"Ya Allah, jadikanlah hamba Mu ini mencintai orang beriman dan jadikanlah orang yang beriman mencintaiku."

(HR Muslim)
Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Third Birthday tickers

31 October 2011

Tolong Tanggal Niqab...

Bismillahirrahmanirrahim.

Entri ini sudah lama berada di dalam 'draft', baru berkesempatan untuk menyambung tulisan. Dalam menghadapi kerenah orang sekitar, pelbagai ragam dan pelbagai reaksi yang pernah ditemui. Alhamdulillah, selepas berkahwin terasa lebih 'kuat' untuk menghadapi pandangan masyarakat tentang niqab.

Menetap di kediaman sekarang ini dan duduk dengan golongan atasan yang mana kebanyakan mereka terdiri dari ahli perniagaan dan ahli korporat sedikit sebanyak membina jurang kemesraaan. Tambahan pula usia yang sangat berbeza, terasa sukar untuk memecah tembok yang menjadi penghalang.

Usia ana 21 tahun. Apabila mahu 'mendekati' ibu-ibu yang selayaknya ana panggil nenek memerlukan dos kasih sayang yang lebih, tetapi dengan cara vogue dan trendy, sedikit sebanyak ketandusan idea untuk duduk bersama dengan mereka. Maksud ana, bersilaturrahim.

Sudah beberapa kali muslimat di sini 'menyuruh' encik zauj pesan pada ana untuk mengikuti kelas-kelas yang diadakan di surau. Sudah banyak kali juga mereka pesankan pada zauji menyuruh ana bersosial dengan kaum ibu. Tetapi, masa itu masih berpantang dan mereka terima alasan tersebut. Semasa bulan Syawal, muslimat mengadakan jamuan Eid di penghujung Syawal... Alhamdulillah, dengan ditemani oleh zauj, ana ikut serta juga.

Gugup dan terkejut jadinya apabila seorang ibu (boleh dipanggil nenek :D) menyuruh ana menanggalkan niqab, tanpa sempat ana membuka niqab beliau telahpun membuka niqab ana. Terkedu. T__T

Sebenarnya, ana sangat tidak bermasalah menanggalkan niqab semasa berada bersama muslimah apatah lagi di kawasan yang tertutup. Tetapi, tindakan mak cik tersebut membuatkan adrenalin bergerak pantas dan muka bertukar jadi hijau cuma badan yang tak membesar seperti incredible hulk.

Baca luahan seorang adik, tersenyum sendirian.

-----

okey. tidak dapat dinafikan. saya lah diantara kawan-kawan niqabis yang paling SUSAH nak buka niqab. Ye ! saya tahu wajah bukannya aurat. Dan salah satu asbab saya berniqab adalah untuk mengelakkan fitnah.


Kalau dengan wanita tak kan nak berniqab juga kut ?


err. ye. sangat-sangat dibenarkan. lagi-lagi sekiranya dalam satu kumpulan. hanya wanita sahaja. seperti ketika berusrah, bergathering sesama muslimah dan sebagainya. sebenarnya di antara asbab saya malu untuk membuka niqab saya di hadapan sahabiah adalah kerana tarbiyah. saya sudah ditarbiyah untuk kekal kan berniqab ke mana sahaja saya pergi. insyallah saya akan cuba untuk beristiqamah. jadi, sahabiah yang saya sayangi semua, terima kasih kerana memahami keadaan saya. saya perlu kan masa dan waktu yang tenang sekiranya ingin membuka niqab di hadapan antunna sekalian. Percayalah, jika antunna tidak memaksa saya, sabar menanti, antunna akan dapat juga lihat wajah saya secara live. yeaahaaa ! \^o^/


------------

Nukilan untuk kakak pengawas yang PAKSA saya buka Niqob. semoga kakak baca ye !


My name’s Harlina . I’m 19 years old. I was wearing hijab since child ….which I can not remember one. I wear because I believed that my Creator wants from me and I also believed that it benefits to myself. By covering my face, I’m honoring myself. I’m presenting myself to the world. As a some of my character, as a some of my personality, my contribution towards society. And it is a little bit that I’m doing to enable me to go through path of spiritual discovery. And it’s something that I feel glad and happy. I feel so wonderful to having done it. And it just spiritual choice… It just…example for the fact that I’m hornor muslim women, who has her own opinion. She has her own voice. I have my own personality, I have my character, I have everything that wonderful about me. The way I contribute towards society.And.. my beauty is wonderful part of me as well. But I don’t feel that I have to display to all over the world. You know, muslim women who choose to dress this way, do that because they feel…you know, covering this way…first of all because they believed that God said to them. They believed that God knows better for them than they know.

