"Ya Allah, jadikanlah hamba Mu ini mencintai orang beriman dan jadikanlah orang yang beriman mencintaiku."

(HR Muslim)
Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Third Birthday tickers

17 August 2010

Program Ramadhan @ Al-Insyirah

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamu'alaikum warahmatullah.

Salam Ramadhan el-Mubarak.

Alhamdulillah, sudah masuk hari ke-7 berpuasa dan insya Allah baru berpeluang war-warkan program Ramadhan @ Al-Insyirah. Maaf ye, program kali ini tidak diberitakan lebih awal kerana berbincang dengan Admin dahulu. Alhamdulillah, sedikit perubahan dilakukan untuk program Ramadhan kali ini.

Program Ramadhan 1431H / 2010.

Kali ini, sengaja mencungkil bakat-bakat para sahabat yang berkumpul di medan Al-Insyirah, mungkin ada di antara kita punya bakat terpendam.

Sahabat-sahabat dijemput untuk menulis:

[1] Artikel

[2] Jurnal

[3] Diari / Catatan

[4] Cerpen

[5] Cerpen Bersiri

berkisar tentang Ramadhan dan mesti bermotifkan ungkapan "Keistimewaan Ramadhan" bagi jurnal dan artikel mestilah karya asal ditulis sendiri oleh penulis (BUKAN COPY & PASTE) dan bentuk-bentuk karya kreatif lain juga mestilah ditulis sendiri, selain bersuka ria di bulan Ramadhan dengan pemborosan dalam sedeqah dan mengadakan jamuan berbuka, mari kita manfaatkan sedikit kelebihan yang ada pada kita. Catatan dalam bentuk diari mungkin boleh menggunakan pengalaman sendiri mahupun karya fiksi (rekaan semata-mata).

SYARAT.

[1] Terbuka kepada SEMUA ahli berdaftar di dalam ruangan forum Al-Insyirah.

[2] Setiap penyertaan perlu membuka satu NEW ENTRY di ruangan SANTAI dengan menggunakan tajuk (cth):-

Program Ramadhan <> Pilihan <> Tajuk


[P.R Cerpen] : Selembut Kasih Ramadhan

[P.R Diari] : Ramadhan Terindah

[P.R Jurnal] : Memperkasakan Iman dengan Ramadhan


* P.R singkatan kepada Program Ramadhan *

[3] Tarikh akhir adalah 17 September 2010

Ada sebulan ni... Cerpen bersiri boleh tulis hari-hari. Hehe. Macam diari tapi lebih kepada santai - kreatif.


Penyelaras Program Ramadhan Al-Insyirah,
Insyirah.

Read more...

10 August 2010

SIR : Sekolah Islam Ramadhan

Bismillahirrahmanirrahim.

Dengan ini, pendaftaran bagi Sekolah Islam Ramadhan (SIR) telah dibuka kepada semua muslim, tak kira umur, jantina, warna kulit dan taraf status !

Pengajian :

Semester 1 – mendapat rahmat

Semester 2 – menuju maghfirah

Semester 3 – mencapai pemeliharaan dari api neraka

Syarat-syarat kelayakan :

1. Persediaan mental – menahan diri dan nafsu dari kejahatan

2. Persediaan ruhi – meletakkan sepenuh jiwa untuk sukses

3. Persediaan fizikal - jasad yang mantap untuk melaksanakan tugas

4. Sesi muhasabah - terhadap puasa pada Ramadhan lepas

5. Masterplan - merancang yang lebih baik pada tahun ini

6. Menjalani persediaan di Kolej Rejab dan Syaaban

Kurikulum dan ko-kurikulum :

Puasa 30 hari + Qiyammullail + Tilawah Al-Quran + Sedekah + Terawih & Nawafil + Iktikaf + Umrah + Zikir + Amar Ma’ruf Nahi Munkar

Saham-saham yang disertakan (secara kasar) :

Purata sehari Nawafil Fardhiah* Jihad + Dakwah**
Selain Ramadhan 1 70 700
Ramadhan 70 4 900 49 000
Lailatul Qadr 50 400 35 280 000 352 800 000


