"Ya Allah, jadikanlah hamba Mu ini mencintai orang beriman dan jadikanlah orang yang beriman mencintaiku."

(HR Muslim)
Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Third Birthday tickers

10 August 2009

Mujahadah Hati

Bismillahirrahmanirrahim.

Hamdalah, selesai sudah pengembaraan kami (sampai ada yang dapat migrain dan jalan terbongkok-bongkok juga la, pastinya ada 6 orang yang 'pengsan' di dalam bas dan 3 orang 'pengsan'di rumah) yang sememangnya SANGAT menghiburkan dan menyeronokkan. An adventure holiday! Syukur pada Allah yang memberikan nikmat kepada kami. Insya Allah, laporan percutian akan di catat bila rasa rajin (laporan penuh yang sangat panjang dan mengujakan) :D

Sedang ana menemani sahabat-sahabat membeli cenderahati, ana seluk poket dan mencapai talifon. Mujur juga dipasang vibrate, kalau tidak memang ana melupakan hp. Hihihi. Rupanya mesej datang dari ukhti Alwani, tetapi apabila membuka inbox berkerut juga dahi ana dibuatnya dengan mesej yang dihantar kepada ana. Lama juga ana berfikir apa yang perlu dijawab.

"... Kawan kak Wani tanya macammana nak hilangkan perasaan tertarik pada lelaki. Kak Wani pula jadi takut bila kawan kak Wani cakap macam tu...."

(lebih kurang begini la mesejnya - malas nak buka hp)

Allahuakbar. Siapa la ana nak menjawab soalan ini. Tetapi, ana tak sampai hati membiarkan mesej tidak berbalas sedangkan ukhti Wani sangat baik pada ana, dah 3 buku yang diberikan kepada ana dan kesemuanya memang BEST sangat. Ayyuhal Walad tu yang paling buat ana terharu. Uwaaaaa... Dalam keadaan serba salah nak jawab apa dan serba salah mencari jawapan, ana teringat kata-kata ustaz di sekolah dulu.

"Andai kamu tidak mampu berdakwah dengan lisan (bercakap), maka berdakwahlah dengan tulisan, andai kamu tidak mampu juga maka berdakwah lah dengan perbuatan (akhlaq). Jangan sampai kerana diri kamu, orang lain memburukkan Islam."


Maka, ana menyusun ayat yang jawapannya memang tak berkualiti. Faktor utamanya ana tergamam dengan mesej tu, hihihi. Tengah duk merewang (sesuai ke perkataan ni) dapat pula soalan yang memerlukan kekuatan emosi nak menjawab.

Beberapa kali berbalas mesej dengan ukhti Alwani, ana membuat kesimpulan sendiri.

Memang kalau kita cari dalam sesawang internet sama ada seorang yang islamik atau sebaliknya, da'ei ataupun tidak... Sudah terlalu banyak bicara soal cinta, sama ada cinta 'islamik', cinta selepas kahwin, cinta monyet dan macam-macam istilah cinta. Ana tidak pula berhasrat untuk menulis tentang cinta kerana ana bukanlah seorang yang berjiwa sentimental tetapi bukanlah sampai tahap terlalu kekirian sampai tak boleh terima langsung hakikat cinta. Biarlah istilah apa pun yang orang nak berikan, bila bicara soal HATI ni memang selalunya orang mengharapkan pengakhiran yang baik. Umpamanya kisah dongeng la kisah mereka ni. What ever. Yang kecundang dan merana juga tak ketinggalan hingga melayan rajuk hati sampai menyakit dan mengecilkan hati orang disekeliling.

Itulah kuasa HATI.

"Solat taubat dan solat hajat banyak-banyak minta Allah gantikan hati yang lebih baik."

Kata-kata yang selalu diucapkan oleh seorang ukhti. Bersyukur kerana mempunyai sokongan dari belakang. Ana teringat pesan dari Kak Long;

"Kalau kamu gunakan apa yang kamu 'ada' sebagai ilmu, insya Allah kamu akan seronok membantu orang lain sampai orang tu pun boleh jatuh sayang pada kamu. Tetapi, kalau kami menggunakan apa yang kamu 'ada' sebagai emosi, susah kamu nanti."

