"Ya Allah, jadikanlah hamba Mu ini mencintai orang beriman dan jadikanlah orang yang beriman mencintaiku."

(HR Muslim)
Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Third Birthday tickers

06 May 2010

Konvensyen Selamatkan Masjid Al-Aqsa Dari Ancaman Zionis (KOSMAZ)


Bismillahirrahmanirrahim.

Tarikh : 13 Mei 2010
Hari : Khamis
Tempat : INTIM (Institut Tadbiran Islam Perak)
Waktu : 8.30 pagi - 4.30 petang

PERCUMA dan makanan disediakan :)


Ayuh beramai-ramai bersama rantaian perjuangan para mujahid dan srikandi Palestin yang gugur syahid di sisi Allah.

Masih mekar kenangan indah
Zaman gemilang Islam menjulang
Ketika Rasul ada bersama
Para sahabat mentadbir dunia

Zaman nubuwwah era khulafa'
Islam umpama api membara
Menerangi ummah dan juga sahabat
Bahang bagai membakar lawan

Jalan itulah kan mengatur
Langkah membina sebuah tamadun
Satu barisan satu perjuangan
Bersama kita segera tunaikan
Amanah Rasul itu yang utama

Ayuh semua para mujahid
Ayuh semua mujahidah
Mari bersama kita nyalakan
Bara perjuangan di dalam diri
Agar tertegak kalimah Ilahi


Ana suka dengan lagu ni, walau nadanya perlahan... Sayu-sayu saja, tapi mesejnya itu meruntun hati. Bila diulang-ulang pada kalimah 'ayuh semua para mujahid, ayuh semua mujahidah, mari bersama kita nyalakan, bara perjuangan di dalam diri, agar tertegak kalimah Ilahi'... Muhasabah semula, sebelum nak menegakkan agama pada diri orang lain, pada masyarakat dan sebagainya. Adakah dalam diri telah tertegak agama Ilahi? Dibandingkan dengan sahabat-sahabat yang semuanya hebat belaka, terasa sangat-sangat kerdil. Rindu pada semua, moga Allah izinkan untuk berjumpa pada 29 Mei nanti. Allahumma ameen...




p/s: Gambar-gambar (3 keping) di atas semasa program Konvensyen Berakhirnya Agenda Zionis di PWTC. Masya Allah, boleh lihat srikandi dan mujahid berpusu-pusu. Muda belia jer, hatta yang bawa anak kecil pun sanggup 'bersusah-susah' bawa keperluan anak.

Semangat!^_^

Read more...

04 May 2010

Puisi Buat Cinta

Bismillahirrahmanirrahim.

[1]

- 13 March 2006 -
Arkib jurnal 18/62

There are times when only a Mother's love
Can understand our tears,
Can soothe our disappointments
And calm all of our fears.

There are times when only a Mother's love
Can share the joy we feel
When something we have dreamed about
Quite suddenly is real.

There are times when only a Mother's faith
Can help us on life's way
And inspire in us the confidence
We need from day to day.

For a Mother's heart and a Mother's faith
And a Mother's steadfast love
Were fashioned by the Angels
And sent from God above...


Moga dalam hitungan setiap pengorbanan
Agar disuluh redha... Sayang Nya...
Saratkan hati ini dengan cinta hakiki
Sehingga ku rasai, nikmatnya... cinta Nya, syurga Nya...

[2]

Memancar sang suria
menyinar cahayanya
begitulah berseri
wajah ummiku sayang

Aku sayang ummi
ummiku sayang ummi
sayang sayang ummi
ummiku sayang

Walaupun ummi letih
mengasuh kami ini
namun masih tersenyum
menyejukkan hati

Bila pulang sekolah
ummi sambut kami
sembahyang sama ummi
Alhamdulillah

Ummiku sayang kaulah serikandi
berkorban selalu untuk kami
ummiku sayang kau ibu mithali
semoga Allah kan berkati

Memancar sang suria
menyinar cahayanya
begitulah berseri
wajah ummiku sayang

*lagu siulan zaman kecil saat berusia > 4 tahun*

Sebahagian Dari Diri Ummi,
Insyirah Soleha

Read more...

03 May 2010

Gembira Dengan Pilihan Tuhan

Bismillahirrahmanirrahim.

Ada yang menyatakan bahagia itu relatif sifatnya. Yang sakit, merasakan sihat itu bahagia. Tetapi bila sihat, benda lain pula dirasakannya sebagai bahagia. Pada yang miskin, kaya itu dirasakan bahagia. Tapi yang kaya merasakan kaya itu bukan bahagia. Tidak percaya? Baca senarai panjang orang kaya, ternama dan popular membunuh diri atau sakit jiwa. Itu bukti nyata mereka tidak bahagia.


