"Ya Allah, jadikanlah hamba Mu ini mencintai orang beriman dan jadikanlah orang yang beriman mencintaiku."

(HR Muslim)
Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Third Birthday tickers

18 June 2013

Ahlan Ya Bunayya #2

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah.

Segala puji-pujian kepada Allah taala.

Saya selamat melahirkan mujahid kedua pada 13 Jun 2013.

Hari Khamis.

Jam 2.08 petang.


Abang Long Amir Solihin dengan adik

Bayi seberat 2.88 kg dilahirkan secara normal di Pusat Rawatan Islam Az-Zahra, Bangi. Alhamdulillah.

Allah izinkan mujahid disambut oleh doktor muslimah (mudah-mudahan solehah, aamin).

InsyaAllah, esok hari ke-7 umum nama mujahid.

Kedua-dua mujahid lahir pada bulan Sya'aban, sama dengan suami.

:)

* Ramai yang terkejut dengan berita kelahiran bayi, selalu jumpa pun tak tahu sedang mengandung. Alhamdulillah, Allah mudahkan urusan kehamilan dan kelahiran yang penuh dengan ujian :)

Ummu Amir.

Read more...

30 May 2013

Kelebihan Habbatus Sauda' Perahan Sejuk

Bismillahirrahmanirrahim.

Kelebihan Habbatus Sauda' Minsyam

PENGENALAN.

Nabi s.a.w bersabda : Tetaplah kamu dengan habbatus sauda' kerana padanya ada penawar segala penyakit kecuali mati. [HR Bukhari]

Kapsul minyak habbatus sauda' (gold habbatus sauda) Minsyam adalah minyak habbatus sauda' berkualiti tinggi. Minyak yang dihasilkan menggunakan teknik PERAHAN SEJUK iaitu dengan kehangatan 25 darjah celcius meningkatkan lagi mutu minyak habbatus sauda' emas Minsyam. Tidak dinafikan sekiranya terdapat elemen panas dalam proses pemerahan maka minyak yang dihasilkan akan lebih banyak. Bagaimanapun, ciri-ciri rasa, khasiat malahan warna akan berubah.

Sebagai contoh, sekiranya 1 kg biji habbatus sauda' diperah dengan teknik panas, akan dapat menghasilkan diantara 500-750 gram minyak habbatus sauda'. Berbanding perahan 150 gram kalau dihasilkan melalui perahan sejuk.

Jelas minyak habbatus sauda' perahan sejuk dihasilkan dalam bentuk kuning keemasan, berbanding perahan panas yang berwarna gelap. Analogi mudah, boleh dilihat pada minyak masak. Semua minyak masak baru akan berwarna kuning keemasan. Apabila telah digunakan berkali-kali atau dihangatkan berkali-kali, warnanya akan menjadi gelap.

ANTARA KHASIAT HABBATUS SAUDA' :

1. Meningkatkan daya tahan badan (imuniti)
2. Mengurangkan risiko sakit jantung
3. Memusnahkan tumor
4. Mengurangkan risiko pertumbuhan tumor
5. Mencegah dan merawat kanser payudara
6. Merawat asma
7. Meningkat pertumbuhan sel darah merah
8. Merawat kanser pankreas
9. Anti radang dan rheumatism
10. Dan lain-lain lagi...

CARA PENGGUNAAN :

Dos yang dicadangkan ialah 2 kapsul setiap hari sebelum atau selepas sarapan. 

CADANGAN :

Pek permulaan 3 kotak untuk pengambilan 1 bulan. (1 kotak mengandungi 20 biji kapsul habbatus sauda')


1 kotak RM 12

Promosi istimewa SAH 2 HARI SAHAJA lagi.
12 kotak RM 144 + PERCUMA penghantaran ke SELURUH MALAYSIA 
(termasuk Sabah dan Sarawak)

Islah Heart Shoppe,
Bermuamalat Berlandaskan Syariat.

Read more...

28 May 2013

♥ Nota 3 Tahun ♥

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah, pada tarikh ini 3 tahun yang lalu Allah menukarkan gelaran saya daripada cik kepada puan. Menjadi suri kepada seorang lelaki bergelar suami. Hari Jumaat, selepas selesai solat Jumaat kira-kira jam 3.30 petang diakad nikah oleh bapa saya sendiri, dengan majlis yang sangat santai siap ada sesi gelak ketawa sebelum diakad nikah, saya kira bapa saya sangat cemerlang menghilangkan gemuruh di hati suami :)

Seperti masih terlalu awal, rupanya sudah 3 tahun ia berlalu.

Alhamdulillah, semuanya dengan perancangan dari Allah. Memberi apa yang manusia perlu, pada masa yang betul, pada tempat yang betul dengan manusia yang insyaAllah betul.

