"Ya Allah, jadikanlah hamba Mu ini mencintai orang beriman dan jadikanlah orang yang beriman mencintaiku."

(HR Muslim)
Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Third Birthday tickers
Showing posts with label Khabar dari Hospital. Show all posts
Showing posts with label Khabar dari Hospital. Show all posts

24 March 2011

Secebis Pengalaman Itu

Bismillahirrahmanirrahim.

Seputar kenangan ditumpukan pada 'pengalaman itu', pada hari Jumaat yang lalu mengalami sakit belakang yang sudah lama tidak bertandang. Alhamdulillah, tidak memerlukan pil penahan sakit sepanjang kehamilan. Hanya minta zauji bacakan ayat-ayat Syifa' untuk mengurangkan kesakitan. Maka, setelah kesakitan beransur pergi ana menyediakan bahan-bahan makanan untuk kami berkelah di Ulu Yam bersama dengan teman-teman dan anak-anak muridnya.


Karipap, Bihun Goreng ala Singapura dan keropok. Itu menu yang kami sediakan untuk sarapan pagi di Ulu Yam. Menu untuk makan tengah hari disediakan oleh teman. Alhamdulillah, bila sudah membahagi tugas tidaklah banyak keperluan yang perlu dibawa.

Pada Jumaat malam, balik dari kuliah Maghrib yang mana solat Isyaknya jam 10 malam *sigh* zauji tolong gorengkan karipap dan keropok. Pada hari Sabtu, setelah solat Subuh ana terus menggoreng bihun. Memandangkan segala bahan sudah siap ditumis pada malam sebelumnya, ana hanya perlu 'melepaskan' bihun dan sayur ke dalam kuali. Ternanti kelibat zauji yang tak nampak bayang-bayangnya, rupanya terpaksa menggantikan ustaz yang mengajar kuliah Subuh tetapi tidak dapat hadir. Terhasillah bihun yang tak cukup masin dek kerana tak larat dah nak menggaul :P

Alhamdulillah, selesai memasak dan menyiapkan segala keperluan. Salin pakaian dan masuk dalam kereta. Perlu ke madrasah untuk mengambil anak-anak murid sahabat zauji dan kami konvoi ke Ulu Yam.

Suasana yang redup dan nyaman di pagi hari, terasa segar dikelilingi pokok hijau. Sarapan kami di atas wakaf yang disediakan, selepas memasak bihun terasa seperti tidak cukup namun Allah cukupkan kami dengan rezeki Nya. Bihun masih bersisa sehingga akhir dan kami minta budak-budak bawa balik ke madrasah. Bihun terlalu banyak untuk kami berdua habiskan, jadi minta mereka tolong habiskan dan basuh periuk sekali. :P


Hidung mula berhingus, selesema. Mungkin kerana bermain air sungai yang sejuk tapi tidak sesejuk air di Lata Iskandar. Melihat si kecil Amanina yang leka bermain air, ana tambah seronok nak mengusik Amanina dengan memercikkan air tetapi bukannya dia takut malah suka.

Pulangnya... Zauji sudah keletihan, ana menggagahkan diri untuk tidak melelapkan mata. Keesokan harinya pada hari Ahad... Tereng teng teng... Selepas Subuh sudah masak nasi dan lauk. Awal lagi sudah makan nasi (kira set kombo sarapan dan makan tengah hari :P) dan akhirnya terdampar kelelahan, zauji menyiapkan assignment dan ana ketiduran seharian. Bangunnya, perasan sesuatu yang 'tak kena' pada diri.

Akhirnya selepas solat Asar, dengan perasaan yang sukar nak diungkapkan bila zauji ajak ke klinik terus angguk setuju dan zauji talifon klinik sementara ana salin pakaian. Seketika itu, perasaan yang bercampur dan dicampur pula dengan kanak-kanak yang bergaduh di ruangan klinik terasa mahu menangis pun ada.

Bila berjumpa dengan doktor, dan maklumkan tentang keadaan diri yang 'tak kena' terus doktor buat ujian ultrasound untuk melihat status bayi. Alhamdulillah. Dari perasaan yang 'rojak' akhirnya menjadi sedikit tenang apabila melihat si kecil yang sedang sangat aktif. Doktor pun jadi geli hati melihat gelagat si kecil di dalam rahim. Bila ditunjukkan bahagian kaki, maka si kecil pun mengangkat kaki untuk bermain. Bila ditunjukkan bahagian tangan, maka si kecil pun mengangkat tangan. Kepala, jantung dan pergerakannya normal.

Masya Allah. Siapa yang mengajarkannya untuk menggerakkan kaki dan tangan kalau bukan Allah?

"Sihat je anak engkau ni, aktif je dia main. Saya rasa baby OK cuma saya sarankan kamu pergi hospital la untuk check. Uri jauh sangat ni."