Masalahnya bukan tidak mampu mencapai bahagia tetapi ramai yang tidak mengetahui apakah erti bahagia sebenarnya. Begitu kata ahli-ahli hikmah bila ditanyakan:


"Mengapa ramai manusia yang tidak bahagia?"


Jadi teraba-rabalah manusia mencari bahagia. Bila tidak tahu apa yang dicari, maka sudah pasti tidak akan ditemui. Anehnya, manusia kerap bercakap tentang bahagia - rumah tangga yang bahagia, pasangan yang bahagia atau diri yang bahagia. Bercakap tanpa tahu makna?


Kerap kali orang menyangka orang lain lebih bahagia daripadanya. "Rumput diseberang sana kelihatan lebih hijau," begitu maksud pepatah Inggeris. Ini menyebabkan kita sentiasa tidak puas. Hidup dilihat sebagai satu perbandingan dari pertandingan. Bukan satu kesyukuran yang harus dikongsikan. Jadi, apa makna bahagia sebenarnya?


Kebahagiaan sebenarnya adalah satu ketenangan. Ketenangan itu letaknya di hati. Hati yang tenang ialah hati yang dapat menghadapi apa juga ujian hidup dengan sebaik-baiknya. Jika yang datang nikmat, hati yang tenang bersyukur. Jika yang datang musibah, hati yang tenang sabar. Hati yang tenang dipenuhi rasa qanaah, tawakal, redha dan sifat mahmudah. Hati yang sedemikianlah dinamakan hati yang sejahtera - qalbun salim. Hati yang mesti dimiliki walaupun cuma sedetik, sebelum kita menemui Ilahi.


Bagaimana hati boleh tenang? Tidak lain... Hanya ingat pada Allah. Begitu maksud yang diungkapkan dalam al-Quran. Rumah tangga yang tenang, ialah bila setiap anggotanya ingatkan Allah. Apa maksud ingatkan Allah? Cukupkah dengan ucapan dan sebutan subhanallah, alhamdulillah dan kalimat-kalimat zikir yang lain? Belum. Maksud ingat Allah itu luas. Hati teringat, mulut menyebut, anggota bertindak. Ingat yang menjunam di lubuk hati, terluah pada ucapan lidah dan terzahir dalam tindakan dan perlakuan.


Bila diuji dengan kekurangan, kemiskinan, kesakitan bahkan kematian, terasa kita layak menerima. Tidak mengeluh, "kenapa aku yang kena?" sebaliknya terasa "Aku telah dipilih," "Aku hamba Allah, aku layak diuji". Kata ulama, untuk tidak terasa susah apabila luput satu nikmat, jangan berasa memiliki nikmat itu. Rasakan diri hanya peminjam. Bila nikmat yang bukan milik kita itu ditarik, hati yang tenang menyerah dan pasrah kepada Allah - Pemilik segalanya.


Jadi, untuk meringankan beban hati menghadapi ujian hidup atau bala, ikatlah hati dengan Allah. Hendaklah dikenal bahawa Allah lah yang menurunkan bala itu. Dan yakinlah bahawa keputusan (takdir) Allah itu akan memberikan yang terbaik.
Bila kita kenal Allah yang maha pengasih dan penyayang, kita tidak boleh buruk sangka kepada Allah dengan menganggap apa yang ditakdirkan (ujian) itu sesuatu yang tidak baik. Iktikad (keyakinan) kita, bahawa semua ketentuan Allah itu baik - pasti ada hikmah di sebaliknya akan menyebabkan hati terubat.

Hati tidak dapat tidak, mesti bersabar. Hati akan terdidik untuk redha dan tawakal, kerana yakin qada dan qadar Allah pasti berlaku. Kerana manusia harus terima, tidak boleh menolak ujian itu. Hamba yang soleh menanggung qadar dengan sabar, bahkan gembira dengan pilihan Allah (ujian adalah pilihan Allah, bukan pilihan manusia). Tidak ada pilihan Allah yang tidak baik. Semuanya baik belaka!


Maha Suci Allah yang tidak akan menzalimi manusia walaupun ketika Dia menguji hamba Nya, hati yang tenang akan berbisik;

"Tuhan... Aku belum nampak akan kebaikan di sebalik kepedihan ini dengan ilmuku yang terbatas. Tetapi aku yakin ya Allah, ilmu Mu maha luas, pasti ada kebaikan yang masih terselindung di sebalik ujian ini. Yang ketika ini tidak mampu aku fikirkan dan bayangkan..."

Maha Adil Allah yang tidak meletakkan bahagia pada harta, nanti si miskin akan merasakan diabaikan. Maha Adil Allah yang tidak meletakkan bahagia pada kesihatan, kelak yang sakit akan terasa dipinggirkan. Allah meletakkan bahagia pada HATI yang tenang, sesuatu yang boleh dimiliki oleh semua manusia.