*Dalil dari Hadith Rasul SAW. (maaf tak ingat matan)

**Dalil dari Al-Quran 2:261

Sijil-sijil tamat sekolah :

- Sijil penyertaan : hanya menahan makan dan minum (Soum ‘awam)

- Sijil khas : menahan makan, minum dan perkara mungkar serta memakruhkan puasa (Soum elkhusus)

- Sijil tinggi khas : menahan segala perkara yang mencacatkan puasa dan juga menambah amal-amal soleh (Soum khusus elkhusus)

Kelebihan-kelebihan berbanding sekolah lain :*

Dibuka pintu syurga. Ditutup pintu neraka. Diikat syaitan-syaitan. Dianugerahkan lailatul Qadr. Dilimpahkan rahmat. Diampunkan dosa. Dimakbulkan doa. Dikurnia haruman kasturi dari mulut.

*Akan dianugerahkan semuanya tanpa terkecuali jika segala kurikulum dan ko-kurikulum dikerjakan dengan penuh dengan keimanan dan kesungguhan (eemanan wahtisaaban)

Testimonial dari doktor pakar sakit jiwa :

“Tempoh minimum untuk mengubah tabiat manusia adalah 30 hari = tempoh Sekolah Islam Ramadhan.”

Graduan yang telah berjaya :

Ahli-ahli Badar (313) : Para mujahid yang perlu berperang walau pada asalnya tiada niat untuk menentang musuh sebegitu. Namun, akur dengan perintah Allah dan Rasul.

Tentera-tentera Khandak : bersama-sama menggali parit sepanjang 2.3km, dengan kedalaman hingga 4.5m, dan lebar lebih kurang 4.1m [Al-Quran for Life Excellence, Dr Danial Zainal Abidin]

Toriq ibn Ziyad & tentera-tentera Andalus : panglima perang, Toriq bersama tentera-tenteranya menyeberang selat di antara Afrika dan Eropah dalam usaha untuk menawan Andalus. Diwajibkan para tenteranya untuk Qiyam. Dibakar segala kapal untuk membunuh rasa rindu dan hendak pulang ke kampung halaman serta menambah fokus bagi para tentera. Akhirnya kemenangan di tangan mereka.

Abd Rahman Al-Ghofiqi – seorang syahid, seorang panglima tentera dalam siri peperangan Andalus, perang ini berlaku dalam kawasan sejauh 30km dari bandar Paris.

Ali Abi Talib – dihantar ke Yaman bersama surat baginda SAW untuk penduduk di sana dan dalam satu hari sahaja telah berjaya untuk mengimamkan solat mereka.

Perhatian !!!

Sekolah Islam Ramadhan (SIR) = Seer = dalam Arab, membawa maksud rahsia. Ganjaran puasa itu hanya terletak disisi Allah semata-mata. Maka, ambillah hatiNya untuk sejahtera diri anda. Kelebihan-kelebihan yang disenaraikan dan saham-saham yang dihuraikan secara kasar hanya sebagai penolak bukan jaminan untuk akaun peribadi.


Dan sekolah ini tidak mendidik jiwa pelajarnya untuk berbelanja berlebih-lebihan seawal mungkin seperti tidak mengalu-alukan langsung tetamu mulia ini.

Fully credit to Sis Kyna (^_~)


Jika kalian beramal kerana Ramadhan, Ramadhan akan meninggalkan kalian. Beramallah kerana Allah, Allah tidak akan pernah meninggalkan kalian.


Berkumandangnya azan Maghrib, bermula pesta ibadah. Selamat berterawih sehingga ke penghujung Ramadhan :)

Salam Penghujung Syaaban,
Insyirah Soleha

Read more...

09 August 2010

Bersama Adik-Adik Medic & Dentistry Mesir

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah, pada 7 Ogos yang lalu iaitu hari Sabtu ana dan zauj diizinkan oleh Allah untuk bersama adik-adik pelajar medic and dentistry Mesir yang pulang bercuti di Malaysia dan juga bakal pelajar yang akan berlepas ke Mesir pada bulan 9 nanti, insya Allah. Program S.P.I.E.S Siswa anjuran SUK Selangor dikendalikan oleh Impact Learning Resource bertempat di TNB ILSAS Bangi.