-----

Situasi lainnya, kurang selesa apabila bersemuka dengan wanita berpurdah tetapi enggan menanggalkan purdahnya meskipun berada di kawasan tertutup tanpa kehadiran muslimin. Selepas membaca 'isi hati' sahabat ini maka ana pun tersenyum. Iya, berikan ruang dan sedikit masa untuk niqabi supaya mereka menanggalkan niqab dalam keadaan yang tenang.

Tapi, ana punya sedikit masalah.

Ana dikatakan anti-sosial oleh ibu-ibu di sini lantaran ana tidak meluangkan waktu untuk bergaul mesra dengan mereka. Ana sudah cuba tetapi rasa kurang keserasian. Apabila duduk sekali dengan mereka, perbualan mereka menjurus kepada hal-hal yang tidak menjadi minat ana. Maka, ana hanya menjadi pendengar yang setia.

Wanita, kecantikan dan perhiasan adalah menjadi satu yang tidak boleh dipisahkan. Duduk dengan golongan yang mengikuti perkembangan fesyen membuatkan ana terdiam... Bukan kerana tidak suka, tetapi tidak tahu mahu mencelah di mana tambahan pula jarak usia memisahkan kami untuk beramah mesra.

Dialog-dialog mereka juga menakutkan ana, bimbang ana juga tergelincir lidah dan sering berbual hal ehwal dunia.

"I beli handbag ni di Paris last year, this year I nak bawa anak-anak I pergi bla bla bla... Shopping kasut."

"Oh, handbag ni I beli kat bla bla bla sekali dengan kasut. Puas hati la, bukan mahal sangat. Dalam RM?k je..."

"Oh, bandbag macam ni I tengok kat bla bla bla... kasut bla bla bla."

Telan air liur saja. Sangat bersyukur kerana encik zauj tidak menghadiahkan handbag semasa bernikah tempoh hari, kalau tidak nasib handbag tersebut duduk dalam almari saja T__T

Terima kasih juga encik zauj kerana tidak pernah membelikan high heel, kalau tidak nasib high heel tersebut elok menjadi perhiasan dalam almari.

Terima kasih encik zauj kerana menghadiahkan handbag yang lagi best boleh dipeluk-peluk (Encik Amir Solihin :P) dan sepasang selipar super cool sebelum bersalin tempoh hari. Sungguh! Langsung tak reti nak ber'jangok', tengok orang sibuk merancang nak membeli perhiasan barang kemas pun dah terasa "Takde topik lain ke?".

Soalan paling hampeh pernah ditanya kepada encik zauj.

"Kalau pergi kenduri kahwin, kena pakai barang kemas ke?"

Hahahaha...

Sungguh tak boleh blah!

Sebab hairan melihat orang semua sibuk-sibuk pakai barang kemas, jadi terpinga-pinga. Kesian encik zauj dapat isteri yang kuno macam ana.

Mahapkan saya wahai mak cik, saya tak gheti nak sembang dengan mak cik pasal handbag dan high heel yang mak cik beli ribu riban ituuuu. Saya juga tak berminat nak berbincang soal itu. Mak cik, saya dah blur sangat ni...

*pakai niqab dan cari encik Amir ajak encik zauj balik umah*


Blurrrrrr...

Ummu Amir

Read more...

30 October 2011

Mujahadah : Mudah Tapi Susah

Bismillahirrahmanirrahim.

Sudah 2 minggu tidak mengemas kini pondok kecil ini. Pondok yang banyak menyimpan memori suka duka. Meski tidak mengemas kini entri namun jari menyemak catatan lalu, sejarah yang ingin dikenang-kenangkan saat diri terasa 'sudah tua'. Kesibukan melayani si kecil Amir Solihin yang semakin lincah, saat dihujani idea... Ia hanya menari di dalam minda kerana kekangan peluang untuk berlama-lamaan di depan lappy. Saat duduk-duduk sahaja, idea sudah terabur dibawa bersama angin yang meniup.

