"Ya Allah, jadikanlah hamba Mu ini mencintai orang beriman dan jadikanlah orang yang beriman mencintaiku."

(HR Muslim)
Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Third Birthday tickers

10 November 2008

Terima Kasih Ya Allah


Akhi Shidee with kak Nor

Syukur Alhamdulillah.

Allah Maha Mengetahui perasaan hamba Nya. Atas sebuah kesabaran yang panjang, doa yang tak putus-putus, akhirnya Allah makbulkan juga untuk ana menziarahi 2 insan yang selalu dekat dengan hati ana. Syukur, Allah izinkan pertemuan kami. Walaupun awal pagi, kesihatan sedikit mengganggu, namun Allah juga yang Maha Berkuasa. Sedikit ujian untuk memberikan lebih banyak jalan menyemai SABAR. Sukar di ungkap dengan kata-kata dan bicara hati. Allah lebih tahu apa yang terbuku di hati. Lautan syukurku hanya setitis dari rahmat Nya. Ana tunduk pasrah walaupun pertemuan pastinya berakhir dengan perpisahan. Namun, perpisahan yang memberi seribu satu pengertian. Genggam erat dan pelukan mesra serta ciuman kasih sayang benar-benar melengkapkan erti satu KERINDUAN yang nyata.


Subhanallah. Allah memberikan satu ujian yang panjang untuk menghadiahkan sebuah kemanisan dalam ukhuwwah. Ana benar-benar syukur dengan anugerah ini. Terlalu banyak cerita yang ingin di luahkan, terlalu banyak bahasa yang ingin ana bicarakan namun pengisian yang mantap lebih bermakna walaupun waktunya terhad. Keberkatan... Iya, itu yang penting. Hehehe... Sepi, sendu dan sebak. Waduh, ana tak mahu jadi terlalu puitis hari ini. Ramai sahabat yang menegur betapa susah nak faham bait ayat yang terlakar, sangat sastera. Subhanallah, sedangkan ana bukan bersastera, sekadar mencakna ayat-ayat menjadi seindah di hati. Iya... Perasaan yang Allah saja tahu!


Penantian panjang...

InsyaAllah 16-17 ini "halaqoh akhawat" bersama insan yang amat sangat ana rindu. Moga Allah permudahkan pertemuan ini yang barangkali ana akan menjadi sangat periang. Aduh... Bayangan rindu... Banyak yang menjelma, moga Allah tautkan kembali rasa kasih yang terhidang buat menyemai bahtera perjuangan di hati kami demi menagih redha Nya. Insya Allah. Banyak yang dirancangkan, tapi Allah saja yang tahu kesudahannya. Moga kembara ini tak sunyi dengan tautan hati dari sahabat yang BENAR-BENAR menghargai sebuah persahabatan.


Love StOry FoR my LoveLy:



... maka Kami telah memperkenankan doanya dan menyelamatkannya dari kedukaan. Dan demikianlah Kami selamatkan orang-orang yang beriman. [Surah Al-Anbiya’ :88]

SiS Syifa'

SiS AmiEra

SiS NoR --> Laksa memang sedap sangat.

AkhI ShiDeE


Jazakumullah atas selautan kasih sayang, ilmu, pengalaman dan coretan kehidupan buat ana... Yang dhaif segalanya... Kalian TERLALU istimewa di hati ana. 4 tahun menyemai ukhuwwah walau di alam maya, namun keberhasilan kasih sayang yang dizahirkan, masya ALLAH! Mantopppp!

... maka Kami telah memperkenankan doanya dan menyelamatkannya dari kedukaan. Dan demikianlah Kami selamatkan orang-orang yang beriman. [Surah Al-Anbiya’ :88]

sodiki hakiki yang sangat ana rindukan:
SiS HafiZah
SiS aIsyAh

moga Allah perkenankan doa kita untuk bersua...

Image Hosted by ImageShack.us

Read more...

04 November 2008

Dari Sebuah Kelukaan

~ creadit to Mama** Gonna miss you much, bile nak balik Malaysia nih? Thanks 4 all the support. To Sis Nis, thanks so much 4 the cookies, it so delicious! yummy!! To Sis Balqis, may Allah always bless and keep us among the pious, really miss your sweet smile. Hehe... One more my dearest Sis Azmah, thanks 4 your care and do'a. May Allah always keep us in the beauty of friendship. Muahhhh...! Love you sis!

