"Ya Allah, jadikanlah hamba Mu ini mencintai orang beriman dan jadikanlah orang yang beriman mencintaiku."

(HR Muslim)
Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Third Birthday tickers

02 March 2009

++ MeNeGuK SeRPiHaN SaBaR ++

Salam'alaykum whb.

Semoga ada pelangi untuk setiap taufan,
Semoga ada rahmat untuk setiap ujian,
Semoga ada senyuman untuk setiap tangisan,
Semoga ada keberkatan untuk setiap amalan.

* syukran ukhtee habibah

Sungguh ana merasakan pawana rahiim Nya menghiasi kamar hati, seakan gersang tanpa setitis madu kesabaran, kehausan tanpa secebis kekuatan dari Sang Pencipta. Tuhan tak pernah menzalimi hamba-hamba Nya, pandanglah sesuatu dengan pandangan rahmat, nescaya mata hati mu akan bersinar kembali. Insya Allah.

Beberapa hari ana diserang sakit kepala. Subhanallah. Beransur sihat, alhamdulillah. Semalam selepas melambai-lambai tangan pada abang yang pulang ke destinasi masing-masing, ana menjamah aiskrim faraulah atas keizinan ummi sebagai upah nak buat kerja. (Pandai sungguh ana ambil kesempatan) Starting 3 p.m until 6.30 p.m do mummy's works. Maybe tak sampai 100 helai kertas yang sempat ana siapkan, kepala dah biul semacam mengadap laptop. Itu pun masa solat Asar dah berguling-guling, baru sambung. Tepat 6.30 pm, buat air panas dan makan roti. Mula aksi-aksi guling gulingan tak kira siapa dah depan mata. Punya la sakit kepala, Allah je yang tahu.

Abi geleng-geleng kepala. Dah azan Maghrib, ana masih berguling tak habis-habis. Lepas Maghrib terus baring dan statik, seribu satu rasa. Pakej semua sekali. Sakit kepala + sakit dada (semput) + sakit belakang + sakit kaki (sarafku seakan mengecut) + perut yang dilanda tsunami. Nak vomit, semua ada! Ya Allah. Lepas Isyak, Aiman picit kepala. Tak boleh tahan juga, loya semacam. Sekali entah kenapa gerak hati mendesak supaya bangun setangkas mungkin dan lari ke tandas... Uwekkkkkk! Semua dah keluar. Lega! Lepas dah mengeluarkan segala isi perut, duduk dulu. Kepala ku seakan nampak bebintang di langit. Akhirnya, dah tak ada apa lagi nak dimuntahkan, keluar air je. Lembik terus.

Abi suruh minum air zam-zam, kemudian abi baca selawat Syifa' 3x dan sapu kepala ana dengan air zam-zam. "La takhaf wala tahzan." Abi senyum. Lepas abi sapu air zam-zam, selawat atas ubun-ubun, alhamdulillah terus melelapkan mata. Before that, sempat lagi sms budak bucuk and achik Teddy minta tolong bacakan yaasin. Feeling SO ~ SO ~ SO bad. Allahuakbar. Sakitnya menghadapi kesakitan, sakitnya berdepan dengan sakit. Ngeee...! Sakitnya bila sakit. Ohho, apa ana merapu ni.

Tidur hanya hingga 1.33 a.m (tepat tuh) sebab nampak jam dari sinaran dekoder Astro. Pusing kiri, pusing kanan, semua tak menjadi. Semua doa yang dihafaz dah dibaca, tak menjadi. Zikir, zikir dan zikir. Berpeluh-peluh di pagi yang sejuk, sebotol air zam-zam 500 ml dah hampir habis diteguk, tak mampu mengurangkan hatta sedikit rasa yang membelit badan. Subhanallah. Puas dirayu, puas dipujuk, puas diminta pada Rabbi... Nangis dan berguling-guling, serba tak kena. Kerdilnya hamba ya Allah, bantulah hamba yang dhaif. Tiadalah dayaku tanpa pertolongan dari Mu...

Teringatkan pesanan arwah seorang teman, bangkitlah... Solat!

Dah lumurkan kepala dengan air zam-zam baru dapat tidur semula. Pagi, abi gerak. Tup tup gerak hati ana semacam ada yang tak kena. Allah lebih tahu rahsia Nya. Rupanya abi pitam di pejabat lebih kurang jam 10 a.m tadi, terus ambulance hantar ke hospital. Warded! Urm, dari minggu lepas abi tak berapa sihat. Tapi semalam abi cakap dah OK sikit, harini terus pitam. Ya Allah... Bertali arus mehnah Mu datang 'menjenguk' hidup sang hamba yang kerdil. Mujur lah harini Aiman dan Mahfuzah cuti (Sabtu lepas mereka sukan di sekolah), fully out. Badan langsung K.O. Ada juga teman di rumah.