Zauj yang dahulu pernah bekerja dengan Impact Learning Resource sebelum menyambung sarjana di UKM dipanggil untuk membantu mengendalikan adik-adik ini dan ana sebagai PA (personal assistant) turut 'terpanggil' untuk bersama mengikuti program ini :)

"Akak tahun berapa?"

Mungkin dilihat datang bersama dengan orang yang mengendalikan mereka, hampir kesemuanya menyangka ana pelajar al-Azhar yang akan menjadi fasilitator.

"Bukan, akak zaujah ustaz."

Semasa proses pendaftaran, ana duduk di dalam dewan pada kerusi barisan akhir memerhati gelagat dan kerenah adik-adik yang selesai berdaftar. Senyum sendirian, walaupun bakal bergelar doktor tetapi masalah SIKAP kebanyakan mereka masih kebudak-budakan. Tidak ada ciri kematangan yang menonjol bahawa mereka bakal menjadi doktor, ana senyum lagi mengenangkan usia mereka yang masih 'kecil'. Kebanyakan peserta adalah lepasan SPM, berusia 18 tahun dan mereka menjalani pre-medic sebelum diterbangkan ke Mesir melalui MedicMesir.

Selesa memerhatikan mereka, disapa oleh beberapa orang adik dan sempat untuk berta'aruf dengan mereka. Awal sesi, ana kurang bercampur kerana mengerang sakit pada bahagian peha yang direntap sehari sebelumnya (terapi pada hari Jumaat) dan tulang belakang yang sedikit sengal. Alhamdulillah, dapat juga bersama zauj untuk menjadi teman bergaduh setiap masa :) Ditegur oleh ibu-ibu peserta, terasa semacam juga kerana ana tak tahu apa-apa tentang program dan hanya ikut zauj tapi jawab juga soalan mereka sekadar untuk menenteramkan hati seorang ibu.

Pada satu sesi, ana yang duduk di kerusi paling belakang dan 'berlagak' macam fasilitator didatangi seorang adik yang manis.

"Akak ada blog ke?"

"Ada."

".:: HaRuMaN MaWaR ::.?"

"A'ah."

"Ya Allah, saya selalu sangat baca blog akak. Dari tadi rasa macam nak tegur, naluri ni."

Terpinga-pinga ana, blushing dah muka ^_~

"Ye ke? Allah, malunya."

"Cakap dengan mak, nak sangat-sangat jumpa dengan akak. Mak cakap, contact la dengan email yang akak letak dalam blog."

"Oh yeke, adik baru nak pergi Mesir ke?"

"Tak, saya memang dah pergi Mesir. Sekarang cuti."

"Ambil medic?"

"A'a..."

"Di mana?"

"Tanta."

"Oh, Tanta."

Lalalalaa, speechless dan tergezut (aih, siapa la mempengaruhi ana dengan perkataan ni :p) sangat bila orang tanya macam ni sebab langsung tak expect orang kenal. Dulu selalu terfikir, ana ni suka merapu dan merepek dengan tulisan yang santai tapi follower ramai. Daripada ana menulis sesuatu yang tak berguna lebih baik memberi sesuatu yang berfaedah walaupun niat setiap tulisan sebagai wacana bagi diri sendiri dan memori buat mereka yang rapat dengan ana. Sekadar menyimpan kenangan di hari esok kerana catatan hari ini.

Pengiraan tetamu yang datang juga agak ramai meskipun blog tidak di update. Maka, lebih baik merepek dengan sesuatu yang mungkin boleh dimanfaatkan. Insya Allah, akan belajar untuk menghormati pembaca blog meskipun ana lebih suka menulis apa yang ana nak tulis.