Humairah leka mengadap laptopnya, seharian dia bertungkus lumus menyiapkan artikelnya. Menghitung date line yang semakin hampir, ditambah pula dengan pelbagai aktiviti ilmu di musolla memaksa dia memberikan sepenuh tumpuan pada artikelnya. Kali ini, dia diamanahkan untuk mengupas topik “Cinta Ilahi”. Kepalanya semakin berdenyut, Humairah hanya menjamah roti dan air suam. Fikirannya berhempas-pulas menggarapkan bait-bait ayat terbaik untuk dihantar kepada Ustaz Kamil, editor majalah Wadah Remaja Islam.

Sedang memikirkan penutup bagi artikel yang seharian dihadapnya, Humairah menerima sms dari seseorang yang tidak disangkanya. Cerita lama yang sepahit mungkin ditelan dan sedaya upaya dilupakan, namun hari ini mujahadahnya terganggu.

“Assalamualaikum muslimah bidadari dunia. Masih ingatkah Humairah pada abang? Apa khabar Humairah sekeluarga?”

Fikiran Humairah benar-benar terusik dengan kisah lalu. Kisah yang tidak mungkin dilupakan. Apakah yang menyebabkan Hizmi menghantar sms pada diri yang selayaknya dilupakan? Hati dan fikirannya benar-benar terganggu. Beberapa minit dibiarkan, fikirannya tidak mampu menumpukan perhatian pada artikel amanah dari Ustaz Kamil.

Humairah bangkit dari posisinya, segera mencari ketenangan dari Ilahi. Dialah Pemberi ketenangan, ingin ditagih ketenangan pastilah meminta dari Pemberinya. Inginkan kedamaian hati, maka... Dicarinya cinta dari Allah yang menyembuhkan kelukaan hatinya. Segera Humairah mengambil wudhuk dan menunaikan solat sunat Taubat dan menghadam Quran. Penawar hati yang terbaik!

Setelah dirasakan ketenangan yang sirna kembali menyisip, Humairah meneruskan artikel yang hampir siap! Sambil mendengar alunan kalamullah bacaan Syeikh Saad Al-Ghamidy, Humairah teringat akan pesanan ibu tersayang, dakapan dan belaian ibu yang sering dirinduinya. Kata ibu:

“Seorang wanita solehah itu tercipta untuk lelaki yang soleh. At-toyyibat lit-toyyibin. Wanita yang baik untuk lelaki yang baik, begitulah sebaliknya. Telah tercatat seungkap nama di Loh Mahfuz untukmu, Cuma peribadinya ditentukan oleh sejauh mana ketinggian peribadimu. Jika kau terhambat di jalan yang diredhai, insyaAllah si dia turut di jalan yang sama. Lupakan segala kegundahan, teguhkan diri pada cinta hakiki nescaya cinta si dia yang soleh turut kau miliki.”

Kata-kata ibu sewaktu dirinya sedang dalam kegundahan. Terima kasih ibu kerana tidak pernah jemu menasihati Humairah! Terima kasih ya Allah kerana mengurniakan seorang ibu yang solehah buat Humairah! Humairah tersenyum lalu meneruskan artikelnya.

“Syukur alhamdulillah.” Humairah kembali tersenyum puas. Setelah seharian berhempas-pulas, akhirnya artikel “Cinta Ilahi” yang diamanahkan oleh Ustaz Kamil siap sepenuhnya. Setiap ejaan dan bait ayatnya siap disemak. Humairah lalu mengambil hensetnya, ingin sekali menalifon ibu dan memohon doa agar hatinya sentiasa tenang di jalan dakwah.

Sekilas jam pada henset dipandangnya, 12.20 malam. Mungkin ibu sudah diulit mimpi indah. Teringat akan sahabat setia yang tidak pernah jemu menasihati dan memberikan semangat buatnya, Salsabila. Sal kini menuntut di universiti terkemuka di kota London. Walaupun dipisahkan jarak dan masa, namun tautan ukhuwah yang terjalin tidak pernah pudar.

Humairah tersenyum riang, sms dihantar kepada sahabat terbaiknya.