Hati sedikit teruji, sesuatu... Bila Allah nak menegur seseorang hamba, DIA punya pelbagai cara untuk mengusik jiwa manusia. Terpulang kepada kebijaksanaan hamba tersebut untuk menilai 'teguran' dari Allah sama ada untuk memperbaiki diri atau menyalahi takdir ketentuan Ilahi. Parameter yang menyukat bukan hanya pada akal tetapi dengan hati yang disaluti nur iman.

"Akhlaq awak harini adalah proses tarbiyyah yang akan awak berikan kepada anak-anak awak. Jadi, untuk berhajatkan sesuatu kenikmatan memperoleh anak-anak soleh solehah, 'keperitan' bermujahadah menjadi insan yang soleh solehah itu perlu ditekankan. Orang selalu pandang remeh soal ini, hakikatnya perbuatan kita hari ini natijahnya pada hari kemudian. MENCARI yang soleh sebenarnya lebih susah dari MENJADI yang solehah. Apabila MENCARI, awak tercari-cari tetapi apabila MENJADI awak tahu apa yang perlu awak jadi... Solehah pada kalam dan perbuatan."

Apa yang diri sendiri rasa saat membaca apa yang pernah ditulis suatu ketika, lama dahulu! Sudah lama tulisan ini, serasanya saat membaca kalam ini ia seakan menggigit jiwa dan hati yang kelelahan. Lelah dengan 'kesenangan' yang Allah berikan, terasa lemah dengan semua nikmat yang Allah hujankan ke atas diri.

Allah kurniakan seorang suami yang soleh, mendidik diri dengan hikmah dan penuh sabar. Melayani kerenah dan kecetekan akal fikiran seorang wanita dalam menghadapi ujian perasaan. Tabah menguruskan rumahtangga dengan seorang isteri yang sering 'tempang' gerak dan langkah. Allah... Dihujani nikmat-nikmat sebegini menjadikan diri terasa kurang bersyukur dengan Allah. Astaghfirullah hal azhim.

Seringkali dibisikkan kepada diri; "Aku minta sedikit sahaja tetapi Allah memberi dan terus memberi jauh lebih banyak dari apa yang aku minta. Apakah aku mahu terus begini..."

"MUJAHADAH"

Sebaris perkataan yang membuatkan diri terus nanar.

Langkah pertama mujahadah untuk menyediakan seorang 'mujahid' buat ummah adalah dengan disiplin diri sendiri. Rayuan demi rayuan kepada Ilahi agar menitipkan seorang nakhoda yang soleh bagi membimbing pelayaran layar menuju kepada Nya. DIA berikan insan yang pernah melalui pengalaman yang sungguh membuat diri ini terasa kerdil. Untuk berdiri di sebelah mujahidin, mengigil saat pertama kali bersentuhan tangan selepas diakad nikahkan.

Langkah kedua mujahadah untuk menyediakan seorang 'mujahid' buat ummah adalah bersama-sama 'terjun' dan 'bergelumang' dengan lelaki yang telah pun diamanahkan untuk menjaga urusan agama, dunia dan akhiratku. Berpergian bersama suami di majlis ilmu adalah lapangan untuk meneguk takungan ilmu Allah, peluang untuk refleksi diri dan kesempatan untuk bersama masyarakat.

Langkah ketiga mujahadah untuk menyediakan seorang 'mujahid' buat ummah adalah sentiasa 'melempar' perasaan dan perangai yang bukan-bukan sepanjang proses kehamilan. Saat paling teruji adalah saat Allah menguji sejauh mana bertawakkal kepada DIA, iya... boleh saja ana katakan saat kehamilan adalah klimaks (pada ana) DIA sengaja menduga untuk membekalkan secebis semangat supaya terus memeluk tali Nya.

Langkah keempat mujahadah untuk menyediakan seorang 'mujahid' buat ummah adalah berusaha sekerasnya mewujudkan suasana dengan menghidupkan sunnah-sunnah Rasulullah dari sekecil-kecil perkara sehingga sebesar-besar perkara. Lahirnya si kecil diusahakan suami untuk mempraktikkan sunnah Rasulullah agar si kecil membesar dengan rahmat dan dilimpahi kehidupan penuh barakah.

Kini... Kami diberikan amanah Ilahi untuk mendidik si kecil Amir Solihin, bukan sahaja keseronokan saat si kecil ketawa tetapi kegusaran dengan tanggungjawab yang tergalas.