Ana faham maksud kak Long. Letakkan emosi di sisi dan utamakan ilmu sebagai satu wasilah untuk menggerakkan hati menjadi lebih lunak dengan cinta Allah. Sedangkan ilmu ana seciput saja.

"Kalau kita mengutamakan malu kita pada Allah melebihi malu kita sesama manusia, insya Allah kita akan mujahadah mendapatkan cinta Allah. Melukut di bawah rahmat Allah mengharapkan maghfirah dari Allah."


Sabarlah duhai hati, mujahadah dan terus melangkah walau sering tersasar. Bangkit dan terus melangkah! Mujahadahlah wahai hati...!

Read more...

07 August 2009

Layan TAG

Bismillahirrahmanirrahim.

Hik hik, dapat 2 TAG yang sama dari 2 orang ukhti. Harini memang hajat nak jawab TAG dari ukhti Muslimahati pun tetapi rupanya di TAG pula oleh ukhti Atiqah dengan soalan yang hampir sama (tapi macam sama jer pun, hihi). Ayuh, ayuh... Layan TAG pagi ni sambil melayan lagu Aisyah Humairah. Check it outtttt... (^_~)


1) nama timangan anda

Syira, Cik Syirah, Budak Comot (haa, yang ni hanya cikgu shidee, cik mie sepet, babah dengan achik teddy je leyh panggil camni. Selain dari itu, TIDAK DIBENARKAN!), Insyirah, Makcik Garang (sejak bile tah ana jadik makcik dia, tak ngaku anak buah pun)

2) anda seorang yg?

Suka menangis, suka membaca pastu gatal jari nak menaip pula.

3) insan yg teristimewa?

Ummi dan abi, keluarga dan sahabat-sahabat (^_~)
Tak lupa pada Uwaisku sayang... ngeeeeee!

4) lagu kesukaan?

Lagu Wonderpets (hihi, aci lah tu kan...), ikut juga la mood kadang-kadang terasa nak dengar nasyid, dengar je. Nak dengar lagu omputeh, dengar juga (sambil wat senaman, kui3). Nak dengar lagu hindustan, dengar je (sambil geleng-geleng wat senaman tengkuk). Nak dengar lagu cina, haih... Bila pulak ana dengar lagu cina nih. Tapi paling besh bila rindu Mekah dan Madinah, selain melayan Muratal Quran ana melayan lagu-lagu arab dan favourite ana adalah lagu Muhammad Nabina, layan habissss sebab masa di Mekah setiap kali lepas balik dari Masjidil Haram pasti lagu tu dipasang di kedai-kedai sekitar Masjidil Haram. Hehehe.

ps: Kak Tiqah, al-Quran tu kategori lagu ker? Reserve la yek kak sebab adik rasa ianya bukan lagu tetapi penawar kalbu. Wallahua'lam.

5) makanan kesukaan anda?

Satey kot... hihihihi. Sesiapa yang ada susuk sila jangan makan satey dengan ana sebab nanti ana makin gigit jer, haaa... pastu yang bersusuk lak mesti tak mo makan camtu kan. Gaya ala-ala sopan jer padahal takut susuknya tanggal, lalalala... (ana ngata sapa ni, aih syirah ni pagi jumaat dah ngata orang. Istighfar2) Astaghfirullah hal azhim.

6) sikap yg membuatkan anda stress?

Orang yang mulutnya main ikut sedap je nak cakap apa, pastu paksa-paksa bila ana tak larat. Ha, yang ni memang stress sangat.

7) warna kegemaran anda?

Pink, purple, green and white (wah, tengok blog pun dah tau kan)

8) benda yg mesti ade dalam beg?

UBAT! Keh keh keh. Kadang-kadang kalau orang nak cari barang dalam handbag ana akan stress sebab penuh dengan ubat, cakap je nak ubat apa. Painkiller semua ada, paingiler je yang tak da. IC, kad ATM, kad takaful, niqob spare... ngeh3

9) kali terakhir anda menangis?