“Assalamualaikum cik akak sayang, apa kabar... Dah jumpa mat saleh ke sampai lupakan Irah, lama tak dengar kabar Sal. Ana rindu sangat pada Sal, moga Sal sihat dan ceria. Doakan ana yer, moga kekal di jalan dakwah dan tarbiyah. Amin”

Sekelumit hatinya teringatkan pada sms dari Hizmi, lelaki yang pernah mengetuk pintu hatinya. Juga lelaki yang pernah hadir dalam hidupnya, lelaki yang pernah mendampinginya untuk dijadikan suri hidup. Namun, Allah lebih mengetahui apa yang terbaik buat mereka. Wamakaru wamakarallah wallahu khairul makirin. Humairah yakin sekali dengan percaturan Allah, pasti yang terbaik untuk setiap hamba.

Irama hatinya bergetar, tarian imannya sedikit goyah. Hatinya beristighfar panjang. Nasihat Kak Naimah, naqibahnya sedikit sebanyak dijadikan senjata.

“Jangan mulakan langkah andai tidak mahu terjerumus menjadi asbab kelalaian pada lelaki. Jangan biar mereka merasakan respon dari kita hatta kita senang dengan kehadiran mereka. Hakikatnya, andai dia jodoh untuk Irah, insyaAllah pasti Allah akan bukakan jalan untuk menyatukan.”

Humairah memiliki wajah ayu nan mempersona, campuran darah Arab-Melayu yang mengalir pada tubuhnya. Seraut wajah berbekas wadhuk dan nur iman yang terpancar sering menjadikan dirinya sebutan ikhwan. Namun, jauh di sudut hatinya, sedaya upaya ditepis setiap salam yang dihulurkan andai bersandarkan pada ketukan perasaan yang mengharapkan lebih dari menjadi seorang sahabat. Hatinya dihiasi dengan cinta Allah dan rindu rasul Nya.

Pengalaman lalu banyak mengajarnya erti kedewasaan. Pengalaman lalu juga mengajarnya untuk lebih mengharapkan pertolongan Ilahi dalam apa juga urusan, Allah sajalah yang layak untuk dicintai. Seandainya perlu mengalihkan perasaan cinta itu, biarlah ibu dan abah yang merasainya. Merekalah selayaknya merasai kemanisan cinta Humairah. Dan suatu hari nanti, pastilah seorang insan bernama suami akan menikmati kelazatan cintanya. Iya... Hanya suaminya. Bukan cinta lelaki yang tidak sah baginya.

Nafasnya seakan ditahan. Berat sekali keluhannya. Betapa sukarnya untuk merasai kemanisan ketenangan, satu sms dari Hizmi merampas segalanya. Humairah beristighfar panjang. Hiba rasanya apabila sering menjadi perhatian lelaki. Sedaya upaya dilelapkan mata. Jam menunjukkan angka 1 pagi. Keesokan harinya kelas al-Quran Ustaz Mustakim bermula pada jam 8 pagi. Bebola mata Humairah masih gagal untuk menikmati rehat.

****
Seusai solat subuh berjemaah dengan kak Hanis dan Kak Nuris, mereka bertadarus Quran selama 15 minit. Setelah itu, masing-masing bersiap untuk aktiviti seharian sebagai pelajar. Satu lagi sms dari Hizmi membuatkan Humairah semakin runsing.

“Abang masih sayangkan Humairah. Ingat lagikah Humairah pada abang? Atau Humairah sudah mempunyai calon lain? Insan secantik Humairah, pasti mudah mencari calon suami.”

Humairah istighfar panjang. Hatinya benar-benar runsing dengan sms dari Hizmi. Wajah lelaki yang sedaya upaya dibuang dari kotak fikiran. Lelaki yang pernah memberi harapan dan dia jugalah yang memberi luka pada hati Humairah. Mujurlah Ustaz Fikri dan zaujahnya banyak memberikan semangat. Hampir mereka mengikat tali pertunangan, namun atas sedikit kesilapan dari Humairah lantas Hizmi mengatakan bahawa dia bukanlah calon isteri solehah.

Masih segar lagi kata-kata yang dihamburkan kepadanya. Kata-kata yang penuh dengan kebencian, dan setiap bait ayatnya sangat menghiris hati Humairah. Hatinya rapuh, mujurlah imannya masih utuh mengatasi perasaannya yang lumpuh. Ingin rasanya membalas kata-kata Hizmi, namun ditahan hatinya yang hancur luluh. Biarlah... Allah lebih tahu. Hampir seminggu mengurung diri di kamar hinggalah Ustaz Fikri dan zaujahnya bertandang ke rumah menyalakan kembali semangat yang pudar.