Adik ini belajar di Tanta, bernama Maisarah dan merupakan salah seorang pembaca blog. Tanpa perancangan, Allah mengatur pertemuan kami di dalam program S.P.I.E.S Siswa dan Dia juga mengilhamkan kepada Maisarah untuk menegur ana kerana merasakan ana adalah Insyirah Soleha. Alhamdulillah, setiap aturan Nya berhikmah. Dengan bera dan kesan terapi, Allah beri kekuatan untuk mengikuti suami kerana Dia nak temukan ana dengan seseorang yang berhajat untuk bertemu dengan ana. Masya Allah!

Di dalam satu slot LDK, ana yang 'berlagak' seperti fasilitator bergerak dari kumpulan ke kumpulan yang lain. Uniknya, senior (pelajar medic/dentistry yang sudah ke Mesir) akan menjadi ketua bagi setiap kumpulan. Ada satu kumpulan yang menarik perhatian ana, setiap kali sebelum berbincang mereka dahulukan dengan bacaan doa.

Bergerak dan terus bergerak, tiba di satu kumpulan ana duduk mendengar perbincangan mereka. Melihat apa yang mereka tulis dan bertanya (kan dah cakap ana berlagak :p) apa yang mereka tuliskan untuk dibentangkan. Kenapa ditulis sebegitu dan macam-macam soalan, akhirnya tersenyum. Mereka faham apa yang mereka tulis, alhamdulillah.

Semasa waktu makan tengah hari, ana mencari meja yang masih berkerusi kosong untuk menempel dengan mereka. Kan dah cakap ana berlagak :p Alhamdulillah, ikhwah dan akhawat diasingkan bahagiannya dan ana boleh makan dengan selesa bersama adik-adik ini.

"Akak nak duduk sini boleh?"

"Boleh."

"Alhamdulillah, semua ni senior atau baru nak pergi Mesir?"

"Baru nak pergi Mesir."

"Medic ke?"

"Ye, ada yang dentistry."

"Ooo... ha, akak nak tanya kenapa nak pergi Mesir ni?"

Muka masing-masing berkerut dan melihat pada kawan-kawan yang lain. Ana soroti wajah seorang demi seorang dan reaksi yang agak mengecewakan, huhuhu.

"Kenapa nak pergi Mesir?"

Niqab diturunkan dan terasa semua mata memandang tepat pada ana walaupun dari meja-meja yang jauh. Aduh, malunya. Ana menurunkan niqab bagi memudahkan ana untuk makan dan buat adik-adik tersebut selesa untuk bercakap dengan ana memandangkan kawasan tersebut jauh dari ikhwah dan kedudukan ana yang diyakini tiada ikhwah melintas kerana ana membelakangkan ikhwah. Tapi, semua mata tertancap pada muka ana. Gurlp, seram!

"A... A... Sebab, ini je peluang yang dapat."

Tersenyum.

"Nak pergi Ireland susah kak."

Tersenyum.

"Saya nak jawab! Saya yakin setiap perkara ada hikmahnya."

Tersenyum juga. Kalau Kak Bet yang tanya, mesti budak-budak ni kena psiko tahap super gaban raksasa lagi-lagi bila Kak Bet cakap. "Akak tak nak jawapan ni, akak nak jawapan lain. Fikir lagi!"

Aduhai, adik-adik ni masih belum 'jelas' kenapa mereka memilih untuk ke Mesir meskipun tinggal sekitar 1 bulan setengah sebelum berangkat ke Mesir. Mereka hanya mengikut arus dan juga kawan-kawan yang kebetulan merancang nak ke Mesir. Mereka hanya memaksa diri untuk ke Mesir bagi menyempurnakan cita-cita untuk menjadi doktor. Mereka hanya meletakkan Mesir sebagai satu peluang kerana ada agen untuk menghantar pelajar medic/dentistry ke Mesir. Mereka melihat kos di Mesir lebih murah dari tempat lain.

Sedih.

Ana sempat memberi beberapa pesan bukanlah bermaksud ana menasihati mereka tetapi sekadar sebuah peringatan dari seorang kakak kepada adik-adik yang bakal ke Mesir sebagai seorang pelajar perubatan mahupun pergigian. Merasa kasihan juga kerana profesion mereka di masa depan adalah seorang doktor, tetapi halatuju mereka masih samar-samar.