Mendengar perkataan "hospital", mungkin doktor tidak mahu menakutkan ana jadi beliau pun berkata-kata seperti tiada apa-apa yang serius. Huhu, takut sebenarnya mahu ke hospital. Tapi, bila doktor buat surat untuk refer ke hospital dan zauji pun memujuk maka selepas selesai urusan di klinik terus menuju ke hospital. Pergi ke ruangan Kecemasan, beliau suruh ana terus ke Dewan Bersalin. Phew!

Soal itu, soal ini. Tukar kain dan menunggu doktor. Sementara itu, sempat melihat gelagat ibu-ibu yang menanti untuk melahirkan anak dalam kandungan. Memerhati dan hati terasa macam bunyi *gedebuk gedebuk*. Dah la handphone ditinggalkan pada zauji, jadi ana tak tahu nak buat apa duduk di situ.

Mahu solat Maghrib, jururawat suruh ana baring diam-diam. Sebenarnya mahu melarikan diri dari keadaan tersebut, solat adalah terapi yang terbaik -pilihan yang ada- tetapi bila disuruh baring diam-diam, maka ana pun berdiam diri. Melihat seorang ibu yang sudah hampir melahirkan, menjerit memanggil jururawat. Ana buat muka seposen melihatnya. Selang beberapa puluh minit, seorang ibu yang sudah tidak tertahan menanggung kesakitan minta dibawa segera ke ruangan bersalin.

Dan seseorang itu menggamit hati ana, mata asyik melihatnya dan hati terasa kagum dengan beliau. Mukanya sudah merah padam menahan sakit tetapi sedari tadi beliau sentiasa tersenyum melihat ana.

"Merah dah muka tu, dah sakit sangat ye?" Jururawat tanyakan kepada ibu tersebut.

"Boleh tahan lagi ni." Dia masih tersenyum.

Selama itu juga beliau kekal tersenyum sehinggalah jururawat meminta beliau supaya baring. Selepas itu, beliau terus baring dan tak bangun-bangun lagi. Ana sangat yakin sekali, kesakitannya semakin kuat dan kerap! Selang beberapa minit, beliau maklumkan air ketubannya sudah pecah kerana terasa basah. Dan ana, masih menunjukkan muka seposen. Jururawat mahu memeriksa keadaannya sebelum dibawa ke ruangan bersalin, namun... aksi cemas berlaku.

"Kak, baby dah nak keluar ni."

"Ha????" Jururawat kelam kabut dibuatnya.

"Cepat kak..."

Dan, tidak ana dengar selain ungkapan "Allah, Allah, Allah" yang keluar dari bibirnya. Ana lihat mukanya yang merah padam dan setia dengan senyuman tadi sudah bertukar, air matanya hampir menitis dan rona wajahnya bertukar. Sungguh, pengalaman yang secebis itu mendidik iman.

Beza diantara mereka yang BERIMAN dan mereka yang TIDAK BERIMAN amatlah ketara, disaat kesakitan yang teramat tiada ungkapan yang keluar dari lidah orang beriman selain menyebut nama Allah. Di saat insan-insan lain meraung dan menjerit menahan kesakitan, insan beriman tenang dengan memadukan keyakinan kepada Allah kerana dia amat yakin hanya Allah yang mampu membantunya dalam apa jua keadaan. Andai saat kesenangan, dia lalai mengingati Allah apakah dia akan mudah mengingati Allah saat genting seperti itu?

Jam menunjukkan angka 9.00 malam, ana pandang ke sisi ana. Seorang remaja berusia 16 tahun yang hamil di luar nikah sedang mengerang kesakitan untuk melahirkan bayinya. Lebih menyedihkan lagi, beliau sudah mula sakit sejak dari jam 1.30 pagi lagi...! Sekarang, jam sudah angka 9.00 malam dan kondisinya begitu lembik. Mendengar kata-kata doktor, ana hanya mampu mendoakan beliau akan insaf dan mengambil pengajaran dari apa yang dilaluinya pada hari tersebut.

"Abang, bukannya senang nak bersalin. Macammana la orang boleh mengandung luar nikah berkali-kali?"

"Entah, mungkin dia rasa macam buang air besar je kot. Dia lebih melihat kepada nikmat bila buat maksiat, tak fikir dah kesan dari perbuatan tu."

"Em, macam orang buang air besar. Lepas tu, dia makan semula... Dia buang air besar pula ye?"

Bila doktor selesai dengan kerjanya, lega sungguh apabila doktor tidak menahan ana di dalam wad. Dibenarkan pulang pada malam itu juga, jam 9.20 malam keluar dari Dewan Bersalin dan mencari kelibat zauji. 5 minit kemudian, nampak zauji... dan kami pulang ke rumah, ana sangat-sangat keletihan tetapi secebis pengalaman itu begitu menginsafkan!

