"Ya Allah, jadikanlah hamba Mu ini mencintai orang beriman dan jadikanlah orang yang beriman mencintaiku."

(HR Muslim)
Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Third Birthday tickers

08 March 2011

Dari Pena Kecilku

Bismillahirrahmanirrahim.

Ana mendapat ilham setelah seorang sahabat membuat permintaan, maka... Ana selak kembali lembaran-lembaran yang lalu untuk dikongsikan di sini. Moga bermanfaat kepada sesiapa yang sudi. Teringat akan kata-kata seorang yang tak pernah ana ketemu tetapi sekadar mendengar cerita tentang dia menerusi seorang ukhti sebagai pengantara, kata-kata yang sungguh membuat hati ini berfikir-fikir apabila bermala-malasan.


Dakwah itu sentiasa harus berjalan, andai kemampuanmu hanya pada penulisan jangan berhenti menulis, sehingga saat rohmu bercerai dari jasad, menulislah dengan hatimu. Kalau harimau mati meninggalkan belang biar manusia mati meninggalkan peringatan. Dan andai peringatan itu melalui tulisan, tulislah apa yang kau rasa. Semoga manusia sentiasa saling ingat mengingati dengannya ~ Ukhti Izyan


Sekadar perkongsian status-status di dalam facebook yang pernah dicatatkan. Sekadar satu renungan peribadi buat ana. Daripada meletakkan status yang 'kosong' lebih baik berkongsi sesuatu yang berisi, kalau ia sesuatu yang dimanfaatkan oleh orang lain maka ia tidak menjadi sesuatu yang sia-sia. Insya Allah.

[1]

Kekuatan itu bukan pada gagahnya sebatang tubuh manusia, kelemahan manusia juga bukan pada kekurangan pada jasadnya tetapi hebatnya seorang manusia itu adalah kerana punya hati yang mempunyai ikatan kuat dengan Allah. Yang menjadikan manusia kuat dan rapuh hanyalah pada sekeping hati, yang mencacatkan dan memuliakan akhlaq seorang manusia juga berpunca dari hati. Maka, haruslah sentiasa berhati-hati menjaga hati supaya hati tidak mati dan akhirnya mengalah dengan duri-duri yang melekat di kaki dalam kembara menuju Rabbi.

[2]

Tak ada manusia yang kuat dengan ujian, tetapi bila ditarbiyyah dengan ujian dan kita bersabar menghadapinya, menyerahkan pergantungan kepada Allah dan menggantung harapan kepada Allah insya Allah kita akan menjadi kuat dengan tarbiyyah Allah.


[3]

Manusia memerlukan nafsu tetapi perlulah dikawal dengan iman dan taqwa kepada Allah. Andai manusia tiada nafsu, maka tidaklah kita ghairah untuk beribadah meraih redha Allah. Andai manusia tiada nafsu, maka tiadalah keinginan untuk kita menegakkan kalimah Allah di muka bumi. Pupuklah nafsu dengan ilmu dan amalan yang sohih agar nafsu tunduk kepada iman bukan hati tunduk kepada nafsu.


[4]

Jika ingin baiki dunia, kita perlu baiki manusia. Untuk membaiki manusia, kita perlu membaiki hatinya. Bagi membaiki hati, kita mesti bermula dengan S.O.L.A.T, ya bunayya aqimis solah...!

[5]

Wanita yang baik akan menjaga kehormatan untuk orang yang disayangi bukan memberi kehormatan pada orang yang disayangi itu sebelum diijabkabul dan lelaki yang baik akan menjaga kehormatan orang yang disayangi bukan meragut kehormatan orang yang disayangi itu sebelum diijabkabul.


[6]

Love someone is about sacrifice without a goal. It is about loyalty without gruelling, as far as we could create a joy in relationship. It is not just we happy together, but also could had the best moment without miserable :)

[7]

"Wahai, kaum muslimin! Lawan dan musuhmu berani menyerang dan menjajah kamu hanyalah kerana Allah meninggalkan kamu. Janganlah kamu mengira bahawa musuhmu telah meraih kemenangan atas kamu tetapi sesungguhnya Allah Yang Maha Pelindung dan Maha Penolong telah berpaling dari kamu. Demi Allah, musuh-musuhmu bukannya kuat, tetapi umat Islam yang lemah." (As-Syahid Hasan al-Banna)


[8]

Sesuatu kepahitan itu jangan terus diluahkan kerana setiap kepahitan itu bukan semuanya merosakkan bahkan ia menjadi penawar. Sesuatu kemanisan itu jangan terus ditelan kerana bukan semua kemanisan itu kenikmatan tetapi akan menjadi racun yang membunuh.


