07 April 2010
05 April 2010
Alhamdulillah, Kenangan Itu Indah!
Bismillahirrahmanirrahim.
Alhamdulillah.
Alhamdulillah.
Tak tahu nak ucap apa selain kalimah, 'Alhamdulillah'. Segala puji-pujian bagi Allah!
Pertama, seseorang yang ana sayangi dan amat kagumi memberikan 2 buah buku pada ana. Terharu. Jujur, sangat speechless memegang 2 judul buku tersebut, menyelak sedikit pada muka surat hadapan dan belakang, review buku seketika dan terlihat sekeping nota ditulis tangan. Subhanallah, ana menahan rasa. Terharu yang melampau sehingga hampir menitis air mata (kegembiraan). Tak tahu rupanya dari kejauhan ada dia yang mendoakan ana, insya Allah Insyirah sentiasa doakan ibu Insyirah yang seorang ni :) Insya Allah, I will do that (apa yang ditulis dalam surat tersebut).
Kedua, kenangan yang sangat indah. Allah saja yang tahu...
"Abi, bila orang takut mesti sakit perut."
Ya, ana nervous bila perlu berada sekali dengan lelaki (makhluk asing, haha - Women from Mars, Men from Venus).
"Ya Allah, nak takut apa? Buat biasa dah la, mesti ramai muslimat. Insya Allah, nanti ada la kawan dalam tu."
Cuba pujuk juga hati. Mesti ada muslimat lain, setelah memujuk rayu ukhti... Nampaknya banyak halangan untuk berada di sisiku (chewah!), rupanya Allah dah 'hidangkan' yang lebih baik. Insya Allah. Ana dapat ramai sahabat-sahabat baru, ana dapat kenalan dari pelbagai latar belakang dan pekerjaan.
"Awak umur berapa? Study lagi? Kerja ke?"
Tiba-tiba terasa, ana ni yang paling muda. Yuhuuuu! Dengan status 'paling muda' memberikan kredit terbesar untuk self-confident dan ana boleh sesuaikan diri dengan suasana yang dikelilingi oleh para senior (lebih tua dari ana). Bahkan ada seorang muslimat yang usianya 33 tahun, boleh mesra dengan ana. Alhamdulillah!
"Kalau pakai purdah, susah nak dekat dengan mad'u. Jangan ekstrim!"
Salah sangat ke memakai purdah? Benarkah purdah itu ekstrim? :)
Selalu ana ulang dan tidak jemu-jemu untuk mengulang.
"Purdah itu tidak salah, yang salah ialah orang yang memakai purdah."
Baru hari Jumaat yang lalu, ana berbicara dengan teman maya melalui YM (Yahoo Massenger) yang mana beliau telah memberikan kenyataan lebih kurang begini ayatnya.

"Kadang ustaz muka 'ketat' nak senyum dengan kaki lepak pun susah."
Ya, terkadang perasan bagus sebab belajar agama sehingga susah benar nak melemparkan senyuman. Bukankah senyum itu satu sedekah? Bukankah Rasulullah s.a.w. seorang yang sangat pemurah dengan senyuman. Kamu mahu berdakwah tetapi tidak mahu mengikut qudwah yang diberikan oleh Rasulullah, bagaimana kamu mahu menarik orang untuk mengenal Islam. Jangan jadi fitnah pada Islam kerana merasa kamu saja yang betul, orang lain semua salah. <-- Ingatan buat diri sendiri.
Dalam suasana majlis ilmu yang ana hadiri selama 1 hari setengah tersebut... Ana dapat ramai kenalan, dari Pahang dan Kelantan juga seseorang yang istimewa. Seorang muslimah yang baru memeluk Islam sekitar 5 bulan. Subhanallah. Awalnya beliau biasa-biasa saja (kebetulan duduk di sebelah kanan ana) tetapi akibat tidak faham apa yang dibentangkan oleh penceramah, ana faham banyak istilah baru yang ditemui dalam kelas tersebut. Mahu menerangkan, dalam majlis ilmu. Diam dahulu. Semasa waktu rehat, ana cuba bertanya dan terjadi perbualan dua hala (maksudnya ana tak bercakap sendirian).
Dari persoalan yang tidak faham dalam kelas, sehingga terjadi persoalan-persoalan yang terhimpun di benak ana.
"Apa yang membuatkan akak tertarik kepada Islam?"
"Alhamdulillah, melalui pergaulan. Akak ada banyak keluarga angkat, jadi melalui keluarga angkat (muslim) ini la akak melihat Islam."
"Alhamdulillah. Orang macam akak ni kan lebih kuat dari orang yang lahir dalam keluarga yang sedia Islam." Ana kenyitkan mata.
"Maksud adik, kuat tu macammana?"
"Maksud saya, jati diri seorang muslim."
"Depend pada kenapa kita peluk Islam juga dik. Ada yang hati betul-betul tekad, ada yang nak kahwin. Macam-macam sebab..."
