"Ya Allah, jadikanlah hamba Mu ini mencintai orang beriman dan jadikanlah orang yang beriman mencintaiku."

(HR Muslim)
Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Third Birthday tickers

26 January 2012

Hadiah Hari Lahir

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah.

Allah izinkan untuk terus di bumi Nya. Allah masih sudi meminjamkan nikmat kepada kita. Usia sudah menjangkau 22 tahun, terasa sangat tua. Entah, tahun lepas tak terasa begitu tua tetapi kali ini terasa terlalu tua... Terlalu... Terlalu.

Pernah tak bila kita lakukan sesuatu, kita rasakan itulah peluang terakhir kita?

Pernah tak bila kita solat, kita rasakan itulah solat yang terakhir?

Pernah tak bila kita bertemu sahabat, kita rasakan itulah kali terakhir perjumpaan dengannya?

Pernah tak? Pernah tak?

Sebab itu, kita jarang sangat nak bersungguh-sungguh berusaha untuk melaksanakan dengan sebaiknya. Sama juga dengan kehidupan, kita 'tak rasa' ini sahaja peluang kita duduk atas dunia jadi kita tak bersungguh-sungguh berusaha untuk kehidupan 'di sana' yang kekal. Susah nak gemburkan 'rasa' cintakan 'dunia sana' sekiranya hati masih lagi terbuai dengan cinta 'sini', bukan nak cakap pada orang lain tetapi diri sendiri.


Hidup Satu Ujian.

Apa sahaja yang terbentang di depan mata, di dalam kehidupan adalah satu ujian. Ujian kepahitan, kita senang nak kenal pasti kerana memang yang pahit itu selalu menjadi kesusahan buat kita untuk mendepaninya tetapi ujian kesenangan, susah nak sedar bahasa kesenangan adalah ujian. Dalam kita tak sedar sebenarnya kita teruji, tetapi kita ambil sikap sambil lewa sahaja.


Macam masuk dewan peperiksaan, kita semua tahu yang kita sedang diuji, ujian kefahaman atas ilmu yang kita pelajari jadi sedaya upaya kita cuba untuk fahamkan segala pelajaran yang diajarkan supaya apabila mendapat kertas soalan, kita tahu bagaimana untuk menjawabnya.

Tapi, hidup ini tidak begitu. Kita tidak sedar bahawa sememangnya kita dalam dewan peperiksaan tetapi kita masih berseronok dengan itu dan ini, bila tamat waktu peperiksaan dan pemeriksa nak pungut semula kertas soalan, kita terpinga-pinga kerana kita tak sempat pun nak jawab hatta satu soalan kerana tidak sedar kita dalam dewan peperiksaan maka kita tidak sempat pun nak belajar untuk menjawab soalan-soalannya.

Moga-moga, diri kita... diri yang menulis dan diri yang membaca saling ingat mengingati antara satu dengan yang lain.

2 hari sebelum ulang tahun kelahiran yang ke-22, Allah izinkan untuk bertemu dengan seseorang. Awal-awal lagi dah rasa semacam.

"Lusa birthday adik kan? Nah, ini untuk adik."

Sampai di rumah, tidak terus membukanya kerana mengurusi si kecil. Malam, membuka dan terbeliak. Masha Allah. Terus simpan semula dalam kotak. Selang beberapa minit kemudian, buka semula dan gantungkan pada pintu bilik. Lama memerhati.

"Cantik!"

Wanita dan kecantikan, memang tidak boleh dipisahkan. Wanita dan perhiasan, adalah perkara biasa. Tetapi, kecantikan dan berhias-hias hanya pada tempat tertentu kepada orang yang tertentu sahaja.

Teringat pada teguran zauji mengenai tabarruj. Meski sudah menutup aurat dengan sempurna, keinginan wanita pada perhiasan dan kecantikan masih belum dipisahkan.

"Sebenarnya, nak berhias nak tunjuk pada siapa?"

Untunglah mereka yang masih bujang, tidak perlu membuang waktu untuk menghias diri lama-lama. Untung juga pada mereka yang sudah berkahwin, berhias sedikit untuk menyedapkan pandangan suami yang insha Allah akan menenangkan hatinya pastilah ada ganjaran dari sisi Allah apabila seorang suami redha kepada isterinya.

Menjelang penghabisan usia 21 tahun, sangkaan suami sudah diulit mimpi yang indah bersama penghuni syurga (Amir Solihin) rupanya sedang membaca. Dan, terkedu beberapa ketika apabila di tengah malam yang gelap zulumat, lelaki itu mengangkat kedua-dua belah tangan membaca doa buat si isteri yang terpinga-pinga. Mulut dengan pantas mengaminkan kesemua doa-doanya, hati rasa... "Allah, inilah hadiah yang paling membahagiakan." Cukuplah intisari doanya antara kami dan Allah.

