau bercerita tentang mesin mungkin tidak bermasalah untuk abi faham tetap yang ana lukiskan ialah bahasa hati. Ana rentangkan kisah itu hanya buat tatapan abi, untuk ummi insya Allah diwaktu yang lain pula. Sesuatu yang lebih istimewa, insya Allah!

Kalau ada yang terasa ingin membacanya, sila la e-mail pada abi suruh forward, ahaks!

Habis tarian jari di kotak e-mail, ana kembali membuka ruang untuk meneruskan penulisan menuskrip buku. Alhamdulillah, idea mencurah-curah. Mudah-mudahan bahasa hati itu difahami, bimbang syok sendiri pula beriya-iya mengubah ayat dan melontar bahasa akhirnya ana sendiri je yang faham. Aduh! Sekitar 3 bahagian yang masih belum disentuh, insya Allah sudah hampir pada penghujungnya. Rabbi yassir wala tu'assir. Syukur, tarian pena lincah di waktu ini.

Ana tersenyum, terkenangkan apa yang berlaku tadi. Usai solat Maghrib, ana bersalam dengan adinda tersayang.


"Ish, semuanya kruk kreekkk... Skru tulang dalam badan Kak Yang ni memang semuanya longgar yerk?"

Ana menjegil mata pada Adik, entah apa lagi yang mahu dikutuknya.

"Bila bangun, bunyi pruppp prappp... Ini salam pun bunyi jugak. Ish, semua skru longgar."

Ana tak mampu menahan ketawa, terkadang apabila ingin memarahi Adik hati ana tercuit dan ana terus ketawa. Adik pandai 'bercakap' hingga pening untuk melayannya.

Ana tidak ada kata untuk membalas kata-kata Adik, hanya ketawa yang masih bersisa hingga kini.

Teringat bila ana membebel pada Adik sambil menyiapkan kerja sekolahnya bersama.

"Isk Adik ni, ini kan baru belajar tadi takkan dah lupa. Banyak berangan la tu!"

"Eh, mana ada. Jalan pusing-pusing, Adik pening. Semua yang belajar dah tercicir tengah jalan."

Dan nanti diberikan alasan, apa yang ana ajar di rumah... Esoknya pergi sekolah, semuanya cicir di tengah jalan! Aduh... Mahu saja sarankan Adik belajar di tengah jalan saja, sebab semuanya ditinggalkan di tengah jalan. Macam-macam sungguh kerenah Adik.

Bila terasa nak marah, rasa marah diganti dengan rasa nak ketawa. Apa yang keluar dari mulutnya begitu slumber.

Harini dia katakan skru ana longgar gara-gara sewaktu bersalam selepas solat, tangan ana 'meletup'. Esok, entah apa lagi yang nak dikomennya. Wallahua'lam.

Adik... Adik...


Comel lah pula, seacrh dalam google... Cari gambar baby. Jadilah... Lepaskan geram :D

Read more...

08 January 2010

Betulkan Yang Bengkok


"Leceh betullah orang perempuan ni. Tegur sikit dah merajuk. Kena pujuk, nasihat lembut-lembut, cakap baik-baik... hai leceh betul. Tetapi kalau dibiarkan menjadi-jadi pulak! Kita punya kerja pun dia nak langgar. Buat kerja ikut semangat, tak pandang kiri kanan lagi."

"Eh, apa yang kau ngomelkan ni Fuad? Siapa yang buat hal kali ni?"

"Staf aku si Lina tu lah. Baru tegur sikit, dah monyok. Hari ni dah tak datang kerja. Susahlah macam ni. Kerja pejabat akan terganggu."

"Entah-entah dia ada hal lain. Engkau belum siasat dah jump to conclusion."

"Alaah... orang perempuan memang macam tu. Kan Nabi pun kata yang orang perempuan tu ibarat tulang rusuk yang bengkok? Sebab dia bengkoklah orang perempuan suka buat perangai. Kita nak luruskan nanti takut patah pulak. Kalau dibiarkan terus, makin bengkoklah. Hai susah, susah."