Begitu besar jasa Ustaz Fikri dan zaujahnya, semoga Allah membalas jasa kalian!

Sms Hizmi dibiarkan tanpa balasan walau salamnya. Cukuplah hatinya menderita dengan apa yang telah berlaku. Bukan tidak ada yang ingin mendampinginya, malah ramai yang ingin menjadikan Humairah sebagai isteri, namun hatinya masih berbalut luka. Sukar untuknya memberi peluang kedua buat lelaki.

Kelas al-Quran ustaz Mustakim tidak semuanya masuk ke dalam ingatan Humairah. Sms demi sms dari Hizmi sangat mengganggu ketenteraman jiwanya. Habis kelas al-Quran, Humairah melihat hensetnya. 3 mesej baru:

“Berikan peluang kedua untuk menebus kesalahan abang. Abang sayangkan Humairah, tiada pengganti sehebat Humairah buat abang. Humairah calon solehah idaman abang.”

“Izinkan abang memautkan kembali hubungan kita. Izinkan abang mengambil Humairah secara sah dari ibu dan abah Humairah. Andai Humairah sudi menerima, minggu ni abang akan minta mak abang ke rumah Humairah.”

“Abang menantikan jawapan Humairah... Tolonglah jawab.”

Humairah lantas mematikan hensetnya. Perlahan kakinya diatur ke kafeteria, belum lagi menjamah apa-apa melainkan milo 3 in 1 yang dibekalkan ibu. Sedang menikmati nasi lemak, Kak Izzah menyapa Humairah yang sememangnya runsing dengan sms demi sms Hizmi. Kak Izzah, seniornya yang berpewatakan ceria, semakin ceria selepas berkahwin 3 bulan lalu.

Sedaya upaya disorokkan masalah yang melanda. Namun, senior yang berpewatakan keibuan itu sukar untuk ditipu. Kak Izzah memandang muka Humairah yang kelihatannya tidak ceria seperti selalu.

“Irah ada masalah ker? Kenapa muka Irah tak berseri macam selalu? Gaduh dengan pakwe ke?”

Bulat mata Humairah mendengar perkataan “pakwe”. Tiada istilah “pakwe” dalam hidupnya. Biarlah “pakwe” dunia akhirat adalah suaminya.

“Akak ni... Irah mana ada pakwe la. Orang macam Irah ni, sapa la yang pandang. Kucing pun tak sudi nak pandang tau. Irah penat je, malam tadi tidur lewat.” Alasan yang difikirnya munasabah! Memang Humairah tidak cukup tidur. Matanya lelap selewat jam 1.30 pagi dan bangun pada jam 4.30 pagi.

“Orang cantik macam Irah tak ada pakwe? Hehehe, silap pula akak. Irah gaduh dengan tunang ker?” Kak Izzah masih memancing perhatian Humairah.

“Astaghfirullah hal azhim... Allahuakbar! Irah mana ada tunang kak. Akak ni kan...” Merona merah muka Humairah, memang tidak senang dengan usikan tersebut. Terus Humairah tunduk, tak berani menatap wajah kak Izzah. Malu dengan usikan yang langsung tidak disangkakan.

“Hehehe, belum ada tunang yerk. Habis tu kenapa tak happy jer adik akak ni?” Itulah watak kak Izzah, sentiasa ceria dan mengambil berat tentang kebajikan adik-adik juniornya.

“Bukan tak happy kak, tak cukup tidur jer ni.” Humairah cuba memaniskan muka. Tidak sanggup rasanya menceritakan apa sebenarnya yang melanda ruang hatinya. Terlalu berat untuk dikongsikan dengan sesiapa, hanya Salsabila teman yang dipercayainya. Berbual seketika dengan Kak Izzah dan akhirnya Humairah meminta diri.

****
Humairah melabuhkan tubuhnya di atas katil. Penat rasanya menguruskan program untuk mahasiswa baru. Sebagai orang yang diamanahkan, sedaya upaya dikuatkan hati meneruskan tugasan. Jubah biru laut yang dipakainya pemberian akhi tersayang, buah tangan dari China. Semakin terserlah keayuannya dengan jubah dan tudung labuh biru lembut, tanpa solekan sedikit pun Humairah masih kelihatan cantik mempersona.