Selepas habis tempoh berpantang, 'lesen besar' untuk terbang bebas. Di mana Allah gerakkan suami untuk menyampaikan ilmu Nya, maka akan diusahakan terbang bersama si kecil Amir Solihin. Sebelum bertolak ke majlis ilmu, keperluan Amir Solihin disediakan terlebih dahulu. Mengajar si kecil agar mencintai majlis ilmu, mendidik si kecil untuk seronok berada di rumah Allah dan mengajak masyarakat untuk sama-sama membawa anak.

Teringat saat bersua dengan seorang sahabat, dia dan suaminya adalah pembaca blog. Suaminya berkenalan dengan Encik Zauj pada Ramadhan lalu dan Allah temukan kami semasa Syawal lalu... Kata-katanya mengusik emosi.

"Bawa buku, bawa pen ikut suami mengajar. Kita belajar dan mengajar. Nak berdakwah dengan orang lain agar turut sama bawa pen dan buku semasa mendengar ilmu. Kita tak boleh suruh orang buat sebelum kita sendiri yang mulakan. Kena tunjukkan contoh."

Benar. Teringat kisah semasa Rasulullah melaksanakan haji. Rasulullah menyuruh para sahabat bercukur tetapi tiada siapa yang mendengar atau melaksanakan ucapan Rasulullah sehingga ummul mukminin Ummu Salamah menarik Rasulullah dan menyarankan Rasulullah bertahallul terlebih dahulu. Selepas Rasulullah bertahallul barulah para sahabat 'perasan' dengan kelainan Rasulullah dan mereka pun bercukur :)

Tidak dinafikan, sukar untuk membawa anak kecil ke masjid dengan suasana di Malaysia yang 'tidak meraikan kanak-kanak' sepertimana negara barat, arab dan sebagainya. Sedikit cabaran juga membawa Amir Solihin yang sangat peramah, semua orang ditegurnya sehingga mengganggu tumpuan orang untuk mendengar ilmu. Cabaran menjadi lebih besar apabila Amir Solihin sudah pandai membuat pelbagai mimik muka yang sangat mengganggu insan yang berada di sekitarnya kerana turut mahu bermain dengan Amir Solihin T_T

Pengalaman.

1. Tiada muslimah di surau. Selepas membersih dan menukar lampin Amir Solihin, runsing kerana tiada muslimat. Azan Isyak akan berkumandang beberapa minit lagi. Kalau ditinggalkan Amir Solihin sendirian di ruangan muslimat, bimbang pecah tangisnya nanti bergegar surau orang menyangkakan "bayi ditinggalkan" sehingga mengganggu majlis ilmu. Akhirnya, ditenung-tenung si kecil yang dihurung kantuk tetapi tetap tidak mahu tidur. Tiba-tiba Allah hadirkan seorang muslimah yang mahu bersolat, lalu dititipkan pesan untuk tengok-tengokkan Amir Solihin sementara mahu berwudu'. Betapa Allah memudahkan urusan :)

2. Dek kerana kelewatan solat berjemaah, ikut masbuk dan Amir Solihin sudah menukar posisinya, kepalanya sudah jatuh dari toto. Jemaah yang melihat Amir Solihin baru muqaddimah nak 'berbunyi' cepat-cepat dibetulkan Amir Solihin, lalu Amir Solihin menghadiahkan senyuman kepadanya yang membuatkan beliau geram. Alhamdulillah, tak jadi Amir Solihin 'berbunyi.' :)

Bangun malam menyusukan Amir Solihin, menukar lampin dan sebagainya. Berkira-kira nak berwuduk. Kalau orang kata berkahwin seronok, ana ketap bibir berfikir berkali-kali tentang keseronokannya. Dulu sendirian, bangun malam terasa ringan. Tetapi kini, dari hujung rambut hingga ke hujung kaki jadi berat. Barulah faham mengapa ada hadith menukilkan Allah merahmati pasangan suami isteri yang bangun di tengah malam untuk sujud kepada Nya. T__T

Lebih-lebih lagi wanita... Nak solat kena dekat dengan tempat tidur supaya bila suami menyedari kehilangan si isteri, selesai solat boleh terus menyelinap di sebelahnya. Hmmm... Nampak mudah saja kan? Hakikatnya... SUSAH...!


Permisi dulu, Amir Solihin nak ikut abi ke majlis ilmu malam nanti... Assalamualaikum :)


Ummu Amir

Read more...

15 October 2011

Mujahid Kami [Photoblog]

Bismillahirrahmanirrahim.