Dialog-dialog masih banyak, tetapi tak sampai hati nak menaip sehingga habis. Ya, kami ke hulu dan hilir bersama. Seorang berpurdah, seorang memakai selendang. Tiada yang janggal, kami bergurau dan berkenalan. Tiba di tandas, ana menanggal purdah dan dia membeliakkan mata sambil ketawa.
Ingat sahabat-sahabatku yang seangkatan, usah terlalu kedekut untuk mempamerkan wajah sesama muslimah. Terkadang, ana pelik apabila ada niqabi yang tetap memakai niqab (purdah) walaupun suasananya perempuan (seperti dalam tandas/musolla).
Hari pertama selesai, keletihan yang teramat kerana beberapa urusan.
Hari kedua menjelang, ana duduk di sebelah muslimah lain. Iya, sambil menceduk ilmu dapat kawan baru. Bukankah ianya menyeronokkan?
Rehat sebelum Zohor, semasa orang lain makan ana terlebih dahulu mencari sahabat muslimah (saudara baru). Kami terus ke tandas, ana berwuduk dan menunggu azan. Terus jamak Zohor dan Asar kerana belakang sudah memberi signal, duduk berlama-lama juga 'penat' dan ana menghadapi kesukaran untuk rukuk apabila lama duduk atau banyak berjalan. Manja! ^_~ Maka, selepas selesai solat baru ana makan. Kami masih mengamalkan perbualan dua hala, ana mengorek cerita keislaman beliau. Menarik :)
Terkadang matanya kemerahan menahan gelora rasa, terkadang anak matanya bersinar-sinar. Sukar untuk diungkap dengan kata-kata, ana hanya memerhati dan mendengar dengan penuh semangat. Teruja untuk mendengar yang seterusnya, begitulah waktu rehat dimanfaatkan.
Semasa muslimin keluar menunaikan solat Asar, disebabkan sudah jamak solat... Ana hanya berjalan bagi 'merehatkan' tulang belakang. Entah berapa kali mengetuk tulang belakang semasa duduk dalam kelas, kaki juga diketuk-ketuk takut kaki 'tertidur' dan malas 'bangun' bila perlu berjalan. Kaki selalu jammed bila belakang memberi signal lampu kuning, sebelum jadi lampu merah elok lah dipaksa berjalan-jalan. Hihi, manja kaki ni.
Selesai bersiar-siar, minum petang dengan sahabat-sahabat yang baru. Taaruf dan bercerita, susuli dengan gelak ketawa. Menarik bukan? Ana menarik purdah tanpa ragu-ragu kerana yakin muslimin keluar solat Asar. Beberapa muslimah yang uzur syari'e tiba-tiba tepuk tangan.
"Yeyyyy!"
Terlopong sekejap.
"Dah tengok muka dia..."
La, ingatkan apa la tadi. Dan mereka bercerita sambil ana mendengar tiba-tiba seorang ukhti bertanya (soalan yang sangat kerap ditanya, hihihi), ana jawab. Lalu, terbuka satu kisah... Allah, kecilnya dunia ni. ^_^
Lalu, terjadi sesi interview mereka terhadap ana.
Kamu bisa peroleh RAMAI kawan bukan kerana mahu menjadi aneh tetapi mahu lebih meluaskan skop dakwah, jangan rigid jangan statik.
"Akak dah tahu dah... Dah tahu dah..."
"Tahu apa kak?" Mereka sangat gemar mengusik ana.
"Bila kamu senyum, mata kamu kecil. Jadi, bila mata kamu kecil maksudnya kamu tengah senyum."
Setiap kali memandang ana, dia senyum dan ana senyum walau dia tak nampak ana tersenyum.
"Senyum la tu."
Allah!
Insyirah Soleha
9.19 pagi Read more...
02 April 2010
Cracked Pot
Bismillahirrahmanirrahim.
Seorang wanita tua cina mempunyai dua bekas pasu air. Ia digantung di setiap penjuru galah yang dibawanya. Salah satu pasu tersebut telah retak sediit sementara pasu yang lagi satu masih elok dan selalu dapat mengisi air dengan penuh.
Pada akhir perjalanan yang jauh dari sungai ke rumahnya, pasu yang retak tersebut hanya dapat sampai dengan separuh penuh air sahaja. Keadaan ini berlaku selama 2 tahun. Wanita tua itu hanya dapat membawa satu setengah pasu air sahaja.
Semestinya pasu yang sempurna tersebut sangat berbangga dengan pencapaiannya. Di sebaliknya, pasu yang retak itu sangat malu dengan ketidaksempurnaannya, dan ia merasa sedih kerana ia hanya mampu membawa separuh air sahaja dari yang sepatutnya.
Setelah 2 tahun berlalu dengan kepahitan dan kegagalan. Pasu retak itu berbual dengan wanita tua itu di tepi sungai.
"Aku rasa sangat malu dengan diriku kerana diriku yang retak ini menyebabkan air tertumpah di sepanjang perjalanan ke rumahmu."
Wanita itu itu tersenyum.