Petang tadi, setelah Aiman memicit kepala yang seakan mahu ku cabut (kih kih kih) dan minum air zam-zam, puas berguling sampai adik-adik cakap nak ikat ana. Uhuks. ~ Sakit, guling je la... ~ Ngeee..! After feeling more stable (wallahua'lam) ana menaip mesej untuk memaklumkan pada broS, uncleS & auntieS abi warded. Lepas tu, bertali arus mesej dan panggilan yang masuk, nak jawab pun suara ala-ala romantis bangat. (Lalalalalaa) Macam tak ada tenaga je nak cakap. Yup! Ana MESTI minum glukos dan air garam untuk dapatkan semula tenaga selepas muntah. Huhuhu... Am I food poisoning? Tapi orang lain OK jer.

++ sakit tak sesakit sakit Nabi Ayub a.s.
++ derita tak sederita derita Asiyah
++ tabah tak setabah tabahnya Sumaiyah
++ cekal tak secekal kecekalan Masyitah

** kerana diriku hanya seorang Insyirah

Namun, masihku inginkan serpihan dari kesabaran dan keteguhan hati MEREKA tika dilanda ujian dari Allah yang Esa. Tuhan... Izinkan aku, merasai manisnya iman tat kala ujian Mu menghimpit segenap ruang yang ada pada diri ku. Hanya Engkau sandaran harapan ku.

+ HaVe FaiTh +

Ya Allah yang Maha Penyembuh,
Kurniakanlah kesihatan yang baik kepada kedua ibu bapaku,
Berikanlah kesembuhan kepada mereka,
Agar dapat beribadah kepada Mu,
Ameen.

Kenapa setiap kali sedeyh, ana suka buka video "untukmu insan yang ku sayang" dari insan yang ana sayang dan menitis air mata, terpujuk kah ana dengan apa yang dibingkiskan dan apa yang dialunkan?

Indahnya taman Firdausi
Tak berbayang di mata
Tak terjangkau di hati
Kurniaan yang abadi
Itulah taman syurga tertinggi
Bagi mukmin yang sejati

Di sana tiada derita
Bahkan usia kan kekal remaja
Wajah ceria berseri
Tanda nikmat tak terperi
Indahnya syurga itu janji Nya
Bagi insan yang bertaqwa

Bidadari dan para pemuda syurga
Bagaikan kilau mutiara
Sungai yang mengalir beraneka rasa
Limpah rahmat Yang Esa
Tiada duka tiada resah
Dan tiada jemu yang melanda
Di sanalah keindahan
Kebahagiaan jiwa yang hakiki
Selamanya...

Kurniakan syurga Mu
Ya Allah...
Ya Rahman...
Ya Rahiim...

Haruman raihah yang memikat sukma
Dan linangan Salsabila
Mahligai permata megah mempersona
Tak tergambar hebatnya

1 leaves:

Anonymous,  2 March 2009 at 23:07  

Assalamu'alaikum whb.
Syafakillah ukhti. Ameen allahumma ameen. Macammana kondisi adik + abi sekarang ni? Maaf yer sayang, tak sempat nak balas sms. Sekarang masa agak terhad, selalu kelam kabut dengan kids. Uwais - Durrah - Mus'ab. Mus'ab tak seperti abg dan kakaknya, lebih banyak merengek.

Allahuakbar.

Miss you so much. Kalau dtg sini nanti jemput la ke rumah, tidur sini yer. Dah lama tak bersembang panjang dengan adik. Leh adik mengasuh Mus'ab kan, hehehehe.

aSkiNg sOuL

Feeling alone?
Innallahha ma’ana

Saw evil act?
Inni akhafullah

Wishing something?
Fa’iza ’azamta fatawakkal’alallah

Missing somebody?
Ma fi qalbi ghairullah.

... syukran ...

Free Hit Counter Syukran 'ala ziarah ^_~

Silent Home

Silent Home
Bila emosi mengunci hati, lalu lahirlah ayat-ayat sepi sebuah monologku merentasi perjalanan menuju Rabbi :)

  © Template Lar Doce Lar por Emporium Digital Graphics Jenny's Grandchild and Irene's Corner

TOPO