Diambil henset dari beg galasnya. Beberapa panggilan dan sms yang tidak disedari. Panggilan dari abah. Allahuakbar, langsung tidak disedari lantaran terlalu sibuk menguruskan program. Sms dari akhi, mengajaknya pulang ke kampung dan sms dari abah, bertanyakan khabar. Dua minggu Humairah tidak menghantar sms pada abah, rutin hariannya terlalu padat. Dan sms dari Hizmi... Humairah mengeluh panjang.

Hatinya berdetik... “Bukanlah aku calon solehah pilihannya. Mengapa masih mencari aku? Sedangnya dia layak dengan insan solehah, bukan muslimah seperti aku.”

Hampir dua bulan Hizmi terus-terusan menghantar sms dan membuat panggilan namun tak satu pun yang dibalasnya. Salsabila menyarankan Humairah berdiam diri dan melakukan solat istikharah. Setelah merasakan gerak hatinya mendapatkan jawapan, pada Allah diletakkan sepenuh pergantungan. Lantas sms Hizmi dibalas seringkas dan padat yang mampu.

“Asif, semoga anta mendapatkan zaujah solehah yang diidamkan. Ana bukan calon solehah.”

Hatinya tenang dengan jawapan yang diberikan. Semoga Hizmi mendapatkan wanita solehah. Bergelut dengan perasaan dan pertanyaan Hizmi yang merunsingkan, ditambah dengan program universiti yang melelahkan sangat memenatkan otak Humairah.

Teringat pada sms akhi, terus Humairah membalas sms akhi.

“InsyaAllah adik free minggu ni, Along ambil hari Jumaat ke? Kelas sampai tengah hari je, petang adik ada halaqoh sampai 3 petang.”

Tak sabar menatap wajah lembut ibu, wajah redup abah. Hampir 3 bulan tidak menjejakkan kaki ke kampung. Cuti semester dihabiskan di rumah Angah, kebetulan Kak Ngah melahirkan anak ke-2 pada cuti semester, ibu dan abah pula menunggu Kak Ngah dalam pantang. Hatinya teringat pada buah rambutan, kata abah sekarang musim rambutan.

****
“InsyaAllah, kalau itu kata abah dan ibu, adik setuju.” Jawapan pendek dari Humairah. Hanya itu yang didengari Kak Nuris, teman sebilik Humairah. Selepas pulang dari kampung, Humairah sering berdiam dan banyak menyendiri. Sepatah ditanya, sepatah dijawab. Humairah yang berpewatakan pendiam itu semakin kurang bercakap, Kak Nuris semakin tertanya. Apalah yang membuat teman sebiliknya menjadi begitu...

“Irah ada masalah keluarga?” Kak Nuris cuba mencari jawapan.

Humairah tertunduk, lama berdiam dan akhirnya mengangkat muka. Setitis air matanya menitik, lalu dibiarkan mengalir ke pipi. Tidak tahan lagi menanggung perasaan yang selama ini disimpan.

“Ada orang yang ingin mengambil Irah sebagai zaujah... Masa balik kampung, ada orang datang meminang Irah.” Humairah menarik nafas dalam-dalam.

“Jadi?” Kak Nuris sedaya upaya menyelami hati teman yang disenanginya. Teman yang paling disayangi juga disenangi. Tangan Humairah dipegang erat...

“Tadi abah talifon bertanyakan jawapan. Irah setuju...” Air matanya semakin deras. Semakin menjadi-jadi esak tangisnya. Kak Nuris menahan rasa di hati, sebak melihat Humairah berkeadaan begitu.

“Apa yang buatkan Irah menangis, Irah tak suka laki tu ke?” wajah Humairah dipandang sedalamnya, wajah yang penuh kelembutan.

“Bukan Irah tak suka. Cuma Irah merasakan tak layak untuk dia... Irah bukan calon solehah idaman lelaki soleh. Masih banyak kekurangan pada diri Irah.” Hatinya masih terluka dengan kenangan lalu. Kata-kata Hizmi seolah-olah bergema beberapa saat yang lalu.