Baru je sekejap tadi... Lalalala...

10) tag untuk 6 rakan anda?

Ukhti Amiera
Ukhti Syifa'
Ukhti Nadia (sebab rindu dengan dia dah lama tak usik)
Ukhti Alwani (sebab nak buli akak sorang ni, hehe)
Ukhti Indah (sebab dia dah aktifkan diri di Al-Insyirah, hihi)
Akhi Azizul (sebab dia dah lama tak update blog, huhu)

Read more...

06 August 2009

I'm NOT Happy.

Bismillahirrahmanirrahim...

Hamdalah, harini dah 15 Syaaban. Insya Allah tak lama lagi Ramadhan memancarkan sinarnya, Ramadhan yang dirindui... Kalau tahun-tahun lalu, Rejab dan Syaaban adalah bulan yang agak kritikal bagi ana untuk melatih diri untuk bersabar dan sentiasa husnudzon kerana pada 2 bulan inilah fizikal ana teruji dengan hebat. Tarbiyyah sebelum menjelang Ramadhan, hebatkan Allah... Setiap dari aturannya pasti ada sebab, oleh itu pandanglah ujian dengan sudut tarbiyyah bukannya dengan keluh kesah. Insya Allah, perit itu selalu mengajar kemanisan dalam hidup.

Setelah selesai major theraphy tulang belakang, ana separuh gila disebabkan gembira apabila mendengar kalam dari bonda tersayang yang beliau akan mengizinkan ana sambung belajar. Maka, usaha pertama ana ialah survey kolej yang ana harapkan dapat membina sahsiah ana. Ana juga mengharapkan subjek yang ana pilih mampu untuk dimanfaatkan pada ummah dengan kemampuan ana yang terhad, masih berfikir-fikir sama ada mahu memilih bidang psikologi, pendidikan awal kanak-kanak (nak jadi cikgu tadika sebab tak puas main lagi, huhu) ataupun bidang pendidikan yang lain (TESL pun boleh juga, jadi Teacher Syirah :P).

Tetapi semalam masa bersembang dengan seorang sahabat, kolej yang menawarkan bidang psikologi bukanlah biah solehah. Manakala bidang pendidikan awal kanak-kanak ni ada di OUM (Open University Malaysia) dan ana boleh melakukannya dengan Pendidikan Jarak Jauh (conference dsb) ataupun memilih Business di UiTM sebagai out campus dimana setiap hujung minggu ana perlu ke kampus manakala hari-hari biasa ana masih 'bergelanggang' di rumah. Ana juga ada pilihan Human Resourse Management kalau ana mengharapkan biah solehah, maka KUIS adalah pilihan yang tepat. Insya Allah.

Dalam ana memeningkan kepala yang masih pening, sahabat dengan baik hatinya memberi cadangan untuk memilih matrikulasi Al-Azhar dan seterusnya terus ke kuliah Al-Azhar. Ana tepuk dahi, lama sungguh ana 'beruzlah' di dalam rumah dan apabila berhasrat untuk sambung belajar mahu terus merentasi laut mediterranian? Terus tercampak ke Benua Afrika? Terus menyusur Perlembahan Nil untuk meneguk wadi-wadi ilmu dari para ulama', subhanallah dalam diam ana 'terpaku' dengan cadangan tersebut. Ada 'pertaruhan' yang perlu dilakukan andai itu pilihan ana!

Ni baru bab sambung belajar.

Semalam, seharian ana rasa serba tak kena dan rasa macam tak selesa. Perasaan tidak enak di dalam hati yang berpunca dari hati, waaaaa tak suka tak suka! Setelah seharian 'melarikan' diri dari perasaan tidak enak tersebut pada waktu senja kemuncaknya ana macam nak menangis depan ummi apabila ummi pulang ke rumah bersama pembantu rumah (maid) yang baru. Ana maklum, maid yang baru akan datang 2 hari lalu yang mana maid telah tiba di Malaysia dan nanti agen akan hantar pada kawan ummi (agen juga).