[9]

Sesungguhnya tawakkal itu adalah satu 'magic' yang sangat hebat apabila kamu menyerahkan sepenuh pergantungan dan kepercayaan kepada Allah.


[10]

Carilah hikmah dalam setiap ketentuan TUHAN, supaya timbul KESABARAN dan KESYUKURAN, setiap yang payah pasti ada KESENANGAN, setiap kesabaran pasti ada GANJARAN. Jika sesuatu itu ditakdirkan untuk kita, tiada siapa yang boleh memberi HALANGAN. Namun, jika ia ditakdirkan bukan untuk kita pasti takkan dimiliki walaupun sudah berada dalam GENGGAMAN.


[11]

Hanya manusia yang sukakan Allah akan menyukai manusia lain yang juga sukakan Allah. Cinta yang satu akan menyatukan manusia. Cintailah Allah seikhlas hatimu, insya Allah pasti akan bertemu dengan insan yang juga menyintai Nya. Sentiasalah betulkan niat kita dalam berbuat apa jua perkara. Jangan mudah lupa dan lalai dengan permainan hati dan perasaan :)


[12]

Apa yang ALLAH berikan, kita rasa ia milik kita tapi hakikatnya semuanya milik DIA. Pinjaman yang DIA berikan supaya kita menjadi manusia yang bersyukur tetapi selalu pula kita kufur, merasa ia adalah milik kita sedangkan kita tak punya apa-apa. Hati kita ALLAH ciptakan hanya satu tetapi kita penuhi dengan pelbagai perkara lalu lupa kepada DIA yang menciptakan segala. Astaghfirullah hal azhim.


* mahu terus memberi dan memberi sebelum Dia menarik nyawa kembali ke pangkuan Nya, biizinillah.


"Namun dalam penulisan perlu disertakan dengan ilmu. Perlu ada parameter, jangan menulis seikut rasa, semahu suka." - Zauji


Kaktus yang cantik, indah namun keindahannya tidak dibiarkan dipergunakan oleh makhluk lain lalu duri yang memagari keindahannya akan selalu mengawal keindahan tersebut. Betapa setiap ciptaan Allah pasti ada 'ibrah andai kita melihat dan berfikir... Seorang manusia yang indah luarannya, haruslah mempunyai akhlaq yang juga indah agar keindahan luarannya tidak menjelikkan manusia lain memandangnya. Kerana akhlaq adalah keindahan yang paling menawan di dunia... :)

p/s: Ana sudah membuang muzik latar di dalam blog, apabila diri sendiri yang 'off sound' semasa publish entry maka lebih baik dibuang. Mungkin 'budak dalam ni' tak suka dengar muzik, makanya umminya sekarang rimas mendengar muzik. ^__^

Pena kecilku,
Insyirah Soleha

Read more...

07 March 2011

Indal Fajri Kuntu Usolli

Bismillahirrahmanirrahim.

Nak salahkan diri sendiri, akhir-akhir ini sangat malas menulis dan ana kemaruk untuk memasak. Semalam, selepas siap masak untuk tengah hari ajak ummi buat bengkang roti tapi ummi tengok ana terus ummi cakap lain kali. Ish, tengah semangat nak masak ummi cakap lain kali je, ummi minta ibu saudara buatkan bengkang roti hari Khamis ni untuk ana, mungkin ummi dah perasan akan tabiat ana sejak akhir-akhir ini kemaruk memasak kemudian tak makan. Entah, bila dah siap masak tak rasa nak makan walaupun sebelum tu bersemangat nak makan.