Bahagia itu bukan relatif dan subjektif sifatnya. Tetapi ia adalah sesuatu yang mutlak, yang perlu dicapai oleh setiap insan. Mujur dan syukur, perjalanan menuju bahagia itu pun sudah satu kebahagiaan. Ingat, kebahagiaan itu bukan hanya di hujung jalan, tetapi ia ada di sepanjang jalan! Not a destiny, but a journey! Kata bijak pandai, orang yang bahagia tidak sempat bertanya 'apakah aku bahagia?'.


Wallahua'lam.

"Bila kita nak membahagiakan orang, kita sendiri perlu bahagia.
Kita akan bahagia bila melihat orang lain bahagia.
Kesimpulannya, bahagiakan diri sebelum membahagiakan orang lain.
" - Insyirah Soleha

p.s : Tenangkan diri sebelum menenangkan orang lain (",)

Read more...

01 May 2010

Nak Pergi, Tapi...

Bismillahirrahmanirrahim.

Entri ini ditulis atas permintaan abi. Sekali lagi diulang, ianya permintaan abi. Lama juga mengambil masa untuk draft dan berfikir. Pada suatu ketika, abi out station selama hampir seminggu. Kata orang jauh perjalanan, banyak pengalaman. Sesuatu yang mahal, sebuah pengalaman. Ia tidak mampu dibeli dengan sejumlah harta dunia sebaliknya perlu dilalui untuk merasai sebuah pengalaman.

Maka, seperti biasa abi suka bercerita.

"Seronok sangat tau. Setiap malam ada pengajian, ustaz pun lain-lain. Jemaah ramai sangat, Syirah agak ada berapa orang?"

Belum sempat jawab, abi terus memberi jawapan.

"Pandangan kasar abi, jemaah sekitar 300 orang atau lebih. Muslimat pun ramai, sangat ramai. Yang muda pun ramai."

Ana menguntum senyum. Ana boleh stress kalau lama tak dapat berbual dengan abi dalam tempoh yang lama, bicara bersama abi selalu menenteramkan.

"Alhamdulillah. Ramainya..."

Kemudian seputar kisahnya disambung pada hari esoknya semasa di dalam kereta. Abi sangat suka bertukar pandangan dan membincangkan sesuatu di dalam kereta, bahkan sesi kaunseling juga selalu dilakukan di dalam kereta kerana tiada yang dapat melarikan diri :)

"Cuma satu je yang tak berapa best, seorang ustaz ni muda lagi... Isi kuliah juga seronok cuma penyampaianya kurang molek."

Ana diam.

Kalau isi kuliah seronok, penyampaian kurang indah... Maka, di mana keseronokan abi?

"Biasa la, ustaz muda... Memang la isinya fresh tapi dia banyak perli-perli. Agaknya dia perli apa?"

Soal abi. Ana diam.


"Dia perli jemaah pergi masjid tak pakai kopiah! Katanya dogol, dah lah putih kepala penuh beruban. Tak best la macam tu kan, kebanyakan jemaah adalah yang jauh lebih berusia dari ustaz tu. Patutnya dia meraikan jemaah bukannya melemahkan semangat orang. Kalau iya pun nak tegur orang tak pakai kopiah, cakap lah dengan hikmah. 'Tuan-tuan datang ke masjid ni, alhamdulillah... Insan pilihan, dalam berpuluh ribu orang di sini, tuan-tuan dipilih Allah untuk hadir ke masjid, solat berjemaah dan hadiri majlis ilmu.

Ada yang datang dengan jubah, ada yang datang dengan baju melayu, ada yang pakai t-shirt, ada pula yang pakai serban, ada yang pakai songkok, ada yang pakai kopiah... Alhamdulillah. Kalau semua pakai kopiah, serban... Cantik, putihhhhh je.' Kan molek kalau gitu, ini duk perli-perli. Orang tua ni cepat kecil hati, dari semangat nak imarahkan masjid jadi lemah semangat pula sebabnya ustaz muda-muda ni pendekatannya cakap pedas! Dengan orang tua, cakap kena berhemah."

Ana menongkat dagu, lemparkan pandangan ke luar. Berfikir dengan mendalam.

"Betul tu..."

"Bila abi baca blog Syirah, kan haritu tegur ustaz-ustaz muka 'ketat' nak senyum pun payah. Itu pun satu hal. Muka tak mesra alam, serius je."

Senyum lagi. Teguran bukan termaktub buat ustaz-ustaz tetapi pada diri ana sendiri. Orang selalu cakap purdah itu menyempitkan skop dakwah, ana selalu muhasabah semula. Semasa di KLIA, pernah ana disapa oleh sekeluarga rakyat Jepun minta ana ambilkan gambar mereka. Untunglah anaknya boleh berbahasa inggeris, tidaklah kekok untuk berkomunikasi. Ana memakai purdah, kenapa tiada halangan untuk ana berkomunikasi dengan warga asing tetapi sentiasa dipandang sinis oleh orang Islam sendiri? Muhasabah...