"Sedarkah kamu akan bunga-bunga di bahagian laluan kamu tetapi tidak di pasu yang lagi satu? Itu kerana aku selalu menyedari akan kekurangan dirimu. Oleh itu, aku telah menyemai benih-benih bunga di bahagian laluan kamu. Setiap hari apabila kita pulang dari sungai, tanpa kamu sedari, kamu telah menyiram benih-benih bunga itu. Selama 2 tahun aku berpeluang untuk memetik bunga-bunga yang cantik ini untuk menghiasi meja. Sekiranya kamu tidak menjadi diri kamu sendiri, mungkin tiada keindahan sebegini di rumah ini."
Setiap dari kita mempunyai kekurangan yang tersendiri tetapi keretakan dan kekurangan kita itulah yang menjadikan perkongsian hidup kita sangat menarik dan bermanfaat! Kita harus menerima setiap manusia seadanya dan melihat KEBAIKAN di dalam diri mereka. Moga hari kalian ceria dan ingatlah untuk mencium bau bunga-bungaan di laluan anda :)
<><><><><><><><><>
Tidak pasti dari mana sumber asli kisah ini. Ia dihantar oleh abi selepas ana menulis entri 10 Tahun : Latihan Iman. Syukran pada sahabat yang mengingatkan ana :)
Salam keceriaan hari Jumaat. Moga peroleh rahmat dan barakah. Insya Allah.
Insyirah Soleha.
10 am
01 April 2010
Koleksi Award
Bismillahirrahmanirrahim.
Maaf. Setelah memeram sehingga menjadi pekasam dengan jayanya, akhirnya baru sempat kutip kesemua award. (Pura-pura busy je ni, sila jangan anggap ana sibuk sangat)
Award ini dihadiahkan oleh :
Cik Mia ~ Seorang kakak yang sebenarnya tabah walaupun touching je bila baca tulisan-tulisan beliau. Chayok! Chayok! Hidup mesti selalu bersemangat walau jatuh tergolek, tergelincir tersembam hingga terjelupuk ke lantai hidup tetapi keyakinan kepada Rabb mesti diperhebatkan kerana hanya Dia saja yang boleh memujuk kita, kan kan kan? :) Harus kita sedar, kita ni anugerah Allah! Cecece... Ni tahap perasan melampau batas ni :p
Akhi Naimul Firdaus ~ Syukran akhi atas award ni. Apa kata untuk kali yang akan datang, hadiahkan sekeping tiked untuk ana... Contohnya tiked ke Jepun, kalau murah hati sediakan penginapan dan all-in dalam tajaan ye. (Serius, ana bergurau ni!)
Ukhti Jihad ~ Heee... Mekasih atas award ni ye ukhti, lain kali ukhti bagi buku pula yer. Hadiahkan ana satu set buku kegemaran ana, haa... tajuknya dirahsiakan, nanti menimbulkan kontroversi jadi kita sembang di belakang-belakang je ye. Huhuhu, sila kumpul duit dari sekarang! :p
Ukhti Atiqah ~ Heee... Untuk madu ana nih, agaknya nak minta apa yerk?! Eh, perlu ke meminta-minta secara terbuka dengan madu sendiri. Molek rasanya kita sembang berdua jer, ahaks! Yang pastinya sudah ada permintaan 'melampau' sehingga madu ana ni terkilan. Tak payah la nak banjirkan purdah dengan air mata, keceriaan dan kegembiraan harus mewarnai hati supaya hati tidak terus sakit. Wallahi! Tidak sekali-kali permintaan itu untuk membasahkan purdahmu semata-mata tetapi ingin mengajak untuk bersama mengambil sedikit gembira dari hati ini. Mungkin, nanti... purdah ku sendiri yang boleh diperah dek air mata. Hahaha... What ever! Jazakillah khairan katsira. ^_^
Syauqah Nur ~ Hee... Beliau juga dengan murah hati memberi award kepada ana. Ukhti, nanti hadiahkan ana sepasang jubah pula yer! Kalau boleh biar warna yang gelap-gelap sikit. Sebab ana pun tak secerah rembulan yang bersinar terang yang memancarkan cahayanya yang indah walaupun hakikatnya bulan itu berkawah-kawah. Jubah tu nanti lagi best kalau ukhti yang jahitkan... Demanding nih! ^_~
Bidadari Besi ~ Heee... Beliau dengan murah hati memberi award kepada ana. Eh, next time jangan bagi award lagi yer kerana ana tak tahu nak buat apa dengan award ni. Nanti bagi ana kek coklat ke, aiskrim perisa strawberry ke, coklat bar yang sebesar lengan ana yang boleh dibeli di duty free di airport yerk (tempat lain mahal melampau). Ihik ihik ihik ^_~
Kalau benar mahu memberi,
Sila zahirkan dengan realiti,
Kerana ana setia menanti :D
Sangat comel kan? Posing maut pula... Haih, tergugat iman ana melihatnya! Rasanya kalau baring sebelah teddy ni, ana pun akan kelihatan sangat comel sebab teddy ni lagi besar dari ana. So, kesimpulannya ana ni comel je la. Kuikuikui ^_~