"Di Mesir nanti, jaga diri baik-baik jangan mencari hiburan pula!"

Ingatan yang lembut tetapi sangat tegas.

"Eh kak, Mesir ada ke tempat berhibur?"

Tercengang.

"Pergi dulu, nanti tahulah. Apa yang akak cakap tadi, ingat betul-betul."

"Akak ni bekas pelajar Al-Azhar ke?"

Tergelak. Mereka tak tahu umur ana hanya senior 2 tahun je dari mereka sebab berlagak macam dah tua sangat, lagipun dengan status 'zaujah ustaz' sangat mudah untuk orang judge ana dah tua. Huhu!

"Kenapa tanya macam tu?"

"Ye la, dari tadi akak cerita macam Mesir tu dekat je dengan hati akak."

Tergelak lagi. Weh, bila ana nak mula makan ni.

"Percaya tak, kalau akak cakap akak tak pernah sampai Mesir pun?"

Tergelak lagi dan mereka tercengang. Lalalala...

"Errr... Percaya, errr... Kot la... errr entah."

"Ha, baik korang percaya."

Ana pun dengan lafaz basmalah, "Ok la, akak nak makan dulu."

Mereka dah selesai makan, angkat punggung dan pergi ke bilik masing-masing bersiap untuk solat Zohor dan masuk semula ke dalam dewan.

Usai solat Asar berjemaah, zauj memberi sedikit tazkirah dan kami berdua beransur untuk ke Rawang kerana zauj ada jemputan ceramah. Keluar rumah jam 6.30 pagi dan pulang ke rumah jam 11.45 malam! Penat, seharian berkejar dengan waktu sampai kami kelelahan. Dalam perjalanan membelah kabus malam, suami bertanya.

"Macammana orang yang berjuang? Ya Allah."

Sama-sama bermuhasabah. Rentak hidup seorang pejuang, sentiasa mengejar waktu dan terus berlari dari hambatan tugas kerana waktu yang ada jauh lebih sedikit berbanding dengan tanggungjawab yang terpikul. Allah...

Pada 8 Ogos (hari Ahad), hanya suami yang meneruskan kebersamaan dengan adik-adik dalam program S.P.I.E.S Siswa di TNB ILSAS. Ya Allah, meski kudrat fizikal tidak mampu untuk dikerahkan pada jalan Islam seperti orang lain tetapi janganlah sehingga kekurangan ini mengikat kaki seorang yang mahu berjuang.

Tiada gambar dapat dikongsikan buat masa sekarang, semuanya ada pada suami :)

* Ralat tak dapat bersama adik-adik pada hari Ahad.

Insyirah Soleha
Teratak 1052

Read more...

08 August 2010

Hiburan Dari Allah

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah, pada hari Jumaat yang lalu iaitu 6 Ogos 2010 budak comel kanak-kanak blackcurrent ditemani oleh encik zauj untuk berterapi! Hoooray! Buat pertama kali 'dibiarkan' bersama 'ajnabi' ke tempat terapi tanpa ummi dan abi (eh, sebelum ni tak pernah pun keluar dengan 'ajnabi' tersebut sebelum taraf 'ajnabi' tu jadi halalan tayyiba wa baraka :p) sedikit sedih juga la sebab ummi tak ada, selalunya ummi akan teman dan abi akan bagi moral support. Tapi ceria je dari pagi lagi zauj menghiburkan.

Alhamdulillah, semasa menjalani sesi terapi. Disebabkan sudah 4 bulan dari tarikh yang lepas, maka mereka diagnose semula untuk melihat progress dari sesi pertama (Julai 2009). Perubahan memang banyak tapi tulang belakang masih bengkok dan beberapa masalah lain belum sepenuhnya sembuh tapi sudah ada perubahan positif. Alhamdulillah. Kaki yang tak sama panjang pun masih belum sama panjang, muahahaha. Maka, proses menarik tulang kaki dilakukan dan rasanya uhhh very the boom sampai rasa nak tahan nafas sampai esok je. Lalalala...

"Sakit tak?"

"Tak!"