Maka, apa yang dimasak sengaja dikongsikan di dalam facebook kepada zauji yang nun jauh di mata. Fikir-fikir, 'jahat' juga perbuatan tu tapi bila fikir-fikir lagi seronok buat ramai orang terliur sebab diri sendiri dah tak terliur dengan apa yang dilihat. Haish... Sangat 'tak senonoh'.

Sejak akhir-akhir ni sangat gemar mendengar lagu Indal Fajri Kuntu Usolli (Di Waktu Subuh Saya Sering Bersolat) mungkin kerana lagunya yang begitu ceria ataupun kerana ia nyanyian kanak-kanak, dan yang pastinya kerana zauji selalu menyanyi lagu tu pada ana. Setiap kali menyanyi, mesti ada aksi yang mencuit hati. Maka, selalu pula mendengar dalam youtube! Tambah pula video yang ada dalam youtube sangat sweet dengan kanak-kanak yang comel :)

"Kak, setiap kali dengar lagu ni mesti teringat pada akak dan khalifah-khalifah kecil."

Ana letakkan sekali video lagu pada ukhti dan mengharapkan supaya ukhti boleh ajar khalifah-khalifah kecil menyanyi lagu tersebut. Hehehe... Kanak-kanak suka menyanyi dan paling suka saat belajar mereka boleh menyanyi.



Implikasi dari 'addict' pada lagu kanak-kanak ni, seolah menjadi satu hiburan pula buat ana. Mana tidaknya, tidur lewat pun sebelum subuh 'kanak-kanak dalam ni' dah gerak umminya suruh bangun bersiap untuk solat subuh. Masya Allah, banyak nikmat sepanjang proses kehamilan ini. Sebelum menempuhi fasa kehamilan, hanya mendengar dan membaca catatan orang lain tetapi bila Allah beri kesempatan tersebut ternyata ia tidak mampu dicoret dengan bahasa.

Dari dulu, sebelum berkahwin. Secara khususnya sejak dari sekolah menengah, sejak mengenal usia baligh sudah impikan mahu anak-anak yang cintakan Quran, menjadi huffaz Quran. Maka, salah satu usaha tersebut Allah 'permudahkan' dengan menghadiahkan seorang suami yang hafiz Quran maka keistimewaannya bila tak boleh nak lelapkan masa (awal peringkat kehamilan dulu susah untuk tidur malam) maka zauj akan membaca kalam-kalam Allah sehingga ana tidur atau zauj tertidur.

Permulaan untuk membina anak-anak yang huffaz pastilah bermula dengan tarbiyyah ibubapa. Maka, sedari awal diusahakan untuk mengajar diri agar konsisten dengan al-Quran. Kadang-kadang tersekat di tengah kota maka kami hiburkan diri dengan alunan al-Quran sebagai 'radio' yang menyenangkan.

"Rasulullah sentiasa memberi keistimewaan kepada mereka yang menghafal al-Quran sejak dari hidup sehinggalah mati. Antara yang memahami al-Quran dengan yang lebih memahami al-Quran maka Rasulullah melebihkan orang yang lebih mendalam pengetahuannya tentang al-Quran."

Awal perkahwinan dahulu, zauj selalu ajarkan al-Quran. Mengajar Khulasoh al-Quran kepada ana, bila dah kenal baru boleh bercinta kan? Bukan sekadar tahu makna ayat tersebut tetapi tahu jalan cerita dan kenapa ayat tersebut diturunkan.

Pernah seorang sahabat kongsikan video bayi di dalam rahim ibu yang sedang aktif kemudian bergerak dalam keadaan bersujud tatkala diperdengarkan kalam Allah. Masya Allah! Hebatnya ayat-ayat Allah sehingga bayi yang tak tahu apa-apa bersujud di dalam rahim ibunya.

Ana teringin untuk merasainya, maka diusahakan bila membaca al-Quran sambil 'memerhati' si kecil yang sedang berehat di dalam rahim. Benarlah, betapa istimewa dan hebatnya al-Quran yang Allah turunkan kepada Rasulullah buat panduan ummat sehingga pada ayat-ayat tertentu dalam surah tertentu si kecil memberi tindak balas yang sangat menghiburkan. Takjub dengan ayat Allah...