Keesokan pagi, melihat talifon bimbit... Tersenyum dengan satu mesej.

"Hanya doa hadiah abi kepada anak-anak."

Tanpa sedar, ada manik-manik hujan dari kelopak mata. Teringat kata-kata pada suatu malam, sedang termenung sendirian mengingati kembara yang semakin pendek ini...

Dahulu, abi dan akhun juga ummi selalu terpaksa mendukung wanita ini. Dahulu, mereka bersusah payah dengan segala pengorbanan untuk wanita ini. Dahulu, dahulu, dahulu... Tertera satu per satu lakaran yang bermain. Sebak, sedih. Dahulu, mereka menjaga wanita ini dengan baik. Tetapi kini, Allah uji mereka dengan kesakitan namun tidak mampu untuk menjaga mereka...

"Berdoalah dik."

Sehingga usia 20 tahun, wanita ini masih didukung oleh mereka. Ya, masih berdukung. Kemudian, tiba pula giliran taklifan dan tanggungjawab berpindah dari seorang lelaki bergelar ayah kepada seorang lelaki bergelar suami. Mereka terpaksa mendukung, ya... mendukung. Namun, tidak sedikit pun perbuatan kebaikan yang mampu untuk membalas jasa-jasa mereka.

Termenung, hujan di luar semakin lebat namun hati di dalam sudah lama tenggelam dengan banjir.

Wanita ini ada impian, sedari sekolah rendah mahu menjejakkan kaki ke Ardhul Kinanah... Bumi Mesir. Namun, sehingga usia mencecah 22 tahun belum lagi Allah sampaikan langkah ini ke bumi Mesir. Apabila diberi peluang oleh Allah untuk melakukan sesuatu, disambut dengan tangan terbuka.

Buah tangan "Bicara Pedusi" dilakar di atas kerusi roda. Ditulis selepas pembacaan buku sirah Syeikh Ahmad Yasin (syahid, insha Allah). Syeikh Ahmad Yasin hanyalah seorang lelaki tua, berkerusi roda, fizikalnya tidak mampu mengapa-apakan manusia lain tetapi kata-katanya masha Allah mampu menghidupkan semangat dan menyalakan api perjuangan pada mujahid-mujahid agama. Kerana 'hebat'nya beliau, maka dia dibunuh dengan seketul bom yang dijatuhkan dari helikopter yang 'berselindung' dengan bunyi jet apache oleh zionis laknatullah.

Semangat membara, berkobar-kobar. Hasil kutipan penjualan "Bicara Pedusi" sepenuhnya akan disalurkan ke dalam Dana Syaqah (Apartment) bagi tujuan pembelian apartment untuk kemudahan pelajar Malaysia di Mesir.



Satu untuk awak
Satu untuk saya
Satu dengan satu jadi dua
Dua puluh dua tahun!

Kanvas Rindu.

Hati walang apabila suami tidak jadi menyambung pengajian master di Al-Azhar dan kursus fatwa di Darul Ifta', tetapi... dengan hadirnya "Bicara Pedusi" yang lahir di Mesir, kemudian dibawa ke Malaysia oleh Persatuan Mahasiswa Republik Arab Mesir (PMRAM). Bermacam-macam masalah yang menghalang sampainya mereka (buku-buku itu) kepada ana. Dan sehingga kini, RM 1 500 sudah disalurkan kepada pihak PMRAM hasil penjualan di Malaysia.
Jazakumullah khairan buat semua yang memberi sokongan.

Buku-buku masih berbaki, ana tidak mengharapkan keuntungan dari penjualan ini kerana sebelum dan sehingga kini ada saja mehnah yang datang menyapa kelancaran penjualan. 'Ala kulli hal, Allah sengaja menguji kesungguhan sahaja :)

Seorang kakak memberi e-mail panjang lebar, tersenyum dan tersengih. Hadiah... Hadiah bermakna dari seorang kakak.

Rasa begitu bermakna, zauji, abi, dua orang kakak, seorang sahabat mengingati hari lahir dengan doa yang begitu menyentuh hati :)

Tidak mengapa tiada orang yang mengingati hari lahir kita dengan ucapan-ucapan atau doa, kerana doa sahabat yang baik sentiasa mengalir buat sahabatnya tidak hanya pada hari tertentu.