Hoho, berlagak sangat. Tiba-tiba menjadi seorang yang sangat keras hati dan cekal (haha) untuk menghadapi situasi tersebut. Teringat kata-kata kak Ummi Habibah di pagi Jumaat tersebut "Allah sedang menghiburkan Insyirah", maka ana pun akan menikmati hiburan tersebut seenak-enaknya tambahan pula kak Bet mula provoke untuk ana buat dia sakit jiwa dengan ana, lalalala. "Dik, akak dah leh jalan dah... Nanti akak boleh jalan, adik lak duduk kat kerusi roda." Huhuhu, berasap je baca mesej tersebut tak apa bagi chance sikit je sebelum ana buat kak Bet rasa nak lempar kerusi roda pada ana. Ngeeeee.

"Sakit tak?"

"Takkkkk!"

Padahal muka dah semacam je, hehehe. Bayangkan mereka kepak sebelah kaki untuk memberi tekanan kepada kaki yang satu lagi dan kemudian merentapnya, 'praaaap' dengar bunyi tulang pun dah cukup buat ana rasa macam sedang bersantai di Masjidil Haram sambil makan aiskrim bersama roti, enak benar! Ana tahu, kalian sangat cemburu membacanya... Sila la cemburu. Lalalala, hargailah nikmat KAKI yang Allah pinjamkan pada kalian, aturlah langkah ke tempat-tempat yang baik dan jauhkanlah kaki dari tempat maksiat :)

Semasa diagnose kedudukan tulang belakang, tiba-tiba diselimuti perasaan yang saaaangat sedih dengan kata-kata ahli terapi tersebut tapi senyum je. Dalam hati tak putus-putus ungkapan 'innalillahi wainna ilaihi rajiun' (dari Allah kita datang dan kepada Allah kita kembali). Ia, semuanya makhluk Allah dan ana sendiri juga hanya seorang hamba Allah, semua kepunyaan Dia yang Dia pinjamkan buat ana. Allah tak bentangkan ujian dengan sengaja untuk hamba berkeluh kesah dan resah sebaliknya supaya muhasabah, insya Allah Dia sedang menghiburkan ana dengan apa yang Dia berikan. Alhamdulillah.

Mereka (3 orang) cuba menarik tulang belakang untuk meluruskan kembali namun melihat ana yang sudah mengalirkan air mata cinta, muahahaha lantas simpati terus dan usap kepala ana yang mana rambut sudah basah dengan air mata kasih.

"Ok, relek je. Tarik nafas, lepas."

Dalam suhu bilik yang berhawa dingin ana boleh berpeluh tapi beberapa minit kemudian diserang shacking yang saaaangat teruk sehingga hampir kancing gigi. Lalalala... Entah tangan siapa je ana genggam sebab tak boleh nak control shacking yang agak teruk. Biar dia, padan muka siapa suruh rentap tulang kanak-kanak blackcurrent sampai menggeletar, sekarang dah kene genggam... Hahaha.

Diselimuti dan dipeluk oleh seorang terapi yang agak berusia, layak dipanggil IBU :) Nampak kasih sayangnya, dia peluk ana kuat dan tengok mulut ana takut kancing gigi. Lalalala... Rindu ummi! Air mata mengalir, terlupa semua sakit yang sedang menggigit badan kerana tergambar wajah lembut ummi. Sobs sobs... Selalunya ummi teman pergi terapi, kali ni pergi sendiri. Eh, kang Kak Bet cakap "Wei, dah kahwin buat cara dah kahwin." Lalalala... Biar la dah kahwin pun, anak ummi tetap anak ummi. Lalalalaaaa...


Siap dilenyek dan hampir jadi lempeng, mata yang bengkak... Keluar dari bilik rawatan dan zauj tengok je ana. Dalam kereta, diam tak bersuara tapi zauj pula yang cakap tak berhenti. Hehehe, zauj nak menghiburkan ana yang dah tak ada suara lagi. Hanya air mata yang mengalir di celahan sehelai kain, mungkin langsung tak disedari oleh zauj yang dari awal berusaha menghiburkan ana tapi ana macam tak ada perasaan pun :p

"Kenapa moyok (masam) je?"