Ana sekadar meraikan kehadirannya dengan berusaha memaniskan muka dan menyusun bicara. Pertama kali melihatnya, terdetik dalam hati; "Takut-takut dia lebih tak larat dari ana." She looks old. Uwaaaaaa...!!! Ini masalah kalau mengambil pembantu rumah Indonesia, mereka selalu menipu umur. Bayangkanlah orang yang sama, tetapi dokumen yang lain. Satu dokumen umurnya 39 tahun dan dokumen satu lagi 32 tahun sedangkan kedua-dua dokumen diisi pada TAHUN YANG SAMA. Abi tengok ana, abi senyum je.

"What do you think? How old is she?"

"Maybe 45 years..." Ana menjegilkan mata.

"I think she around 50 years, she told ummi that she already have a grandchildren!"

Lagi la ana tepuk dahi, ya Allah... Husnudzon saja, mungkin mereka bernikah di awal usia jadinya muda lagi dah ada anak dan anak yang muda pun dah kawin maka dapatlah cucu. Ana cuba untuk memujuk hati, sabar Syirah... Sabar... Puasa, puasa...

Setelah 1 tahun 3 bulan tidak mempunyai pembantu rumah, ana sangat tidak seronok apabila kembali mempunyai pembantu rumah. Ana tahu, masa ummi apply untuk ambil pembantu rumah pun masa ana tengah sakit teruk. Tak boleh berjalan, tak boleh melakukan kerja rumah yang berat-berat. Masa tu rumah tak terurus, ana selalu dimarahi adik-adik, dan macam-macam cabaran tetapi kini ana beransur pulih... keadaan rumah juga sudah tenang dan tenteram.

Apabila kehadirannya seakan 'tidak kena' pada hati ana, ana rasa nak menangis sangat-sangat! Dari awal lagi apabila ummi mengusulkan untuk ambil pembantu rumah, ana menolak dan usaha untuk membuktikan pada ummi yang ana tak mahu pembantu rumah, ana berusaha keras tetap melakukan kerja-kerja rumah seperti biasa walaupun ana bertongkat kecuali pada saat-saat yang ana langsung tak mampu mengangkat badan dari pembaringan. Ana mengalah...

Ya Allah,
Moga kecelaruan hati ini dapat diatasi dan ana boleh menerima kehadirannya.

Dah 2 hari Fadilah demam, sekejap teruk dan sekejap OK. 2 malam lepas, ana langsung tak boleh tidur gara-gara sepanjang malam Fadilah mengerang. Dan malam semalam, ummi take over menemani Fadilah. Pagi tadi ummi cakap sepanjang malam Fadilah mengerang dan menggeletar je badannya. Menambahkan lagi rawan di hati... *_*

NAK NANGISSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSS!

Setiap dari aturannya pasti ada sebab, oleh itu pandanglah ujian dengan sudut tarbiyyah bukannya dengan keluh kesah. Insya Allah, perit itu selalu mengajar kemanisan dalam hidup.

Read more...

05 August 2009

Muhasabah Diri

Bismillahirrahmanirrahim.

"Syirah ni pakai cincin nanti orang ingat dah bertunang. Ish, tak takut ke nanti tak laku?"

Ana tergelak kecil, geti hati sungguh bagai digeletek oleh Uwais (Sanah Helwa ya Habibi. Happy 3rd Uwais+Durrah) apabila 'diuji' soalan sebegini. Macam barang dagangan pula terletak pada nilai 'laku' atau 'tak laku' seorang perempuan itu. Pernah juga ana argue dengan ummi soal 'nilai' ni suatu ketika dulu. Mungkin dasarnya sekadar gurauan senda anak-beranak tetapi ana tidak selesa perkara 'nilai' menjadi bahan bicaranya.

"Sebaik-baik mahar adalah yang paling rendah."

Kadang-kadang mengelak dari menjawab 'soalan maut' adalah lebih mudah dari berbicara mengenainya. Mungkin entri ini agak 'keras' kerana emosi juga sedang meledak, tak marah tapi ada la sedikit peristiwa yang buat ana jadi geram. Geram tengok muka bulat Uwais sambil buat 'peace' agaknya, wallahua'lam.