“Adikku sayang, at-toyyibat lit-toyyibin. Wanita solehah untuk lelaki soleh, kita berkahwin bukan untuk mencari tapi proses menjadi. Proses menjadi wanita solehah, bukan mencari lelaki soleh. InsyaAllah, sama-sama berusaha menjadi yang soleh/solehah, pasti membuahkan baitul muslim yang dipenuhi mawaddah, sakinah wa rahmah. Akak yakin, Irah calon solehah. Boleh akak tahu, siapa orangnya?” Kak Nurin masih memujuk Humairah.

Lama Humairah berdiam, akhirnya menjawab dengan suara yang mendatar.

“Ustaz Mustakim...”

“Ustaz Mustakim? Pensyarah pengajian Al-Quran?” Kak Nurin mencari kepastian.

“Naam... Ustaz Mustakim, pensyarah pengajian al-Quran.” Humairah menundukkan muka... Malu bercampur resah bertemu mata dengan Kak Nurin.

“Allahuakbar, beruntungnya Irah. Ustaz Akim tu memang tawadhuk. Ilmunya, masyaAllah... Tahniah Irah. Bila kendurinya?” Kak Nurin tersenyum simpul. Wajah Ustaz Mustakim terlayar di minda. Beruntungnya Humairah... begitulah kata hatinya. Ustaz muda lulusan dari Universiti Mut’ah.

“InsyaAllah hujung bulan depan.” Humairah menjawab pendek.

Tersenyum panjang kak Nurin dengan jawapan Humairah. Maksudnya beberapa minggu dari sekarang Humairah akan berkahwin. Allahuakbar, Maha Kuasa Allah atas setiap yang berlaku. Sepantas ini segalanya terjadi.

****
Wamakaru wamakarallah wallahu khairul makirin... Setiap yang berlaku pasti ada hikmah dari Allah. Masakan Dia sengaja mentakdirkan sesuatu yang menjadikan hamba Nya berkeluh-kesah dan bersedih melainkan disertakan dengan berjuta hikmah yang tidak kita ketahui. Wanita yang solehah buat lelaki yang soleh. Bukan mengharapkan insan soleh/solehah sebaliknya berusaha menjadi yang soleh/solehah, insyaAllah Dia akan mudahkan urusan.

“Allahummaj’alni hubbak wa hubba man ahabbak, waj’al hubbaka ahabba ilayya minal maail baridi...” Rintihan Humairah setiap kali sujud terakhir dalam solatnya. Alhamdulillah, Allah makbulkan permintaan hamba Nya yang bersungguh!
Image Hosted by ImageShack.us

Read more...

25 October 2008

Terima Kasih Umi wa Abi

Syukur alhamdulillah.
Walaupun mehnah Nya datang silih berganti, pawana rahim dan rahman Nya yang terbias pada raut seorang bapa yang sarat dengan kasih sayang pada seorang anak.... Mengubat segala-galanya, syukur ya Allah. Kasih sayang umi wa abi tak pernah bersyarat buat ana yang kekurangan segalanya. 2 bulan bergelut dengan pelbagai kesakitan yang menjengah tubuh, Allah itu Maha Pengasih dan Penyayang. Biasan kasih Allah terbias pada umi dan abi. Ana anak yang paling bertuah kerana dipinjamkan ibubapa yang penyayang dan boleh berkongsi apa juga cerita dengan anak-anak. Alhamdulillah, terima kasih ya Allah!

Sungguh, wang dan harta yang dimiliki... Semua juga hanya bersifat DUNIA. Kasih sayang dan tautan hati jugalah yang mengatasi segalanya. Ana bersyukur atas semua kehendak Allah, atas setiap ujian yang tak pernah jemu menyinggah kamus hidup yang usang tapi tak pernah lari dari warna warni kehidupan. Hidup yang tak sentiasa bersulam senyum dan tawa juga tak selalu berantai tangisan hiba. Putaran hidup yang perlu kita pelajari dan singkapi dengan husnudzon. InsyaAllah semuanya menjadi INDAH.

Sayu... Hiba... Sebak...!
Sekali lagi abi berhabis duit buat keselesaan ana. 2 bulan bergelut dengan kesakitan yang tak hilang-hilang dan adakala sengaja menyibukkan diri untuk melupakan kesakitan yang bertandang. Allah jugalah yang lebih memahami setiap sudut perasaan ini, zahirnya mampu melakonkan watak seorang yang biasa namun sendirian tak pernah lekang air mata. Tuhan, hamba Mu ini lemah... Hanya dengan rahmat Mu, ku pohon segala kekuatan hati dan fizikal. Bantulah hamba Mu ini ya Allah.

