"Ya Allah, jadikanlah hamba Mu ini mencintai orang beriman dan jadikanlah orang yang beriman mencintaiku."

(HR Muslim)
Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Third Birthday tickers

26 January 2011

Ditipu dan Tertipu

Bismillahirrahmanirrahim.

Manusia sering ditipu oleh nafsu, syaitan dan dunia yang menipu. Iblis menggunakan pelancar roket yang lebih merbahaya dari segala jenis roket pemusnah yang ada di dunia ini iaitu WANITA. Wanita adalah sumber yang paling ampuh untuk dijadikan senjata bagi melemaskan manusia (lelaki) sehingga akhirnya tersungkur, gagal untuk menjadi manusia yang beriman kepada Allah.

Picisan roket-roket kecil yang tidak dapat diketepikan adalah harta, pangkat juga kedudukan. Arh... Masakan semua ini tidak mengiurkan, melihat harta yang melimpah ruah, binatang ternakan yang banyak, pangkat yang tinggi sehingga kerana pangkat juga ia akan menambahkan lagi aset yang bertimbun-timbun.

Sana sini dua golongan ini (lelaki dan wanita) terus-terusan salah menyalahkan antara satu dengan yang lain. Kata lelaki, kalau wanita menutup aurat dengan sempurna masakan kami terbeliak biji mata melihat peha yang gebu, lurah-lurah yang menggoda, sudah fitrah kami cintakan kecantikan mengapa pula mereka tidak pandai memelihara diri. Kata wanita, kalau lelaki menjaga pandangan matakan mata boleh terbeliak. Akhirnya kedua-duanya bertekak seperti hilang punca, kerana punca utamanya adalah kedua-duanya TIDAK MAHU tunduk pada perintah Allah.

Andai kedua-duanya tunduk dan patuh pada perintah Allah, para wanitanya sangat menjaga aurat dan peribadi diri sehingga sangat sukar diganggu oleh lelaki bahkan lelaki bersifat jembalang pun akan semakin berkurang lantaran gelodak nafsunya yang tidak diusik, masakan boleh bergelora kalau tidak memandang perkara yang melonjakkan nafsunya?

Si wanita sopan dengan pakaian yang menutup aurat dengan sempurna, tunduk melangkah dan tidak keluar rumah sesuka hati, keluarnya dari rumah hanyalah untuk tuntutan fardhu dan tidak sendirian bahkan sentiasa ditemani oleh mahram. Masakan lelaki akan tegar mengganggu wanita yang sudah sedaya upaya memelihara maruahnya bahkan pasti Allah dan malaikat akan menjaga wanita-wanita ini seperti mana mereka berusaha menjaga maruah mereka.

"Seorang lelaki, sebelum berkahwin sanggup lakukan apa sahaja untuk wanita tetapi biasanya selepas kahwin 'no way' nak melayan isterinya sepertimana dia melayan kekasihnya."

"Kenapa lelaki macam tu?"

"Biasalah, sebelum dapat semuanya sanggup, bila dah dapat dia nak peduli apa dah jadi hak dia pun."

"Tapi, kenapa dah bertunang pun Abang macam tak kisah pun dengan Sayang?" Sengaja menyucuk, provokasi untuk mengetahui apa yang lelaki fikir.

"Nak kisah buat apa, bukan isteri Abang pun. Dah kahwin lain la..."

Tersenyum. Encik Zauj pernah ceritakan kisah lamanya dulu, muslimah tersebut adalah kerabatnya juga tapi dah bau-bau bacang, selepas kedua keluarga tiada halangan maka berfikir untuk berumahtangga cuma abang kepada muslimah tersebut mahu adiknya belajar sehingga habis baru boleh berkahwin, bimbang tidak habis belajar selepas mempunyai komitmen sebagai isteri. Kemudian, muslimah tersebut selalu talifon encik zauj sehingga encik zauj merasa tidak selesa.

"Tak payah talifon lagi lah, kita bukan ada apa-apa."

"Tak apa, sambil nak tanya tentang pelajaran."

Fitnah wanita kepada lelaki, walaupun kedua belah keluarga merestui hubungan tersebut ia tidaklah bererti boleh bebas berhubung dan selalu melayan halwa telinga mendengar suara bakal pasangan. Syaitan pasti menghiasi suara tersebut menjadi sangat luna didengar dan sangat 'macho' untuk dirindu-rinduan. Akhirnya, terlangkup dalam kepompong perasaan (nafsu). Na'uzubillah.

"Ustaz... Bestnya bercinta lepas kahwin, nasib baik dah kahwin! Tapi, duit habis kat kredit talifon asyik talifon suami je."

"Tak apa, cinta halal. Duit habis pun pada perkara halal."