"Jangan cakap macam tu, Fuad. Maksud Hadis tu bukan begitu."

"Eh, kan Hadis itu sudah lumrah diperkatakan? Apa yang tak kena pulak, Naim?"

"Maksud aku begini. Menafsirkan Hadis itu seolah-olah orang perempuan tu memang Allah ciptakan sebagai satu golongan yang "disadvantaged" atau terkurang seperti yang engkau cakapkan seolah-olah mengatakan yang Allah itu berat sebelah. Walhal Allah itu Maha Adil dan Dia ciptakan lelaki dan perempuan itu sama sahaja dari segi kemampuan mereka untuk meningkatkan iman dan menjadi hamba Allah yang bertaqwa. Bengkok yang disebut di dalam Hadis itu bukan bermakna yang mereka itu sentiasa cenderung ke arah melakukan perkara-perkara yang tidak baik. Buktinya, apabila Rasulullah s.a.w. datang membawa ajaran Islam, baginda menaikkan taraf perempuan yang sebelum itu dianggap "golongan yang tak berguna" kepada 'sayap kiri' kepada masyarakat. Baginda ada memberikan tugas-tugas yang penting kepada orang perempuan, terutama bila kaum lelaki keluar berperang. Sebagai sayap kiri, tentulah mereka diiktiraf seimbang dengan sayap kanan."

"Tapi, memang orang perempuan kuat merajuk. Jenuh kita nak layan dia."

"Merajuk bukan berlaku pada orang perempuan saja. Orang lelaki juga kuat merajuk. Mungkin cara merajuk atau cara 'protes' tu yang tak sama. Punca merajuk sebab iman lemah, bukan sebab jantina. Lagipun, apa salahnya kalau kita tegur orang perempuan dengan berlemah-lembut dan berhikmah. Bukankah begitu tuntutan Islam. Kalau kita marah-marah sehingga mereka merajuk, bukan mereka yang salah, tetapi kitalah yang salah. Entah-entah waktu itu kita lebih 'bengkok' daripada mereka!"

"Eh, eh engkau ni. Asyik nak bela orang perempuan aje."

"Aku bukannya nak bela siapa-siapa. Aku cuma nak betulkan pemahaman yang tidak betul terhadap Hadis tu."

"Apa maksud sebenar Hadis tu?"

"Orang perempuan yang diibaratkan seperti tulang rusuk yang bengkok itu bukan bermakna satu kekurangan, tapi sebenarnya adalah satu 'penyempurnaan'. Sepertimana juga usus manusia yang berlipat-lipat dan berlingkaran itu bukanlah satu ketidakbetulan tetapi begitulah keadaanusus yang sempurna. Bengkoknya tulang rusuk itu kerana ia bersifat 'pelindung'. la melindungi organ-organ penting di dalain tubuh manusia seperti jantung, paru-paru, hati dan limpa. Kalau tulang kakilah yang diletakkan di dada manusia, sudah tentu ia tidak dapat berperanansepertimana tulang rusuk yang bengkok itu."

"Oh begitu. Jadi bila Nabi katakan yang orang perempuan itu seperti tulang rusuk yang bengkok, beliau hanyalah hendak memperlihatkan perbezaan peranan mereka berbanding lelaki?"

"Begitulah. Selain itu, maksud 'tulang rusuk yang bengkok' itu ialah sifat 'rahmah'. Ini bermakna bengkoknya wanita ialah sifat semulajadi yang Allah ciptakan untuk wanita agar dia dapat memainkan peranan yang tidak dapat dimainkan oleh lelaki. Orang perempuan itu sifat semulajadinya penyayang. Perasaannya halus. Kerana adanya sifat-sifat itu, orang perempuan boleh sabar menjaga dan melayan anak-anaknya yang berbagai kerenah. Mereka juga sabar dan tekun melakukan kerja-kerja rumah yang mungkin kepada kita sangat membosankan."