Bukan aku tak tahan dnegan ujian Mu ya Allah,
Hanya nak mengadu pada Mu tempat aku kembali nanti....

Mungkin pelaburan abi dalam usaha melihat ana menjadi seperti 'orang lain' sudah mencecah 5 angka, Siapa yang tahu. Senyum dan tawa abi, usapan mesra pada ubun-ubun tat kala hanya air mata ana yang mengalir, meluahkan betapa lemahnya jasad ini, betapa rapuhnya hati ini... Dan abi masih tersenyum sambil mendoakan sesuatu... Ana mesti kuat! Putus asa bukan sifat orang ISLAM.

Berminggu-minggu sakit tulang belakang membantutkan pergerakan. Subhanallah. Dari tulang belakang, merebak ke pinggang sampai ke kaki. Kalaulah Islam tak menganjurkan umatnya bersabar, barangkali gegak gempita dengan laungan ana. Keh keh keh.... Suatu ketika dulu, bilik umpama farmasi. Alhamdulillah, tong oksigen je yang tak de. Hehehe. Kata orang, ana bukan orang beruntung. Tak mampu untuk merasai betapa enjoynya usia muda.

Kata hati ana:
Ana lah orang yang paling beruntung. Sentiasa didampingi umi dan abi. Mereka bebas mengucup pipi dan dahi ana bila-bila dan ana juga boleh memeluk umi bila ana rasa nak meluahkan bicara kasih melalui ciuman buat umi tersayang yang melahirkan ana dengan penuh kesusahan. Allah Maha Adil, bukan semua yang kita inginkan dapat kita miliki cukuplah kita menghargai apa saja yang kita miliki...

Beberapa ketika, kaku jasad...
Siapa lagi yang akan merisaukan diri ini selain kerisauan umi dan abi yang memuncak tinggi. ALlahuakbar! Sayu... Sebak dan hiba, badan terlalu lemah dan longlai dan umi sabar melayan ana, dengan penuh kasih sayang menyuap sesudu demi sesudu nasi. Allah... Dan mata ini terlalu berat untuk di buka buat menatap wajah mereka. Andai ada wajah terakhir yang ingin dilihat buat terakhir kalinya, wajah umi dan abi lah yang ingin di tatap sepuasnya sebelum kembara ke alam seterusnya. Wajah lembut penuh kasih sayang, biasan rahmat Ilahi.

TERIMA KASIH UMI DAN ABI.
Atas setiap perhatian dan kasih sayang yang kalian zahirkan!
Mungkin abi tak tertahan melihat ana yang tak mampu berjalan lurus seperti biasa, juga akibat sakit kepala yang menyerang tak juga surut... Berjalan tanpa membuka mata, ibarat sang mabuk yang menanti rebah di lebuh raya. Allah! Dhaifnya hamba ini ya Rabb. Sisa semangat masih ada, sisa kekuatan dikumpul sebaiknya... ALhamdulillah, kuatkan hati untuk melakukan rutin harian. Semakin sakit kepala, berpinar dan teramat rapuh 'perjalanan' ini dan akhirnya 'tercium' tiang saat cuba untuk menjadi 'gagah perkasa'. Seperti cap mohor di dahi, lebam beberapa hari.... Hihihi. Itulah natijahnya orang yang degil. Keh keh keh.

Semalam, abi pulang dengan sebuah senyuman dan raut keletihan. Ada sisa memendam perasaan yang akhirnya diluahkan. KAKAK SAYANG ABI. Sekotak barang!

"Abi beli apa nih?" Aiwah, macam membodek lak...

"Bukalah..." Hehe, untuk ana ke... Kotaknye besar je pun!

Jeng jeng jeng.... Ana pun buka, excited sungguh rasanya melihat kotak sebesar itu. Macam untuk ana je (perasan pula). Eh eh... Tilam?

"Wat apa tilam ni abi?" Lain macam je pun...

"Untuk akak le... Ada function dia, baca la."

Gegegege... berdebar lak rasanya. Tilam juga berteknologi, khusus buat yang bermasalah dengan tulang belakang with infra red... Erk? Untuk ana? Erm.... Harganya?