Seorang anak murid zauj yang talifon asalnya mahu bertanya berkenaan zakat, kemudian cerita yang beliau sudah berkahwin. Alhamdulillah. Mendengar kisah-kisah yang zauj ceritakan perihal anak-anak muridnya terutamanya di Mesir selalu mengundang rasa kelakar, macam-macam 'kerenah' dan kebetulan zauj yang jauh lebih berusia dari mereka maka jadi kaunselor tak bertauliah menjadi pendengar yang setia kepada orang yang putus tunang, putus cinta, dah bertunang tapi tak nak kahwin. Macam-macam... Dan kisah-kisah itu menjadi satu 'ibrah (pengajaran) yang sangat besar bahawa setiap ketentuan Allah pasti sarat dengan hikmah!

Ini baru selingan bab tertipu dengan nafsu pada wanita dan lelaki. Banyak lagi, bahkan sangat-sangat banyak perkara yang membuatkan manusia tertipu.

"Jarang-jarang orang terlepas dari ghurur (tertipu)." -Imam AlGhazali-


Antara ciri-ciri orang yang tertipu adalah :

- Mencari kehidupan dunia sehingga lupa kepada akhirat
- Memiliki kekayaan tetapi bakhil
- Alim tetapi tidak beramal dengan ilmu
- Jahil tentang agama tetapi alim tentang dunia
- Beramal tanpa ilmu
- Beramal dengan ilmu syariah lahiriah tetapi lalai dengan amalan batiniah eg; ujub
- Melakukan dosa tetapi menangguhkan taubat
- Mencampur aduk amalan soleh dan batil
- Amar ma'ruf nahi mungkar tetapi mengabaikan diri sendiri (tidak muhasabah)
- Tua dan muda menghabiskan umur dengan melakukan dosa
- Suami membiarkan isteri dan anak-anak jahil
- Tertipu dengan kecantikan dan kekuatan badan
- Membaca al-Quran tetapi tidak bertadabbur
- Berjuang tanpa jemaah
- Rakyat terpengaruh dengan pemimpin tidak beriman
- Murid yang berguru tetapi tidak mengamalkan ilmu yang diamalkan oleh guru
- Suami mentaati isteri (queen control)
- Mengamalkan sunnah tetapi tidak menepati sunnah

Banyak lagi... Tapi, dah nak azan Asar malas dah nak taip. Jumpa lagi, insya Allah.

Wallahua'lam.

Dari pena,
Insyirah Soleha

7 leaves:

ummu 26 January 2011 at 22:08  

assalamualaikum puan
syukran jazilan atas artikel puan ini yang mengingatkan saya.sekian,wassalam

Hafriz Mohamad 26 January 2011 at 23:35  

~_~...
Huhu..rse x mmpu nk brjalan.
Bratnye ujian ni.
Disangka baik, rupa-rupanya sbaliknya..
Mmg bnar, mnusia mudah trtipu.

norulqalbi 27 January 2011 at 05:58  

syukran for the post..
sekadar ingin bertanya,
macam mana kalau lelaki muslim yang bertunang itu, mmg benar dia tidak layan tunangnya dlm jangka masa pertunangan mereka, tetapi lelaki tersebut menghubungi atau berkawan sesuka hati dgn sesiapa shj yang dia nak(wanita)..?
sekadar bertanya..:D

Insyirah 27 January 2011 at 07:39  

Wa'alaikumussalam ummu,
la syukran 'ala wajib :)
ingatan buat diri saya sendiri.

Insyirah 27 January 2011 at 07:40  

Hafriz :
"Jarang sekali manusia terlepas dari ghurur..." Banyakkan istighfar.

Insyirah 27 January 2011 at 07:44  

ayesyazzreena.

saya tak faham apa soalan yang diusulkan sebenarnya T__T

lelaki itu tak melayan tunangnya, maksud melayan tu macam mana? bahkan dia sesuka hati berkawan dengan wanita lain, ini pun saya tak berapa faham. istilah kawan tu macam mana? T_T

shee 10 February 2011 at 00:21  

assalamualaikum..
sesuatu yg sering dipandang mudah,tp hakikatnya sememangnya manusia mudah tertipu.

aSkiNg sOuL

Feeling alone?
Innallahha ma’ana

Saw evil act?
Inni akhafullah

Wishing something?
Fa’iza ’azamta fatawakkal’alallah

Missing somebody?
Ma fi qalbi ghairullah.

... syukran ...

Free Hit Counter Syukran 'ala ziarah ^_~

Silent Home

Silent Home
Bila emosi mengunci hati, lalu lahirlah ayat-ayat sepi sebuah monologku merentasi perjalanan menuju Rabbi :)

  © Template Lar Doce Lar por Emporium Digital Graphics Jenny's Grandchild and Irene's Corner

TOPO