Bacalah al-Quran setiap hari 1 juzuk. Kalau tidak mampu, bacalah separuh juzuk. Kalau tak mampu, bacalah sekadar sehelai atau satu muka surat. Kalau tak mampu, memadailah dengan satu ayat.

Kalau tak mampu juga, cukuplah hanya dengan memandang al-Quran dan tanyalah kepada diri sendiri "Ya Allah, apakah dosaku sehingga aku tidak dapat membaca ayat Mu?"


Ana sangat sedih dan hati sangat runtun tatkala melihat jenazah di depan mata tetapi keluarga dan sanak saudara si mati langsung tidak 'menghiraukan' jenazah tersebut kerana masing-masing lebih enak dengan cerita hal duniawi. Tiada anak yang membaca al-Quran, tiada saudara yang mengalunkan kalam Tuhan. Jasadnya kaku, tiada lagi amalan yang mampu meneruskan sahamnya kecuali ilmu yang bermanfaat pernah disebarkan, jariah yang berterusan dan doa dari anak yang soleh/ah untuknya.

Masyarakat sibuk untuk mengajak orang bertahlil ke rumah apabila ada kematian, tetapi malangnya mereka mengharapkan orang-orang masjid 'memberi sedekah' pahala kepada si mati sedangkan anak-anaknya tidak mahu 'memberi hadiah' pahala buat si mati. Bagaimanalah kita mengharapkan daulah islamiyah tertegak andai perkara 'picisan' ini pun dianggap tidak penting oleh mereka.

Kita selalu cakap kita sayangkan seseorang, maka kita ungkapkan bicara romantis buatnya, bicara menusuk kalbu merasuk jiwa. Sedang hakikat sebenarnya kita bukan saja tidak menyayanginya malah kita 'membenci' dia yang kita sayangi. Masakan tidak 'benci', kalau sayang pasti kita akan sama-sama mengajak orang yang kita sayang masuk ke Syurga atau setidak-tidaknya berusaha tidak 'membenci'nya di Akhirat kelak. Saling tuduh menuduh antara satu dengan yang lain di hadapan Allah.

Ana tidak punya wang yang banyak untuk dilaburkan di dalam Indeks Saham Akhirat, tetapi ana tahu pasti punya sejuta jalan Allah barikan untuk melabur dan menjadi orang yang kaya di Akhirat.

"Harta yang menjadi milik kamu yang sebenar ialah harta yang kamu belanjakan ke jalan Allah." -Saidina Ali

Paling tidak mampu untuk menambah Saham Akhirat buat ibubapa, cukup sekadar kita menghadiahkan bacaan al-Quran dan mendoakan semoga Allah menghadiahkan pahala tersebut buat ibubapa. Bukankah itu yang ibubapa kita perlukan setelah jasadnya kaku tidak lagi bernyawa? Bukan tahlil, bukan itu dan bukan ini dari orang lain tetapi dari ANAKNYA sendiri yang menjadi pelaburan buatnya!

"Sesungguhnya solat itu mencegah dari kemungkaran"

Bila saat seseorang yang melaksanakan solat melakukan maksiat, maka bukan salahkan solat tetapi salahkan insan tersebut yang lalai dengan solatnya. Kualiti solatnya yang tidak cemerlang menatijahkan akhlaqnya yang rosak. Maka, yang perlu dibuat ialah memperbaiki solat dan terus meningkatkan kualiti solat kerana solat PASTI akan mencegah manusia dari melakukan kemaksiatan.

Indal fajri kuntu usolli
Usolli lillahi taala
Adzkuru syauqon
Ismallahi hubban ikroman ijlala

Wallahua'lam


Insyirah Soleha

Read more...

04 March 2011

Semoga Allah Permudahkan

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah, nikmat di pagi Jumaat. Insya Allah ada keberkatan, sakinah yang dikecapi ditemani bunyi-bunyi beburung yang berkicauan di sekeliling, ada desiran air sungai yang mengalir menambahkan lagi muzik-muzik asli, terlalu asyik dan menenangkan fikiran. Semuanya sedang berzikir pada al-Khaliq dengan cara mereka sendiri, sedang manusia yang Allah kurniakan akal terlupa untuk mensyukuri nikmat-nikmat yang Allah pinjamkan, terlupa untuk menghargai apa yang Dia berikan lantas merasa kekurangan di sebalik setiap yang dimiliki. Na'uzubillah.

