"Ya Allah, jadikanlah hamba Mu ini mencintai orang beriman dan jadikanlah orang yang beriman mencintaiku."

(HR Muslim)
Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Third Birthday tickers

13 April 2010

Malaysia Kaya Rasuah

Bismillahirrahmanirrahim.

Abang-abang ana memiliki perniagaan masing-masing. Dari cerita mereka, yang seorang selalu berurusan dengan syarikat swasta dan kerajaan dan seorang dari banyak travel dan selalu pergi ke tempat orang. Ayuh, sedikit kisah dari mereka buat muhasabah bersama.

Situasi 1

Abang yang banyak travel sudah pastilah selalu melanggar etika memandu dengan sukanya telah memecut melebihi had laju yang ditetapkan. Apabila ditahan oleh encik polis, maka abang dengan 'senang hati' minta surat saman sebaliknya encik polis banyak kali mengulang ayat.

"Ni kalau kene nih, RM300 nih..."

Abang yang agak 'lurus' pun setuju untuk membayar saman memandangkan beliau tahu telah memandu melebihi had laju yang ditetapkan. Rupanya sampai sudah encik polis mengulang ayat tersebut. Kini, beliau sudah bersedia kalau-kalau 'ditahan' encik polis, beliau mahu melihat gelagat encik polis lalu mahu berkata.

"Saya tahu, kalau kena... RM300..."

Antum faham tak apa yang nak disampaikan? Encik polis nak cakap, kalau kena saman kena bayar RM300 tapi kalau 'bayar' tanpa saman, boleh dirunding. Allah! Kasihannya isteri dan anak-anaknya makan wang haram, akhirnya menjadi daging. INGAT! Api neraka itu sangat suka membakar daging-daging yang tumbuh dari hasil yang haram. Allah... Allah...


Sekadar hiasan di mata...
Situasi 2

Seorang kenalan ummi, membuka syarikat (petrol pump station). Pada suatu hari, di saat abi sedang mengisi minyak dan ummi bersembang... Kenalan ummi ni seorang bangsa cina, dia pun bertanya pada ummi.

"You lepas pencen mau buat apa?"

"I nak buka stesen minyak lah..." -nada gurau

"Eh, dulu arr... manyak senang wo mau buka stesen minyak, ini jam arr manyak susah wo. Ini arr, I ada kebun bunga tau... Kalau mau kira ini steten minyak arr, talak (tak ada) untung wo... Ini jam ar, banyak minta wang oooo. You beli tanah buat kebun lagi bagus maaa.."

Faham dah, faham dah. Malu je, dah la pihak terbabit yang dimaksudkan ialah orang-orang Melayu dan beragama Islam. Macammana kita nak bicara soal integriti dan sebagainya kalau pihak yang mewar-warkan integriti juga tiada nilai integriti dalam pekerjaan.

Situasi 3

Abang yang seorang mendapat tender sebuah badan kerajaan, sehingga waktu yang diharapkan masih tidak mendapat bayaran sedangkan barang-barang sudah dihantar semuanya. Abang yang seorang ni memang baran, oleh kerana banyak tender yang tak dapat dibuat gara-gara tidak dapat bayaran, maka beliau pun menyerang pejabat tersebut lalu dengan senang hati 'mengutip' kembali barang-barang yang dihantar sehingga pekerja semuanya tercengang.

Lalu, adiknya ini bertanya... "Banyak ke yang tak dibayar?"

"Banyak la... Abang tak boleh nak rolling modal, semua payment pending."

"Berapa?"

"RM70k."

Subhanallah...

"Kalau section Pak Uda best, 2 minggu dah dapat payment tak ada masalah langsung."

Abi pun menyampuk.

"Selalunya kalau payment bermasalah ni maksudnya bahagian tersebut memang bermasalah, maybe dorang harap hang 'hulur' kot. Kalau department yang bersih, tak ada masalah pun dengan payment."

Waduh, apa nak jadi la...