Selepas pulang menziarahi tanah suci beberapa bulan yang lalu, banyaklah cerita yang kami kongsikan sekeluarga. Abang saya ada kongsikan tentang adik-adik perempuan saya yang dirisik oleh jemaah yang sama-sama mengikuti kumpulan kami, ibu saya pun bercerita perkara yang sama. Adik-adik perempuan saya dirisik oleh beberapa ikhwah sepanjang keberadaan di tanah suci, lebih-lebih lagi semasa berada di Mekah kerana di dalam ihram semuanya melepaskan niqab, jadi ada yang terus mahu meminang.

Cerita ibu, ada seorang ibu kepada seorang ikhwah yang secara terus terang bertanya kepada ibu saya mengenai salah seorang adik perempuan saya. Dan, akhirnya terkejut besarlah bila mengetahui bahawa usia adik-adik saya masih bersekolah menengah. Heh! Ada yang sangkakan si kakak adalah adik, si adik adalah kakak dan bila mengetahui kakak adalah kakak dan adik adalah adik, terus ibu tersebut kata, "nasib baik tak terus pinang, kalau tidak salah orang."

Macam-macam kisah mengenai adik-adik perempuan saya. Orang itu berkenan, orang ini berkenan. Orang itu merisik, orang ini mahu terus meminang. Mereka gunakan ibu saya dan ada yang berbual dengan abang saya untuk mengorek cerita. Akhirnya, selepas berkongsi-kongsi cerita bapa saya dengan selamba berkata,

"Tapi... Tak ada seorang pun yang berani mengadap."

Ya, tiada yang berani menyatakan hasrat terus kepada bapa saya. :P

Saya yang tengah sibuk-sibuk dengan Amir Solihin terus ketawa. Setakat ini, hanya seorang sahaja pemuda yang berani mengadap terus kepada ayahanda saya menyatakan hasrat untuk memperisterikan anak perempuan ayahanda saya. Dan, pemuda tersebut dah pun jadi menantu ayahanda saya. ^_^

Tak ada kias-kias bahasa, tak ada kata-kata mengorat atau mahu menggoda. Selepas bersilaturrahim dengan keluarga, suami bercerita tentang saya kepada ibunya dan tak lama kemudian dengan selamba cakap pada bapa saya nak kahwin dengan saya. Bapa saya juga agak berani melepaskan saya untuk dijaga oleh suami kerana semasa bersilaturrahim dengan keluarga saya, saya duduk atas kerusi roda :)

Saya yang memang selalu Allah tarik nikmat kesihatan, memanglah berat untuk ibubapa lepaskan ke penjagaan orang lain lebih-lebih lagi kepada orang yang langsung sebelum ini tidak dikenali. Berulang kali bapa 'memahamkan' suami tentang keadaan saya yang tidak sempurna seperti orang lain, semasa keluarga suami bertandang ke rumah untuk berkenalan juga bapa memaklumkan lagi dan lagi tentang saya yang tidak sempurna.

Pernikahan itu bukan mencari kesempurnaan,
Tetapi saling melengkapkan kekurangan,
Agar sama-sama berusaha ke arah kebaikan :)



3 tahun sudah bersama, suka duka dalam menjalani kehidupan rumahtangga. Moga Allah suburkan cinta dan iman kami kepada Nya supaya kami menghargai kasih sayang sesama manusia. InsyaAllah, aamin.


:)

Insyirah Soleha

Read more...

22 May 2013

Kerana Allah Menyayangimu

Bismillahirrahmanirrahim.

Perbualan antara saya dan seorang saudara seIslam, saya telah mendapat keizinan darinya untuk berkongsi kepada umum.

Semoga bermanfaat. 

--- 

Assalammualaikum. 

Maaf akak mesej. Akak selalu baca blog Syirah, baca status Syirah dari dulu lagi, cuma tergerak hati nak mesej hari ni. Akak nak minta maaf jika mesej akak mengganggu Syirah sekeluarga. Cuma akak perlu kepada pandangan Syirah (dan suami) mengenai permasalahan ini. Moga Allah merahmati Syirah dan suami sekeluarga. 

Akak berniqab baru masuk tahun kedua tapi ujian tu memang banyak Allah beri, kadang hampir tertewas namun alhamdulillah masih Allah beri kekuatan cuma akak rasa sejak akhir-akhir ini akak rasa hati akak dah mula nak buka niqab. Tapi akak tak nak perkara tu berlaku. Akak nak istiqamah dengan niqab. Satu lagi, akak rasa perangai nakal akak dulu datang balik. Akak risau mengaibkan wanita berniqab. Contohnya berjalan di khalayak dengan bukan mahram. Akak bimbang andai Allah biar akak dalam kelalaian. Mohon berikan panduan dan nasihat pada akak, akak tiada rakan yang berniqab. Akak tak tahu ke mana nak bertanya.

Seberapa lama Syirah perlu waktu, akak sentiasa tunggu. Mudahan sedikit sebanyak nasihat Syirah boleh buat hati akak kembali ke jalan yang diredhai Allah. 