Hampir setiap pagi, abi ambil segenggam nasi yang dimasak semalam untuk ditaburkan pada halaman depan rumah. Kemudian, apabila masuk ke dalam rumah sambil bersiap untuk ke pejabat, abi intai dari jendela melihat burung sedang mematuk nasi yang abi taburkan tadi. Ya Allah, dengan gelagat dan kicauan mereka di pagi hari sungguh memberi terapi kepada hati bahawa setiap makhluk yang Allah ciptakan sudah disediakan rezeki masing-masing.

Jadilah seperti burung, keluarnya di pagi hari mencari rezeki dan pulangnya ke sarang dengan perut yang kenyang. Tawakkal seekor burung. Allah, rezeki Allah begitu luas. Terkadang, bila difikirkan... Terasa Allah terlalu banyak memberi dan manusia terlalu kedekut hatta untuk mengungkapkan kalimah syukur apatah lagi berkongsi rezeki dengan orang lain.

Pernah abi sedang menikmati bekalan nasi goreng yang dibawa ke pejabat, abi letakkan beberapa biji nasi di luar jendela dan tutup jendela. Sambil menikmati sarapan, abi perhatikan gelagat seekor burung yang "terhendap-hendap" nasi yang abi letakkan sambil melihat sekeliling. Seperti bimbang pada perangkap, abi tersenyum sendiri. Jendela bilik abi pula gelap, pasti burung tak nampak dan terhendap-hendap bimbang ditangkap. Akhirnya dengan kecepatan terbang, si burung pun mematuk nasi secepatnya dan beredar.

Terkadang, riuh di halaman rumah dengan kicauan burung. Mungkin burung-burung sudah terbiasa ditabur nasi oleh abi, maka selalu pula beburung datang bertenggek di pohon kelapa depan rumah. Menanti abi menabur nasi :)

Insya Allah... Hari ini Abang akan bentangkan proposal tesis. Puas pening mencari tajuk sampaikan pesan pada ana untuk tanya pada sahabat-sahabat "Apa yang mereka nak tahu tentang Islam, kalau sesuai boleh Abang buat kajian" dan ana pun puas termenung nak suruh Abang buat kajian tentang apa. Macam-macam idea yang entah apa-apa keluar dan menambahkan lagi kepeningan Abang. Akhirnya, Abang dapat ilham untuk membuat kajian mengenai isu semasa. Alhamdulillah.

Minggu lepas, setelah merasa begitu teruja dengan pembentangan rakan sekuliah, Abang dengan tidak sengaja dibawah minda separa sedar telah mengangkat tangan untuk membentangkan proposal tesis pada hari ini. Rakan sekuliah yang duduk serumah dengan Abang terkejut bila Abang angkat tangan sebab beliau maklum Abang belum buat proposal lagi. Toink!

"Entah, ana pun tak tahu macammana boleh angkat tangan."

Tergelak bila Abang cerita semula. Terlalu teruja dengan pembentangan orang lain sampai tak sedar angkat tangan untuk 'setuju' nak bentangkan proposal sendiri.

"Khair, insya Allah. Cabaran untuk siapkan proposal minggu ni juga."

Alhamdulillah. Positif, positif! Walaupun kelam kabut dengan proposal dan assignment yang berlambak, Abang tetap melayan juga ana. Abang pernah cakap, masa ialah sesuatu yang flaksibel. Ada masa kita kena kelam kabut, supaya kita perlu bahagikan masa dengan bijak. Ada masa tenang-tenang, supaya kita manfaatkan masa dengan bijaksana. Ada masa kita dipertengahan supaya kita tahu hidup tak selalunya kelam kabut. ^_~

Bagi meredakan tekanan, maka bawa Abang jalan-jalan tengok bunga dan berguling di ladang teh. Disebabkan tidak ramai orang maka boleh la untuk menikmati jalan-jalan ala percutian. Abang balik ke UKM, kembali ke situasi yang asal iaitu assignment, proposal, library dan... masjid. Bila tension, duduk masjid. Ok. TipS untuk lelaki yang runsing, rimas dan berkecamuk atau jiwa kacau bak kata orang-orang muda...