"Nak kek ke?"

Ummi bertanya. Nak tergelak dibuatnya.

"Tak nak lah. Dah gemuk macam penguin ni. Dah tua-tua ni, tak nak la makan kek."

Sinonim hari lahir, ada kek. Tak nak! Tahun ini, hari lahir ada urat ketin dan es teler. Hehehe.


22 Tahun. Bukan Muda.

Kalau orang lain rasa 22 tahun masih muda, ana kena fikir berkali-kali untuk merasa masih muda. Peluang, Allah bagi sekali sahaja hidup atas bumi. Tujuannya hanya satu, beribadah. Dan, ibadah yang masih terkontang kanting tidak istiqamah ini terasa betapa 22 tahun itu perjalanan yang sangat pendek dengan amalan, kalau dahulu duduk di atas kerusi roda boleh menulis buku, kini setelah Allah izinkan kembali berjalan tidak ada lagi manuskrip yang baru.

Dia datangkan macam-macam ujian dan tarbiyah, sesuai dengan langkah perjalanan kaki ini berjalan. Dahulu, tarbiyyah yang Dia lenturkan berbeza dan kini mujahadah yang perlu diperkemaskan sangat berlainan.

Moga Allah pandu laluan perjalanan kaki ini kepada Dia. Merasakan inilah kali terakhir menconteng .:: HaRuMaN MaWaR ::. maka dihadiahkan sesuatu kepada kalian, sebenarnya ia merupakan hadiah dari Tuhan dengan asbab seorang insan kepada ana.

.... begitulah wahai adikku. Sahabat, memang kita ada pelbagai jenis sahabat. Tapi, bukan semua sahabat yang akan menarik kita kembali ke syurga, mencari keredhaan Allah. Bukan semua dik. Bukan semua...

Jadikanlah matlamat hidup adik untuk mencari keredhaan Allah. Pada mereka yang terleka dan terlalai, kita ingatkan mereka kembali dan pada sahabat yang sentiasa mengingatkan kita kepada Allah, maka, ikatlah dia di hati kita kerana dialah yang akan sentiasa mengetuk kepala kita apabila kita pula yang terleka dan terlalai.

Pusingkan semuanya kembali untuk mencari keredhaan Allah. Raikan ape jua, dan jadikan kita sebagai penyumbang kepada manusia untuk kembali mengingati Allah.



Wallahua'lam

Insyirah Soleha

6 leaves:

~fam~ 27 January 2012 at 09:49  

sannah helwa ukhti

-semoga pertambahan umur ni, akan menambahkan amalan
-semoga dimurahkan rezki dan diberkati umur
-semoga menjadi ketua bidadari...

amin....

Unknown 27 January 2012 at 10:09  

sanah helwah, syirah..;-)

hanya doaku mengiringi mu tapi mudah2an d beri kesempatan bertemu ngn syirah suatu hari nnt..insya Allah, amiin...;-)

محمد حذوان بن حميدان 27 January 2012 at 10:28  

sanah helwah.. mga dgn pngkatan umjr trut mngkatkn ketakwaan kte kpdNya..ameen (^_^)

Fiza-San 27 January 2012 at 23:49  

Selamat hari jadi, adik. Moga bertambah ilmu & amal insyaAllah.

Zahrah Az Zahrawi 28 January 2012 at 01:59  

Sanah helwa ya insyirah :)
smg Allah berkahi pertambahan usiamu, dprmudhkn sgala urusan duniawi wa ukhrawi,
dpnui stiap prmntaan hati,
dkurniakan kbhgiaan brsma kluarga trcnta dunia akhirat jua..
dikekalkan ukhwah islamiah sesama kita..amin ya rabbal 'alamin

:)
[ikut bulan Islam, ana pun dh 22,klu thn masihi msih muda sthun lagi :D]

mia-ina 29 January 2012 at 15:06  

salam hari lahir buat adik syirah...semoga dinaungi payung kebahgiaan berterusan hendaknya

aSkiNg sOuL

Feeling alone?
Innallahha ma’ana

Saw evil act?
Inni akhafullah

Wishing something?
Fa’iza ’azamta fatawakkal’alallah

Missing somebody?
Ma fi qalbi ghairullah.

... syukran ...

Free Hit Counter Syukran 'ala ziarah ^_~

Silent Home

Silent Home
Bila emosi mengunci hati, lalu lahirlah ayat-ayat sepi sebuah monologku merentasi perjalanan menuju Rabbi :)

  © Template Lar Doce Lar por Emporium Digital Graphics Jenny's Grandchild and Irene's Corner

TOPO