Mujahid kami, Amir Solihin alhamdulillah sudah berusia 3 bulan 3 hari. Fizikalnya agak kecil tetapi pencapaiannya alhamdulillah agak memberangsangkan. Sejak berusia 2 bulan lagi, encik zauj sangat gemar mengajar Amir Solihin berjalan. Badannya sudah keras, tidak perlu menyokong leher dan kepala.

Suka melonjak, sudah pandai menegur orang dan mudah tersenyum dengan orang. Setiap kali melonjak, orang yang memegangnya perlu 'mengangkat' beliau seolah-olah melompat. Kalau tidak diangkat semasa melonjak, Amir Solihin akan melonjak lagi dan lagi... Amir Solihin pandai angkat sebelah kening. Amir selalu bagi 'chance' ummi solat, tetapi sudah sampai tahiyat akhir Amir Solihin minta perhatian. Amir Solihin suka dengar azan :)

Bila ikut abi pergi kuliah, Amir Solihin boleh duduk soleh-soleh. Tegur orang, sibuk nak memberi respon dalam majlis ilmu supaya abi tahu Amir Solihin bukan duduk saja-saja, Amir Solihin pun menadah ilmu juga. Suatu hari nanti, Amir Solihin pula duduk di depan dan abi pula jadi pendengar, insha Allah :)



Gambar di hospital
Berat : 2.43 kg
Panjang : 50 cm



Semasa dalam pantang, agak lemah.
Demam kuning yang tinggi.
Bacaan di hospital 350 (peh!)
Gara-gara kuning tinggi, beratnya tinggal 2.25 kg.



Menggeliat.
Berusia 1 bulan.
Berat : 2.7 kg
Panjang : 53 cm



Tidurnya seorang Amir Solihin.
Tak tutup mata.
Berusia 2 bulan.
Berat : 3.8 kg
Panjang : 58 cm


Muka baru bangun tidur.
Terus kena dera dengan ibu-ibu saudara.



2 bulan 3 minggu.
Amir Solihin kena buli dengan umminya.
Dipaksa pakai serban.
Semasa ketiadaan abi pula.
Selalunya abi menjadi 'pelindung',
bila ummi nak kenakan Amir Solihin.
Kali ni, Amir Solihin terpaksa merelakan diri.
Geleng-geleng kepala je.
Berat agaknya 'serban' besar sangat ^_^

3 bulan
Berat : 4.5 kg
Panjang : 63 cm

Amir Solihin mempunyai masalah kurang berat badan. Masih boleh pakai baju saiz 'newborn', insha Allah beberapa hari lagi Amir Solihin akan berjumpa dengan doktor pakar. Mudah-mudahan tiada masalah...

Nota Amir Solihin:
Ummi cakap Amir tak 'besar' sebab Allah Maha Mengetahui.
Ummi cakap lagi, Amir tak 'besar' sebab Allah Maha Penyayang.
Kalau Amir besar macam orang lain, ummi tak larat dukung Amir.
Kalau Amir besar macam orang lain, ummi susah nak dukung Amir.
Allah bagi setakat yang ummi mampu. Baikkan Allah...
Amir yang 'kecil' ni pun ummi asyik jatuh je.
Kalau Amir besar, tak tahu la macammana ummi tergolek-golek.

Ya Allah, indahkanlah akhlaq Amir Solihin sebagaimana Engkau mengindahkan wajahnya. Berilah Amir Solihin kefahaman dalam agama. Perelokkanlah agama Amir Solihin. Rabbana hablana minladunka zurriyyatan toyyibah, innaka sami'ud du'a. Aamin.


Ummu Amir,
Insyirah Soleha

Read more...

14 October 2011

Takut Pada Islam

Bismillahirrahmanirrahim.

Orang kata pakai purdah tak releven zaman sekarang.

Saya tanya kenapa.

Dia jawab sebab nanti orang takut dengan Islam.

Saya cakap, sebenarnya mereka bukan takut pada Islam tapi mereka takut melihat orang Islam yang tak mengamalkan Islam.

Dia kata lagi, purdah hanya fesyen.

Saya tanya di mana fesyennya.

Dia kata orang berpurdah pun tak tutup aurat, pakai baju ketat-ketat, pakai seluar singkat-singkat kadang nampak pusat, ada masa pakai legging saja.

Saya tanya lagi, sekarang... Yang salahnya purdah atau pada orangnya?

Dia kata lagi, purdah budaya orang Arab saja.