"Kalau rasa 'tak best' je, duduk lama-lama di masjid insya Allah akan jadi 'best' semula."

Baby pesan : Good luck untuk pembentangan abi. Mudah-mudahan Allah permudahkan segala urusan abi harini dan abi boleh bentang dengan penuh keyakinan, insya Allah. Chaiyok abi... Ummi dan baby doakan yang terbaik untuk abi. Jaga diri baik-baik :)


Sunnah Orang Berjuang

Sudah sunnah orang berjuang
Mengembara dan berkelana
Miskin dan papa jadi tradisi
Berenggang dengan anak dan isteri

Biasanya para pejuang
Rumah mereka merata-rata
Rezekinya tidak menentu
Tidur baringnya tak berwaktu

Orang lain membuat harta
Tapi dia membuangnya
Orang lain kawan terbatas
Tapi pejuang kawan merata
Orang lain musuhnya kurang
Pejuang musuh tidak terbilang

Tidak kurang yang sayang padanya
Orang lain mati dilupa
Para pejuang tetap dikenang
Sejarahnya ditulis orang
Makamnya sentiasa diziarahi
Walau perjuangan tak berjaya


Tak macam orang mengandung sebab Abang yang berisi, hihi.
Sabar ye Abang, lepas Sayang bersalin nanti, Abang kurus la macam dulu :P

Allahummaj'alni hubbak wa hubba man ahabbak, waj'al hubbaka ahabba ilayya minal maail baaridi. Aamin ya Allah.


Aisyahmu,
Insyirah Soleha.

Read more...

02 March 2011

Sunnah Semakin Punah

Bismillahirrahmanirrahim.

Pertamanya, harap tiada yang melompat selepas membaca entri ini. Keduanya, mungkin skop perbincangan dikecilkan bersekitar di negara Malaysia. Jadi, harap boleh berlapang dada, dan sekiranya kritikan mahu diberikan maka hulurlah dengan cara yang membina :)

Berbual dengan zauji, beliau sangat gemar berkongsi cerita dan bahan ilmu yang diperolehi dengan ana walaupun ceritanya tidaklah sehebat mana tetapi apabila difikirkan pada sudut yang positif dan merangsang kemahuan untuk berfikir maka selalu yang diceritakan dengan ana jadi semacam tazkirah dan muhasabah. Muhasabah adalah menilik kelemahan dan kesalahan DIRI SENDIRI bukannya mencari dan mengorek kelemahan orang lain.

Perbualan kami pada awalnya adalah dari persoalan yang ana lontarkan, dan Abang tersenyum kerana soalan ana telah dibahaskan oleh rakan sekuliah Abang di dalam kelas Musykil Hadith minggu lepas. Jadi, Abang pun memetik beberapa hadith yang bertentangan situasi mengenai perihal kencing berdiri. Maka, Abang pun menerangkan secara ringkas dan padat kemudian terus kepada rumusan.

"Hadith dari Aisyah r.a., bahawa sesiapa yang mengatakan Nabi pernah kencing berdiri maka dia adalah seorang pendusta. Umar al-Khattab pernah mengatakan bahawa, selepas aku memeluk Islam maka aku tidak pernah kencing berdiri. Tetapi, ada hadith lainnya yang diriwayat oleh Huzaifah di mana Nabi menyuruh Huzaifah berpaling ke arah lain dan kemudian Nabi kencing berdiri. Jadi, apa kesimpulannya?"

(Zauj berikan 3 hadith yang menolak dakwaan Nabi kencing berdiri dan kemukakan 3 hadith yang mengatakan Nabi pernah kencing berdiri tetapi ana hanya ambil sedikit sahaja sebagai contoh)

"Ini yang Abang belajar dalam kelas Musykil Hadith. Apabila ada dua (situasi) hadith yang bertentangan, mana yang kita nak pakai. Kesimpulannya, lihatlah kepada situasi. Lelaki, boleh kencing berdiri tetapi dengan syarat tidak dilihat oleh orang lain. Perempuan tak boleh kencing berdiri sebab nanti najis terpercik merata-rata. Dan, hadith Aisyah r.a. yang mengatakan bahawa Nabi tak pernah kencing berdiri adalah kerana Aisyah r.a. melihat Nabi di rumah tak pernah kencing berdiri."