"Begitu jugalah di dalam masyarakat, orang perempuan sangat sesuai menjadi guru, jururawat, dan apa juga bidang yang dalam kemampuannya. Oleh itu jangan cuba buang sifat "bengkok" ini daripada orang perempuan dengan memberikan mereka tugas-tugas yang tidak sesuai. Kalau tulang rusuk sudah patah, organ-organ yang penting tadi tidak akan selamat. Jadi peranan mereka sebenarnya penting. Bayangkanlah betapa besar peranan dan jasa ibu yang menjaga dan mengasuh kita dari kecil hinggalah besar."

"Hmm, betul tu Naim. Sebenarnya tiada siapa yang 'bengkok' mengikut tafsiran yang engkau gunakan. Bengkok atau tidaknya seorang lelaki atau perempuan itu bergantung kepada iman dan akhlaknya. Orang lelaki kalau tidak berusaha untuk membuang sifat-sifat yang terkeji di dalam dirinya pun akan jadi bengkok juga, malah lebih bengkok dari orang perempuan yang ada usaha membaiki dirinya. Baru aku sedar, akulah yang bengkok. Asyik marah-marah dan tidak sabar."

"Memang tidak sepatutnya kita lihat orang lain itu lebih 'bengkok' daripada kita. Sebaliknya kita patut sentiasa merasakan yang kitalah yang lebih `bengkok' daripada semua orang lain di muka bumi ini... "

Moralnya:

Manusia sebenarnya lebih kenal orang lain berbanding diri sediri, dengan sebab itu mereka lebih nampak kecacatan orang lain berbanding kecacatan diri sendiri.

Read more...

07 January 2010

Anugerah Ilahi

Bismillahirrahmanirrahim.

Paling minima 5 kali sehari kalimah Allahuakbar membawa maksud Allah Maha Besar membuka tirai solat. Di awal bicara Fatihah, kalimah bismiLLAH dibaca. Ar-Rahman, Allah Maha Pemurah. Kemudian, Ar-Rahim, Allah Maha Mengasihani. Sebenarnya, dalam mencari arah tuju dan panduan kehidupan, kita harus sedar bahawa kita dikelilingi oleh rahsia kebesaran, dikasihi dan disayangi. Justeru, apa juga bentuk ujian dan cabaran, kita harus terima dengan hati yang terbuka. Harus sentiasa bersyukur dan menganggap apa jua yang mendatang adalah satu ANUGERAH. -Hassan Suyut-

Ya Allah,
Sungguh kami sedari betapa diri kami begitu kerdil untuk memperjuang agama Mu. Namun kami mohon pada Mu ya Allah, berilah kami peluang untuk kami tunjukkan pada Mu betapa kami sangat bersungguh untuk bertugas sebagai hamba Mu. Kau tetapkanlah hati kami untuk sentiasa kuat melawan kekangan nafsu sendiri. Mudah-mudahan suatu saat nanti kami dapat mengecap nikmat sebuah perjuangan sebagaimana yang dirasai oleh Rasulullah yang amat kami kagumi. Ameen...


Scrapbook at WiddlyTinks.com

Happy 1st birthday in advance Aqeef Haykal.

Hola... tak sabar nak tayang pic Aqeef, so... wish siap-siap.

# Semoga Aqeef membesar sebagai anak yang soleh

# Sihat, ceria dan... be somebody!

p/s: Ni la pakwe ana, comel kan. :kenyit:

Read more...

aSkiNg sOuL

Feeling alone?
Innallahha ma’ana

Saw evil act?
Inni akhafullah

Wishing something?
Fa’iza ’azamta fatawakkal’alallah

Missing somebody?
Ma fi qalbi ghairullah.

... syukran ...

Free Hit Counter Syukran 'ala ziarah ^_~

Silent Home

Silent Home
Bila emosi mengunci hati, lalu lahirlah ayat-ayat sepi sebuah monologku merentasi perjalanan menuju Rabbi :)

  © Template Lar Doce Lar por Emporium Digital Graphics Jenny's Grandchild and Irene's Corner

TOPO