Ya Allah, sayangilah kedua ibubapaku sepertimana mereka menyayangiku sejak aku masih kecil. Aamin...

Insan Kerdil,
Insyirah Soleha.

Read more...

19 April 2010

Tulang Bahu Tercabut

Bismillahirrahmanirrahim.

Maaf... Masih banyak komen tidak dibalas, sengaja tidak membalas kerana pasti akan mengambil masa yang amat panjang untuk menaip satu mesej balasan komentar pembaca.

Alhamdulillah, secara senyap merancang terapi (walaupun awalnya tak nak buat terapi, hihi) dan sempat pula bergurau dengan sahabiyah tentang sakit. Biarlah mereka, mereka tak tahu setiap kata-kata itu mengguris hati kecil ini. Mereka sedikit pun tidak tahu apa yang dirasai, kalau gurauan itu menggembirakan mereka, moga mereka bahagia :)

"Kak, are you okey?"

Adik itu tahu ana melakukan terapi hari ini itupun selepas ana mohon maaf darinya kerana tidak mampu membalas sms darinya akibat pening kepala. Selepas menerima sms tentang kemalangan seorang sahabat, buntang saja mata ana. Ukhti, sembuh laju-laju ya! ^_^

Hari ini, terapi langsung tidak menyentuh tulang belakang sebaliknya fokus pada saraf dan tulang bahu yang tercabut. Subhanallah... Kuat sungguh! :)

"Ummi, rasanya tulang bahu ni makin jatuh la..."

"Ya, bila jalan nampak bahu Syirah terkulai."

Semasa menunggu giliran, hiba sungguh melihat seorang anak kecil ana rasa sekitar 3 tahun tetapi masih tidak berjalan.

"Ya Allah, saya ini sakit... Sembuhkanlah sayaaa!"

Terhibur dengan nyanyian tersebut, hihi. Tetapi bila anak kecil itu masuk ke bilik rawatan, tangisan lolongan darinya buat sejuk kaki dan tangan ana. Hiba... Jeritan demi jeritan seorang pakcik juga buat ana insaf.

"Ya Allah, saya ini sakit... Sembuhkanlah sayaaa!"

Ana menyanyi di dalam hati, mengikut rentak yang didengari awal tadi.

Tiba giliran ana, seperti biasa... Kali ini ana agak terkejut, disangkakan bahu hanya bengkak rupanya tulang bahu ana tercabut dan tulangnya sudah jatuh banyak sehingga menarik tulang rusuk dan dada sehingga pembengkakan serius! Subhanallah, terkedu.

Tanpa painkiller atau ubat bius, tangan direntap (menggunakan kuasa seorang lelaki) sekuat-kuatnya. Allah... Allah...

"Maaf, kalau perempuan tak cukup kuat nak tarik macam ni, nanti makin sakit bila ditarik berulang kali."

Ana faham. Waktu itu juga ditemani oleh terapi perempuan dan ana menutup aurat selengkapnya.

Berkali-kali dengar bunyi tulang 'meletup'.

"Alhamdulillah, (tulang) dah masuk."

Ingatkan dah habis rupanya tangan dipusing, ditarik dan entah apa gayanya lagi. Hehehe.

"Kuat awak, saya tak dengar langsung suara awak."

Hanya sekali terlepas dari mulut 'awwwww...' sebab terkejut direntap, haha. Diam saja, air mata ditahan sekeras-kerasnya. Menahan sakit, tak sedar kaki menggeletar sehingga menggenggam katil sekuatnya, berselerak cadar. Kih kih kih...

Ok. Need lot of rest, taip guna 1-2 jari sungguh slow. Tangan direhatkan sepenuhnya bimbang tulang bahu terkeluar semula hatta menolak pintu pun tak dibenarkan, hihi. SELAMAT MANJA Cik Syirah! ^_~

Insyirah Soleha

"Ya Allah, saya ini sakit... Sembuhkanlah sayaaa!"

p/s : Tidurrrr... T_T

Read more...

07 January 2009

Dari Jendela Hospital

Assalamualaikum whb.

Lama tak dapat nak update blog. Alhamdulillah, akhirnya harini sempat meng'update' blog dari hospital. Chayok la, orang ketiduran dek kesakitan leh pula budak ni update blog. Keh keh keh...

TQ abi bawakan laptop with broadband untuk mengisi waktuku... hihi

Terkejut bila beberapa sahabat menghantar SMS tanyakan situasi ana, sedangkan ana tak bagitau pun. Rupanya menjenguk jurnal sebentar tadi, Abu Uwais dan Ummu Uwais war-warkan dalam blognya & jurnal ana. Syukran pada semua, tak sempat nak balas semua mesej. Full time tidur je, hohoho.