"Oh... Jadi, kesimpulannya lelaki boleh kencing berdiri?"

"Tetapi ia dikira tidak beradab, atau kurang sopan. Lelaki Arab menjadikan kencing berdiri sebagai salah satu rawatan untuk tulang belakang."

Betul, betul, betul. Maka, ana pun teringatkan beberapa fakta dan teori sains berkaitan masalah buang air kecil dan kaitannya dengan tulang belakang.

Kemudian, kami berbincang beberapa perkara lain. Zauji ceritakan pula tentang teori seorang rakannya mengenai pecahan ilmu dalam Pengajian Islam dan kesan dakwah kepada masyarakat. Seorang pelajar Syariah Islamiyyah boleh dikesan melalui pemakaiannya, manakala pelajar Quran dan Hadith juga boleh diketahui melalui pemakaiannya. Lazimnya, pelajar Syariah kelihatan 'simple' dan terkadang tak tahu pun beliau adalah seorang pelajar jurusan Syariah manakala pemakaian pelajar Quran dan Hadith memiliki personaliti yang agak menonjol, menyimpan janggut, berkopiah, 'nampak hebat'.

Jadi, masyarakat melihat satu golongan agamawan seperti 'ekstrim' manakala satu golongan lagi 'boleh di bawa ke mana-mana'. Abang sambung lagi, yang menariknya mereka berbincang kesan dakwah terhadap masyarakat. Ia, kesan kepada masyarakat.

Seorang pelajar jurusan Syariah, tidak menguasai ilmu (meskipun perkara asas) dalam jurusan hadith. Seorang pelajar usul feqh tidak menguasai ilmu hadith. Pecahan-pecahan bidang dalam pengajian islam menjurus kepada skop yang lebih kecil kepada pelajar jurusan agama. Semasa mendengar teori-teori yang dikemukakan oleh zauj, ana teringatkan tulisan Ustaz Zaharuddin tentang perkara ini.

"Ustaz Amin cakap, kadang pelajar Syariah bila masuk ilmu hadith walaupun yang asas, dia dah tak boleh kuasai. Satu kesan akibat pecahan bidang dalam pengajian islam. Ulama' dulu, mereka belajar SEMUA bidang pengajian islam (syariah, usuluddin, usul feqh, hadith dll) kemudian baru mereka menonjol dalam satu jurusan. Contoh ulama' syariah, mereka faham tentang usul feqh dan tahu macammana nak tarjih hadith mengikut keadah feqh."

Zauj bulatkan mata dan angguk kecil. Satu persoalan bermain di minda ana, sedang menari-nari dalam kepala. Betapa islam memerlukan seorang yang genius untuk mendalami dan menguasi ilmu agama supaya dapat menghadam ilmu-ilmu tersebut :)

"Persoalan kawan Abang ni seolah-olah terjawab bila kami pergi Darus Syifa', kuliah Subuh disampaikan oleh Ustaz Tarmizi."

Antara keistimewaan Rasulullah adalah kerana beliau diutuskan kepada seluruh ummat, musuh menjadi gerun kepada umat Islam meskipun tempoh sebelum berperang adalah selama sebulan. (Zauj menyebut 6 keistimewaan Rasulullah tetapi ana mahu berkongsi dua sahaja sebagai point of view.)

Istimewanya lelaki bernama Muhammad Rasulullah itu adalah beliau diutuskan kepada seluruh ummat, bukan saja kepada orang Arab bahkan membawa rahmat kepada seluruh alam (bukan sahaja manusia tetapi segala isi dunia), musuh menjadi gerun kepada Muslim sehingga melakukan apa saja bagi mengelakkan kebangkitan jiwa seorang Muslim.