Kenapa seseorang perempuan terlalu takut apabila dirinya masih belum disunting jejaka idaman? Kenapa seseorang perempuan terlalu ghairah mencari pasangan sedangkan dirinya masih tidak berhasrat untuk bernikah tetapi sekadar berkenal-kenalan menyesuaikan diri dengan lelaki? Dimana letaknya al-haya' yang perlu dipelihara? Aduh... Sukarnya bicara kerana ana sendiri selalu dibelenggu masalah ini. Usik-usik dari abang-abang, pakcik dan makcik selalunya tidak 'mengusik' hati ana tetapi ucapan-ucapan 'gentleman' dari orang di sana tu mengecutkan seluruh saraf.

"Kak, susahkan jadi perempuan."

Suatu saat apabila diri diserang kehibaan yang meluap-luap. Satu per satu mesej dari akhawat di baca, diulang dan hampir dihafaz semuanya.

Satu bicara tulus dari seorang ukhti yang amat ana kasihi.

"Adik kejam bagi mereka yang tak dapat terima bahawa adik bukanlah jodoh mereka. Kejam bagi mereka yang rasa tak boleh terima hakikat bahawa Allah ada aturan terbaik untuk setiap dari kita. Redha, berlapang dada dan berusahalah untuk menjernihkan hati."

Iya, hati. Pokok pangkalnya ialah hati. Kalau tak nak, tak nak la. Susah apa kan.

Itu jawapan bagi mereka yang tak melalui. Ana cukup menghafaz kalam dari seorang naqibah.

"Tolak dengan cara terbaik, hati manusia ni kena jaga kalau hati ayam tak apa goreng pun sedap. Bila kita sewenang-wenangnya melukakan hati manusia, tidak mustahil kelak orang lain yang akan lukakan hati kita." Tersirap darah, na'uzubillah.

Kadang-kadang ada wanita yang sudah cukup bersedia melangkah ke marhalah rumahtangga tetapi belum masanya dia disunting, ada ketika mendengar muslimah yang tidak lagi berhasrat menuju ke marhalah rumahtangga tetapi selalu mendapat risikan. Anggaplah iyanya sebagai satu ujian Allah kepada hati kita. Apa yang penting, HATI... Pelihara sebaiknya. Serahkan pergantungan pada Allah.

"Cantik tak cincin ni...?"

Memang cantik pun, padan dengan harganya. Itulah dialog ana dan abang.

Eh, ummi dah nak dapat menantu... Tahan saja ketawa bila anak sedara Kak Ku panggil ummi "tok mummy" dan abi pula "tok daddy". Nakal kami adik-beradik mengenakan ummi dan abi sebegitu. Keh keh keh....

Ya Allah,
Jauhkan kami dari fitnah ar-rijal.
Jauhkan kami dari menjadi fitnah ke atas mujahideen Mu.
Kurniakan kepada kami hati yang sentiasa rindu kepada Mu.
Dan jadikan kami hamba yang sentiasa insaf.

Ya Allah,
Jangan pesongkan hati kami setelah diberikan hidayah.

Allahummaj'alni hubbak wa hubba man ahabbak, waj'al hubbaka ahabba ilayya minal maail baridi. Ameen.

SANAH HELWA ya HABIBI JAMEEL...
Uwais Qarni Imtiaz
Nur Durrani Imtiaz

Moga membesar sebagai mujahid/mujahidah agama. Insya Allah.

Read more...

aSkiNg sOuL

Feeling alone?
Innallahha ma’ana

Saw evil act?
Inni akhafullah

Wishing something?
Fa’iza ’azamta fatawakkal’alallah

Missing somebody?
Ma fi qalbi ghairullah.

... syukran ...

Free Hit Counter Syukran 'ala ziarah ^_~

Silent Home

Silent Home
Bila emosi mengunci hati, lalu lahirlah ayat-ayat sepi sebuah monologku merentasi perjalanan menuju Rabbi :)

  © Template Lar Doce Lar por Emporium Digital Graphics Jenny's Grandchild and Irene's Corner

TOPO