Pernah juga sepasang warga China yang bercuti menyapa ana, minta ambilkan gambar mereka. Sempatlah bersembang sekejap. Bila dia minta nak bergambar dengan ana, keberatan pula sebab yang nak bergambar tu lelaki (pangkat datuk pun tetap ajnabi) dan isterinya nak ambilkan gambar. Ana menolak dengan baik, alasannya ana nak bergambar dengan isterinya. Ok, kata sepakat dicapai.

Kenapa ana sertakan contoh-contoh ini untuk relate kepada kisah yang abi ceritakan? Sebenarnya, ahli agama... Golongan agama sendiri yang selalu menyempitkan ruang dakwah, maaf kalau salah tetapi bila dilihat dengan kasar itulah yang selalu disimpulkan. Bukan semua tetapi selalu yang dilihat begitulah.

Ok, ustaz itu menegur orang ke masjid tidak memakai kopiah. Pertanyaan ana, kalau tak pakai kopiah, tak sah solat ke? Wajib ke solat memakai jubah dan serban? Pakaian tersebut (berjubah/serban) sunnah Rasulullah s.a.w, sunnah itu kalau tak buat tak mendatangkan dosa tetapi meraikan orang yang datang ke masjid itu terlebih patut diutamakan! Kalau nak menegur, silalah berhikmah wahai ustaz-ustaz muda.

Benar, kalian sedang mengajak ummah untuk mengamalkan sunnah tetapi janganlah mengejar sunnah hingga tercicir yang lebih besar! Raikanlah jemaah yang hadir walau pakaiannya hanya berseluar track dan memakai t-shirt tanpa kopiah kerana barangkali solatnya lebih khusyuk dari mereka yang berserban dan memakai jubah. Allah lebih mengetahui.

"Kenapa awak pakai purdah?"

"Saya selesa begini..."


Keselesaan.

Barangkali jemaah itu lebih selesa memakai 'biasa-biasa' berbanding uniform masjid yang sinonim (seolah-olah wajib) di Malaysia ; baju melayu dan kain pelikat bagi muslimin.

Ayuh! Jadikanlah agama itu sesuatu yang mudah.

Ingat, besi yang masih panas bila dimasukkan ke dalam air sejuk, ROSAKLAH susun atur atomnya!

Anggaplah mad'u itu sebagai besi yang panas, hikmahlah dalam mengajak dia kepada Islam. Jangan terus drastik, nanti terkejut dibuatnya.

Mungkin sama-sama harus muhasabah, yang memberi peringatan mestilah berhikmah. Anggap orang yang mendengar tak tahu apa-apa, dan gunalah bahasa yang melembutkan hatinya. Hidayah itu urusan Allah, setidak-tidaknya jadilah 'pembuka' jalan kepada orang melihat keindahan Islam.

Yang menerima peringatan sambutlah dengan hati yang tawadhuk, peringatan tersebut lambang ukhuwah dari pemberi ingatan. Melaksanakan yang wajib dan meninggalkan yang haram tanda pengabdian kita kepada Allah manakala melaksanakan sunnah dan meninggalkan makruh adalah extra cinta kita kepada Allah kerana cinta kepada Rasulullah (sunnah) adalah cinta kepada Allah.

Janganlah sampai orang nak ke MASJID bertapi-tapi dek kerana panas telinga dengan perli-perli bahkan panas hati dengan sindiran tajam. Akhirnya masjid ditinggalkan, maka duduklah tok imam, bilal dan siak di masjid. Mengapa? Kerana kamu sendiri 'menghalau' orang dari masjid dengan lidah tidak bertulang itu.

Janganlah sampai orang yang nak meneguk ilmu di masjid jadi tawar hati, orang yang selama ini rutinnya mendengar ilmu di masjid pun cabut lari.

Ayuh syabab imarahkan masjid! Utuhkan pengabdian cinta pada rumah Allah sebelum 'membina masjid' bersama hamba Allah.

Berkata benar walaupun pahit.

Wallahua'lam.

Insyirah Soleha

Read more...

aSkiNg sOuL

Feeling alone?
Innallahha ma’ana

Saw evil act?
Inni akhafullah

Wishing something?
Fa’iza ’azamta fatawakkal’alallah

Missing somebody?
Ma fi qalbi ghairullah.

... syukran ...

Free Hit Counter Syukran 'ala ziarah ^_~

Silent Home

Silent Home
Bila emosi mengunci hati, lalu lahirlah ayat-ayat sepi sebuah monologku merentasi perjalanan menuju Rabbi :)

  © Template Lar Doce Lar por Emporium Digital Graphics Jenny's Grandchild and Irene's Corner

TOPO