Maka, 'dakwah' oleh golongan Barat sememangnya berjaya dengan 'flying colours' atas penyebaran bahawa serban hanyalah adat orang Arab jadi untuk apa dipakai dan diagung-agungkan, jubah hanyalah adat masyarakat Arab jadi tidak perlulah untuk disanjung sangat kerana Nabi dilahirkan sebagai seorang Arab maka segala yang dibawa oleh Nabi dikatakan 'adat' masyarakat Arab. Maka, kita yang merasa terpinggir dan membenarkan dakyah mereka terus mempersetujui perkara tersebut lalu kita pinggirkan sunnah Nabi seperti serban dan berjubah.

Kita besar-besarkan pakaian selain jubah, kita katakan pemakaian kot tidak salah kerana kita nak tarik orang awam untuk dekat dengan Islam. Kita katakan Allah tidak melihat kepada pakaian sebaliknya hati kita. Kita katakan bila memakai jubah, kurang efisyen untuk menyebarkan dakwah kerana orang "TAKUT" melihat kita.

Dan... Silalah bersetuju untuk mengatakan minda kita BERJAYA dijajah oleh golongan bukan Islam. Siapa yang menakut-nakutkan kita bila melihat orang berjubah dan berserban? Tidak lain, musuh Islam bahkan orang Islam sendiri pun 'dibayangi oleh bayang-bayang sendiri'.

Kerana apa?

Imej Islam kalau dibawa dan menjadi satu amalan kehidupan oleh muslim bukan sahaja imej islam dengan jubah dan berserban sebaliknya membawa satu pakej kehidupan seorang muslim yang berlandaskan syariat dari segi adab dan akhlaq pasti akan melahirkan rasa hormat dan gerun orang lain terhadap Islam. Contoh termudah, bila ke kedai seorang berbangsa India atau Cina dengan memakai jubah dan kopiah baru pulang dari masjid maka kita dilayan dengan penghormatan.

"Selamat petang haji, nak cari apa..."

"Selamat malam haji, mau apa..."

Pernah berjalan di tepi pantai Klang, semasa di gerai jagung rebus, tuan gerai tersebut terus menyapa.

"Assalamu'alaikum haji, nak beli apa?"

"Wa'alaikumussalam. Mana awak tahu saya haji?"

Zauj jawab dengan nada gurauan yang akhirnya kecoh satu gerai dengan usik mengusik. Bila kita bawa imej Islam, tak semestinya kena duduk masjid, asalkan kita pandai menyesuaikan diri untuk bersama mereka dan menyelarikan pemikiran dengan mereka yang disasarkan insya Allah kita mampu untuk meredakan jurang perbezaan.

Bila zauji kongsikan ilmu dari kuliah tersebut, ana tersenyum. Di Malaysia, seorang lelaki tua yang sudah uzur tetapi memiliki jiwa kental dengan semangat perjuangan... Dia dihormati oleh golongan tua dan muda, dia digeruni oleh pihak musuh sehingga ditaburkan pelbagai fitnah dan tohmahan namun jasad tua lelaki tersebut masih bergerak dan terus bergerak di dalam perjuangan Islam, dengan jubah dan serbannya... Dia masih bergerak dan menyebarkan dakwahnya. Siapa dia?


Inilah insan tersebut, yang mengigit perjuangan sekuat hati walau ombak dan taufan sentiasa menghempas pantai kehidupannya. Dia bukan sahaja selesa dengan imej Islam tetapi dia begitu menjaga pakej Islam yang dibawa, dengan adab dan akhlaq Islami.

p/s : Tak pernah terfikir bahawa musuh Islam gerun dengan imej Islam sehingga mewar-warkan bahawa pakaian sunnah adalah adat masyarakat Arab. Astaghfirullah hal azhim.

Wallahua'lam


Jom Ikut Sunnah!
Insyirah Soleha

Read more...

aSkiNg sOuL

Feeling alone?
Innallahha ma’ana

Saw evil act?
Inni akhafullah

Wishing something?
Fa’iza ’azamta fatawakkal’alallah

Missing somebody?
Ma fi qalbi ghairullah.

... syukran ...

Free Hit Counter Syukran 'ala ziarah ^_~

Silent Home

Silent Home
Bila emosi mengunci hati, lalu lahirlah ayat-ayat sepi sebuah monologku merentasi perjalanan menuju Rabbi :)

  © Template Lar Doce Lar por Emporium Digital Graphics Jenny's Grandchild and Irene's Corner

TOPO