Sampai di rumah, cabut tudung, campak niqab dan terus berwuduk untuk solat Asar. Rasa nak menangis sangat bila ditanya soalan ni, aduhai. Tak tahu macammana nak buat muka comel Winnie The Pooh di saat sakit yang teramat-amat, tak tahu apa rupa sweet 'Orang Pakistan' di saat sakit menggigit seluruh tubuh, tak tahu apa gaya manja Qashrina... Yang ana tahu, nak solat dan baring.

Few minutes, baru tersedar lelaki yang bertanya baru mengenali ana dan sedang berusaha untuk mengenali ana. Kalau abi, mulut bertih jagung ana akan jadi diam tanpa sebarang kata, segera difahami apa yang ana lalui kerana sudah 20 tahun abi merawat ana. Ya, abi adalah orang yang selalu menjadi teman bicara ana disaat suka dan suka, ceria dan sedih, abi selalu menghiburkan ana. Wajarlah ana sedih, kan? Kui kui kui ^_~ Tapi bukan salah habibi qalbi, dia dari awal menghiburkan ana dan selepas solat berjemaah dengan beliau terus diusap air mata yang lebat di pipi ana.

Zauj bacakan yaasin dan mathurat sambil membelai ubun-ubun, ditiup-tiup dan tepuk dahi ana.

"Napa Abang tepuk dahi orang ni?"

"Ye la, nak bagi ayat ni masuk... Kene tepuk."

Ok, beliau berjaya buat ana rasa nak gelak terguling-guling. Dengan kesakitan, ana tersengih macam kerang busuk. Doa itu dan ini, ayat itu dan ini, surah itu dan ini... Selesai zauj 'merawat' ana dengan kalamullah, terasa lebih segar walaupun badan nak demam akibat bera dari terapi. Pada malamnya, zauj ada kuliah maghrib dan ana mengada-ngada nak ikut. Yeyh! Kuatkan semangat juga untuk ikut walaupun setiap langkah kaki bererti s.a.k.i.t tapi ana tak nak manja. Ana nak berjalan, ana nak ikut zauj juga. Hehehe.

Majlis ilmu adalah taman-taman Syurga. Sebelum berangan untuk Syurga yang lebih indah dan kekal abadi, masakan Syurga Akhirat kan didiami andai di dunia kita tidak melangkah dan duduk di taman-taman Syurga :)

Pengalaman pada hari SABTU ~ 7 Ogos 2010 juga indah ^_~

Insya Allah, akan cuba dikongsikan di sini untuk mencemburukan sesiapa yang rasa nak cemburu... Ngeh ngeh ngeh ^_^


Terima kasih ya Allah kerana memberikan anugerah ini, mengurniakan ibubapa yang sangat penyayang dan memberi didikan yang diusahakan dengan sempurna, memberi peluang untuk hamba Mu menjadi seorang isteri kepada hamba Mu yang begitu penyayang dan prihatin. Andai penghujung rindu ini Kau mengambilku, ingin sekali aku menjadi saksi bahawa ibubapa ku telah memberi yang terbaik untukku sepanjang aku menjadi amanah mereka, ingin sekali aku menjadi saksi di hadapan Mu bahawa suamiku adalah hamba Mu yang berbuat baik terhadap keluarganya. Terima kasih ya Allah di atas curahan kasih sayang Mu.


Menikmati Hiburan Ilahi,
Insyirah Soleha
Teratak 1052

Read more...

aSkiNg sOuL

Feeling alone?
Innallahha ma’ana

Saw evil act?
Inni akhafullah

Wishing something?
Fa’iza ’azamta fatawakkal’alallah

Missing somebody?
Ma fi qalbi ghairullah.

... syukran ...

Free Hit Counter Syukran 'ala ziarah ^_~

Silent Home

Silent Home
Bila emosi mengunci hati, lalu lahirlah ayat-ayat sepi sebuah monologku merentasi perjalanan menuju Rabbi :)

  © Template Lar Doce Lar por Emporium Digital Graphics Jenny's Grandchild and Irene's Corner

TOPO