---

Perkongsian :

Wa'alaikumussalam kak * yang dirahmati Allah :)

Semoga hidayah dari Allah sentiasa menyinari kehidupan akak di dunia dan membawa keberkatan untuk akak bahagia di akhirat kelak, amin. Hati akak terkadang merasa nak buka niqab sebab merasakan akak jadi nakal semula, jadi untuk tidak mengaibkan wanita berniqab akak mahu membuka niqab akak semula tetapi dalam masa yang sama akak tak nak ianya berlaku. Maksudnya, akak masih mahu berniqab :)

Alhamdulillah.

Itu tandanya Allah masih sayang dengan akak. Dengan secebis kain yang akak pakai di wajah, Allah menjaga akak dari melakukan maksiat. Dengan niqab, akak malu untuk buat dosa. Subhanallah, secebis kain di wajah bagi orang lain mungkin tidak bermakna apa-apa tetapi bagi mereka yang bermujahadah untuk berniqab, ia sangat bernilai dan tinggi harganya. Kan?

Apa yang akak boleh buat ialah, akak jauhkan diri akak dari lelaki tanpa ada sebab yang syarak benarkan. Contohnya kawan-kawan yang saja nak tanya khabar dan sebagainya, elakkan dari pergaulan dengan lelaki insyaAllah tidak akan membuka jalan untuk keluar dengan lelaki sebab step pertama sebelum keluar berdua-duaan dengan lelaki tak kiralah tempat open atau tidak ia pasti bermula dengan perkenalan. Kan? Jadinya, elakkanlah perkenalan tanpa sebab syarie.

Islam membenarkan lelaki dan wanita bukan mahram berkenalan tetapi ada adabnya, ada syaratnya. Syarat nak berkenalan lelaki dan perempuan adalah untuk tujuan menikah iaitu BERTUNANG. Semasa tempoh pertunangan, lelaki dan wanita dibenarkan berkenalan tetapi bukan dengan keluar berdua-duaan, mesti ditempat yang jauh dari fitnah. Contohnya di rumah keluarga perempuan atau rumah keluarga/rakan-rakan yang soleh solehah.

Perangai, kita boleh ubah kan kak? :) 

Kalau dulu akak boleh mengubah sifat nakal tu, kenapa sekarang tidak boleh? Sedangkan Allah sayang sangat dengan akak. Kalau Allah tak sayang dengan akak, mesti Allah biarkan akak berseronok dengan apa yang akak buat, kan? Tapi, Allah tak biarkan akak begitu, Allah hadirkan rasa di hati untuk akak koreksi diri bahawa pakaian akak adalah pakaian para isteri Rasulullah, dengan pakaian akak yang mencontohi para isteri Rasulullah wajarlah akak juga turut mencontohi akhlaq para isteri Rasulullah. InsyaAllah! 

Ada orang, Allah sentiasa bagi nikmat dunia walaupun dia lakukan maksiat kepada Allah. Setiap kali dia buat dosa, Allah bagi nikmat. Dia buat maksiat, Allah bagi nikmat. Tak solat fardhu, Allah bagi kejayaan. Tak puasa Ramadhan, Allah bagi rezeki (wang) melimpah. Rasuah, Allah bagi kekayaan. Semakin dia bermaksiat, semakin banyak Allah bagi nikmat. Dia lemas dalam nikmat dunia dan Allah buat dia lupa kepada Allah, sebenarnya ia adalah balasan untuk perbuatan-perbuatan maksiat yang dia lakukan. Istidraj. Kita sangkakan kita dapat nikmat tetapi sebenarnya Allah jauhkan kita dari Allah. Nauzubillah! 


Biarlah hidup kita, Allah cukupkan apa yang kita perlu kalau kita tak dapat apa yang kita mahu. Mungkin seronok keluar dengan yang bukan mahram, tetapi hilang nikmat yang sebenar iaitu nikmat bercinta dengan Allah, nikmat merasakan Allah adalah matlamat kita. 

Semoga Allah akan terus sayang kita semua dan jauhkan kita dari perkara yang menjauhkan kita dari Allah. Amin!

Wallahua'lam.

Salam sayang,
Insyirah Soleha.

Read more...

aSkiNg sOuL

Feeling alone?
Innallahha ma’ana

Saw evil act?
Inni akhafullah

Wishing something?
Fa’iza ’azamta fatawakkal’alallah

Missing somebody?
Ma fi qalbi ghairullah.

... syukran ...

Free Hit Counter Syukran 'ala ziarah ^_~

Silent Home

Silent Home
Bila emosi mengunci hati, lalu lahirlah ayat-ayat sepi sebuah monologku merentasi perjalanan menuju Rabbi :)

  © Template Lar Doce Lar por Emporium Digital Graphics Jenny's Grandchild and Irene's Corner

TOPO