Cukup saja la 3 situasi, kalau nak dikisahkan boleh jadi novel semua kisah-kisah yang terkumpul dalam cerita abang-abang yang terpaksa berdepan dengan pelbagai dugaan iman pada mereka yang mengharapkan rasuah. Na'uzubillah. Abi juga selalu memberi nasihat soal integriti dalam pekerjaan bahkan ummi juga selalu merungut tentang hal ini. Tetapi, kontraktor selalu saja takut dengan abi, bahkan tidak ada kontraktor yang berani dengan abi.

"Haq adalah haq. Kalau you salah, I tak approve. Ikut prosedur."

That's why abi kurang popular, sebab abi sangat tegas dalam hal-hal berkaitan kontraktor.

Ummi juga suatu ketika dahulu berurusan dengan kontraktor, bila selesai kerja kontraktor suka benar menghulur duit. Ummi dengan tegas, dan pantas cakap.

"I kerja, I dah ada gaji dan ini memang tugas I. You simpan duit ni, belanja anak isteri you."

That's why semua kontraktor sayang ummi. Mudah kerja mereka kalau berurusan dengan ummi. Kadang-kadang ana memerhati pergerakan badan dan memandang tepat ke arah anak mata seseorang, lalu diri ini selalu monolog dalam diam.

"Kesian..."

Wallahua'lam.


Alangkah bagusnya kalau semua punya sikap begini.

3 leaves:

nurIslami,  14 April 2010 at 01:55  

Assalamualaikum:

Jangan ditanya jika isteri sentiasa nusyuz(derhaka) pada suami,

Jangan dihairan jika anak-anak tidak mewarisi kelakuan baik dari ayah dan emak,

jika

terdapat istilah rasuah dalam mencari sesuap rezeki buat isteri dan anak-anak..

Punca rezeki yang mengandungi tidak halal maka hati tidak akan puas dalam mencari kekayaan kerana nafsu yang memandu

tetapi

punca rezeki yang tidak mengandungi perkara haram biarpun pandapatan tidak sebanyak mana akan puas kerana iman yang memandu diri..

Tidak kaya dengan kesenangan harta tapi 'kaya' dengan kesenangan isteri dan anak-anak yang qurratul a'yun(penyejuk mata)..

wallahu a'lam

Orchid 14 April 2010 at 12:40  

banyak yg masuk, lagi banyak yg keluar- Rasuah theory hahaha

agak bengang juga la dengan rasuah ni. Abah ana pun ada cerita, bukan setakat rasuah sahaja curi tulang sekali.

dulu bila dapat berita akan ditukarkn ke kelantan,Happy je 1 family.Lama dah merantau, nak juga kembali ke negeri sendiri.

kesian kat abah ana, pejabat dia kerja corrupt, pekerja yg dia replace kn tu bnyak buat keja2 haram.Pekerja2 pun sama je. Abah ana stress je setiap kali balik kerja.Bnyak masalah kat pejabat.Bayangkn lah kalau abah ana tiada kat pejabat, pejabat terus kosong.Pekerja makan gaji buta.HARAM!!!

Dunia tertegak sbb 4 perkara:
1.'ilmu ulama'
2.Keadilan pemerintah
3.Dermawan
4.Doa fakir miskin

Rue Anemone 18 April 2010 at 22:08  

semoga kita di jauhi..huhu

aSkiNg sOuL

Feeling alone?
Innallahha ma’ana

Saw evil act?
Inni akhafullah

Wishing something?
Fa’iza ’azamta fatawakkal’alallah

Missing somebody?
Ma fi qalbi ghairullah.

... syukran ...

Free Hit Counter Syukran 'ala ziarah ^_~

Silent Home

Silent Home
Bila emosi mengunci hati, lalu lahirlah ayat-ayat sepi sebuah monologku merentasi perjalanan menuju Rabbi :)

  © Template Lar Doce Lar por Emporium Digital Graphics Jenny's Grandchild and Irene's Corner

TOPO