"Abi... Mahal tak? Harganya berapa ni?" Sambil testing 'tilam baru'...

"Murah jer..."

Erm, secara logik akal... Tak murah ni. Tapi nada suara abi, macam murah sangat. Eh eh eh.... Macam tak percaya pun dengan tilam macam ni murah!

"Berapa?" Tak puas hati... curious? Huhuhu...

"RM****"

MasyaAllah... Terus bangun. Duduk... Erk, murah? Hmmmm...

Mungkin ianya tak bernilai apa-apa bagi seorang abi melainkan harapan melihat anak-anak mendapat keselesaan. Diam... dan air mata kembali menitis. Tuhan, terima kasih atas segalanya. Terima kasih kerana memberiku ibu bapa yang sangat-sangat-sangat prihatin.

Tiada lafaz dan kata-kata melainkan rasa kasih yang semakin bercambah.


:(Image Hosted by ImageShack.us

Read more...

10 October 2008

...Luahan Hati...


Aku bukanlah seorang gadis yang cerewet dalam memilih pasangan hidup. Siapalah diriku ini untuk memilih berlian sedangkan aku hanya hanyalah sebutir pasir yang wujud di mana-mana. Tetapi, aku juga punyai keinginan seperti gadis lain dilamar lelaki yang bakal dinobat sebagai ahli syurga, memimpinku ke arah tuju yang satu.

Tidak perlu kau memiliki wajah seindah Nabi Yusuf a.s. yang mampu mendebarkan jutaan gadis untuk membuatku terpikat. Andainya kaulah jodohku yang tertulis di luh mahfuz, ALLAH SWT pasti akan mencampakkan rasa kasih di dalam hatiku, jua hatimu, kali pertama kita berpandangan. Itu janji ALLAH SWT.

Akan tetapi selagi kita tidak diikat dengan ikatan yang sah, selagi itu jangan kau zahirkan perasaan itu kepadaku, kerana kau masih tidak mempunyai hak untuk membuat begitu. Juga jangan kau lampaui batasan yang telah ditetapkan syara'. Aku takut perlakuan itu akan memberi impak yang tidak baik dalam kehidupan kita kelak.

Permintaanku tidak banyak, cukuplah dirimu yang diinfaq seluruhnya pada mencari redha Ilahi. Aku akan berasa amat bertuah andai dapat menjadi tiang seri atau sandaran perjuangamu. Bahkan aku amat bersyukur pada Ilahi, kiranya akulah yang ditakdirkan meniup semangat juangmu, menghulurkan tanganku untukmu berpaut sewaktu rebah atau tersungkur di medan yang dijanjikan ALLAH SWT dengan kemenangan atau syahid itu. Akan kukesat darah dari lukamu dengan tanganku sendiri. Itu impianku.

Aku pasti berendam air mata darah andainya engkau menyerahkan seluruh cintamu kepadaku. Bukan itu yang ku impikan. Cukuplah kau mencintai Allah dengan sepenuh hatimu. Kerana dengan mencintai Allah, kau akan mencintaiku keranaNya. Cinta itu lebih abadi daripada cinta insan biasa. Moga cinta itu juga yang akan mempertemukan kita kembali di syurga.

Aku juga tidak ingin dilimpahi kemewahan dunia. Cukuplah dengan kesenangan yang telah diberikan ibu bapaku dulu. Apa guna kau menimbun harta untuk kemudahanku sekiranya harta itu membuatkan aku dan kau lupa tanggungjawabmu. Aku tidak akan sekali-kali bahagia melihatmu begitu. Biarlah kita hidup di bawah jaminan ALLAH SWT sepenuhnya. Itu lebih bermakna bagiku...


Image Hosted by ImageShack.us

Read more...

aSkiNg sOuL

Feeling alone?
Innallahha ma’ana

Saw evil act?
Inni akhafullah

Wishing something?
Fa’iza ’azamta fatawakkal’alallah

Missing somebody?
Ma fi qalbi ghairullah.

... syukran ...

Free Hit Counter Syukran 'ala ziarah ^_~

Silent Home

Silent Home
Bila emosi mengunci hati, lalu lahirlah ayat-ayat sepi sebuah monologku merentasi perjalanan menuju Rabbi :)

  © Template Lar Doce Lar por Emporium Digital Graphics Jenny's Grandchild and Irene's Corner

TOPO