Saya kata pula. Oh, disebabkan Rasulullah s.a.w. berbangsa Arab, semua yang datang dari Rasulullah hanyalah budaya Arab. Syariat Islam pun dikatakan budaya Arab juga. Tapi, kenapa tang pemakaian saja nak pertikaikan. Kenapa semasa Ramadhan, berbuka puasa dengan kurma sebab ianya sunnah Rasulullah? Kenapa tak berbuka puasa dengan cornflakes saja? Kan semua yang datang dari Rasulullah hanya budaya, kenapa tak pertikaikan berbuka puasa dengan kurma adalah sunnah Rasulullah?

Dia cakap lagi, pakai purdah pun akhlaq macam sampah.


(Lukisan Cecer Syudde ~ Insyirah Soleha)


Saya senyum saja. Saya tertanya-tanya, tapi saya takut nak tanya nanti awak makin tertanya-tanya kenapa awak bertanya. Sebenarnya saya nak tanya, awak bermasalah dengan purdah atau awak ada masalah dengan Si Pemakai Purdah?


Saya nak bagitahu awak, sahabat saya cakap... Purdah bukan hanya pakaian tutup hidung, tutup mulut, tutup sebahagian muka atau nampak mata macam ninja saja. Sahabat saya kata lagi, purdah ialah sunnah (baginya yang memegang pendapat purdah adalah sunnah). Kalau sunnah, maknanya dari Rasulullah. Bila datang dari Rasulullah, kena la jaga betul-betul. Purdah adalah Islam. Orang kafir tak pakai purdah. Bila pakai purdah, kena jaga imej Islam. Menutup bukan sekadar mulut tetapi menjaga lidah dari mengadu domba, berprasangka, mencaci, menghina, mengumpat dan sebagainya. Bila orang yang pakai purdah tapi perangai macam sampah macam yang awak cakap tu, maksudnya bukan salah purdah tapi salah orang tu yang tak jaga akhlaq dia.

Awak kata lagi, bila berpurdah orang akan berprasangka dengan Islam.

Saya tanya awak, siapa yang berprasangka dengan Islam. Orang atau awak?

Awak tanya lagi, tak susah ke nak bermuamalat bila pakai purdah. Nanti orang pandang serong.

Saya nak bagitahu awak, muamalat dengan memakai purdah lebih menjaga muslimah bahkan orang yang tidak beriman dengan syahadah 'La ilaha illaLLAH, Muhammad Rasulullah' pun lebih menghormati muslimah daripada orang Islam sendiri.

Awak tak percaya juga.

Ada muslimah bercerita, dia baru je buat kad pengenalan (IC) minggu lepas sebab cip IC dah rosak. Tiba gilirannya untuk diambil gambar, pekerja lelaki tersebut mintakan pekerja wanita yang ambilkan gambarnya kerana segan dengan muslimah yang memakai purdah. Dan, pekerja lelaki tu BUKAN orang Islam. Barangkali dia tidak menganut mana-mana agama atau kristian. Dia terus berlalu meninggalkan kaunter. Awak rasa dia fikir orang berpurdah hantu ke? Tak... Dia tak takut tapi dia menghormati pendirian muslimah tersebut. Jadi, kenapa orang bukan Islam boleh menghormati pendirian orang Islam berbanding orang Islam sendiri?

Ini hanyalah analogi sebuah kisah yang selalu mempertikaikan sesuatu yang berkaitan dengan Islam. Seperti yang hangat baru-baru ini (sekarang pun masih hangat juga) mengenai syariat Hudud. Sesuatu yang orang tak sedar atau tak nak sedar... Orang Islam lebih takut kalau syariat Islam tertegak dibandingkan ketakutan mereka yang bukan Islam.

Renung-renungkanlah...

Wallahua'lam.


I love Islam,
Insyirah Soleha

Read more...

aSkiNg sOuL

Feeling alone?
Innallahha ma’ana

Saw evil act?
Inni akhafullah

Wishing something?
Fa’iza ’azamta fatawakkal’alallah

Missing somebody?
Ma fi qalbi ghairullah.

... syukran ...

Free Hit Counter Syukran 'ala ziarah ^_~

Silent Home

Silent Home
Bila emosi mengunci hati, lalu lahirlah ayat-ayat sepi sebuah monologku merentasi perjalanan menuju Rabbi :)

  © Template Lar Doce Lar por Emporium Digital Graphics Jenny's Grandchild and Irene's Corner

TOPO