Kisahnya begini. Sakit belakang yang pada awalnya hanya 'sipi-sipi' semakin sakit dan sakit... Awalnya masih mampu berjalan dan akhirnya bertatih sampaikan abang-abang 'penat' tunggu ana berjalan, dorang pun dengan bangganya nak mendukung ana. Heheh, jadi baby balik. Nak didukung pun sempat nangis se'round' nak letak pun nangis lagi. Akhirnya kesakitan yang teramat hingga membuatkan diriku surrender! Hihi, pada hari Ahad lalu (4 Januari) abi hantarkan ke hospital.

Melihat diriku yang sudah tidak mampu berdiri lagi, jeng jeng jeng... Sampai hosp, terus buat x-ray pada tulang belakang, tulang pelvis dan bla bla bla... Diagnosis awal: Keretakan pada tulang belakang, subhanallah!

Esoknya, Isnin (5 Januari) kes dirujuk kepada pakar ortopedik di Hosp Besar Ipoh. Walla, ingatkan just check tapi kena admit juga. Time ni macam nak 'makan' je orang yang memaksa ana ke hosp. (Tak perlu diberitahu namanya, sapa rasa dia yang memaksa, faham sendiri je lah) :D Ouch, sabar je la. Huhuhu...

Tak ada progress... Doc menganalisa kembali, makin kecut perut bila mereka masih muda. Kata orang utara, duk 'kanyaq' lagi. Just try and error. No treatment, just giving me painkiller. Hanya kaki ku yang dikepak-kepak. Apa lagi, nangis je la. Huhuhu.. Cengeng sungguh! Nak kata jatuh pun tidak, nothing! it just happen like that... Sakit dan semakin sakit hingga kaki kiri langsung tak boleh digerakkan. Hatta adik nak pakaikan stokin pun ana nangis... Ngeh ngeh ngeh. Cengeng tul la.

Doc buat beberapa andaian:

[1] Bengkak pada tulang
[2] Kanser tulang
[3] Ketumbuhan pada tulang

MasyaAllah, doc ni buat ana takut je. Aduih, seghiau!

Doc kata nak buat MRI then tak jadi, buat ultrasound pula. Just waiting sampai petang baru doc bagitau ultrasound buat 9/1/09 (Jumaat) sebab kena que up. Alamak, ana dah tak mampu nak tunggu dan tunggu without any treatment. Ngadu pada abi, kalau boleh minta discharge dan masuk privet hosp. Doc pun macam tak confident, duk ulang buka nota... Huhu. Dikelilingi 6 doc muda dan 1 doc agak berusia, terasa macam bahan eksperiman. Memang mereka menggelar ana "INTERESTING CASE" sepanjang bersoal jawab.

Tau, mereka dalam proses nak study. Tapi, rasa tak mampu nak bertahan. Lepas ultrasound, baru que up MRI pula. Hmmm, nak kata ana manja pun, katalah. Nak kata mengada pun, katalah. Yang menanggung, badan ni jugak. Larat ke hari-hari nak kene kepak kaki, doc pula tak habis-habis ngan andaian. Huwaaaaaaa...

Semalam (6 Januari) abi minta discharge dari GH. Doc semuanya frusted bila abi kata nak bawa ke privet hosp. Urm, tau la ana sememangnya interesting case pada mereka but tak mampu rasanya nak waiting. Orang kata, bese lah abi ada duit. Now, we are not talked bout money, we talk about PAINFULL. Huk huk huk. Maghrib semalam discharge dan dinner terus admit ke privet hosp. Sampai je sini, on the spot buat ultrasound.

Harini (7 Januari), early morning Dr Siva (the best ortopedic di Asia Tenggara) datang. Check my left painfull leg, buat x-RAY, MRI and 2nd time ultrasound. Wah... Tunggu result je la. Hope tak seserius yang doc-doc GH ramalkan :'(

Ya Allah,
Bukan aku tak tahan dengan ujian Mu,
Hanya nak mengadu pada Mu,
Tempat aku kembali nanti...

Syukran wa jazakumullah pada semua yang mendoakan.
Doakan iman ana, doakan kesabaran dan ketabahan ana.

Read more...

aSkiNg sOuL

Feeling alone?
Innallahha ma’ana

Saw evil act?
Inni akhafullah

Wishing something?
Fa’iza ’azamta fatawakkal’alallah

Missing somebody?
Ma fi qalbi ghairullah.

... syukran ...

Free Hit Counter Syukran 'ala ziarah ^_~

Silent Home

Silent Home
Bila emosi mengunci hati, lalu lahirlah ayat-ayat sepi sebuah monologku merentasi perjalanan menuju Rabbi :)

  © Template Lar Doce Lar por Emporium Digital Graphics Jenny's Grandchild and Irene's Corner

TOPO